It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 8, 2012

From My Kitchen : Butter Prawn

Egg yolk floss yang tidak menjadi




Floss yang ini baru mantap.


Khamis lepas Leen nak datang rumah ambil order kek.
Kebetulan hari tu hati aku tengah suci murni, terasa nak pelawa dia makan malam sekali kat rumah. (Pasni tak de dah nak pelawa-pelawa. Kalau nak makan, sila tapau dari rumah awal-awal.)
Kat rumah cuma ada udang, ketam dan ikan je. Dan Leen dah lama sound-sound aku pasal butter prawn.
Sebelum ni aku belum pernah makan butter prawn, apatah lagi nak masak lauk ni.
Dah alang-alang minah ni nak datang, aku pun try la masak lauk tu.

Aku search google, hampir semua resepi lebih kurang sama je caranya.
Cuma kalau yang chinese style tu, ada perisa tambahan. Arak kalau tak silap aku.
Kalau aku tambah arak dalam lauk tu, makin ting-tong kepala kakak aku yang sorang tu.
Hishhhhh... Al-HARAMMMMM!!

Dengan semangat juang yang tinggi, dan kepakaran aku sebagai bibik kat rumah ni, aku pun try la buat butter prawn. Dan hasilnya seperti pic di atas.


Bahan-bahan :


  • Udang
  • Butter
  • Daun kari
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak masak
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Kuning telur
  • Susu segar (optional - aku tak masukkan sebab tak nak terlalu muak lauk ni)


Cara-cara :

  • Pukul kuning telur dengan sedikit garam.
  • Cairkan butter dan campur sedikit minyak (nak elakkan butter jadi hitam)
  • Lepas butter betul-betul panas, masukkan kuning telur dan kacau secara membulat dengan laju.
  • Dah masak, angkat dan toskan minyak.
  • Guna butter&minyak yang sama (kurangkan jika perlu).
  • Tumis bawang putih dan masukkan udang.
  • Masukkan daun kari dan cili api. Angkat bila udang masak. Juga boleh masukkan susu cair untuk jadikan ia berkuah.
  • Masukkan floss dan gaul rata.

Tips : Untuk menjadikan floss cantik (seperti gambar kedua), masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala. Then tuang kuning telur (caranya sama seperti nak buat roti jala) ke dalam kuali dan kacau laju.


Love,

No comments :