It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 21, 2015

Hannah Selwah, Ummi!

20.04.2015

Selamat Hari Lahir, Mak!



Leen plan nak buat besday celebration Maklang minggu ni.
Bila dah gaji sedap sikit nak celebrate yang best-best.
Tapi minggu lepas Maklang dah beriya-iya nak buat makan-makan minggu ni.
Well, dia memang suka bab berkumpul anak beranak buat makan-makan.
Bukan sebab nak celeb besday dia sangat pun.

Ikutkan aku, mana-mana pun boleh.
Janji makan. Kan?
Hahaha...
Cuma yang tak bestnya sebab abah aku tu tak berapa sihat.
So tak syok nak berjalan makan kat luar.
Sebab tu mak aku beriya nak masak & makan kat rumah je.

Kali ni aku beli kek kecik je.
Dah bertahun beli whole cake, tapi hujung-hujung tak termakan.
Paling tak boleh brain kepala otak aku, beli whole cake (kat gambar atas - kek strawberry tu).
Potong 1 slice, kongsi makan 3 beranak, punnnnn tak habis!
So baki sebiji kek tu jenuh bawak balik dan distribute kat jiran-jiran.
Jadi kali ni aku beli kek kecik, so semua orang wajib makan sampai habis.
Setel.

Sejak dua minggu lepas aku teringin sangat nak makan ketam masak lemak cili api.
Perghh.. Terliur beb!
Tapi masa aku teringin tu, ketam semua kecik-kecik.
Tak syok sangat nak makan.
Tapi dalam tekak tu dah terasa-terasa manis ketam tu. (Oh myyyy... Terliur nya aku!!)
Pastu bila Maklang nak buat makan-makan, mula la aku mengidam nak makan sambal goreng orang tua tu.

Gila pelahap aku kan?
Semua benda aku teringin nak makan.
(tu bukan teringin, tapi tu kebulur)

Petang ahad (19.04.2015) kitorang balik Gombak.
Maklang dah siap-siap masak dah.
Aku wasap grup family, tanya Maklang masak apa?

Leen : Mak masak kari kepala ikan dengan ikan masin je.

Ok laaa.. Kari pun kari laaa..
Tu memang fav En Zul.
Aku perati Maklang ni memang suka masak makanan fav En Zul.
Boleh dikatakan kari ikan tenggiri tu macam menu wajib bila kitorang balik Gombak.

*ok, aku sedikit sebak sebenarnya... Mak dah tak sayang akuuuuu T_T*

dush!! dushh!! - tumbuk dada En Zul
(eh, ni angan-angan aku je tau. Gila kau nak tumbuk dada En Zul?? Dada tu kan bantal aku. Mana boleh tumbuk. Haha)

Sampai je rumah aku terus masuk dapur.
Tengok dalam periuk ada ketam masak lemak!
Ya Allah!!!! Rasa nak nangis..
Huhuu.. Mak macam tahu je isi hati aku yang dah berminggu teringin nak makan ketam.

Pastu aku ke ruang makan.
Bukak tudung saji, tengok ada sambal goreng!
Ok, ni betul-betul nak nangis!!!!

Makkkkkkkk!!!
Terima kasih mak!!!!

Terus aku ke dapur, aku cerita kat mak yang aku memang teringin nak makan ketam masak lemak cili api dan sambal goreng mak.
Mak senyum je.
Puas kat muka dia sebab anak dia yang jelita gemok ni happy dapat makan lauk yang dia masak.

Well, naluri ibu kan?
Dia tahu apa yang anak dia suka, apa yang anak dia minat.
Cuma anak dia je yang kadang-kadang buta hati *tampa-tampa muka sendiri*

Pastu nangis lagi - sob..sob..sob...

Selamat ulang tahun kelahiran, Mak..
Semoga Mak diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah kepada-Nya, dimurahkan rezeki yang banyak lagi halal, dilimpahkurniakan dengan kegembiraan dan kesejahteraan.

Aamiin....


Alang-alang dah buat entri untuk Maklang, jom trowbek gambar Maklang masa muda-muda.

Mak jangan marah naaaaa....


Kiri : Aishwarya Rai
Kanan : Rozita Che Wan

Konsep : Tukar-tukar baju, sapa pakai sendat, kira kalah dan gemok.




Kiri : Noor Kumalasari
Kanan : Song Ji Hyo

Tema : Berjalan-jalan hirup jerebu kabus sebelum penggambaran Running Man.




Sesi bergambar selepas khatam Al-Quran.
Motip muka sedih-sedih terselit belakang bunga?

(orang dulu-dulu guna telor masin taruk kat bunga telor. Sebab murah. 
Zaman sekarang pakat taruk gula-gula 2-3 biji buboh dalam kotak telor)


YM Permaisuri Agong Kerajaan Sheikh Al-Aziz Al-Salleh




Perasmian pembukaan tapak pembinaan penempatan semula rakyat jelata.
Perasmian oleh YM Sultan Sheikh Al-Aziz Al-Salleh bersama YM Permaisuri Agong.




Selepas Konsert Mega Jelajah Erra Fazira di First World Hotel
1995 rasanya.. Kira dah habis cun ler si Erra Fazira ni posing maut gitu.



Hannah Selwah, Mak.
We love you.



Thursday, April 16, 2015

Multifunction Husband


Sekarang kan kecoh kat tv pasal cerita teman lelaki upahan la, suami ku encik sotong, isteri separuh masa, Suamiku Mr Perfect 10, eh macam-macam la.

Ok, aku tak pernah tengok pun semua cerita-cerita tu.
Tapi kalau tengok kat FB atau forum kemain havoc lagi sambutan cerita tu kan.
Best sangat ke?

Rasanya tajuk cerita tu jatuh kategori "poyo".
Tapi tajuk tu sebenarnya ada sikit-sikit merefer kepada realiti kehidupan kita.
Betul tak?

Kalau flash back dulu-dulu kan ada cerita Nora Elena yang terkenal dengan keromantisan Seth Tan tu kan?
Ingat lagi takkkk?
Mesti ingat... Sebab korang jugak tergila-gila nak berlakikan Seth Tan tu.
Aku siap gugel cari sape kah Seth Tan ni?
Seth Tan ke, setannnnn???

Lepas beberapa tahun cerita tu habis kat tv, aku baru terhegeh-hegeh nak tengok drama tu.
Tu pun sebab kebetulan drama tu ada dalam hardisk kak Ain.
So aku copy dan follow cerita tu.

Back to those dramas, aku rasa memang ada part-part yang sangattttt annoying.
Seyes!
Anak dato', anak tan sri, kawin paksa, gaduh-gaduh, jeles sikit-sikit, in the end jatuh hati berkasih sayang sampai sorga.
Kannnnn??

Tapi walapun annoying, plot cerita tu yang korang suka.
Kalau ada scene-scene romantik, malam tu jugak ada feedback kat FB:
- Bestnya cerita ni. Kan best kalau dapat suami macam tu. Romantik cangattttt!
- Kelakarnya suami dia pujuk dia. Soooo suwit!
- Ohmyyyyy... kacak seh hero tu. Kalau la jadi bf ai, kompem kerat jari ai tak carik lain. Sumpahhhhhh!!

Cuba kalau petang ni episode hero/heroin jahat mula agenda jahat tu, kompem ramai post status cilaka macam-macam kat FB :
- Kuangjaqqqq betoi betina ni. Gerammmm!!
- Dah le muka selebet, pastu nak hasut2 hero. Uwaaaa.. Kita mencik larrr!

... dan macam-macam laharan la yang korang bagi.
Semak otak aku nak scroll FB aku menengok status haram jad macam tu.

Tapi kalau tengok tajuk drama tu kan.. Hurmmm, teman lelaki upahan, isteri separuh masa, suami ku encik sotong... Well, dalam kehidupan aku tajuk dramanya adalah "Multifunction Husband" gituuuu..


- cedok dari FB - 


Ternampak gambar ni kat satu post di newsfeed FB aku.
Tips untuk membuat suami gembira...
Hah, ada 5 je. Simple!

Tips 1 : Jaga makan minumnya - done.
Alhamdulillah, senang je nak jaga makan minum En Zul. Bukti aku jaga dia dengan baik adalah melihat pada pembulatan perutnya. Kan En Zul makin gemok, makin bulat, perut makin boroi.. Haaaa.. Bukti aku jaga makan minum dia dengan baik la tu. 

Tips 2 : Tidur dengannya - super dupper done!
Hahaha.. ni kalau tak 'done' memang tak bau sorga la aku kannn... Kadang-kadang nak tidur siang pun mesti kat sebelah pakcik ni. Bior la panas, bior la bising bunyi tv, janji tido aku kat sebelah En Zul. Tapi kalau terpaksa berjauhan, redha je laaa..

Tips 3 : Biarkan dia dengan ketenangan - Errr.. kurang done.
Tenang? Damai? Aman? Errr.. Aku???? Memang tak laaaa.. Aku mulut bising, so memang susah nak mencapai ketenangan. Haha..

Tips 4 : Jangan memeriksa telefonnya - not done.
Laki aku kan popular tahap Taeyeon Kpop tu. Habis-habis busuk pun laki aku glamer selevel Anuar Zain. Harus la aku pekse telefon dia. Tapi jarang-jarang la aku buat. Dalam setahun ada la 2 kali aku check. Check tu perlu, tapi jangan selalu. Bukan tak percaya pada suami, tapi langkah berjaga-jaga itu perlu ye puan-puan sekalian... Mana tau dia tengah berkawan-kawan, tetiba ada sorang ni terlebih mesra "kawan"", so kat situ kena saling ingat mengingati.. "Abang, bini awak belum arwah lagi. Jangan nak galak sangat ye...." Tapi selalu bukan aku yang ingatkan En Zul, tapi dia yang selalu ingatkan kat aku. Sebab aku selalu tengok gambar Jepp Sepahtu. Wkwkwkwkw!!

Tips 5 : Jangan selalu tanya ke mana dia pergi - Always done.
Bab sibuk-sibuk nak tanya "awak kat mana? awak awak kat mana?" ni bukan perangai aku la. Lagipun En Zul memang akan bagitau mana dia nak pergi. En Zul ni jenis suka duduk rumah je. Kalau dia nak keluar pun, selalu dengan aku dan anak-anak. Dia hanya keluar dengan kawan-kawan kalau nak memancing or keluar minum dengan kawan. Tapi selebihnya dia memang suka duduk rehat kat rumah je.

Insya Allah semua tips kat atas tu aku boleh amalkan. 
Cuma bab ketenangan tu je masih fail. Hahaha..

Opsss, takkan nak buat suami je gembira?
Kena la two ways kan?
Tips untuk membuat isteri gembira.

Nah, 11 tips dia bagi!
Nampak sangat susah nak membahagia kan bini ye?
Hahahaha..
Dah nama ketua keluarga, pemimpin keluarga. Harus la besar tanggungjawab.
Kalau nak senang-senang, baik jadi bini je.

1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Pemimpin
7. Chef
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Tukang kayu

Ni aku tambah :
- Tukang kebun
- driver
- Babysitter
- Maid
- Guru
- Tukang urut
- Interior designer
-  dan lain-lain.

Banyak kan?
Tapi tu la yang buat aku happy. Emas? Duit? Harta?
Memang la duit harta semua tu boleh buat aku happy.
Gila kau tak happy kalau dapat emas??? Mesti happy tahap dewa dewi punya.
Tapi semua tu boleh cari. Rajin usaha insya Allah boleh dapat semua tu.
Tapi kelebihan dan expertise yang En Zul ada tu la buat aku sangat happy.

Tengok laman kosong, aku cakap je kat En Zul "ayah, laman kita kosong je kan?"
Esok celik mata siap la kebun aku.

Rumah tak ada aksesori, bagitau je kat dia "rumah kita ni tak banyak aksesori kan?"
Esok dia bawak balik kayu dan siap la perabot mini.

Aku membebel tengok rumah bersepah, sound je kat dia.
Terus dia dan anak-anak transform jadi maid.

Agak-agak dah nak sampai due servis kereta, pesan je kat dia.
Subuh-subuh esok kete dah siap servis.

Apa saja En Zul boleh buat.
Tak payah nak upah orang buat. Jimat duit kan.
Alhamdulillah la, aku dapat suami macam ni. Ala-ala drama tv yang korang suka tengok tu kan?
Walaupun suami aku berbeza dengan suami korang, tapi pada aku dia dah cukup Mr Supper Dupper Perfect!


Suami ku Menteri Pengangkutan Jalan Raya




Suami ku angkasawan negara




Suami ku Life Guard




Suami ku Micheal Schumacher




Suami ku ahli sukan boling negara




Suami ku kontraktor binaan
(tang telefon tu tak mampu aku nak tahan ketawa)




Suami ku Chef




Suami ku Babysitter




Suami ku tukang kebun




Suami ku pelakon porno
Kahkahkah...




Suami ku pegawai landskap




Syukur, Ya Allah.
Dialah Suamiku dari Syurga.

#lovetilljannah







Tuesday, April 7, 2015

Macam ni yang aku nak! *Suka! Suka! Suka!!!!*



Semalam aku pesan kat boifren aku tu minta belikan nugget dan daging burger.
Tapi saja nak suruh beli kat outlet Ramly kat Bandar Tun Razak.
Kat situ boleh guna member card, boleh dapat diskaun.
Well, sejak berkenal-kenal dengan Mr Ji Es Tee ni, aku cukup ngeri nak gi shopping barang-barang dapur.

Dulu masa duduk kat Cheras, aku memang borong kat situ je.
Tapi sejak pindah Taman Bangi Jaya, aku beli kat Tesco & NSK je.

Aku pesan kat En Zul beli nugget biasa, not tempura type.
Tak kesah la bape kg pun. So laki aku amik sekilo terus. Beza harga pun sikit je.
Then burger beli yang nipis (which is 50g kot)
Kalau yang tebal tu yang orang buat niaga tu.
So semalam En Zul amik nugget 1, daging burger 3.

Total = RM21.85
Include GST!

Yaaaaa... Itu yang aku suka!
Tak tahu pulak abam Ramly ni serap GST.
Bila guna card, memang dapat diskaun gila2 bahabsss la!

Tengok nugget je dapat less 19.2%.
Pastu daging burger dapat less 19.54%.
Pastu include GST lagi.
Hujung-hujung yang best ada points earned!

Mau tak gila aku???
Murah kan??
Best kan??!!!!!!!

Ok, sila support abam Ramly!
(Tapi jangan selalu sangat makan processed food. Nanti jadi gemok macam aku.)

Errr... tapi GEMOK IS OHSEM, kan??
Hahahaa..

Ok, abaikan.

Dulu pun aku pernah buat entri pasal harga murah kat Ramly outlet ni.
Cuma bila dah ada GST ni ingatkan harga makin mahal.
Rupanya masih murah.
Malah lagi murah percent dia potong, berbanding percent GST tu.

GST = >6%
Ramly = <19%

Pilihan di tangan anda. Pilih dengan bijak.


Pesanan khidmat masyarakat ini di bawa khas dari Persatuan "Kami Tolak GST".


Love,
Izara Aishah.



Monday, April 6, 2015

Mr Ji Es Tee

Welcome, April 2015.

Macam-macam event ada dalam bulan April.
Happy birthday, Leen!
Happy birthday, Atie!
Happy birthday, Along!
Happy birthday, Lovely mak!

....and happy GST!

Errr... Not happy at all!!!!!!!  (taruk muka bengis kat sini)

Semua rata-rata bising pasal ji-es-tee ni.
Aku pun sama merempan gak.
So malas nak bising-bising kat blog ni.
Sebab karang kalau aku bising, panjang berjela la entri ni.

Khamis lepas aku amik anak-anak balik dari sekolah.
Dalam kereta anak aku tanya, "GST tu haram ke mummy?"

Krik...krik...krikkkk...

-diam-

Tak reti aku nak bahas kalau masuk bab halal-haram ni.
Takut aku salah bagi fahaman kat budak-budak ni.
Pastu aku tak layak nak bincang hal-hal hukum hakam ni.
Mak takut sesat nakkkkk...


Ika : Kat sekolah kakak, harga mee goreng pun dah kena gst. Bulan 3 lagi dah naik.

Aku : Berapa?

Ika : Dulu 50sen je. Sekarang dah singgit.



Tu bukan gst nakkk... Tu cekik darah!
Nak kena maki agaknya makcik kantin sekolah kau ni!

Agak-agak sikit ye.
Mentang-mentang la kau tak kenakan 6% GST, awal-awal kau naikkan harga makanan.
Kalau mee goreng tu naik harga 20sen ke.. 30sen ke.. Aku paham la.
Ni sekali ganda naik, apehal?
Setakat budak sekolah rendah je pun yang nak makan.
Dalam mee pun bukan ada udang sotong kupang mentarang segala rencah pun!

Well, bising-bising pun bukan boleh buat apa pun kan?
So, meh sini kita ikut cara aku.

It's Yati's rules!

Bermula hari ini.
YES, HARI NI!

Aku terpaksa korbankan masa tidur aku untuk banteras jenayah ekonomi ni.
Sebelum ni, aku bangun pukul 5.15am nak masak untuk lunch En Zul & anak-anak.
Tapi bermula hari ni aku bangun pukul 4.30am untuk masak makanan recess anak-anak.
Ni untuk makanan recess ye. Untuk breakfast kira lain.

Untuk breakfast selalu aku bancuh susu/milo oats je.
Kalau tidak pun ada roti sapu choc jem.
Kalau rajin aku buat french toast (gituuuu... nama harus la kerlasss! Padahal roti telo je pun)
Jadi, anak-anak aku tak perlu la nak mengkaya kan makcik kantin tu.
Setakat nak beli air, silakan.
Lebih afdal air pun kau bawak siap-siap dari rumah.
Bancuh la sirap ke, sunquick ke..
Pastu kau togok la puas-puas.

Ni bukan kedekut ye,
Ni berjimat.
Hape gila la harga barang sekarang ni.
Gaji aku laki bini bukan besar hokeh!
Nak hadapkan sangat dengan kos perbelanjaan yang mencanak-canak naik tu, memang boleh buat aku gila.

I hate u, Mr Ji Es Tee!!!