It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 22, 2013

Iron Girl

Jumaat lepas masa En Zul tolong aku masak juadah berbuka puasa, dia tanya something kat aku.


Mummy, Ika cakap kat abang dia nak pegi camping dengan sekolah. Boleh ker?

*Diam*

Sekolah dia buat camping kat Kepong. Agaknya kat FRIM la kot. Boleh ker?

Kenapa tanya mummy? Abang ketua keluarga, abang la buat keputusan.

Tak de la, nak tanya mummy la jugak. Kot-kot mummy tak nak bagi pegi.

Alaa.. Selama ni dia ikut Aunty Leen dia pegi jalan-jalan, pernah ke Mummy halang? Pergi je la. Dah masanya dia ikut program dengan kawan-kawan dia. Ni asyik dengan family je. Dah besar pun budak tu, mesti dia pun teringin nak hang out dengan kawan-kawan dia pulak. Hmmm.. Dah besar dia kan, bang?


*sebak*


Ok, memang sebak sikit aku masa tu. Seyes macam tak caya dia dah besar. Sepatutnya dah pandai uruskan diri dengan lebih baik. Walaupun Ika tu manja (malah dah mula terbit aksi gedik-gedik tu sikit), ada masa dia memang jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang kakak.

Dia la yang uruskan baju & kasut sekolah Aleeya, dia yang tunggu Aleeya balik dari sekolah. Tambah pulak bulan puasa ni, Ika balik sekolah agama pukul 4.30pm & Aleeya habis sekolah kebangsaan pukul 5.30pm. So dia kena tunggu sejam kat luar pagar sekolah dalam keadaan panas, lapar dan dahaga. Tapi dia buat jugak tiap-tiap hari. Dia jugak yang kemas katil lepas tidur, dia yang uruskan keperluan sekolah adik dia yang sorang tu.

Selama anak-anak hadir dalam hidup aku, aku perhatikan Ika memang banyak mengalah dengan Aleeya. Masa diorang belum sekolah, Aleeya yang banyak mengalah dengan Ika. Mungkin sebab faktor manja Ika yang melampau. Dan Aleeya pulak yang kasar tu, memang nampak dia sayangkan kakak dia dengan mengalah atas apa jua permintaan Ika. Lagipun Aleeya tu budak kecik, kalau aku pujuk dia dengan janji nak bagi coklat, laju je dia mengalah dengan Ika. Senang kan?

Tapi bila masing-masing dah mula sekolah, situasi bertukar. Aleeya yang brutal tu makin susah nak berlembut. Nak mengalah lagi la hazab. Mungkin Ika dah mula rasa bertanggungjawab, so dalam keadaan terpaksa dia mengalah jugak, asalkan mummy dia tak naik hantu! Aku ni pantang sikit dengar bunyi bising-bising bergaduh tak tentu pasal. Asal diorang gaduh je, mula la aku bertempik sekali. Kalau En Zul dia jenis penyabar, setakat anak-anak gaduh ni dia tutup telinga je. So demi tak nak dengar bunyi ngauman naga tasik chini mummy diorang, better Ika mengalah je laaaa...

Sekarang ni, cuma satu benda je yang anak-anak masih belum pandai nak uruskan.





Gosok baju.







Semalam aku panggil Ika & Aleeya belajar gosok baju. Selama ni memang diorang tak pernah iron baju sendiri. So bila Ika kata nak pergi camping dengan sekolah, aku mula risau. Tu baru camping, sah-sah la pakai t-shirt je kan? Macamana kalau dia masuk boarding school? Tak ke mati aku last minute nak ajar diorang iron baju?

So semalam dalam bilik menggosok, aku duduk dengan diorang, ajar satu-persatu cara nak iron baju. Untuk permulaan aku suruh diorang gosok kat bawah je. Tak payah guna iron board. Dah la iron board tu sama tinggi dengan kau. Kang iron board terbalik ada pulak yang tersentil kat bawah iron board tu. Mulanya diorang agak kekok, lebih-lebih lagi diorang takut nak pegang iron yang panas tu. Tapi bila aku guna heat yang paling rendah, diorang berani sikit nak iron baju. Untuk permulaan aku suruh diorang iron 2 pasang baju setiap seorang. Alhamdulillah diorang boleh buat. Tu pun lepas naga tasik chini ni melepaskan api dari mulutnya. Hik..hik..hikk.. Biasa la, kalau tak marah memang bukan aku la kan?








Alhamdulillah..
Kemas rumah dah pandai.
Basuh kasut sekolah dah bersih.
Sidai dan lipat baju dah reti.
Iron baju pun dah boleh harap.

Cuma nak ajar memasak je lagi.
Harap dipermudahkan. Amin... :)



From My Kitchen : Puding Oreo

Semalam aku terlebih rajin masak macam-macam untuk berbuka. Ikan kembung sweet sour, udang goreng tepung, kailan ikan masin, sambal belacan, puding oreo, karipap sardin & air longan. Start pukul 2pm aku dah bersiap berpencak silat kat dapur tu. Gila awal nak masak untuk berbuka. Padahal yang nak makan tu 4 tekak je pun. Tapi beriya masak macam 4 kampung yang nak mentekedarah.

Ok la, aku nak share resepi puding oreo. Puding ni masa kali pertama aku buat untuk potluck menyambut ramdhan kat ofis aku 2 minggu yang lepas. Masa tu agak busy sikit, so tak sempat nak snap gambar. Memandangkan semalam aku 'terlebih masa', so aku sempat la nak snap gambar untuk share dengan kawan-kawan.


Dessert semalam : Puding oreo & air longan



Memandangkan penyukat bahan aku dah berpindah ke rumah baru, so aku guna cawan je sebagai penyukat. Kebanyakkan barang-barang rumah semua dah angkut pindah ke rumah baru. Tinggal tuan dia je yang masih bermastautin kat rumah lama. Alahai En Zul.... Bila nak pindah ni? Aku dah tak sabar nak sewakan rumah ni. Dapat duit sewa sedap sikit nak buat joli. Huhuuuu...


Bahan-bahan (loyang 8") :
  • 1 paket agar-agar tali (kalau nak guna agar-agar serbuk pun boleh -10g agar-agar serbuk)
  • 3 cawan air
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • milo (ikut la nak pekat macamana pun. Nak guna serbuk koko pun ok)
  • oreo (ikut berapa banyak yang korang suka. Patah-patahkan)

Cara-cara :
  • Masak agar-agar bersama air. Kacau sampai agar-agar cair.
  • Masukkan gula dan kacau sampai gula larut.
  • Masukkan susu dan kacau sampai mendidih.
  • Asingkan 2 cawan aduanan dan panaskan dalam periuk lain.
  • Masukkan milo dalam aduanan yang kecil. Kacau sampai sebati.
  • Masukkan 1 cawan adunan agar-agar milo. Biar sejuk dan keras.
  • Susun oreo atas aduanan milo dan masukkan aduanan agar-agar susu.
  • Lepas aduanan agar-agar susu mengeras, masukkan pula aduanan agar-agar milo.
  • Sejukkan dalam esbok.







Ok, next time aku share resepi lain pulak. Kbai.



Love,

Wednesday, July 17, 2013

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 8 berpuasa.
Huk alohhhh.. Dah lebih seminggu puasa baru ingat nak wish.

Selamat menyambut Ramadhan semuaaaaa!! ^_^

Hahaha..
Lama tak update blog. Biasa la, blog sendu ni bukan ada permintaan pun orang nak baca.
Aku update ke, tak update ke.. Tak de sape pun yang peduli.
Aku ni je mengada-ngada nak cinetron sesangat pasal blog ni.
Very de bangang kan??

Ramadhan kali ni macam ramadhan yang lepas-lepas.
Sahur makan nasi membumbung 2-3 pinggan... Penat.. Lapar... Pastu berbuka macam bela hantu raya.
Sama je tiap-tiap tahun.
Cuma tahun ni ada peningkatan.. Bukan sikit, tapi banyakkkkk!

Peningkatan kemalasan aku!

Haaa... Kau hado?
Gila tahap tenuk pemalas aku ni. Beli barang-barang basah kat market macam nak bukak restoran.
Tapi hujung-hujung menyental beli makanan kat bazar.
Kalau hasil pembelian tak  sampai RM20, jangan mimpi boleh balik rumah dengan senang hati.
Silap hari bulan lepas satu bazar, satu bazar yang lain aku redah.
Dasar sakai.

Semalam je aku beli nasi berlauk, hati goreng 2 cucuk, air limau kasturi 1 bungkus.
Total spending aku sorang RM14.
Pastu En Zul beli bihun sup & roti goreng. Total En Zul RM7.
Maka semuanya RM21.
Tu untuk 2 orang makan je. Belum campur kalau anak-anak nak dessert.
Nak itu ini. So memang akan lebih dari RM20.

Mungkin orang lain boleh jimat.
Tapi aku terus terang cakap susah nak berjimat kalau dah jejak kaki kat bazar.
Tambah kalau dah berkeluarga ni.
Masa bujang boleh la nak catu-catu makan.
Fefeling nak ikat perut, diet tak tentu hala.
Tapi bila dah berkeluarga, mampu ke aku nak hadap anak-anak aku makan macam-macam.
Pastu yang aku just pandang dengan lelehan air liur?
Memang tak la kan?!!

So disebabkan aku penat (sebenarnya malas) nak masak, so aku beli je lauk kat bazar.
Setakat 4 perut je nak makan, beli la 2-3 jenis lauk. Anggaran harga semua lauk dalam RM10-RM12.
Pastu balik rumah masak nasi. Pastu bancuh air.
Kalau agak-agak air pun malas nak bancuh, beli je la air kat bazar.
Jimat la sikit kalau dibandingkan membeli makanan untuk sorang satu.

Sekarang ni kalau hari bekerja, aku akan beli lauk untuk berbuka.
Malam tu pulak aku masak lauk untuk sahur. Esok paginya baru masak nasi.
Nasi harus panas ok.. Kalau lauk sejuk aku boleh tutup sebelah mata lagi.
Tapi nasi tak boleh sejuk. Wajib panas. Kang ada yang menangis ala-ala telenovela filipina kang.
Kalau rajin, aku panaskan lauk sekali. Tapi memandangkan microwave aku dah berpindah ke rumah baru,
maka sila la panaskan lauk guna stove je.
Kalau hari cuti baru aku masak lauk untuk berbuka.
Tapi harus bijak sikit. Alang-alang dah masak lauk berbuka, kena la masak lebih sikit.
Boleh buat ulang makan time sahur. So malam tu tak payah masak 2-3kali dah!

Bijak kan mak tonnnn?
Hahaha...

Hari pertama berpuasa, malam tu aku masak lauk ikan bilis goreng.
Kena la ada 'booster' untuk memulakan perjalanan puasa tahun ni.
Lauk tu simple je, tapi nikmatnya ibarat sorgaaaaaa...
Waahahahaa!!




Makan dengan nasi panas memang lena tidur aku pas sahur tu.
Hahahaa..
(nampak sangat tak beribadah lepas sahur kan?)



Demi mengurangkan belanja untuk dessert di bazar Ramadhan,
maka harus la pasang strategi untuk dessert pulak.
Seharusnya kena la buat kuih sendiri kan?


Walaupun kelim nya sangat la mesin kan.. (bak kata Leen)
Tapi usaha menguli doh dan membuatnya sehingga menjadi kuih harus mendapat kredit jugak!
Lebih-lebih lagi anak-anak aku menolong dalam penghasilan karipap sardin ni.
So kena la puji-puji sikit anak-anak aku tu.
Kalau tak aku yang puji, siapa lagi kan?

Buat karipap banyak-banyak, pastu simpan dalam esbok.
Bila nak makan, kau lempor je dalam kuali.
Jimat duit aku beli kuih kat bazar tu.
Dah la mahal, tak sedap pulak tu.

Ni aku jujur ni.
Memanggggg tak sedap.



Monday, July 8, 2013

From My Kitchen : Nesty Fruity Cheese

Jumaat lepas ada jamuan potluck sempena menyambut Ramadhan di ofis mak.
So mak pun pasang angan-angan nak masak puding oreo & puding Nesty Fruity Cheese (NFC).
Hari Khamis tu mak buat blogwalking dengan Kak Maya & Kak Saly.
Punya la sakan melihat resepi-resepi kat blog orang, kemain lagi kitorang gelak macam tengok raja lawak.
Ntah apa yang kelakar mak pun tak tahu.

Eh, sejak bila raja lawak ada yang kelakar?
Aku tengok macam majlis tahlil je hambarnya!

Petang khamis tu, mak pergi beli barang dengan Kak Saly.
Menu mak untuk potluck adalah puding oreo, puding NFC dan sambal udang.
Sambal udang tu mak tolong masakkan je.
Bukan duit mak yang sponsor pun. Hehehe..

Malam tu mak nak prepare buat semua menu tu.
Alhamdulillah puding oreo setel mak buat.
Then mak nak sambung buat puding NFC.
Lepas mak buat based puding & mix cheese, mak masak agar-agar kat dapur.
Dek sebab leka tengok tv, maka hangus la agar-agar mak.
Cibs.
Habis semua bahan mak lemporrrr ke sinki.

Maka dah pukul 11pm lebih.
Laki mak pulak tak balik-balik lagi dari KLIA.
So mak cadang nak pegi beli bahan-bahan kat NSK.
Elok laki mak balik pukul 1am, dia ajak gi beli bahan.
Huk alohhhh.. Dah pukul 1am, ape kejadah nak beli barang lagi banggg??
Memang la NSK bukak 24jam, tapi aku pun kena berjaga 24jam jugak ke?

So malam tu aku setelkan sambal udang, then aku masuk tidur.
Nak menunggu laki mak balik memang sampai berembun la jawabnya.

So esok time potluck mak bawak puding oreo & sambal udang je la.
Puding NFC mak hold dulu, cadang nak bawak hari Isnin.
Ye la, cheese dah pukul kan. Takkan nak buang jugak?
So cheese mak simpan dalam esbok, then hari sabtu mak beli bahan-bahannya.
Tadi mak balik dari show house dengan Leen, mak terus masak puding ni.

Eh, nanti mak nak story pasal rumah banglo yang mak tengok dengan Leen tadi.
Murah sangat uolls... Banglo pulak tu.
Memang la jauh sikit, tapi diorang akan buat jalan shortcut.
So tak jauh la dah. Hehehe.. Nanti mak story eh.


Meh la kita tengok resepi.
Sebab mak dah lama tak update entri From My Kitchen, so kali ni mak jadi nebes pulakkkk..

Huh, ape motif nak rasa nebes??



Resepi asal : SINI








Bahan A : 

30 g marjerin (aku guna 3 sudu)
3 cawan nestum

- cairkan marjerin, dan masukkan nestum. Goreng hingga garing.
- Masukkan nestum ke dalam bekas dan tekan sehingga mampat.
- Sejukkan ke dalam peti sejuk (aku simpan 30min, lebih kurang menunggu puding masak)


Bahan B :
250g cream cheese
1 sudu jus lemon

- pukul cream cheese sampai kembang.
- masukkan jus lemon dan pukul sampai sebati


Bahan C :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1/2 tin air
20g serbuk agar-agar (aku guna 1 bungkus agar-agar tali)
* 1 tin buah cocktail.

- masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali buah cocktail).
- masak sehingga agar-agar larut.
- campurkan cream cheese yang dah dipukul ke dalam aduan agar-agar.
- kacau sampai sebati.
- tuang adunan ke atas based nestum.
- taburkan buah cocktail atas adunan dan simpan sampai puding mengeras.










Jemput makan :)



Monday, July 1, 2013

Araso?

Minggu lepas anak-anak aku menggila layan movie Korea.
Balik je rumah, benda yang pertama diorang cari adalah laptop & hardisc aku.
Dalam bilik diorang senyap je. Aku ingat diorang buat kerja sekolah.
Rupanya duk melayan movie Full House.

Bila aku pekik, bergelimpangan masing-masing cari kerja sekolah.
Haaa.. Baru kau tahu penangan mulut aku.
Last week kan musim jerebu. 2 hari budak-budak ni tak pergi sekolah.
Seronok la diorang dapat tengok movie FH tu.
Siap menari-menari lagu 3 beruang tu.
Yang aku pelik, diorang tu cakap tengok movie.
Tapi bila aku tanya beberapa scene yang kelakar, diorang macam blurr je...



Kakak dengan adik tengok tak nenek Yeung Zhi menari 3 beruang?

Ada ke Mummy? Yang mana eh?

Korang tengok tak masa Yeung Zhi pujuk Ji En, dia menari 3 beruang versi English?

Kat episode mana Mummy?

Tengok tak Yeung Zhi suruh Ji En pura-pura berlakon mengandung masa Abg Min Nyuk datang rumah diorang?


*krik..krik..krik...*
senyap je... kau pandang aku, aku pandang kau...




Hadoiiiii laaa... Budak-budak ni faham ke tidak cerita Full House ni?
Aku tanya, haram diorang tak tau scene yang aku tanya tu.
Tapi kat dalam bilik diorang, kemain lagi diorang gelak-gelak.
Siap bagi komen macam-macam kat cerita tu.




Punya la suka layan movie ni sampai terikut-ikut nyanyi lagu dia.

Sha la la la la la la laaa~



Haha... Comel tak suara Ika?
Ni aku record senyap-senyap. Kalau diorang tau aku rakam,
mesti keluar semua aksi-aksi gedik diorang semua. 


Yang kat bawah ni Aleeya yang tulis.
Siap taruk ARASO lagi. Hehe..






Malam tu masa aku jenguk diorang tidur dalam bilik, sekali terpandang tulisan ni kat white board dalam bilik diorang.
White board ni aku guna untuk ajar diorang math untuk kira-kira.
Dulu aku kan cikgu, harus la mengajar pakai white board.
Nak ajar guna note En Zul, saiznya cuma 10.1' je. Tak muat nak tengok beramai-ramai.
Maka white board la paling praktical nak ajar diorang.

Dah lama-lama tu, aku malas nak ajar dah. So white board ni jadi tukun untuk diorang conteng-conteng je.
Sebab terpengaruh dengan Full House, tu yang siap ber'araso bagai tu.


Alahaiiii.. Aleeya.. Kau buat Mummy syahdu nak...


Minggu lepas kan KL teruk dilanda jerebu.
2 hari anak-anak aku tak pergi sekolah.
Hari Isnin tu memang sekolah diisytiharkan cuti.
Yang hari Selasa tu pulak En Zul yang out station kat Perlis yang isytihar cuti untuk anak-anak.
Wahhh.. Seronok la anak-anak aku.
Hari Isnin budak-budak ni tak nak pergi rumah babysitter diorang.
So terpaksa la aku angkut diorang ni pergi ofis.



Ape lagiiii... Macam biasa la aktiviti budak-budak ni.
Conteng sana-sini. Buat kepoh & haru biru kat ofis aku.




So demi menyelamatkan suasana kecoh kat ofis ni, maka aku angkut budak-budak ni pergi Gombak.
Saja nak buat lawatan kat tempat rekrutmen di Gombak.
Macam-macam masalah katanya!!!
So aku pun pergi la ke sana. Nanti masuk meeting cakap Ketua Unit tak turun padang pulak..
Hahaa...




Dalam jerebu yang menebal, terpaksa la pakai topeng ni.
Tak nampak la wajah aku yang cantik tu kononnya!!
Hahaha..
Aleeya yang tengah sedap membuta tu, aku paksa dia bangun & ambil gambar.
Gila punya kuyu mata Aleeya. Hahaha!!
Maaf nak, mummy memang dengki tengok kau tidur. Lalalalala~~~


Tapi dalam keadaan jerebu yang teruk macam tu, aku pelik dengan sesetengah orang.
(Sebenarnya nak cakap pasal jiran-jiran kat rumah aku tu)
Ada beberapa orang ni memang suka melepak kat parking lot.
Dalam duk jerebu ni, diorang gigih melepak jugak.
Melepak siap pakai face mask tu. Aku pun tak paham kegigihan jenis apakah sebegitu gayanya?
Kalau aku la, bila dah berasap-asap ni, baik duduk rumah layan cerita Hawai Five-O je.
Sedap sikit mata aku tengok boipren aku tu berlakon.
Alang-alang mata sakit sebab asap jerebu masuk mata, maka dengan menonton H5O adalah penawar pada kesakitan mata itu. Hahahaa...



Hey darling, there's a bad haze out there.
Please stay indoor, ok?

Araso? :p