Sambal ikan lumek |
So aku tanya la kat kak Vic tu macamana nak masak ikan lumek salai ni. Dia memang orang Sarawak. So mesti dia tahu cara memasak lauk ni dengan cara yang paling simple dan cepat. Dia cakap masak dengan terung jeruk. Tapi kat semenanjung memang tak ada terung jeruk. So dia suruh masak asam pedas je. Petang semalam aku search Google. Ramai orang yang masak asam, masak sup dan masak sambal je.
So aku try masak sambal. Tapi aku tinggalkan sikit sebahagian ikan untuk makan yang goreng punya sahaja. Macam keropok rasanya.
Bahan-bahan :
- Ikan lumek Salai
- Cili kering (blend)
- bawang merah (blend)
- Bawang putih (blend)
- Tomato (belah 4)
- Serai (dititik - optional - aku tak masukkan)
- bawang besar (dihiris)
- air asam jawa
- Minyak
- garam, gula dan serbuk perasa.
Cara-cara :
- Goreng ikan lumek salai. Guna api kecil dan goreng sekejap je. Orang cakap kalau goreng lama-lama, ikan ni jadi pahit.
- Masukkan bahan yang sudah di blend. Tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan garam, gula dan perasa.
- Masukkan ikan yang sudah digoreng.
- Masukkan air asam jawa (jangan terlalu banyak)
- Masukkan bawang besar yang dihiris dan tomato.
- Boleh dihidangkan.
Ikan lumek fresh. Isi dia lembik je. Ramai yang suka masak sup. Kalau tengok ikan fresh ni, sumpah kembang tekak aku nak telan benda ni. *Ehsan Google* |
Ikan lumek salai yang belum digoreng. |
So ini la lauk dinner aku. Gambar ikan goreng ada kat atas =) Alhamdulillah berjaya memikat hati dan perut En Zul yang boroi itu. |
Love,
No comments:
Post a Comment