Tajuk entry kali ni memang terang, nyata dan tidak berdengung.
Merisik & meminang.
Bukan kerisik dan buah pinang ye..
Semalam En Zul ajak aku pergi rumah sepupu dia kat Sungai Besi.
Katanya anak sepupu tu nak bertunang. Sepupu En Zul nama Zaitun. Tapi nama mesranya Kak Ensun.
Kak Ensun ni ada 7 orang anak. Yang sulung nama Bad. Umur sebaya dengan En Zul.
Maknanya En Zul ni dah ada anak buah yang sebaya dengan dia.
Diorang panggil En Zul dengan panggilan Pak Ndak. So, aku jadi Mak Ndak la..
Macam aku jugak. Anak buah aku yang paling tua adalah muda setahun dari umur aku. Tapi diorang jarang bebenor nak panggil aku Maksu, kerana maksu nya ini adalah manusia yang tak sedar diri dah tua!
Hahaharrrammm...
Ok, back to the story.
Anak Kak Ensun yang nak bertunang ni adalah anak nombor 5. Kamal namanya. Umurnya aku tak tahu.
Yang aku tahu, bawah Kamal yang nama Sabariah tu muda setahun dari aku. Dah bertunang pun, insya Allah bulan 10 ni melangsungkan majlisnya.
Ok, kami sampai ke rumah Kak Ensun pada jam 11.00 pagi.
Kata Kak Ensun majlis start lepas Zohor.
Lepas Zohor, eh?
Sah majlis akan lajak sampai ke pukul 3.00pm!
Ye la, sekarang Zohor masuk pukul 1.10pm.
Nak tunggu solat lagi, mana-mana perempuan jelita macam aku ni, sah-sah nak bermake-up balik kan?
Takkan la nak pergi meminang anak dara orang, muka aku ni comot serba serbih pulak!
Eh, nak meminang siapa ni?
Aku ke?
Alkisahnya, aku pulak yang lelebih!
Lepas sampai kat rumah Kak Ensun tu, kami pun menuju ke rumah Bad dulu sementara menunggu Zohor tiba.
Kebetulan rumah Bad pun kat Sungai Buloh. Dekat je dengan rumah pihak perempuan.
Lepas Zohor,
Kami bersiap-siap nak bertandang ke rumah pihak perempuan.
Pihak lelaki warna hijau putih.
Pihak perempuan warna merah putih.
Masa kat rumah Bad, aku bertanya pada En Zul..
Aku : Abang, sapa yang jadi 'tukang cakap'? Suami Kak Ensun dah meninggal. Wakil yang tua pun cuma Kak Ensun dengan jiran-jiran dia. Jiran pulak semua perempuan. Abang ke yang wakilkan?
En Zul : Entah. Bad yang wakilkan kot. Abang tak reti nak wakil-wakil ni.
Sampai di rumah pihak perempuan, Kak Ensun dah mula bicara & memperkenalkan wakil-wakil yang ada.
Kak Ensun : Saya ni wakil anak lelaki saya, Kamal. Rasanya semua yang ada dah tahu tujuan kami bertandang ni. Jadi, ni adalah cincin sebagai tanda. Yang belah rotan tu merisik, yang cincin batu tu untuk tunang.
Bapa Ain : Sebelum tu, saya nak tanya la. Ni berapa lama nak ikat? Bertunang lama-lama pun tak elok. Banyak dugaan la katakan.
Kak Ensun : Berapa wang belanjanya? Rasanya Kamal dah bincang dengan Ain, katanya nak bagi RM10k. Itupun kalau pihak Ain setuju la. Kalau rasa terlampau sikit ke, terlalu banyak ke, mungkin kita boleh bincang balik.
Bapa Ain : Saya rasa jumlah tu cukup kot. Kita buat majlis ala kadar ikut kemampuan je la. Jadi, macam mana perancangan nak ikat tu?
Kak Ensun : Macam ni la. Pihak kami pun tak berani nak tetapkan sangat. Kalau boleh, kami ikut kemampuan Kamal. Kalau dia boleh kumpul duit cepat, cepat jugak la majlisnya. Saya bukan apa. Takut kalau tetapkan tarikh, tapi duit tak cukup lagi, dua-dua pihak yang susah. Paling tak pun kami mintak masa dalam setahun. Kalau duit dah cukup lagi awal dari setahun, kita langsungkan majlis terus.
Bapa Ain : Boleh. Tapi pihak kami nak duit tu diserahkan semua dalam masa 6 bulan boleh?
En Zul : (mula bersuara seperti dapat tangkap ketidakfahaman dari pihak perempuan) Err.. 6 bulan? Rasanya berat tu. Kalau kami bagi duit tu separuh-separuh dulu boleh? Yela, kalau Kamal bagi duit tu dalam masa 6 bulan sekali gus, itu maknanya kita dah tetapkan masa bertunang adalah 6 bulan. Kalau masa tu duit masih tak cukup, macamana? Sebab tu kami mintak selewat-lewatnya setahun.
*diam*....
En Zul : Macam ni la. Kami akan hantar dulu duit tu separuh. Lepas tu, baru kami setelkan duit lagi separuh tu. Insya Allah semuanya dalam masa setahun. Itu pun bergantung pada rezeki Kamal. Kalau dalam masa 3 bulan dia dah boleh kumpul semua duit tu, maknanya ikatan pertunangan ni cuma 3 bulan je. Kalau lagi cepat, lagi bagus. Tapi kami tak boleh la nak hantar duit tu sekali gus. Sebab tu kami mintak hantar separuh dulu.
Bapa Ain : Baik lah. Kami pun tak nak la memaksa sangat. Harap-harap Tuhan permudahkan la. Cuma kami minta jodoh ni berpanjangan. Ibu pihak lelaki boleh la menyarung cincin kepada anak saya.
Lepas bacaan doa, sesi menyarung cincin & bergambar.
Kak Ensun : Ok, semua dah amik gambar. Eh, Mak Ndak mana? Nak amik gambar ni.
Pakcik Ain : Haa... Mana Mak Ndak? Amboi... Mudanya Mak Ndak Kamal.
(Terima kasih, Pakcik! Saya memang muda belia remaja! Hahaha...)
Aku terus ke pelamin, salam Ain & duduk bergambar.
Setel!
Kami dipelawa untuk menjamu selera.
(
Mestila kan? Dah penat-penat datang, takkan tak pelawa makan?!)
Kelihatan tuan rumah semua dah terlantar kekenyangan.
Yela, kami sampai pukul 2pm.
Bincang itu, bincang ini...
Dah pukul 3pm!
Sah-sah la muka aku & En Zul ni yang paling awal mencedok dulu makanan yang terhidang di luar rumah tu.
Lapar beb!
Lauk memang best!
Sambal udang & petai, gulai daging, ayam goreng tepung, ikan masin, sambal belacan, sayur kacang panjang & hati ayam, buah tembikai & air sirap.
Semua aku rembat!
Cuma sambal udang terlalu pedas, tepung yang digoreng dengan ayam terlalu keras.
Nak buat macam ayam kepsi kot.
Tapi tersalah bancuh tepung.
Huhuhu....
Walaupun macam tu, sebab lapar punya pasal, memang licin pinggan kami.
Mana yang masih lapar tu, boleh makan bubur kacang & kuih muih.
Yang aku & En Zul pulak, dah terlantar kekenyangan.
Lepas sesi menukar hantaran, kami terus pulang.
Hantar Kak Ensun balik rumah, tak sempat nak menjamah sikit manisan daripada hantaran, aku & En Zul terus menuju ke Jusco Cheras Selatan.
Movie time!
Siap berbaju kurung beb!
Hahaha... Lantak la! Asalkan aku release tension. =)