It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 26, 2012

Samsung SIII & Samsung Galaxy Note 10.1 ---> What a surprise!!!!

Samsung SIII & Samsung Galaxy Note 10.1








Hadiah dari suami tersayang ♥

I'm speechless!
Tiada apa yang boleh aku katakan selain dari ayat ni :


Terima kasih, Sayang ♥


Dan.........


Tetiba aku terfikir, En Zul ni nak kawin lain ke?
Oh, tidakkk!!! Kalau dia berani buat hal, aku pun berani kerat batang dia jadi 18kerat!
Huh!




Aku amik SIII. Comel macam aku.
Kan?
(red is a must!)


Yang Note besar gedabak tu, kau pakai la bangggg...
Tak koser aku nak usung bendalah tu ke hulu ke hilir.
Boleh jugak kalau abang nak pinjam handbag Mummy buat simpan Note.
Baru la nampak macam 'sophisticated lady'.
Hehehee....



Tuesday, September 25, 2012

Peringatan untuk diri sendiri

Jumaat lepas aku dapat 1 notification dari group USM.
Ada someone yang post status kat group tu.
Owh, aku kenal lelaki tu.
Nak kata kenal sangat-sangat tak la, tapi aku akan ingat dia sampai mati!

Bukan sebab dia hensem or sebab dia ada six pack.
Tapi sebab dia pernah buat aku, Nadia & Wazli sakit hati!

Dulu aku pernah cerita pasal mamat ni kat entri ni.
Dia ketua kumpulan kitorang untuk kursus JUS & JUE200.
Tapi sehari sebelum due date assignment, dia selamba badak hantar sms kat Nadia cakap nak tarik diri.
Alasan dia masuk wad sebab denggi dan bini nak beranak.

Dafak!

Apa pun alasan kau, aku tetap tak boleh terima.
Kau dah menyusahkan hidup aku dan kawan-kawan lain.
Malah kau dah menyesakkan hidup kitorang yang terpaksa siapkan assignment last minute!
Dah la semua data ada kat kau!
Buta-buta je kitorang kena buat semula semuanya sekali!
Kau memang sial kan??

Masa kursus intensif bulan Jan lepas, Mawi ada call aku.
Banyak kali dia call, bila dah aku tak angkat dia sms pulak.
Rupanya nak tanya kenapa nama dia & mangkuk hayun tu tak boleh nak daftar untuk kumpulan baru?

Oooooo..... Dah ada group baru?
Dat's good for u!
Tapi kenapa nama korang tak boleh daftar, itu bukan masalah aku!
Aku tak hingin nak daftar kan untuk nama korang.
Kalau korang ada masalah, tolong jangan tanya aku!
Aku sikit pun tak nak terlibat apa-apa dah dengan korang berdua.

But korang still cari aku kan?
Tebal jugak kulit muka korang, macam kulit buaya.
Dasar tak tahu malu.
Nasib korang la!

So aku tak balas sms dan tak respon pun pada misscalled tu.

Then last Friday, tengok ada notification.
Oh, mangkuk jamban tu post something kat group rupanya.







Baru nak cari kawan bangggg?
Kenapa cari kawan-kawan tahun 2, bukan tahun 3?

Paling kesian, sejak minggu lepas sorang umat pun tak ada yang respon post kau tu.
Agaknya semua orang takut nak jadi ahli group kau kottttt...
Ye la, kau kan suka bersemangat pada awal waktu.
Bila dah dapat semua data, kau lesap!
Pastu sehari sebelum due date, kau sms kawan-kawan bagi alasan macam cibai!

Kesian kat kau kan?
Aku bukan nak dengki atau busuk hati.
Aku bersyukur atas apa yang berlaku, aku lulus untuk tahun 2.
Now aku proceed untuk tahun 3 dengan kawan-kawan aku yang lain.
Malah PNGK aku pun meningkat jugak.

Aku anggap semua tu dugaan aku untuk menimba ilmu.
Sakit perih aku nak lulus, Tuhan je tahu...
Dengan segala masalah yang aku alami selama ni, Alhamdulillah aku berjaya mengharungi life aku sampai sekarang.
Syukur pada Tuhan, terima kasih pada family dan kawan-kawan.

Tapi untuk aku lupakan segala apa perbuatan kau pada aku dan kawan-kawan, tak mungkin sama sekali!
Kau mungkin dah dapat balasan atas perbuatan kau tu.
Dan itu mungkin yang terbaik untuk korang.
But terus terang, aku mintak maaf banyak-banyak sebab aku takkan lupakan perbuatan kau tu.

Dengan apa yang berlaku selama ni, banyak yang mengajar aku.
Don't trust anybody, terutamanya pada yang mempunyai kepentingan sendiri.
Kalau aku tak nak buat baik pada orang, tak pe. Itu aku punya pasal.
Tapi aku jangan buat jahat pada orang, sebab Tuhan akan balas setiap kejahatan yang aku buat.
Walau apapun, aku bersyukur sebab semua kawan-kawan aku baik-baik belaka.
Saling bantu-membantu dan take care for each other.

Cuma korang berdua je yang perangai macam setan!




Monday, September 24, 2012

Both princess' are going to be a teenagers!

Princess Nur Aleeya Zaakirah & Princess Nur Natasha Zulaikha


Macam tak sangka tajuk entri macam ni kan?
Rasa macam terlalu awal nak cerita pasal hal ni. Hehee...

Rasanya Ika dan Aleeya dah mula menuju ke arah alam remaja.
Guess what?
Diorang dah mula rasa malu-malu! (sebelum ni pun malu-malu gak).
Semakin hari semakin ketara perubahan tu.

Dulu diorang selalu mandi sama-sama.
Siap berbogel lari-lari dalam toilet.
Jenuh la aku memekik dari luar suruh mandi senyap-senyap.
Tak payah nak bising-bising macam satu dunia nak tengok kau mandi.
Bila sorang tergelincir tersembam cium mangkuk jamban, baru reti senyap!

Tapi sekarang tak nak mandi sama-sama.
Bila pagi-pagi lambat bangun nak pegi sekolah, aku suruh je dua-dua masuk toilet sekali.
Senang mandi sekali, jimat air jimat masa.
Tapi tak nak nya budak-budak ni.
Malu katanya! Puiiiiiii...

Semalam masa nak tengok movie Bait kat VIVA, Ika masuk toilet dengan aku.
Bila dia masuk ke toilet, pintu toilet tak boleh kunci dari dalam pulak.
Sebab aku malas nak suruh dia tukar bilik lain, aku suruh je dia kencing kat dalam toilet tu.
Si Ika ni siap sound aku dari dalam, "Mummy jangan bukak tau. Jangan tengok kakak!"
Walaweiiiii.... Macam la aku hadap sangat nak tengok karipap 30sen kau tu.
Huhuhuuu...


Pagi tadi lepas Ika mandi, dia bertuala tutup satu badan.
Selalu nya dia telanjang bulat je.
Pastu bila dia nampak En Zul keluar bilik, dia cepat-cepat pusing tempat lain masa nak pakai panties.
Ooooo... Dah malu dengan ayah ye sekarang?
Seboleh-boleh tak nak bagi ayah nampak nipple dia tu.
Padahal baru je 3 minggu lepas, En Zul yang sapu bedak kat badan dia!





Ponteng sekolah, konon-konon demam.
Bila dapat jalan-jalan, terus hilang demam!
(budak ni badan kurus, tapi jari gemuk-gemuk)




Yang si Aleeya masih macam tu jugak.
Badan makin menggajah, tapi perasaan malu tu kurang sikit berbanding kakak dia.
Kalau nak tukar baju or nak pakai panties, selamber je dia tukar depan En Zul.
Dah la karipap dia besar sikit dari Ika, dalam 50sen la besarnya. Hahaha!
Nipple pun dah nampak besar.
Risau jugak kitorang dengan dia ni.
Dari tahun lepas aku suruh dia pakai camisole, tapi ikut sedap dia je la nak pakai ke tak.
Bila dah naik darjah dua, aku memang marah kalau dia tak pakai camisole kalau kat sekolah kebangsaan.
Tersembul je nipple dia, siap boleh tembus dari dalam baju sekolah dia tu.

Badan Aleeya bukan macam kakak dia yang kurus keding tu.
Lemak je bersepah sana-sini.
Macam nak berlumba-lumba pulak dengan lemak aku.
Pernah sekali dia pakai short pant kakak dia kaler putih.
Terjojol je karipap dia!
Apa lagi, terjojol jugak la mata aku masa nak amik diorang dari rumah babysitter.
Terus aku pekik suruh dia masuk tukar seluar.
Kalau Ika yang pakai pants tu, tak de la nampak sendat sebab dia memang kurus.
Tapi kalau dah anak badak yang pakai, bapak badak pun boleh pengsan tengok baka sendiri!




Dari sisi pun dah boleh nampak lambakan lemak kat budak bambam ni.




Lagi 2-3 tahun aku rasa budak-budak ni akan menstrual.
Masa tu kompem aku akan mula gelabah!
Nerves macam aku yang datang 1st period pulak. Hahahaha...

Poyo kan? :p

Tapi masa tu aku mesti berpeluh nak terangkan kat budak-budak ni.
Nak ajar pakai pad lagi.
Time tu mesti pad aku (1 pek ada 30paket) tu kongsi 3 orang.
Kena beli pek kembar la jawabnya.
En Zul sila kumpul duit banyak-banyak ye, senang nak beli pad secara bulk!
Agak-agak kalau tak mampu beli pad, pakai je la kain lapik tebal-tebal macam zaman jepun dulu tu.
Pas guna, cuci bersih-bersih then sidai sampai kering. Boleh ulang pakai banyak kali.
Sonang cite haaa.....

(teringat zaman dulu Maklang beli jenama Sanita je. Bila anak dara dia dah mula menstrual, mula la membeli Whisper dan Kotex. Kecik-kecik dah demand!)

Sekarang ni diorang dah pandai demand (ikut perangai sape la ni. Heh!).
Kalau syampu pun tak nak pakai jenama Johnson n Johnson atau yang jenama Carrie Junior.
Nak jenama Tresemme or Paris (beli dari salon). Siap dengan pakej conditioner.
Paling bangsat pun nak pakai Pantene or Sunsilk.
Hadoiiiiii... Kalau kepala aku je yang nak cuci, tak pe la nak pakai brand mahal-mahal.
Tapi kalau dah 4 kepala nak cuci, jenuh la nak beli 2 minggu sekali.

Kalau shower cream, mesti nak yang ada scrub la, yang ada serbuk pearl la...
Nak yang jenis memutihkan kulit bagai.
Korang ni sama la macam En Zul, percaya sangat dengan iklan produk.

Produk ni boleh memutihkan kulit dengan hanya 2 minggu..
Produk ni boleh memanjangkan rambut dalam masa 1 bulan.
Produk ni boleh memuluskan kulit dengan menyapu sebanyak 15 kali.

Penipu je semua tu!
Tapi En Zul dan budak-budak ni senang nak percaya!
Bila nak beli shower cream, mesti cakap "Mummy, kat belakang botol ni tulis boleh kasi putih. Yang ni pulak boleh kasi halus... Blaa..Blaaa.... Blaaaa...."
Last-last aku beli je brand Dettol untuk korang. Kahhh~
(diorang tak kesah brand Dettol, asalkan jenis methol kaler biru tu)

Lagi 2-3 tahun ni jugak la aku kena start check beg sekolah diorang.
Mana la tau ada surat cinta ke... Ada gambar pakwe ke....
Sebelum surat tu sampai ke tangan si jejaka, baik sampai ke tangan aku dulu.
Boleh aku tolong adjustkan perkataan yang salah eja tu.
Eh, silap!
Boleh aku libas bontot sekor-sekor!
Makan pun masih nak kena bersuap, tido pun duk bawah ketiak aku, ada hati nak bercintan-cintut??
Puiiiiiiii....

Hm, rasa sekejap je diorang dah nak masuk zaman remaja.
Kalau ikat rambut, tak nak dah ikat ponny tail kiri kanan.
Macam budak kecik katanya.....
Nak ikat 1 ponny tail je kat belakang.
Kalau shooping baju, tak nak aku pilih.
Semua benda nak pilih sendiri. Dari baju luar sampai la ke spender.
Dulu kalau diorang pilih baju design tak cantik, kompem aku kutuk time tu jugak.
Pastu kompem diorang akan suruh aku yang pilih ikut citarasa aku. *wink2*

Tapi sekaranggggggg.....
Kalau aku kondem separuh nyawa pun diorang tetappppp buat tak paham.
Selamba je bawak baju yang ntah-hapa-hapa tu terus ke kaunter.
Then buat muka selamba!
Eeeee.. Geram aku!

Hmmm.. Tak pe la.
Aku rasa semua ibu-ibu akan rasa benda tu.
Melalui phase yang mana anak-anak dah anggap diri diorang dah besar.
Ada dunia sendiri.
Ada citarasa sendiri.
Tapi hujung-hujung masih tengok Upin & Ipin jugak....

Lantak korang laaa....
Janji pandai jaga diri masing-masing.
Pelajaran jangan nak abai.
Solat jangan lupa.
Jangan nak menggedik tak tentu pasal.
Sifir 2 sampai sifir 12 jangan lupa hafal ye...


Eh?



Meh Mummy upload pic kakak & adik masa korang kecik-kecik.
Sekarang dah besar panjang dah... =)




Aleeya





Ika yang debabbb!
With her double chin. Now no more :'(




Twin? Nope.




Walaupun Aleeya pakai dress, tapi tetap nampak 'kayu'
Kahhh!




Macam Marilyn Monroe. Huhuuu...
Seksi nyahhh.. Kau hado?




Dulu nak la pakai baju spedemen ni.
Aleeya siap request nak baju design badak. Now bertuah la nak pakai baju macam ni.




Aleeya ni tak sesuai pakai dress.. Mungkin masa dia dalam kandungan, En Zul nak sangat anak lelaki.
Tu yang dapat anak gadis yang brutal ni. Hehehee...




You rock, babe!









Both were short hair



Rambut Ika dah panjang, tapi rambut Aleeya still pendek (mungkin sebab jenis rambut kerinting)




Sejak kecik Ika dah nampak feminin kan?
Aleeya tetap nampak keras =)




En Zul's Girls.




Masa kecik-kecik tak kesah pun berendam dengan budak jantan.
Berlendir satu badan pun takpe.
Sekarang tak nak dahhhhh~




Mandi dengan ayah. Pakai panties dengan shirt je








Ika when she 6th years graduation




Like princess in fairytale =)




















Love,

Friday, September 21, 2012

Black

Teringat dulu ada 'gagak hitam' ni beriya nak add aku as his fren kat fb.
Tak de nya aku nak buang masa layan benda-benda ni.
Mengarut je semua benda tu.

Bila difikirkan balik, "eh, kenapa diorang berani buat macam ni? tak takut kena maki ke?"
Aku ni bukan tak nak maki, tapi sebab tak reti nak cakap english.
Kang jadi lain maksud pulak.
Elok-elok nak maki, tapi jadi memuji pulak. Satu hal nak pulak kan...





Yang ni masa mula-mula dapat fren request dari awang hitam.
Perghhh.. Rasa macam diri ni glamer pulak bila ada foreigner nak mengorat.
Tapi bila baca ayat yang dia bagi tu, rasa macam 'euwwwww'.
*Pitam*




Selang beberapa hari, datang mamat ni pulak nak add aku.
Walaweiiiiii... Terhangat di pasaran kah wajah aku ni?
Puiiiiii....




Aku rasa ramai je pompuan melayu yang kawin dengan blackie ni.
Even aku sendiri pernah ada cikgu pompuan yang kawin dengan orang kulit gelap.
Bukan je gelap, tapi rambut pun siap kerinting-kerinting lagi.
Dia dapat 3 orang anak (2 girls and a boy).
Semua anak-anak dia mewarisi genetik bapak dia.
Memang kuat DNA orang blackie ni.
Bukan je DNA yang kuat, main pun agaknya kuat kot. Muahahaa...

Dah jodoh, terima je la kan?
Kau pusing-pusing ceruk dunia mana pun, kalau dah takdir kawin dengan blackie, nak buat macamana lagi?

Bila dah ada blackie ni beriya nak kawan, aku mula la fikir yang bukan-bukan.
Kalau accept, nanti jadi rapat, then nak kapel pulak.
Nanti kalau nak kawin, dia nak ke masuk Islam?
Nak ke dia tinggal kan semua benda-benda terlarang tu? Arak especially.
Nak ke dia bersunat? Nak kasi kerat hujung batang tu..
Nak ke raya nanti pakai baju melayu, bersongkok bagai?
Oh, macam tak masuk dek akal je! Huhu...

Tadi lepas meeting, aku saja bukak message kat FB.
Ternampak pulak ada message kat bahagian OTHER tu.
Alaaa.. Kira yang macam SPAM kalau kat email kita tu la.

Sekali bila dah bukak, punya la banyak message tegang batang kat dalam tu.
Bahabiiii.

Pastu message yang nak jadi kawan pun ada.
Siap puji muka aku ni melambung-lambung.
Macam la aku lawa sangat.
Tuiiiiiiii...



So beautiful~
Kahhh!




Nope!




Do i look so beautiful? Ohhhh... Dear, let me hug u, kiss u... Muahaha!!!




Aiyoooo.. What a longgggg story meh?
Talk to my hand!




Hey, you! Where's your pic? Is your face ugly?
Hahaha!!




Dr Alladin? Oh, Allamakkkk~



Satu je persoalaan aku.











Mana datang semua mangkuk hayun ni hah?




Thursday, September 20, 2012

From My Kitchen : Sotong Goreng Tepung

Kali ni nak buat masakan edisi malas.
Rasanya dah lama tak memasak. I mean masak nasi berlauk.
Sebab sekarang ni En Zul nak diet, macam la dia tu gemuk sibuk nak berdiet bagai.

Last few days, masa nak siap-siap gi keje, En Zul tunjuk kat aku seluar slack dia semua dah longgar.
Bila tengok kelonggaran itu, aku seperti di tampar-tampar.
*Pang!*

Oh, tidak!!!
Kenapa bila aku tak memasak, En Zul makin kurus.
Sedangkan aku makin GEMUK?
Uwaaaaa... Ini tidak adil, tidak adil bagi ku~~
(tetiba nyanyi lagu Yuna pulak)

Takpe, takpe... Pasni aku pun nak kurus jugak.
Nak tunjuk jugak seluar aku dah longgar.
Weeeeee~

So malam tadi aku memang bercadang tak nak masak nasi.
Nak masak benda simple-simple je.
Yang penting tak memenatkan aku.
So aku masak lauk je, buat ratah-ratah.



Menu malam tadi adalah sotong goreng tepung, tauhu & tempe goreng rempah dan kerang bakar.


Yummy!!!!



Meh kita belajar masak benda-benda mudah ni.

First, kita masak sotong goreng tepung dulu.
(resepi kerang bakar aku tak buat ye, benda tu senang je. Tak perlu jadi entry.)





Bahan-bahan :

- Sotong
(buang kulit, tulang belakang dan mata. Cuci bersih dan toskan air)
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- Garam
- Lada sulah
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- sedikit air untuk membancuh

Cara-cara :

- Campurkan semua bahan dan gaul rata.
- bancuhan tepung jangan terlalu cair atau pekat
(kalau cair, nanti tepung tak lekat pada sotong.
Tapi kalau pekat, jadi cekodok pulak. So pandai-pandai la ye)
- Panaskan minyak guna api sederhana, then goreng sotong sampai kekuningan.


***


Petang semalam masa nak balik kerja, aku sms Maklang.
Nak tanya resepi tempe goreng rempah dia.

Aku tanya, "Mak, macamana nak buat tempe rempah?"
Dia replied, "Ntah, celop guna tepung kentucky kot"

Hadoiiiiii... Ni la masalah mak aku.
Pelupa.

Bila dia buat resepi baru, dia main cincai-cincai je buat, tapi sedap....
Bila aku minta resepi, dia lupa cara nak buat.
Dulu masa Leen study kat MRSM Kuantan, selang 2-3 minggu dia balik rumah.
Masa first time Leen nak balik, Maklang beriya masak sotong goreng tepung berempah.
Sumpah sedap weiiiiiii....
Tepung tu garing, rempah pun terasa.
Cantik je tepung tu membalut kat sotong tu.
(taip entri sambil membayangkan keenakkan sotong tu. Kahhh~)

Then lepas 2-3 hari tu, aku suruh dia masak lagi menu tu, tapi dia lupa resepi nak buat.
Bila dia buat balik, tak seberapa nak menjadi macam yang first trial tu.
Sebab niat dia masa buat resepi tu, masak main belasah je...
Janji anak-anak & laki dia kenyang.
Sebab tu bila aku tanya dia resepi tu, dia tak ingat.
Sebab niat dia dah tercapai. Cukup sekadar kenyang.


Now kita beralih pada tempe dan tauhu.
Kalau nak senang, goreng dengan garam & kunyit je.
Tapi sekali sekala biar la variasi sikit.






Tauhu
(Gila kasar aku tumbuk rempah tu kan? Dasar pemalas...)



Tempe


Bahan-bahan :

- 2 keping tauhu (potong ikut sukati)
- 2 paket tempe (potong ikut sukati)
- 1 sudu biji ketumbar*
- 1 sudu jintan manis*
- 1 sudu jintan putih*
(bahan * ditumbuk / di blend kasar)
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- Garam
- Lada sulah


Cara-cara :

- Campurkan semua bahan dengan rempah dan gaul rata.
- bancuhan tepung jangan terlalu cair atau pekat.
- Celupkan tauhu dan tempe dalam bancuhan, dan goreng sehingga kekuningan.



*kalau tak nak guna resepi ni, ikut je cara Maklang. Guna tepung Kentaki or Serbaguna.
Setel.












Wednesday, September 19, 2012

From My Kitchen : Tempura Nugget

Semalam teringin sangat nak makan nugget, especially tempura nugget.
Buat blogwalking kat blog-blog orang, terjumpa la satu resepi tempura yang agak best.
Bila dah baca, sekali tengok bahan-bahan.... Pergh! Macam nak bukak kilang nugget!
Macam-macam rempah dia masuk.
Ada serbuk halia la, serbuk bawang merah la, serbuk oregano, serbuk ketumbar, bla..bla...blaaa...
Kansel. Maka buat nugget sendiri.
Yang penting simple dan jimat masa.

So petang semalam ajak En Zul pegi Tesco membeli belah
(baru je kelmarin gi Tesco, sungguh la membazir aku ni)
Macam la nak beli barang banyak, padahal nak beli ayam je.
Tapi bila dah sampai Tesco, macam kena dek sampuk setan, macam-macam aku nak beli.
Sampai kaunter, menggigil nak hulur cc nak bayar barang ditengah bulan ni. Huhuhu...

Aku cadang nak beli ayam yang dah siap kisar, tak kesah apa jenama pun.
Ramly ke, Tesco ke, Saudi ke... Janji yang dah siap kisar.
Tapi En Zul tak nak beli ayam kisar, dia nak beli ayam mentah sekor!
Konon nak melapah sendiri daging ayam tu.
Gilo??

Tapi sebab dah dia beriya-iya sangat, belum sempat aku nak ke bahagian ayam, tengok dia dah jinjit sebungkus ayam. Ikut kau la bang... Jangan nanti sampai rumah, kau tetiba jadi malas, aku baling dengan lesung.

Sampai rumah, lepas je En Zul siap mandi, dia terus mengerjakan ayam tu.
Boleh tahan jugak terror laki aku ni.




Sesi menunjukkan bakat. Sampai berterabur segala tulang ayam tu.




Dalam masa 10min dah siap En Zul melapah daging ni. Pergh! Mantap la...
Tapi aku rasa lebih baik beli ayam yang dah siap kisar.
Beli je kat kilang Ramly Burger kat belakang rumah aku tu.
Even the price is cheaper than Tesco.
(wah....kemain lagi aku speaking London. Sejak Kate Middleton datang KL, berbuih
mulut aku nak speaking omputih. Mana la tahu untung nasib macam Siti Nurhaliza,
aku dapek jumpa pompuan mat saleh tu. Hehehee...)




Eh, dah kenapa aku melalut cerita pasal Kate Middleton la, Siti Nurhaliza la...
Mari kembali ke pangkal jalan, cerita pasal tempura nugget aku ni.



Bahan-bahan :

  • Isi ayam
    (kalau nak ikut jejak langkah aku, guna isi ayam pejal. Pastu blend dengan bahan kat bawah. Pastikan sebelum blend buang segala lemak dan urat ayam. Kalau tak, kompem korang rasa menyesal bila urat tu membelit kat blades blender korang. Jenuh nak keluarkan weiiii... Sampai habis berbukak semua part blender tu.)
  • Garam
  • Tepung gandum (2 sudu besar)
  • Lada sulah
  • 1/2 biji telur (dipukul, then amik separuh je)

Bahan-bahan coating :
  • Tepung gandum
  • Telur (campur dengan garam, lada sulah --> dipukul)
  • serbuk roti (optional - aku tak guna, sebab nak buat tempura)

Cara-cara :
  • Blend semua bahan diatas. Kalau guna daging yang sudah dikisar, lagi sonang. Kau gaul je semua sekali. Kalau nak tambah sayur, kau taruk la carrot ke, jagung ke.. Sukati.
  • Buat bulat-bulat, celup dalam telur dan salut dengan tepung gandum
    (kalau nak buat macam nugget biasa, coating kan guna serbuk roti)
  • Ulang coating kalau nak tebal. Aku pemalas, so coating 1 layer je. Muahaha...
  • Goreng dalam api yang panas.


Rupa tak menarik, but it taste yummy!!!
(kau mampu puji makanan sendiri? Mampus la aku pasni ramai yang kutuk aku.. Kahhh~)



Buat banyak-banyak, pastu boleh simpan dalam esbok.
Kalau nak simpan, make sure coating tebal.
Aku buat satu layer je. Pagi esok keluarkan dari esbok tengok nugget dah melekat satu sama lain.
Kalau taruk minyak, nanti lembik pulak coating tu.
So kekdahnya, kau layer la 2 lapis. Pastu campak je masuk dalam esbok.

Sebab pagi tadi aku desfrost guna microwave, aku terpaksa gentel balik nugget tu.
Sebab malam tadi dah coating, pastu pagi tadi gentel & coating balik, terlupa nak tambah garam.
Hasilnya nugget pagi ni sedikit pejal (nama lainnya --> KERAS) dan sedikit tawar. Haha!

Takpe la, 1st trial kan?
Next time dah tau cara, boleh buat lagi....
Boleh jual kat opis ni. Secucuk 3 biji hage RM1.
Murah kan?
(berangan!)






Friday, September 14, 2012

Rumah Terbuka Institut Genom Malaysia (MGI) 2012

Baru hari ni nak update. Semalam agak busy nak siapkan assignment.
Dah la portal asyik tak boleh access, pastu tup-tup bila bukak ada tugasan
yang perlu dihantar lagi beberapa hari. Homaigoddd!

Dapat jemputan rumah terbuka dari Prof Noor dari Malaysia Genome Institute (MGI).
Sebab belum pernah datang open house MGI, maka aku pun menyebukkan diri nak
join diorang ke sana. So aku melantik diri sendiri (err.. boleh ek lantik diri sendiri?)
sebagai juru gambar tak bertauliah.

Kitorang pergi seramai 14 orang (3 kereta).
Tapi masa mula-mula pergi cuma ada 10 orang je (5 gentlemen & 5 ladies).
Yang lelaki naik kete Adi, yang ladies cantik menarik dan menawan ni naik kete Ain.
Lagi 4 orang ladies (IT) datang lewat naik keta Ina.

Bertolak pukul 12tengah hari. Masing-masing tengah lapar tahap saka Degawan.
Muahaha!



Masing-masing tengah lapar. Semua tak sabar nak melantak kat MGI.
Eh, ayam jagoan mak jemah join sekali larrrrr (yang peluk tubuh tu).
Tetiba terasa bersemangat pulak! Hehehe...



Sampai MGI, dalam pukul 1pm. Lepas parked kete, terus cari tuan rumah.
Berjumpa dulu dengan Pn Nisak, then jumpa Prof Noor pulak.
Pastu apa lagi, pakat pulun cari air la dulu.
Hausssss!




Merembat cocktail. Sebab aku haus sangat, so aku amik air oren je.
Meja sebelah kitorang tu (ladies), ada beberapa staff MGI yang aku kenal.
Sempat bertegur sapa dengan Azzyati, Zatul dan errr... Sorang lagi aku tak ingat nama dia.
Sorryyyy!


Nah, sebab aku tak ingat nama kakak tu, aku upload gambar kat Regatta Sarawak ni.
Dari kanan : Azyyati, *the lady with green scarf*, dan Zatul.



Masa tengah minum-minum tu, datang Azyyati ke meja kitorang.
Dia pelawa kitorang makan. Dia still peramah macam dulu-dulu jugak =)
Rupanya menu tu dimasak sendiri oleh staff MGI.

Walaweiiiiiiii! Hebatnya!!!
Sumpah kitorang kagum. Tak sangka diorang masak sendiri.
Cuma sate dan laksa johor (if im not mistaken lorr) yang di beli dari orang lain.
Tapi konsep merewang dan masak sendiri tu aku memang tabik la..

Lepas masing-masing dah minum, kitorang memulakan aktiviti menyelongkar makanan atas meja.
Nampak menu ketupat lemang (itu kan wajib), rendang, nasi beriyani,
sup utara, sate, laksa johor, rojak buah, kek dan lain-lain.

So aku ambil nasi dulu.
Ya Allah, sedapnya! Series sedap. Aku bukan reka-reka cerita.
Nasi dia sedap, lauk ayam masak merah sedap, beriyani kambing pun sedap.
Kuah dalca sedap, lengkap semua sayur dalam tu.
One word - PERFECT!


Ni ha, Ain nak pergi ke tengah Atrium, sebab all Septemberians (termasuk Prof Noor)
nak nyanyi lagu besday. Untung laaa... Aku March! Huhuhuu... :'(
P/s : Eh, Ain ni bukan lahir Sept, tapi nak pergi tengok laki dia tiup lilin tu ha...
Anyway, Happy Besday Nazeri =)
And Prof Noor too... May Allah bless you.




Time ni semua dah tak toleh kiri kanan dah.
Tekak aku ni macam memerit je mintak diisi makanan.
Kau tengok pinggan aku, beriyani kambing tu hampir separuh pinggan besar dia.
Padahal seketul je tu. Tapi nasi separuh je (nak jugak mention makan nasi sikit. Puiiiii).
Air harus 2 cawan. Hekkk...




Dah makan nasi, lepak sekejap bagi laluan nasi ke dalam perut.
Then pergi angkut bihun sup pulak.
Bila makan sup dia, ya Allah... Sedapnya!
Daging yang dia rebus buat sup tu betul-betul lembut. Lagi menambahkan selera dan rasa sedap sup tu.
Sup setel 1 mangkuk. Agak-agak ada lagi tak space dalam perut ni?

Tak ada.




Geng lelaki dah siap makan. Tunggu masa nak balik PPUKM.



Sebab dah terlalu kenyang, tak boleh nak sambung makan benda lain.
Just sembang-sembang dengan Puan Nisak, then kitorang beransur pukul 2.30pm.

(Lagipun Prof Datuk ARAJ dah jeling-jeling kat kitorang masa dia nak balik.
So tak reti-reti nak balik jugak?)



Thanks to MGI sebab sudi jemput kitorang ke jamuan raya korang.
Sedap semua makanan. Tahun depan boleh la jadi caterer untuk jamuan kitorang pulak.
Hehehe... =)