It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 19, 2015

Amukan

Hari ni genap seminggu Aleeya kena HSP.
Bengkak dan bintik kat kaki dah surut. Tapi rashes naik pulak kat tangan dan badan.
Malam-malam suhu badan panas.
Dah bagi minum air kelapa, air asam jawa, air teh kundur, air 100plus, air anugerah, semua tak jalan.
Tidur malam terpaksa letak towel lembap kat leher dan dahi untuk kurangkan panas badan.
Punnn tak jalan gak....

Apa la penyakit kau ni nakkkk?
Jangan la sampai memudaratkan hidup kau.





I got fever, peeps!
-cedok dari Mr. Gugel-




Jumaat lepas aku ambil cuti pulak sampai ke Rabu ni.
Gilir-gilir ambil cuti sebab En Zul akan outstation ke Kedah pagi Jumaat.
Pagi Jumaat tu lepas Subuh mata Aleeya bengkak sebelah kanan.
Gelabah jugak kitorang pagi tu nak siap-siap ke emergency.
Tapi En Zul kata biar dulu, mana la tahu mata bengkak tu kot-kot Aleeya garu masa tidur.



Ni bukan mata je bengkak. Aku rasa bibir pun bengkak gak macam Kilaperi tu.


Esoknya, lepas bangun tidur tengok mata kiri pulak bengkak.
Mata kanan dah surut sikit. Dah kenapa pulak kau ni dikkk?
Dia cakap tak gatal or pedih.
Cuma tiba-tiba naik bengkak je...

Sepanjang Jumaat sampai ke Isnin bengkak dan rashes kat kaki dah susut.
Tapi hari Jumaat tu pulak demam aku makin menjadi-jadi. Pening sampai muntah-muntah aku.
Aku ni ambil cuti sebab nak jaga budak sakit, end up aku pun join sakit sekali.
Sama-sama la kita sakit ye nakkkk..

Sebab Isnin dah nampak positive progress pada Aleeya, so Selasa aku boleh cancel cuti.
Aku ke office angkut sekali budak Aleeya siap dengan note, lappy dan segala movie korea bawak sekali sebagai pelunas cukai jalan budak ni.
Janji kau jangan kacau mummy mengejarkan kerja-kerja pending ni.



Curi-curi snap pic.
Bahagia betul tak ada sesapa nak kacau dia.
Bilik ni jenis joint room.
So dari dalam bilik ni senang aku nak pantau budak ni kat bilik sebelah tu.


Aku cuti cuma Jumaat dan Isnin.
Tapi lambakan kerja macam aku cuti sebulan ke Intensif USM.
Gila banyak pending!
Mana nak setelkan surat jemputan penceramah untuk bengkel, surat pembayaran saguhati, buat proforma penawaran kursus baru untuk Keusahawanan, key in data SPSS untuk entry & exit survey dan macam-macam lah!
Memang nak muntah bila semua kerja calling for due date.
Kalau tak siap sebelum due date, sila bunuh diri!


Aku masuk kerja 7.30 am tengok kerja semua dah ready atas meja.
Tinggal pilih je mana nak start dulu.

Selalu nya start dengan plastik merah tu dulu.
Tapi tadi plastik merah pun aku dah tak nampak bayang!


Nasib anak aku tak meragam.
Lepas dia makan ubat, dia tidur je aman-aman kat sofa dalam bilik ni.



After lunch hour--
Ada beza tak? Ada kan......

Bukan makin clear meja aku. Tapi makin sepah!
Amende la yang aku busy kan sangat ni??
Lepas setel satu tugas, datang tugas lain.
So pandai-pandai la kau kan!




Late lunch. Lebih kurang pukul 3 pm lebih baru dapat lunch.
Tu pun makan saki baki nasi lemak pagi tadi.


En Zul sampai di ofis aku lebih kurang jam 12 tengahari.
Masa tu bos aku dari FTSM datang untuk discuss dengan aku kat bilik.
Aleeya masih sedap membuta kat sofa tu.
Nasib baik dapat bos yang memahami dan penyayang gituuu.. (tenkiu bos!)

Lepas kejutkan Aleeya, En Zul terus bawak dia buat follow up kat Hospital Premier kat BTS.
Dari emergency hari tu Dr memang buat reference letter ke Premier.
So tengahari tadi terus bawak dia ke sana.
Sampai sana kena ambil darah dan urine untuk buat test.
Masuk jumpa Dr, tengok result masih tak nampak apa-apa yang abnormal pada bacaan.
Masa ni bengkak dan rashes pada kaki Aleeya jadi balik!
Terus Dr buat reference letter ke emergency semula untuk jumpa dengan Dr pakar.

Sampai emergency, kena ambil darah & urine - again!!
Aku tak tahu la apesal diorang tak guna je result yang tadi tu.
Tak sampai dua jam pun result tu.
Nasib la aku tak ada masa tu. Kalau tak kompem aku dah meroyan sana-sini.
En Zul je yang gigih melayan arahan doktor-doktor kat sini. Haha!

Lepas jumpa pakar, Aleeya admitted ward pead.
Lepas Maghrib baru aku dapat tau.
Tu pun selepas En Zul setelkan semua pendaftaran masuk Aleeya.
Dah pack semua barang, aku terus pecut ke PPUKM.


Lepas seminggu selera makan berkurang, malam ni habis sebungkus bihun singapore dia belasah.
Aku syak hantu raya dia dah sihat kot. Tu yang makan berselera tu.


Masa ni En Zul dah otw ke Perlis dengan ex-boss dia.
Alahai banggggg.. Time anak sakit, masa tu la dia outstation memanjang.
Betul-betul menguji aku la.

Dalam pukul 10pm tadi, nurse datang bagi ubat.
Aku suruh Aleeya makan sebelum dia tidur.
Then Aleeya tidur dan aku main laptop.

Lepas sejam lebih, nurse datang bagi ubat lagi.
So kena kejutkan budak ni.
Aku tengok dia macam makan ubat main-main.
Bila aku tanya mana ubat tu? Dia tunjuk dalam mulut dia.

Aku tak puas hati, aku tarik selimut dia.
Terus jumpa 2 biji ubat yang dia cakap konon-konon ada dalam mulut dia tu!

Masa ni aku terus jadi amukan ablasa!

Aku bebel dan terus keluar call En Zul yang tengah drive tu.
Budak Aleeya ni dah cuak sebab terkantoi dengan aku.
Patut la demam kau tak baik-baik! Minum air macam-macam pun suhu badan kau masih panas.
Rupanya selama ni kau tipu makan ubat!

Aku tanya dia macam-macam.
Aku soal bertubi-tubi macam peluru machine gun.
Tunggu masa soalan 'missile' je belum nak keluar lagi.

Dia dah mula nangis.
Aku tak puas hati.
Terus aku tanya, "kau memang suka nak masuk ward ye? Kau tahu tak dah berapa ramai orang mati atas katil ni? Tahu??!!!"

Masa ni Aleeya terus "uwahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!"

Haaaa kauuuu!
Jangan main-main dengan soalan aku.
Ni kalau aku yang soal pasal wang derma 2.6b tu kompem berjaya dapat maklumat benar ni.

Malam ni hilang keayuan aku kat wad pead ni.
Rasa nak melayang je segala tudung sebab terlalu marah sampai baran gunung berapi naik ke kepala.
Rasa nak bukak silat pangkah, silat gayung, silat cekak, silambam, tarian singa segala la.
Badan aku dah rasa naik sisik kasar, hidung dah mula keluar segala asap.
Tunggu masa nak bertukar jadi naga tasik chini je ni.

Aku masih tak puas hati.
Aku tanya mana ubat yang nurse bagi pukul 10pm tu?

Mummy jangan marah adikkkk...

Sekarang pun mummy dah marah! So tell me! Mana ubat tu? *jegil mata kat sini*

Ada bawah bantal....


Selak bantal jumpa ubat tu.


Kenapa tak makan ubat ni? Selama ni kenapa tipu tak makan ubat?

Adik tak boleh telan pill....

Kalau tak boleh telan, kenapa tak bagitahu??

Adik takut mummy marah....

Habis sekarang kau tak takut? Kau ingat kalau mummy tahu kau tipu, mummy suka happy tepuk tangan menari hoyeh-hoyeh???!!


.....nangis....

Aku sambung bebel...


Bla....blaa...blaaaa....blaaaa.........


Hai la ubat... Apa la nasib kau dibuang sebegitu sahaja.....


Okay, now aku lancar perang "tipu ubat".
Aku duduk kat seat tetamu, dengar dia nangis sayup-sayup panggil "mummy...mummy..."
Malas nak bercakap dengan dia. Geram!!
Orang susah hati takut efek organ dalaman kau, takut sel darah kau mati, takut penyakit lain ke yang datang..
Kau boleh pulak main-main makan ubat!

Biar dia insaf sendiri kesalahan dia.

Aku ugut cakap nak balik rumah & tinggalkan dia sorang-sorang kat wad.
Terus dia insaf dan sembah ratu kat aku.

Haha!




Wednesday, August 12, 2015

Henoch-Schönlein Purpura, HSP - pronounce as (HEH-nok SHOON-line PURR-puh-ruh)

Hari ni ada sambutan raya kat ofis. Nanti-nanti la aku cerita.
Ni tengah pening memikirkan kesihatan anak aku.

Jumaat lepas Aleeya mengadu sakit tekak dan terasa panas badan.
So kitorang suruh dia makan ubat demam (syrup) yang beli kat farmasi tu.
Sabtu dan Ahad kitorang pegi open house, dia on-off demam.
Aku anggap mungkin sebab cuaca panas buat dia rasa sekejap ok, sekejap nak demam.

Isnin dia pegi sekolah macam biasa. Siap puasa lagi.
Sahur dia makan sikit je, sebab tak ada selera sangat.
Petang tu En Zul Kelmarin En Zul wasap aku tunjuk kaki Aleeya dah naik bintik.
Pastu Aleeya cakap kaki dia sakit tak boleh nak berjalan.
Kitorang syak mungkin denggi. So petang tu lepas sekolah agama terus ke klinik panel.
Doc cakap tu demam biasa je.

Ok fineeeee!



Bintik naik start pukul 3pm lebih di sekolah agama.



Malam tu masa nak tidur lebih kurang pukul 10pm, tengok dia memang dah tak boleh nak berjalan!
Pastu bintik-bintik makin banyak dan merah.

Terus tukar baju dan pecut ke emergency!



Membengkak macam kaki gajah.



Macam ni doc cakap demam biasa??

Kau nak aku saman kau, ke Doc?!


Lepas procedure ambil suhu badan, tekanan darah, ambil sampel darah, then tunggu doc panggil masuk untuk pemeriksaan lanjutan.
Masa kat luar tunggu sekejap je.
Untungnya En Zul kena ramai orang kat emergency tu, so tak payah tunggu lama-lama.
Hehehe...



Ambil no pukul 11.26pm.

Masuk bilik doc pukul 1.30am.

2jam menunggu yeeee.. Padahal waiting list cuma 6 orang!
Aku fikir positif je, mungkin nak process blood sampel tu ambil masa lama.
(padahal dulu pun penah je buat blood process. Tak de la lama sangat punnnn...)

Jadi, mari kita tidur berjemaah di cough ni sambil menunggu no giliran dipanggil.



Sementara menunggu, budak sakit ni sempat paw ayah dia minta makanan.
Tapi start Jumaat lepas masa dia demam tu dia macam lost appetite.
So masa ni dia mula lapar. Maklum la, selalunya waktu-waktu gini dia dah berdengkur dah.



Lepas sampai giliran dia, doc soal macam-macam.
Pastu masuk ke bilik pemeriksaan, kena buat physical examination.
Tengok bintik dah naik ke peha.

Doc tu pergi minta second opinion kat doc yang senior.
Then doc tu cakap, "Puan, penyakit ini berpunca dari diri dia sendiri. Bukan sebab orang lain."

I just like....... what...?? *insert muka blurr here--

Aku pandang Aleeya. Aku tenung dia dalam-dalam.
Bukan aku marah. Bukan jugak sedih.
Tapi aku blurr. Tak paham sekejap dengan explanation doc tu.

Anak aku ni dah pandai nak sesaja dapat penyakit ke?
Ke dia dah pandai nak sabotaj diri sendiri?

Terus doc yang awal-awal tadi (doc junior) tu explain.
Rupanya anak aku ada virus infection.
Then berlaku pendarahan bawah kulit yang mana dikenali sebagai HSP.
Penyakit ni memang mudah terjadi pada kanak-kanak.
Kalau dalam urine ada blood, then Aleeya kena admit ward sebab dikhuatiri bleeding dalam perut & kidney.
Rashes ni akan hilang sendiri dalam masa seminggu dua.
Tak perlu risau nak makan ubat apa-apa. Cuma ambil ubat tahan sakit untuk kaki dia je.

Terus bawak Aleeya buat urine test.
Alhamdulillah tak ada blood.
Cuma dalam seminggu ni kena pantau keadaan dia.
Kalau ada muntah atau kencing berdarah, cepat-cepat kena bawa dia ke emergency.




Lepas buat test. Tunggu result urine.




Pertama kali aku jumpa tulisan doc yang cantik.

Kalau boleh dibaca tu kira cantik ler tu.


Untuk info tambahan mengenai HSP.
(aku tahu korang malas nak gugel kan? Nadia je yang terus gugel lepas aku cakap penyakit ni..)
Nah, baca sini :

Tanda-tanda kebiasaan / simptom :
  • purpura, the raised, reddish purple rash.
  • joint pain and swelling.
  • stomach pain.
  • blood in the urine (pee) or other kidney problems.
  • fever.
  • headache.


Got mc for a week.
Next week kena buat follow up kat Hosp Premier Bandar Tasik Selatan.


Start semalam kitorang laki bini ambil cuti nak jaga Aleeya.
Penat gila balik dari emergency pukul 3.30am.
So sebelum balik rumah kitorang pegi ofis En Zul dan apply cuti masing-masing.

Aku akan bercuti start Jumaat ni sampai Rabu depan.
En Zul cuti hari ini dan esok.
Biar En Zul yang jaga dia awal-awal minggu ni.
Harap-harap Aleeya makin sembuh.
Sekarang ni Aleeya tidur dengan kitorang.
Dia tidur kat bawah dengan En Zul. Sekejap-sekejap aku dengar dia menangis,
Sekejap-sekejap aku dengar dia panggil "ayah..."

Rupanya mengigau.
Pastu time dia nak alih posisi tidur, dia akan rasa sakit bengkak kaki.
Sebab tu asyik memanggil nama ayah..
Kesian.... Sabar la nak... Kuatkan semangat.
Dah tiba masa kau kena diet.
Sebab bila sakit macam ni terjadi, agak seksa kau nak membawa badan kau ke hulur hilir.

Agak-agak kalau aku yang kena, kompem terlantar je kat katil sebab surrender nak bawak badan gajah ni.



Monday, August 3, 2015

Hujung Minggu Yang Penuh Dan Misteri....

Hujung minggu ni masih penuh dengan jemputan open house.
Thanks ye pada yang menjemput tu.

Tapi yang paling best, kalau tak ada open house tapi orang jamu kau makan kaw-kaw gile!

Haaa, aku dapat jemputan tu.
Memang heaven dapat makan kat rumah orang dengan aman damai.
Tak perlu nak berebut seat, nak cari ruang nak makan, nak makan laju-laju memikirkan orang lain tunggu turn nak makan pulak.
Pastu yang best gila bila dapat sembang dengan tuan rumah, sambil tergolek-golek kekenyangan.

Best kan?!

Hari Sabtu kitorang ke Klana Resort, Port Dickson.
Bukan nak beraya pun.
Sebab En Zul dari hari tu ajak aku pergi mandi laut.
So bila ada peluang nak pergi dengan semua pakej ditanggung, berdesup la aku setuju!

Sampai Klana, haruslah membedal breakfast dengan lahapnya.
Kali ni kitorang pergi bertiga. Ika tak ikut.
Masa tengah breakfast orang dah tak ramai.
Ada dalam 3-4 family je.
So memang makan dengan aman gila..



Ada banyak menu, tapi aku makan nasi lemak, kuew teow, ayam goreng dan chicken slice.
Air harus 3 ye..




Budak ni akan cari benda-benda yang simple macam chicken slice and coco crunch.
Pastu dia makan bubur nasi dalam sesudu, pastu dia pas kat aku.
Ok, simpan dulu angan-angan nak diet.

Lepas breakfast kitorang terus turun ke pantai.
Mulanya nak gerak ke Pantai Klebang. Dekat je kat sebelah Klana.
Tapi pantai Klana Resort pun not bad..
Orang pun tak ramai.
So turun je ke bawah untuk siap-siap mandi.




Ayah kau tu sedang mengenang nasib.
Biarkan je la dia tu dik oiii..




Laluan dari Klana Resort ke pantai.



Kosong je suasana pantai Klana.




Main scrub-scrub kauuuu!



Sian budak ni main sorang-sorang.
Aku memang tak bawak baju mandi.
Aku tukang jaga barang dengan spender korang je.




Last-last ayah dia join sekali main pasir.
Nak buat sand castle kononnya...




Nah, ni bukan sand castle. Ni dah jadi kuburan!


Balik dari PD, kitorang ke PJ untuk hadiri open house ofismet En Zul.
Menunya : Laksa, mee soto, mee kari, nasi impit, kuah kacang & sate.
Tuan Rumah : En Halim

Then plan nak ke Damansara rumah bos En Zul dan Salak Tinggi rumah pegawai ofis aku.
Tapi tak larat, so terus ke Kajang untuk hadiri open house ofismet En Zul.
Menu : Nasi dagang, ketupat dan serunding, lontong & sayur lodeh.
Tuan Rumah : En Azian.

Terima kasih banyak-banyak atas jemputan.

Balik dari Kajang, kitorang beli bahan untuk buat ketupat palas.
Tahun ni kitorang buat niaga ketupat palas.
So nak buat untuk bff aku, Nadia.
Dia order sebab raya tahun ni dia tak jumpa lagi ketupat tu.

Esok, hari Ahad aku keluar dengan Wazli ke rumah Nadia di PJ & rumah Zulfadzli di Klang.

Haaaa.. Jemputan ni yang aku cakap best tu.
Diorang tak buat open house. Tapi diorang masak best-best untuk kitorang je.
Haaa.. Gila kau tak makan banyak?
Harus berpinggan-pinggan aku melahap.



Kat rumah Nadia kitorang dijamu dengan laksa serawak yang sedapppp!!
Aku makan siap bertambah lagi.
Rendang podeh Nadia pun sedap. Nasib tak termakan asam keping.
Kahkahkah!!
Memang best makan kat sini. Lepas makan siap julur kaki sebab perut dah mula cramp.
Hahaha.. Buruk benor perangai.
Lantak.. Janji aku kenyang...

Lepas tu, kitorang berdua terus ke Klang untuk ke rumah Zul.


Pakcik... Kami tak nak sedekah pakcik....




Muka orang hepi sebab perut kenyang...




Sementara tunggu makanan siap, pakcik ni nak test jadi babysitter.
Ok, ciri-ciri babysitter tu dah ada.
Tapi ciri-ciri seorang ayah tu jauh sikit.
Hahaha..




Ni nampak gaya macam dah wajib kawin ni Zul oiiiii...
(nanti aku nak ikut rombongan meminang ke Penang ye!)

Kat rumah Zul, mama dia masak sambal goreng, tauhu dan tempe goreng cicah kuah kicap. kuewteow goreng dan buah tembikai.
Sedapppp... Tapi makan tak banyak sebab masih kenyang.
Nak mintak tapau, aku segan kat mama kau. Hahahaha..



Anak menakan Zul.
Kacukan Cina-Melayu-Kazakhstan (kot)

Geram!!! Pipi kenyal betul.


Thanks ye Nadia & Zul sudi jamu kitorang yang sibuk nak beraya rumah korang.
Nanti raya haji panggil kitorang lagi.
Hahaha..



Tengok tajuk entri cakap hujung minggu yang penuh dan misteri.
Penuh tu memang la penuh. Merata ada open house.
Tapi apa yang misteri?

Aku ada update status FB aku pasal misteri ni.

Hari Sabtu masa otw nak ke open house Azian kat Kajang, kitorang singgah Petronas nak ke tandas.
Sampai parking, aku & Aleeya keluar dulu dan pergi tandas untuk tujuan mengosongkan pundi kencing.
Masa tu En Zul ada dalam kereta tunggu kitorang.
Then aku dah siap keluar, aku masuk dalam kereta.
Pastu En Zul pulak keluar ke tandas. Masa ni Aleeya masih tak keluar lagi dari toilet.
So aku sorang-sorang duduk dalam kereta main Candy Crush.

Lepas tu nampak En Zul keluar dari toilet.
Dia masuk kereta, pastu terus jalan!
Aku tanya la, "Eh, Aleeya? Dia kan tak masuk lagi?"

En Zul terus brek mengejut, dia toleh ke belakang.
"Bukan dia dah masuk ke? Tadi ayah nampak ada budak kat belakang mamy?"

Okayyyyy, masa ni aku dah cuak!

"Mana ada Aleeya! Dia belum keluar tandas lagi"

En Zul terus undur kereta, then nampak Aleeya tengah jalan lenggang-lenggang menuju ke kereta.

Masa tu kitorang diam je. Taknak buat Aleeya takut.
Aku tak nak percaya sangat cakap En Zul ni. Takut dia main-main dengan aku.
Tapi bila fikirkan balik En Zul dah start kereta & jalan, masa tu aku rasa dia bukan main-main.
Memang dia nampak kelibat budak kat belakang aku.
Lagipun muka dia memang serius bila aku tanya mana Aleeya.
Then terus brek mengejut.

Hmmm, harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku lepas tu.
Kitorang terus ke rumah Azian, dan malam tu tak ada apa yang terjadi kat kitorang.
Alhamdulillah..

Anggap je benda tu penat nak jalan tengah panas.
Dia nak tumpang rasa sejuk ekon kereta aku agaknya.