It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 30, 2014

Kreativiti

Kat rumah ni semua idea-idea kreatif serahkan pada En Zul. Bab-bab nak mengemas, nak menghias memang aku serah bulat-bulat kat dia. Sebab aku memang fail kalau nak sembang bab menghias dan mengemas ni. Tapi kalau bab-bab nak mengarah letak pasu tu kat sana, letak perfume tu kat sini, taruk bunga tu kat celah tu, haa.. Tu memang tugas aku. Hahaha.. Kekdah aku senang je, asal rumah kemas tak berpasir, kira ok dah tu. Tapi kalau En Zul, ada je idea dia nak buat macam-macam. Kalau nak buat sepah lagi terror.

Genetik kreativiti ni menurun ke anak-anak. Aku mula sedar anak-anak suka colour-colour, lukis-lukis, conteng-conteng. Kalau tak, takkan aku dapat card self made dari anak-anak tetiap bulan kan? Naik jemu dah dengan card-card tu. Sesekali nak jugak merasa dapat iphone ke, Pandora ke.. Eh?

Tapi sebab nak menghargai usaha anak-anak, aku rajinkan diri jugak upload card tu kat fb or insta aku. Selain dapat memenuhkan insta aku tu kan, nampak jugak la aku ni rajin menghapload media social aku tu. Takde la sendu sangat bak kata oranggg…

Dulu aku ada update entry pasal DIY. Semua hasil-hasil kerja tangan En Zul aku taruk situ. Cuma aku termissed satu benda, iaitu benda pertama yang En Zul buat untuk aku. Jeng…Jeng..Jenggggg…



Key holder.
Comel kan? Hahaha.. 


Aku suka key holder ni. Walaupun senget sikit atapnya, tapi tetap nampak seperti bentuk rumah kan? Kalau aku yang buat, temanya nampak macam bumbung  je la. Sejak dari buat key holder ni yang En Zul mula menggila bawa balik papan buat macam-macam benda untuk aku & anak-anak. Jiwa kreatif la kononnnnn…

Terbaru, En Zul pasang water heater dalam bilik air anak-anak. Salah satu sebab kenapa anak-anak dapat heater adalah kerana pressure shower dalam bilik air tu slow. Pressure tu slow sebab saluran air dari tanki sendiri memang dah slow. Masa mula masuk rumah ni, kitorang tak tukar tanki pun. Harap redha je la keadaan rumah ni. Hari tu En Zul bersihkan tanki, tapi sebab ntah apa silapnya, habis banjir rumah aku! Masa tu aku kerja, kira En Zul bernasib baik la sebab aku tak ada kat situ untuk membebel kat telinga dia.

Banjir agak teruk sampai masuk ke dalam dapur aku. Bayangkan ye, selalu bil air aku RM6 je.. So kira tak payah bayar sebab Kerajaan Selangor bagi subsidi. Tapi bulan tu aku kena bayar RM56 sebab pembaziran air masa banjir tu. Ye, nampak sikit RM56 tu ye.. Tapi kalau dah tiap-tiap bulan bil air aku free, tetiba kali tu kena bayar pulak… Memang terasa perit bontot nak membayornya.







Nampak tak kesan air menitis kat dinding tu? Haa.. Penangan banjir la tu. Lampu bilik air pun rosak sebab terkena air. So En Zul tukar lampu kat luar rumah (lampu belakang). Tu pun nasib baik lampu luar tu jarang guna. Sebab tu cat tu tak match dengan saiz lampu (bukan geng la tu…)

Cuba tengok betapa kreatif nya En Zul sampai wayar heater & lampu tu di salotape nya? Puncanya kitorang memang tak buat suis plug untuk pasang heater ni. Cuma ada suis untuk lampu je. Jadi En Zul pasang heater ni sambung guna suis lampu. Makaaaa... Kalau nak mandi siang-siang hari buta, sila bukak lampu. Baru air shower mengalir ok? Kalau tak bukak lampu pun boleh... Tapi kena mandi tadah air dalam baldi. Haaa.. Gitu kekdahnya.

Paip air aku tu sambung 2 saluran. Satu untuk shower, dan satu lagi untuk ambil wudhu'. Jadi bila En Zul dah sambung kan satu saluran ke heater (dengan sambungan wayar ke lampu), jadi kalau nak mandi siang-siang hari tanpa lampu, kena guna saluran paip wudhu' laa..


Kalau nak jimat, kena tadah air pakai baldi ye anak-anak..
Kalau nak membankrapkan mak kau ni, sila la mandi siang-siang sambil bukak lampu.
Baru la merasa 'air hujan'. Iye dak??



Hujung-hujung bilik air aku yang tak ada heater.
Harap tinggal suis je laaa...

Bak kata En Zul :
"tak apa mummy.. shower kita pressure laju... Kalau nak lagi laju, meh ayah mandikan mummy. Nakkkk?"

Ciss, dasarrrr!!


Sekarang ni anak-anak pun mula nak buat macam-macam kreativiti kat rumah.
Cuma bezanya diorang buat dalam bilik masing-masing.
Nak mampos buat keje kat ruang lain selain dari bilik korang?
Kang aku jerkah tak pasal-pasal je kecut bijik korang!
Diorang ni harap rajin bermusim.
Ada masa diorang buat kreativiti tu, lepas siap diorang kemas balik.
Ada masa diorang biar bersepah je.. Selalunya biar bersepah tu la option diorang.
Lepas aku jerkah terkeluar anak tekak, baru menggelupur diorang nak kemas balik.

So, kalau nak buat kreativiti, sila buat dalam bilik korang.
Kurang sikit aku menjerit-jerit. Malu kat jiran oiii!


Almari baju Ika.
Dia jumpa album gambar, terus di rembatnya.
Aku lupa nak slot in gambar tu dalam album. Aku biar je berkeping-keping kat luar album.
So dia ingat aku tak nak simpan gambar tu.
Maka, terus jadi hak milik abadi sendiri.
Mana ntah dia dapat sticker kecik-kecik tu, dia susun kat bucu-bucu gambar.
Cantik gak =)


Nampak tak gambar En Zul bertiga dengan anak-anak kat tengah tu? Gambar sebelah kanan.
Haaa... Tu masa zaman aku tak matang.
Asal gaduh je dengan En Zul, kompem ada gambar aku dengan En Zul kena kerat!
Gambar tu sebenarnya berompek. Kat kiri tu ada gambar aku.
Bila dah kena kerat, gambar aku yang hilang! Padan muka.

Jangan main-main... Tu style aku protes nak tunjuk kat En Zul yang aku tengah marah.
Tapi sekarang ni aku dah matang dah.. Aku tak main kerat-kerat gambar ye.
Aku kerat jari kau terus bangggg..
Kalau agak-agak aku terlebih baran, aku tala parang ke kote kau terus!
Jangan nak berani-berani buat aku naik sheikh!
Hahahaa...



Gambar kat almari make up Ika.

Gambar ni masa aku baru nak tumbuh bulu.
Belum kawin dah pandai nak bergambar rapat-rapat gini.
Masa tu selalu dating kat Times Square, ada booth camera yang instant pictures tu.
Bosan-bosan tak tahu nak buat apa, so kitorang ambik gambar ni.
Kalau maklang tahu, kompem putus dah bijik aku.
Gataiiii betul anak dara dia yang sorang ni. Huhuuu!

Ampun, makkkk!





Aku tak tahu la mana budak-budak ni jumpa gambar aku & En Zul ni.
Rasanya En Zul ada simpan satu keping dalam wallet dia.
Yang selebihnya ni, ntah mana diorang kutip ntah?
Nasib muka aku lawa, kalau tak kompem diorang humban masuk dalam tong sampah je.
Kahkahkahhhh...




Ni almari make up Aleeya.
Gambar ada banyak, tapi tahap kreativiti tu masih 'beginner' lagi.
Main sepah-sepah atas almari je.
Kalau tetiba hilang gambar tu, sila cari kat almari Ika.
Mungkin dah terselamat tampal kat situ.





Friday, November 28, 2014

Sukan

Sukan sekolah anak-anak berlangsung pada 8 November di Stadium Mini Cheras.
Hari tu En Zul outstation ke Port Dickson, so aku sorang kena bawa budak-budak ni ke stadium.
Keluar rumah awal pagi, pukul 7am aku sampai di stadium, tapi stadium masih kosong.
Hanya beberapa orang je yang dah ada kat situ.

Oh, anak saya memang excited nak lari, Cikgu! Tu yang datang awal tu.

Memandangkan aku tengah mengantuk tahap puaka, so aku taip guna caption gambar je la. Malas aku nak cerita berjela-jela. Ngantuk siot!





Sukan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari kontinjen sekolah.
Diiringi dengan kumpulan pancaragam. Not bad jugak la budak-budak ni main band.
Siap buat persembahan lagi. Comel je. Hahaha




Ni wakil kontenjen yang masuk balapan.
Budak yang tembun tu mungkin masuk acara lompat jauh gamaknya.
Sebab tengok besar je langkahnya.



Perbarisan rumah hijau - Rumah Tun Teja




Perbarisan rumah kuning - Rumah Tun Perak
Tema bunga matahari





Perbarisan rumah merah - Rumah Tun hape ntah..
Tema Ultramen kot.





Perbarisan rumah biru. Tema lori BN agaknya.





Hah, tu anak aku si Aleeya.
Sebab malas nak lari atas faktor badan menggajah, so masuk perbarisan je la.
Masa saringan lontar peluru pun awal-awal dah kalah.
Ntah hape-hape la budak ni.




Ada 4 buah rumah sukan.
Zaman aku dulu ada 5 buah. Dan aku rumah Zuhal (Hijau) masa sekolah rendah.
Tiap-tiap tahun jadi johan keseluruhan. Wahh.. Saja nak up rumah sukan sendiri.




Ni kontinjen rumah kuning. Kalau tengok macam ni, yang mana satu anak aku?

Kakak... Oh, kakak!!!!




Hah, sekali panggil semua "kakak" toleh.
Yang tak toleh tu mungkin kat rumah parents panggil dia intan payung kot. Muehehe..

Ni Ika tengah nebes nak sprint 4x200m.
Aku ada ambil video dia tengah lari. Tapi bila transfer masuk pc video jadi landscape plak.
Dah senget jenuh nak tengok.

Sebab sprinter ketiga lambat, so Ika sprinter yang terakhir terpaksa kejar laju-laju.
Tapi tak ada rezeki nak menang gold medal.
Tak apa la nak.... Janji lemak kau dah berkurang.




Orang masuk sukan (read : perbarisan jerrr) kepenatan.
Siannnnn... Padahal perbarisan cuma 15 min je.
Tapi penat dia macam masuk acara 1500m. Poyo.




My sweet sprinter.
Kesian.. Penat eh?
Tahun depan masuk jadi pom-pom girl je la ye nak..
Tak penat, janji boleh glamer pakai skirt & bulu-bulu warna warni.



Acne - Pergi la kau jauh-jauh! Shooh..Shoooohh!!



Aku rasa rata-rata kawan aku tahu yang aku ada skin problem yang agak serius. Tapi bukan kat seluruh muka aku, hanya tempat-tempat tertentu je. Sebelum ni memang aku ada jerawat kat muka. Tapi setakat sebiji dua naik time hormon menggila tu memang normal la. Masalahnya kali ni betul-betul jerawat aku mengganas!

Aku tak pasti apa yang buat acne aku tu naik sampai menjahanamkan kulit aku. Oh, sebelum tu nak bagitahu yang acne aku tu naik kat bahagian bawah muka, which is kat area leher dan dagu - both sides kiri dan kanan.

Nak kata sebab berpeluh, aku sejak azali lagi memang dah berpeluh. Kat celah-celah ketiak lagi kuat berpeluh, tapi tak de pulak keluar jerawat. Licinnnnn bak sutera kulit under arm aku. Mihmihmihhh..

Kalau nak kata sebab alergik or ruam sebab pakai tudung, aku lahir-lahir je keluar dari perut mak aku memang dah pakai tudung dan berpurdah. Ala-ala muslimah giteww! (aku lahir operate, so aku bukan keluar celah kangkang mak aku ye). Cuma sejak kewujudan Kpop ni je aku bukak purdah, tinggal tudung je. Maklum la, dah buat nose job kasi mancung ni harus la kena tunjuk kat public hidung baru aku kan... Hahaha..

Nak kata sebab alergik makan, ohhhh... Aku memang pantang makan. Eh, silap. Aku pantang nampak. Semua benda aku bedal. So far aku penah sekali je alergik makan ikan apa ntah. Habis tangan aku jadi hitam-hitam. Tapi bukan sebab makan pun, sebab aku ramas-ramas ikan tu masa buat kuah laksa (masa tu ikan kembong & sardin dah habis, so maklang beli ikan lain yang dia sendiri tak tahu itu ikan apa. Cuma fizikalnya macam sardin, tapi lain sikit). So kulit aku jadi hitam kat tapak tangan dan celah-celah jari lepas aku buat kuah laksa. Tapi kalau sebab makan, belum pernah alergik lagi la...

Dah macam-macam cleanser aku guna. Baik yang mahal, baik yang murah, semua aku try. Tapi masih tak ok. Mula-mula dia naik biji-biji kecik, dah lama-lama dia jadi besar. Tangan aku pulak gatal pegi picit, lagi la seronok dia menjahanamkan kulit aku. Tapi serius gatal tau.. Tiap kali aku picit, aku akan cuci bersih-bersih muka aku dengan harapan biar semua kuman mati. Tapi nan hado! Acne kali ni memang menggunakan kuasa megatron agaknya.

Makin lama kulit aku makin teruk. So aku syak darah aku kotor. Mungkin terlalu banyak toksin. Ok, aku tak tahu apa istilah nya dalam sains, tapi aku anggap darah aku bertoksin. Maknanya aku kena 'cuci' darah aku. Mungkin cuci melalui pemakanan. Aku kena pilih makanan yang betul, berkhasiat dan boleh membersihkan darah aku. So beauty from the inside la kekdahnya. Macam orang cakap la, kecantikan luaran bermula dari dalaman. Kalau nak perangai cantik, hati pun kena baik laa.. Gituuu!

Sembang panjang pun tak guna kalau korang tak nampak gambar kan?
Meh aku tunjuk gambar aku. Tapi aku mosaic la leher aku tu sikit. Maklum la, leher gajah ni berlapis-lapis lemaknya. Malu la makton... Hihiii...



Haaaaa.... Kauuu!
Dasat tak? Gatal tau kulit aku ni. Kalau berpeluh, lagi syok garu kat situ.
Ni sebelah kiri.



Ni sebelah kanan.
Pakej lengkap kiri dan kanan. Gila betul!
Nampak jerawat aku yang macam-macam version tu?
Ada yang baru nak tumbuh, ada yang tengah nak masak, ada yang terperam dalam kulit.
Multiversion. Kahkahkahh...


Ok, kita tengok guna kanta pembesar pulak.



Nampak? Berjuta-juta kuman beranak-pinak kat kulit aku.
Yang hitam tu ada isinya, dah masak dah pun.
Tapi sebab dia masak kat dalam kulit, so dia terperam je kat bawah kulit tu.
Terpaksa la aku korek guna jentolak nak kasi dia keluar.
Geram kan?!!




Sekali picit, terus keluar acne yang dah masak tu.
Huhuhuuu... Sedih tau kulit ai jadik gini.
Dah macam-macam cleanser & cream i guna.
Tapi tak mendatangkan hasil pun.
Lagi mendatangkan sawan aku ada lahhh..



Selepas menggunakan satu produk... Jeng..jeng...jengggggg...
Akhirnya kulit aku beransur pulih. Legaaa...
So aku teruskan selama sebulan lebih.
Alhamdulillah, dah ok sikit.




Penggunaan produk selepas 3 minggu.



Ni sebelah kanan.
Semua jerawat dah kecut. Tinggal parut je.


Selepas produk tu dah habis, kulit aku dah ok dah.
Tapi lupa nak ambil gambar.

Pagi tadi aku teringat nak ambil gambar, so ni keadaan kulit aku yang terbaru.
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

^_^

Eh, baju ni sama dengan baju kat atas.
Memang motip nak buat testimonial Before-After la ni.
Kahkahkahhh..





Tuesday, November 25, 2014

My Little Kebun : Watermelon

Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga dah merasa hasil kebun kecil kami. Ye, memang kecik pun kebun tu sebab laman rumah aku besarnya hanya sekangkang kaki aku aje. Bukan sekangkang kera, mahupun kingkong ye. Sebab kangkang aku lagi kecik dari kangkang makhluk berdua tu. Percaya lahhhh...

Untuk pertama kali dalam hidup aku menanam pokok tembikai. Biji benih dia aku beli kat pasaraya Billion rasanya. Ke beli kat Giant ntah? Lupa plak. Aku beli yang jual dalam paket-paket je. Harga RM2 sepaket. Yep, memang murah. Masa beli tu aku redha je la. Kalau tumbuh, alhamdulillah. Kalau tak tumbuh, anggap je la tak de rezeki nak merasa buah tembikai dari kebun sendiri. Anggap je sedekah ke pasaraya & pengeluar benih tu. (mentang-mentang harga benih RM2 je, kemain lagi nak declare kepoh awak bersedekah bagai. Cuba harga RM200, mahu kau rempan-rempan carut kat sini. Keji betul perangai aku. Hahaa..)

En Zul korek tanah kat tengah-tengah laman dalam bentuk kotak. Pastu En Zul letak kotak (kotak DIY) kat tempat semaian tu, dan tambah tanah untuk buat batas. Dalam semaian tu En Zul cuma letak 2 biji benih je.

Selepas 2 minggu.......


Alhamdulillah, pokok pertama dah tumbuh..
- happy! -




The next day ---> tumbuh lagi sepokok!
- double happy! -


Setelah dibelai-belai, dimanja-manja, disayang-sayang (eh, mengalahkan sayang kat laki plak), pokok tembikai tu mula menjalar. Semakin hari semakin memenuhi laman aku. Eksaited gile woiii... Dengan harapan biar la berbuah. Ikutkan pokok ni cepat membesar. Gila laju dia menjalar. Daun pun lebar-lebar. Selebar tuannya jugak la kannn.. Sang ladybird pun makin banyak yang datang terbang-terbang kat laman aku. Seronok agaknya diorang tengok ada pokok yang lain dari yang lain kat kawasan tu.







Selepas hampir sebulan....


Akhirnya pokok tembikai aku mula berbunga dan berbuah.
Wahhhhh... Happy tak terkira!!




Perkenalkan, our first buah tembikai.
Hehehe...

Ya Allah... Tuhan je tahu betapa jakun nya aku dengan buah ni. Hari-hari ku belai-belai.
Dah macam orang gila dah aku ni. Tiap-tiap hari aku bercakap dengan buah ni.

"Melonnnn... Cepat la besar.."
"Melonnnn... nanti biar isi manis ye... "
"Buahhhh... Jaga diri elok-elok eh? Jangan bagi orang lain curi or binatang tebuk awak tauuuu"

Haaa.. Tak ke macam orang kurang siuman aku dibuatnya. Betul-betul menyiksa jiwa raga aku.
Selagi tak menuai buah tu, selagi dia depan mata tak dipetik-petik, selagi tu aku macam sawan buah. 




....dan penyakit sawan buah ni menurun ke anak-anak jugak. Kahkahh..




Masuk bulan November pokok ni dah mengeluarkan lebih dari 15 biji buah.
Tapi hanya 3 buah je yang berjaya survived. Yang lain mati menjadi warna hitam.

*sila abaikan buah tembikai di tengah-tengah lama yang berwarna hijau tua tu. Tu buah beli dari kedai. Hanya sekadar hiasan gambar. Hahahah... Tu buah yang aku beli untuk jamuan perpisahan student Thailand kat ofis aku. Saja nak tambah seri kat gambar aku ni...*




Ika : Mummy, ni buah tembikai kakak....




Aleeya : Mummy, ni buah tembikai adik....




Nah..! Ni tembikai mummy.
Mampu?




Syukur... Yang dinanti-nanti, yang dibelai-belai, yang dikasih-kasih...
Akhirnya kami sekeluarga dapat jugak merasa buah ni.
Alhamdulillah Allah memberi rezeki yang tak terhingga. Manis, juicy dan sedap buah ni.
Berbaloi-baloi aku jadi orang gila bercakap-cakap dengan buah ni.
Kalau aku tahu nak jadi sedap macam ni, jangan kan aku bercakap.
Akan ku nyanyi, dendang kan lagu-lagu cinta dan kasih sayang kat buah ni.
Biar rasa nya lagiiiii manis macam gula. Biar satu keluarga kena kencing manis.
Hahahaha...









Yang tertunggu-tunggu dan follow cerita buah ni, mesti dapat rasa apa yang aku rasa kan?
Mesti dapat rasa ke'excited'an aku ni.
Selepas berbulan-bulan menunggu, akhirnya merasa jugak hasilnya.
^_^



Sepanjang aku menanam pokok ni, (opss.. bukan aku, tapi En Zul yang banyak mengerah tenaga. Aku cuma tukang siram & gentel-gentel buah je. Eh?) ada jugak manusia yang macam tak puas hati dengan pokok tembikai aku. Seriusly?

Betul...
Dah la beriya-iya nak tengok gambar pokok. Bila aku tunjuk, dia siap cakap :

"Ek elehhhhh... Setakat buah macam ni duk tunggu-tunggu.. Buang masa. U pegi beli kat kedai, sebiji baru RM10-RM15. Pastu makan puas-puas.."

Macam gamp*ng.

Aku tak suruh kau tanam pun, tak suruh kau siram pun.
Duit gaji kau pun tak luak.
Dengki eh?

Orang yang tak tanam memang takkan rasa apa yang aku rasa.
Sebab kau tak kerah tenaga, masa dan jiwa pada tanah tu.
Dah itu hobi dan minat aku. Dah itu rezeki yang tertulis untuk aku.
Awat kau kalut sangat nak berdengki dengan rezeki aku ni?
Buah tembikai je kot... Whyyyy bother???

Kalau kau rasa semak dengan cerita-cerita aku ni, then leave it.
Aku tak penah paksa pun orang untuk follow.
Kalau suka tengok, sila tengok.
Kalau tak suka, then jangan tengok. Nak unfriend pun takpe.
Aku takde hal.

Please la.
Jangan nak perlekehkan hobi orang.
Jangan nak pertikaikan rezeki orang.
Allah dah tetapkan semua untuk masing-masing.
Kalau kau rasa life aku ni sangatttttt membosankan, then kau pegi la cari kawan yang mempunyai life yang CERIA, GEMBIRA dan COLORFULL sangat tu!
Tak payah terhegeh-hegeh nak jumpa aku sambil tanya apa-apa pasal life aku.
Life aku, cerita aku, kisah aku hanya untuk aku.
Life kau, cerita kau, kisah kau.. Simpan la kau sorang-sorang.

Tak hingin aku nak amik tau kisah dengki duka hidup kau. Sekian.


Tinggal kenangan.
Terima kasih Allah.


Friday, November 21, 2014

Closing

Kesian blog aku ni. Makin menebal pulak sawang-sawang kat sini. Tuan tanah asyik la sibuk sampai tak sempat nak update blog. Dah hujung-hujung tahun ni aku kena buat budget untuk ofis aku. Mana nak virement duit masuk ke kod akaun ni, masuk ke akaun tu, mana duit nak dahulukan, mana duit yang perlu dikendian kan.. Pening gak kepala nak hadap benda ni. Semua benda nak buat sekali harung hujung-hujung tahun. Kalut betul. Hampir-hampir gak aku mencemar duli nak mencarut kat facebook aku pasal closing ni. Motip sangat tauuu!

Ok, sekarang ada masa sikit terluang (maklum la bos tak ada kat ofis, maka mari berjimba-jimba) so boleh la nak update blog. Kasi buang semua sawang-sawang dalam blog ni. Hahaha.. Tapi tak semua cerita boleh cover sebab gambar-gambar dah transfer kat hard disk lama. Yang aku bawa keje cuma hard disk baru. So hari ni nak update cerita-cerita yang ada gambar kat pc aku saje ye.

Update 1 : Sape nak benda ni?

Tadaaa!

Nah, sape nak benda ni?
Tuuu.. Diary & table calender. Bukan anak dara aku berdua tu pulak ye.
Tu belum available lagi. Harap maklum.
Dah nak hujung tahun ni, dua benda ni yang dicari-cari orang kan?
Tak perlu beli, tak perlu susah-susah nak order.
Boleh dapat free je. Tapi dengan syarat laaa..
Kau hengat semua benda dalam dunia ni free ke dek non?
Silap hari bulan udara yang kau sedut ni pun kena bayar noks!

Ok, ni cerita pasal prudential dulu. Aku bukan la orang yang layak nak cerita pasal prudential. Tapi apa yang aku boleh share, banyak kelebihan benda ni. Komitmen bulanan serendah RM100. Ok kan? Untuk perlindungan dan simpanan RM100 tu dah kira ok sangat dah tu. Kau tiap-tiap bulan melabur ke karoake boleh pulak kan?? Takkan RM100 tak boleh spend kat perlindungan ni (cakap kat diri sendiri). Jom tengok serba sedikit tentang Prudential ni :






Kalau berminat, boleh call awek ni. Nama dia Fitry (nama glamer FIFI. Kerlasss kau dik!).
Still single. Tapi available ke tak, aku tak tahu la.
Kalau nak tau lebih details, boleh call/Whatsapp dia. Tu no tel dia kat gambar atas ni.
Eh..ehhh... Prudential je tau. Bukan pasal available ke tak.



Update 2 : Tunggu next entri la.. Bila gambar dah ada, aku story semua benda ye.... Hahahaa.. Bye!