It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 23, 2011

Dasar MELAYU lupa diri!

Maaf sebab aku merempan pada bulan puasa. Tapi memang patut aku luahkan kat sini, sebelum aku naik hantu kat ofis atau kat rumah. Aku kan ada pembawakan saka! Hahaha..

Alkisahnya cenggini..... (perbualan telefon)



Aku : Assalamualaikum En Ali. Saya Yati dari Cohort, HUKM.

Melayu Lupa Diri (MLD) : Wa'alaikumussalam.. Ye, Cik Yati (perghh.. masih CIK ye!)

Aku : Macam ni En Ali. Insya Allah 23/9 depan ofis kami akan buat jamuan hari raya. Pegawai dari bahagian kewangan dah keluaran list company, kalau ikutkan tahun ni kami ada buat pembelian sebanyak RM3960.00 dari company En Ali. Boleh tak En Ali sponsor sedikit juadah untuk jamuan kami?

MLD : Oh, yeke? Errr.. Berapa tadi yang u all dah beli dari I?

Aku : tiga ribu sembilan.... (tak sempat nak habiskan ayat, hokeh!)

MLD : Tiga ribu je? Then u nak mintak i sponsor. Agak-agak u berapa i untung dari pembelian u yang harga tiga ribu tu? Sikit sangat u beli.

Aku : Kami akan buat 2 events, satu jamuan raya dan satu lagi dinner. Untuk pembelian yang melebihi RM20k kami akan mohon sponsor untuk dinner nanti. Jadi mana-mana company yang pembelian bawah RM20k kami mohon untuk jamuan raya. Lagipun kami dah banyak tahun deals dengan En Ali, rekod tahun-tahun lepas kami beli minimum 3 kali dalam setahun.

MLD : Tapi tahun ni u all beli 3 ribu je. Agak-agak berapa untung yang i dapat? (mula menekan suara)

Aku : Maaf la En Ali, itu keuntungan syarikat En Ali, saya tak tahu.

MLD : Kalau u beli cuma 3 ribu je, then i cuma dapat 20% dari pembelian tu, i cuma dapat RM600 je tau. Pastu u nak mintak i sponsor pulak?

Aku : Hmm.. Kalau En Ali boleh sponsor, Alhamdulillah.. Tapi kalau En Ali tak boleh, tak apa la...

MLD : Hm, tengok la nanti macamana, saya fikir dulu.

Aku : Ok, thanks.



Memang celaka En Ali ni!
Memang dasar Melayu lupa diri. Maaf, aku tak bermaksud nak cakap semua orang Melayu macam tu. Tapi En Ali ni adalah contoh terbaik orang Melayu yang lupa diri!

Masa dia tak ada job, dia sibuk beriya-iya menghantar quotation kat aku. Dia ni pembekal result sheet untuk mesin Inbody kat ofis aku. Mentang-mentang dia bumi agent, lagaknya bukan main lagi!

Dia quot harga untuk aku sekeping RM0.32 untuk pembelian 30,000 sheets. Dan RM0.36 untuk 900sheets. Ok, kat sini memang tak banyak perbezaan harganya.

Selama 4 tahun kami membeli result sheet ni dari company En Ali. Setahun adalah dalam 4 kali kami order dengan dia. So, paling bangsat pun sekali order harga jadi RM9600. Kalau setahun empat kali aku order, tak ke harga yang dia dapat RM38,400.00?? Tahun ni je baru order RM3960.00.

Beberapa bulan lepas company Inbody sendiri dah set up dan mendaftar company kat Malaysia. Company tu dari Korea. So secara strateginya diorang set up company kat Malaysia supaya boleh jual produk diorang secara terus dalam market Malaysia.

So, wakil dari company datang jumpa aku untuk bagi bisness card.
Sambil-sambil tu aku tanya harga result sheet. Dia quotkan aku harga RM0.16 sehelai!

Ulang suara.... RM0.16!

Gila murah dari company En Ali. Tapi mungkin En Ali ni 'orang tengah', sebab tu harga dia mark up separuh harga dari company asal.

Tapi, yang membuatkan aku jengkel dengan En Ali bila dia mempertikaikan pembelian ofis aku yang agak sedikit berbanding tahun lepas.

Weh, kenapa aku perlu teruskan pembelian tu, sedangkan aku boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah dekat company lain?

Yang paling aku geram adalah... Lepas hantar quotation, bukan main lagi dia siap merangkak-rangkak call aku untuk confirmkan sama ada dia dapat atau tak job tu? Tak kira la aku tengah bercuti ke, aku tengah meeting ke, tengah malam-malam buta ke, sibuk call nak tanya dapat job ke tak? Siap mintak aku pertimbangkan company kau untuk dapat job tu.

Hello, bai!
Kalau harga kau mahal, tak payah susah-susah suruh aku pertimbangkan untuk kau. Kau tu sendiri tolong turunkan harga untuk aku. Senang kan?

Hari tu, aku putuskan company Korea tu yang dapat job tu (memandangkan harga dia lebih murah). Maka, setelah berbulan En Ali tu tunggu tetapi masih tidak mendapat PO mahupun sebarang berita dari aku, terus dia call aku untuk susulan.


Maaf En Ali, kamu tidak dapat job itu.....*nangis*


Kau tersentap kan????

Masa tu bukan main lagi dia tanya soalan bertubi-tubi kat aku. Company mana yang dapat? Berapa harga yang dia tawarkan? Huhu.. Maaf En Ali, saya tak boleh bagitau kamu... Lalaala~

Tapi apa yang saya boleh bagtau pada En Ali tentang company tu adalah.....

1) Harga yang ditawarkan pada saya sangattttttt jauhhhhhhh lebih murah.
2) kertas dia lebih berkualiti, licin dan susah koyak.
3) dia provide untuk printkan sekali logo Cohort kat header result sheet tu.
4) staff dia sangat cantik, hensem dan SEKSI! Yesss..

Maka, lupakan ajer result SHIT En Ali tu yeeeee.....

Monday, August 22, 2011

Kerana sayang abang turutkan...






Permintaan melampau kan? Kad bunyik-bunyik pun nak mintak orang belikan!



Pecah kaca, pecah gelas..
Sudah baca harap balas!

Sekarang baru la adil dan saksama.

Semalam aku dapat kad raya dari anak-anak. Lepas tu aku sengaja buat muka annoy depan En Zul supaya dia jeles! Hahaha..

Malam tadi lepas En Zul balik dari HKL, dia dapat kad raya dari anak-anak. Dia pulak buat muka annoy kat aku. Cissss...



Kad dari Ika


Siap ada animation. Kahhh!!



Ini Kakak.
Sila tengok FRINGE animation ni. Budget macam muka dia la kot.
Motif?




Budak-budak zaman sekarang


Kad raya dari Aleeya



Ayat seperti biasa. Copy dari Ika!



Ayah sayang Adik?
Ke....
Adik sayang Ayah?



Jahat!!! Sebenarnya RM100 ni untuk aku. Tapi last minit Aleeya tukar, dia bagi RM50 je untuk aku.
Aleeya : Mummy tak boleh dapat duit banyak-banyak. Nanti Mummy belanja banyak-banyak!
Hampeh kamu!

Saturday, August 20, 2011

Selamat Hari Raya Mummy.

Dari Ika untuk Mummy


Kad raya untuk Mummy



Lepas mintak maaf, terus buat nakal kat Mummy.
Huh!



Ye, sayang.. Mummy pun sayang kakak..



Kad kakak



Kad raya dari Aleeya untuk Mummy



Siap kaler lagi sampul kat belakang!



Kad raya Aleeya



Adik copy ayat kakak, tapi ayatnya masih salah!



Mummy sayang adik @ Adik sayang Mummy?
Konpius!



Bab-bab berat ni Mummy sensitif ye, Adik!

Terima kasih anak-anak Mummy sebab beri kad raya kat Mummy (buat muka annoy kat En Zul sebab dia tak dapat! Kahhhh!)

Akhirnya baju saiz gajah+zirafah dapat jugak dibeli.

Semalam aku keluar lagi dengan En Zul. Hala tuju kami adalah ke Carrefour Wangsa Maju. Setelah 45 minit meredah jammed, kami sampai di sana dengan penuh harapan baju raya saiz 'gajah+zirafah' ada dijual.

Sampai je dalam Carrefour kami terus menuju ke restoran untuk book meja. MALANG sungguh nasib kami kerana semua restoran dah full house! Hatta KFC sekali pun! Huhuhu...

Tahun ni aku teringin sangat nak pakai jubah (sebenarnya badan dah naik mendadak! So tak ada saiz maka terpaksa lah membeli jubah! Kahhhhh..!!). Lepas puas memusing dan menge'test' semua jubah yang En Zul berkenan (bukan aku yang berkenan, sebab dia yang tukang bayar dan tukang menghadap aku sepanjang masa memakai baju raya, so dia yang pilih design), aku hampir give-up sebab baju yang ada paling besar sedang-sedang muat je untuk badan aku. Tapiiiii... (ada jugak tapinya!) Jubah tu SENTENG!

Tahu apa maksud senteng?

SINGKAT!
PENDEK!
TERGANTUNG!


Memang pundek!

Uwaaaaaa... Sedihnya aku. Saiz gajah dah ada, tapi saiz zirafah jugak failed!

Last-last aku ke First Lady. Berdasarkan sejarah hidup aku dengan butik ni, memang dia ada jual baju yang besar. Cuma kadang-kadang design untuk saiz besar agak ke'makcik'kan gitu.. Lantak!

Aku rembat dua helai baju kaftan untuk fitting. Akhirnya aku pilih kaftan yang sangat lah kelawar yang kaler hijau..

Lepas rembat baju, aku rembat kasut. Dapat 2 pasang. Hahaha..

Masa dah pukul 7.15pm. Plan nak berbuka puasa masih tergendala. Dalam banyak-banyak restoran, cuma SUBWAY je yang kosong.

Kami masuk ke Subway.

TERPAKSA! (faham-faham je la maksud aku tu)

So aku order :
- 1 sandwich 6inch-tuna
- 1 sandwich Subway Melt footlonggggg...





Kerana desakan hidup, maka aku TERPAKSA berbuka menghadap benda ni!


Agenda mencari tudung sangat mudah! Just jumpa selendang yang harga RM7.90, terus beli!

Malas nak fikir pasal style. Lagipun aku bukan model @ artis yang nak kena jaga penampilan beriya-iya. Lepas beli tudung, TERLUPA beli inner. Padan muka aku!

Terus ambil anak kat rumah babysitter, then balik rumah Maklang untuk makan nasi pulak!



Lepas ni saiz gajah+zirafah KOMPEM akan bertukar menjadi saiz dinasour plak!

Friday, August 19, 2011

Apa kaitan MANDI dengan KURUS?

Alkisah 4 beranak pagi tadi. Si ayah sedang mandi sambil mencantas segala bulu yang ada. Si mak pula sedang menggosok baju (dasar pemalas, dah pagi baru nak gosok!). Manakala si anak-anak sedang menonton kartun di Ceria selepas bersahur.


Mummy : Adik, kakak, pergi mandi cepat. Nanti lambat mula la korang nak bertekak berebut nak mandi!


Aleeya : Adik taknak, kakak mandi la dulu.


Ika : Taknak! Adik mandi dulu! Kakak nak tengok Rupert.


Aleeya : Taknakkkkk.. Kakak la mandi dulu, kakak kan KURUS!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MOTIF?

Thursday, August 18, 2011

Baju raya oh baju raya

Semalam Hari Nuzul Quran. Aku tak cuti sebab aku bekerja di KL. Tak aci betul!

Balik kerja semalam aku dan En Zul bawa anak-anak pergi ke Jusco Cheras Selatan untuk beli baju raya. Mulanya aku cadang nak beli kat Jalan TAR. Tapi memandangkan anak-anak aku yang memegang title PENERJUN NEGARA ni ada sekali, maka aku memutuskan untuk bawa mereka ke tempat yang lebih selamat dan lebih luas untuk mereka melakukan aktiviti terjunan mereka.

Sampai je Jusco, aku tengok banyak la pulak kereta kat parking, berbanding kelmarin (kelmarin pun pergi Jusco jugak, shopping langsir. Hehe..) Aku lupa yang semalam Nuzul Quran, maka manusia di area Cheras Selatan & Balakong ramai yang cuti.

Aku pesan kat En Zul suruh dia book mana-mana table kat KFC ke, McD ke, Pizza ke.. Tak la mencungap nak cari table masa berbuka nanti. Tapi orang tua tu nak jugak book lewat-lewat. So kami terus mencari baju raya anak-anak.

Tengok pilihan baju tak la banyak sangat. Design corak baju pun biasa-biasa je. Tapi berdasarkan komen dari kawan-kawan ofis, diorang cakap tahun ni memang corak kain tak cantik. Design pun biasa je, tak de pembaharuan.

Mula-mula aku beli kasut utnuk diorang. Sampai je kat situ, aku tengok diorang pilih design kasut yang sama jugak! Hadoiiiii... Kenapa la citarasa korang ni macam ni? Dah pesan awal-awal, beli kasut design yang belum ada lagi, ni tak, kasut princess tu jugak yang korang berkenan!

Lepas aku membebel, diorang ambil kasut sarung tumit tinggi warna putih+hitam. Tengok muka masing-masing, memang pasrah je la...


Kasut kaler PINK is a must!
So, say no to PINK!



Bab kasut setel. Pergi beli t-shirt dan jeans pulak. Tengok tag harga ada 70% less. Tapi lepas kurang, harga adalah harga asal! Memang bukan sale la kan? Takkan la seluar jeans budak kecik yang guna kain tak sampai 2 meter harga RM99.00? Lepas sale lebih kurang RM40.00++... Itu strategi shopping mall yang agak sial!

Ok, malas nak membebel panjang, aku pun rembat 2 jeans dan 2 tshirt untuk penerjun muda ini.

Setel.

Lepas tu, si bapaknya pulak nak membeli kasut. Ok, aku layankan aje. Dia suruh aku pilih kasut yang ok. Bila aku tengok harga kasut yang dia pilih, hmmmm.. Memang ok. Harga selepas less RM40.00 jugak. Hahaha...

Masa nak pilih kasut En Zul, anak-anak dah mula menjalankan 'latihan' terjunan mereka. Bulan puasa pun mereka masih ada latihan komprehensif, hokehhh..!!! Diorang lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini, terjerit-jerit memekik macam orang tak puasa! Masa ni muka aku dah memang jadi singa betina dah! Aku tarik sorang-sorang, duduk tepi aku, siap ugut tak nak belanja aiskrim sundae. Terus diorang diam!

Setel.

Tapi sekejap je tu. Lepas 5 min diorang prektis balik terjunan mereka... *tunduk sambil nangis..*


Then kami turun bawah cari baju. Aku malas nak nak pilih-pilih, so aku rembat baju kebaya kaler hijau untuk penerjun tu. Lagipun diorang tak ada baju kebaya lagi. Kaler hijau pulak mengikut tema kaler baju raya sedara mara En Zul di kampung. FYI tahun ni kami nak beraya di Kedah. (FYI? ada ke orang baca blog kau ni? Muahaha..)



Fitting time. Tak payah masuk dalam fitting room.
Sarung baju, sarung kain, setel!

Ika sempat memberi post gediknya... =)

Tak sangka aku dah merasa mencari baju raya untuk anak-anak. Pengalaman ni membuatkan aku teringat masa kecik-kecik dulu. Bila Maklang ajak beli baju raya, memang seronok. Tapi mula la ada adegan-adegan gedik penat berpuasa. Letih la, lapar la, haus la... Lepas Maklang bagi pelempang sedasss baru reti diam!

Macam tu la anak-anak aku. Masa nak terjun, masa menjunam tak ingat lapar ke, puasa ke, langsung tak ingat penat! Bila dah betul-betul penat mula la merungut macam-macam kat aku.

Bila nak bukak puasa, tengok semua restoran penuh!

Sedihhhhhh..!!!

Last-last beli air yogurt, hotdog, nugget, sundae choc, terus blah dari Jusco!

Masuk kereta, start enjin, pasang radio, dengar azan berkumandang. Alhamdulillah.. Anak-anak paling gembira.

Akhirnya kami sekeluarga berbuka puasa dalam kereta. Lepas sampai Cheras, kami cari kedai makan.
Order tomyam campur, ikan kembung 3 rasa, kailan ikan masin.

Sekian......

Apesal nih?

Hoiiiiiiiiiiiiii............!!!!!!!!!!


Mana gambar-gambar dalam entri aku ni ---------> Hadiah dari Suami untuk Isteri sempena Hari Raya 2011.




Arghhhh!! tension la aku pagi2 macam ni tengok gambar dah hilang! Baru je nak usha-usha balik gambar kat blog ni. Dah hilang pulak. Memang sial laaaaaaaaaa.................


Kurang pahala puasa aku!

Wednesday, August 17, 2011

Kenapa saya suka rumah saya? Kerana saya suka lah!

Bila dah nak raya, dah nak merdeka ni, aku teringat iklan yang direka oleh pasukan Petronas.
Selalunya iklan Petronas mesti yang best-best dan meninggalkan kesan yang mendalam pada penonton.

Ada yang sedih dan sayu. Tak kurang jugak yang kelakar.

Ingat lagi tak iklan "Alkisah seorang janda beranak tujuh"?
Si ibu teringin sangat nak makan daging untuk dibuat rendang.
Si anak pulak dah berjaya mendapatkan hati, limpa, paru, ayam, itik dan segala bagai binatang, namun cuma daging lembu je yang masih belum dapat. Akhirnya si anak bawa balik seekor lembu untuk si ibu. Mahu tak terkejut si ibu melihat kesungguhan anak-anaknya! Yang paling best bila salah seorang anaknya tengah berlari dan terjatuh!

Kelakar kan?
Padahal scene terjatuh tu (0.32s)  tak ada pun dalam plan diorang. Dah kebetulan budak tu tergelincir, diorang pun terus rakam scene tu.





Ok, itu iklan hari raya.

Kalau iklan kemerdekaan pulak aku suka yang tajuk "Percintaan Tan Hong Ming" yang ada suara Adibah Noor tu. Dia soal kanak-kanak sekolah rendah.. Dan paling best bila dia tanya kat budak perempuan kecil (melayu), siapa boifren dia? Dia jawab Tan Hong Ming! (Lihat 1.15s)

Muka Tan Hong Ming serius KELAKAR! Hahaha...





Aku memang suka iklan tu. Ada iklan yang simple, tapi kelakar bila tengok keletah kanak-kanak yang berlakon tu.

Contohnya iklan "Kenapa Saya Suka Rumah Saya"?





Lawak kan suara dan intonasi budak tu.

Cerita pasal rumah, aku nak adaptasi tajuk iklan tu 'Kenapa saya suka rumah saya?' sebagai tajuk entri ni.

Ok, kenapa aku suka rumah aku? Sebab dia bestttttt.. Kahhh!!
Aku suka sebab kawasan perumahan aku boleh dikatakan terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tak caya? Pergi mampus! Hahaha....

Oppssss...!! Bulan puasa, tak boleh mulut puaka. Hehehe...

Baiklah, untuk menceritakan kenapa rumah aku best, mari kita jalan-jalan!

Dari rumah aku ke.......

- Gombak : cuma 20mins
- KL Downtown : 5 mins
- KLCC : 20 mins
- Midvalley : cuma 10 mins. (tol 50sen dah dimansuhkan. hehehe..)
- Stadium Bukit Jalil : 15mins
- IKEA : cuma 20 mins.
- Pudu Raya & Times Square : cuma 20 mins.
- KL Sentral : 30 mins
- Jalan TAR, Sogo, Masjid India : cuma 20 mins.
- Shah Alam : 30 mins
- Putrajaya : 40 mins
- Kampung En Zul : 5jam! Hazabbbbb...

Aku bukan lah seorang kaki shopping di mall yang best-best macam Pavillion, IOI Mall, OU Damansara... Jadi, kalau tempat tu jauh sekalipun, tidak menjadi masalah pada aku. Lagipun, macam-macam highway yang berselirat ada di area rumah aku. Plus? Kesas? MRR2? MEX? Kerinchi Link? Grand Saga? Kajang Silk? LEKAS? Semua dekat. Just sediakan duit tol atau Touch n Go sahaja. Then, kau pergi la mana-mana yang kau suka!

Yang penting tempat-tempat begini sangat dekat dan mudah untuk aku pergi.....

- Tesco
- Jusco
- Maidin
- Giant
- Carrefour
- Stesen LRT
- OFIS AKU! 5 mins jeeeee.

Haa... Jadi terjawab la soalan tajuk entri ni, Kenapa Saya Suka Rumah Saya?


Sebab dia bestttttttttttttttttttt..........!!!!!


Tiba-tiba teringat rumah orang-orang kaya dalam cerita Astana. *nangis!*

Monday, August 15, 2011

Anak-anak.... Tolong la jangan tanya soalan bertubi-tubi kat Mummy

Soalan 1:

Aleeya : Mummy, orang perempuan boleh cuti puasa ke?

Aku : Aah.

Aleeya : Bila adik boleh cuti?


(macamana aku nak jelaskan kepada budak umur 7 tahun? nak gabung soal agama & sains sekali ke?)



Soalan 2:

Ika : Mummy, malam ni kakak nak tidur dengan mummy.

Aku : Kenapa pulak?

Ika : Saje je. Boleh la Mummy...

Aku : Tak boleh. Kakak kan dah besar, tidur la sendiri.

Ika : Tapi kakak pun nak tidur peluk ayah. Macam Mummy peluk ayah jugak. Tapi Mummy kan dah besar, kenapa Mummy peluk ayah?

(aku dan En Zul terkantoi ke?)


Soalan 3:

Ika : Mummy, dalam perut ni ada baby kan? (sambil pegang perut aku)

Aku : Ntah.

Ika : Mummy, macam mana boleh ada baby dalam ni?


(Oh, dia masuk sendiri ikut celah kangkang Mummy!)


Soalan 4 :

Aleeya : Mummy, orang tu pondan kan?

Aku : Mana adik tahu dia pondan?

Aleeya : Sebab muka dia macam perempuan.

Aku : Adik pun perempuan jugak kan. Maknanya adik pondan la ye?

Aleeya : Tak la. Adik kan budak kecik, bukan pondan. Kalau dia besar, pastu dia perempuan, maknanya dia pondan la! Macam Mummy pun pondan la. Kan Mummy, kan?




YATI, SILA BUNUH DIRI!

Sunday, August 14, 2011

Kalau depan mata kompem aku dah ngapppppp!

Hari ni En Zul buka puasa dengan bos dia kat Hotel Nikko bersama anak-anak Johor.

Siapa anak-anak Johor?
Kali ni bukan anak-anak yatim macam tahun lepas.
Kali ni anak-anak Johor yang dimaksudkan adalah ARTIS!

Wah, seronok la En Zul nak menjeleskan aku. Motif?

Sebab Jep Sepah ada sekali!
Waaaa... Jelesnya aku!!!!!!!!!!!!


Handsome nya kamuuuuuu...!!!
I lap u la lalink!



Aku ni beriya-iya suruh En Zul ambil gambar Jep. Siap suruh snap pic Jep dari kepala hingga perut. Dengan erti kata lain, ZOOM MUKA JEP! AKU NAK BUAT WALLPAPER HENPON AKU!!!

Aku sampai suruh pas handphone En Zul ke Jep, semata-mata aku nak bercakap dengan Jep Sepah. Aku siap bagi ayat kat En Zul supaya dia berani nak jumpa dan bercakap dengan Jep. Gila aku admire mamat ni la weiiii! (haishh.. Kenapa la aku kawin awal sangat?)

En Zul ni pun satu hal jugak! Aku suruh ambil gambar dengan jarak dekat, tapi dia ambil gambar macam padang jarak padang tekukur. Jauh bebenor! Eee.. Geram aku! Dah la tak bawa aku sekali. Pastu ambil gambar macam haram jadah!

Paling tak tahan bila dia send MMS gambar ni. Siap berpeluk bagai! Saja nak bakar hati aku!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Baju Putih : Jep
Baju Putih : En Zul
Yang mana satu laki aku?
*berangan nak berlakikan si Jep*



Sibuk betul hantar gambar Mawi.
Aku nak gambar Jep la..
 JEP!
Faham?


*aku pernah berangan nak kawin dengan orang Johor, tapi dapat orang Kedah. Hmm..

Saturday, August 13, 2011

Hadiah dari Suami untuk Isteri sempena Hari Raya 2011

Suprise!!!!!!!!

Lama tak menjengah blog! Sampai dah bersawang blog aku ni. Ek elehhhhh.. Baru beberapa hari je kan? Hahahaha...

Entri ni aku nak dedicate untuk En Zul sebab dia hadiahkan aku macam-macam benda sempena raya tahun ni. TERIMA KASIH ABANG SAYANG..!!!!!!!! Syukur Alhamdulillah....

Mungkin sebelum ni aku mengeluh pada En Zul mengenai barang-barang kelengkapan rumah yang tidak mencukupi. Biasa la kan, bila baru tinggal bersama, macam-macam benda yang tak lengkap. Antaranya blender! Blender aku rosak, bila nak blend sesuatu benda, confirm air dia melimpah. So, aku lempar je blender tu ke lombong!

Setel.

Yang menjadikan ia kembali tak setel bila aku tak nak beli dengan duit aku sendiri. Nak guna duit En Zul jugakkkk... Yang En Zul pulak, nak mengharapkan aku beli sendiri. Ha, memang sampai kiamat la tak terbeli! Kau tolak aku, aku tolak kat kau!

Beberapa hari yang lepas, En Zul bawak aku jalan-jalan kat Carrefour Wangsa Maju. Sebenarnya aku nak beli barang-barang Arrezo. Tapi kena mintak izin En Zul dulu kan? Total barang yang aku nak beli anggaran harganya RM10k. Jadi bila En Zul berfikir semula, adalah lebih baik dia beli je macam-macam barang untuk aku, daripada mensedekahkan duit kat orang Arrezo tu.

Walaupun muncung aku dah sedepa sebab tidak dapat memiliki barang-barang Arrezo, tapi aku mampu tersenyum kembali kerana hadiah yang di beri oleh En Zul amatlah aku dambakan, walaupun murah dan jenama yang biasa-biasa sahaja. Syukur, alhamdulillah...





5 items in 1 receipt :
- Pensonic portable aircond (paling aku sukeeeee!! Lepas ni masa tido aku tak mengadu kepanasan la!)
- Faber mixer
- Faber blender
- Faber oven
- Samsung microwave

*lagi satu tu free gift.

Ni pun pilihan En Zul jugak. Sebab dia nak masak ayam golek macam kat gambar tu. Boleh masak sekali 2 ekor





Elok je aku buka semua barang-barang tu, aku pun snap pic untuk masukkan dalam entri. Tak sempat nak habis snap gambar, terus dia bagi benda ni :



Dia mintak persetujuan aku untuk beli Hilux!
Eeeeee!!!!!! Dia nak jugak siput ni!



Sebab dah ada oven baru, maka aku pun test la. Takkan la nak buat perhiasan je kan? En Zul sampai beli almari bertingkat kat IKEA untuk simpan barang-barang ni. Dia pulak yang lebih bersemangat dari aku.

Memang niat aku nak buat kuih raya sendiri tahun ni. Tu yang mintak En Zul belikan oven Arrezo tu. Tapi Faber yang aku dapat. Tak pe, lagi murah lagi senang aku nak guna. Kang beli mahal-mahal tapi tak reti nak guna.

Sedihhhhh..!!

Ok, untuk merasmikan oven tu, aku buat biskut choc chip. Mula-mula buat memang la aku tak pandai nak adjust suhu. Habis hangus 80biji biskut aku! Yang sempat diselamatkan cuma 40 biji je. Huhu..

Tapi tak apa, berkat kesabaran aku, esoknya aku buat lagi satu adunan. Alhamdulillah jadi jugak biskut aku tu. Kiranya aku dah tahu la suhu yang sesuai untuk masak biskut. Lepas siap choc chip, aku buat tart nenas pulak. Wah, feberet aku ni!


Menunggu masa untuk di bakar


Proses pembakaran


Proses pengembangan



Alhamdulillah, siap jugak akhirnya.
Kena asingkan 3 balang.
Aku 1 balang.
Maklang 1 balang.
Mertua aku 1 balang.






Walaupun dah macam-macam En Zul bagi aku untuk raya ni, benda yang paling aku tak sangka bila dia bagi kad kredit dia untuk aku guna! Wah, ini sudah tidak di sangka-sangka! Dia bagi aku satu je kad kredit RHB, lagi dua kad (CIMB dan Maybank) dia pegang. Selama ni aku minta nak apply kad kredit, haram dia nak bagi. Tak sangka hari tu lepas beli barang-barang tu, dia bagi kad kredit RHB dia.


Mari ke berparti! Hoyeh..hoyeehhh!!



Apsal En Zul baik sangat dengan aku, eh?
Nak kawin lain ke?
Kang ada yang kena pancung dek aku kang!

Tuesday, August 9, 2011

Censored!

Di petang yang suram.....



Mamat tak hensem : Yati, ada stapler tak? Pinjam jap.


Aku : Ada. Nak yang kecik ke, yang besar? (soalan ini merujuk kepada berapa banyak bilangan dan ketebalan kertas yang dia nak staple kan)


Ni aku punya, tapi hak milik kerajaan Malaysia.
Boleh gitu?

Mamat tak hensem : Yang kecik cukup leeee. Wah.. Ko ni suka yang 'besarrrrr' je. (Eh? Apasal nada ayat dia semacam jeee? Aku faham maksud kau tu. Awas kau!)


Aku : Well, aku dah biasa guna yang 'besar'. Sedap sikit guna yang besar-besar ni. Tapi kau, aku tak tau la kan? Mana tau kau suka guna yang kecik.


Mamat tak hensem : Errr.. Errrr.... (Hah, sentap kau kan? Apa kau ingat aku tak celupar di bulan puasa ni?)


Mamat tak hensem : Hahaha... Aku tak guna yang kecik la...




Sambil dia senyum-senyum, terus blah lepas dapat stapler aku.



Aku pelik la orang lelaki ni. ITU JE KE ASET KORANG?




SEDEHHHH!!!


Asal pendek je, konon-konon tak bagus. Kalau panjanggggggg, kompem mencungap siapa yang dapat!

Sial kan?

Aku rasa jadi perempuan ni lagi best kot. Ye la, sekalipun muka kau tu macam jalan tar tak siap turap, tapi tetek kau mantap macam Pamela Anderson, sah-sah la saham kau naik di mata lelaki.

Kalau muka kau tak cantik, tetek kau pulak leper... TAPI... pepek kau kental, mantap dan tegang... Pastu bontot kau tegang sambil menonggek mencanak tegak keatas, sumpah jantan tu tak cari lain!

Tapi kalau muka kau gojes, body kau 36-24-36, tetek kau tegang, pepek kau ketat, bontot kau tonggek mencanak... Aku rasa kau la perempuan paling seksi kat dunia ni. Macam aku! Kahhhhhhhhhhh..!!!!!

Maknanya kat sini, perempuan ni tak bergantung pada satu aset je. Semua bahagian di badan wanita adalah aset. Tak kira kening terbentuk ke, mata polos ke, bibir  mungil je, jari yang runcing ke.. Semua aset! Walaupun cuma gigi. Sekalipun ada part-part yang tak seberapa indah, tapi kalau dijaga dengan rapi........ Haaaa, memang tak lepas kalau dapat kat lelaki!

Sebab tu ada perempuan yang sanggup ubah kejadian Tuhan, semata-mata nak kelihatan cantik dan memuaskan permintaan kaum lelaki.

Itu belum cerita pasal cucuk botox, pasang susuk, suntik Vitamin C dan kolegen bagai.

Err.. Aku pernah suntik Vit C dan kolegen. Sekadar untuk merawat kulit muka. (Ok, tutup cerita)


Jadi, kalau perempuan boleh menjaga seluruh anggota badannya semata-mata untuk mengisytiharkan ia sebagai ASET, kenapa lelaki masih nak bergantung kepada 'benda' itu semata-mata?

So, all men out there!!!!!!

Mulai sekarang sila perindahkan lagi tubuh badan anda semua! Pastikan jangan ada pun yang terkehel sana-sini! Sedih tau takk??

Mana-mana yang terkehel tu meh sini aku staple kan!

Bak kata pepatah.....

Harapkan batang kote, batang hidung kau pun sama hancurnya...!!!!!

Monday, August 8, 2011

Toyota : VIOS vs HILUX

Hm, kali ni aku bukan nak merempan, bukan nak merepek, bukan nak maki orang tak tentu pasal. Aku cuma nak berfikir secara realistik.

Sekarang ni En Zul bagi aku pakai kereta Vios. Kaler putih, basic dan selesa untuk kami berdua.

Sila baca betul-betul. SELESA UNTUK KAMI BERDUA!
Tapi kalau berempat?


WSL ****


Itu belum campur anak aku berdua tu. Dengan ada bantal kusyen segi empat sama tu, dengan buku conteng anak-anak, dengan jaket En Zul bergantung, dengan mainan anak-anak lagi. Memang hazab kalau nak travel jauh-jauh. Tambah lak anak-anak aku kan penerjun negara! Dalam seminit tak melompat dan menjunam memang tak sah!

Baru-baru ni En Zul sibuk nak beli kereta lain. Nak beli Hilux katanya. Dalam diam-diam dia dah survey Hilux kat showroom. Siap tanya harga bulanan, harga insurans..


Haa, besar gile 'siput' ni!

En Zul cakap kalau dia nak ambil Hilux, dia nak tolak Vios.

APA????????????????

Takkan la aku nak drive Hilux pergi keje?

Kau bayangkan pukul 7.20am ada seorang perempuan yang jelita sedang terhenjut-henjut memandu Hilux sambil melambai-lambai tangan ke arah orang ramai!

GILA HUDUHHHHHH OKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!


Kalau kereta merah tu aku nak la.. Kahhhhhhh!!!

Bertekak-tekak aku dengan En Zul mempertahankan Vios tu daripada di jual.. Dia kata senang nak balik kampung, boleh muat macam-macam kat kargo tu! Nak suruh anak-anak melompat dan menjunam kat belakang tu pun boleh!

Kau ni dah gila ke bang?

Aku yang perempuan ni disuruhnya bawak 4x4? Memang la aku pernah drive Frontier Cohort (kenderaan rasmi ofis aku), tapi itu aku drive kat felda-felda, kat Ranau.. Kat jalan raya yang kurang kesesakkan lalulintas. Ini kau suruh aku drive hari-hari ulang alik gi kerja. Hilang akal ke hape kau ni bang?


Ni muka aku kalau drive Hilux.
Abang, saya dah nak pergi kerja ni. Meh sini cium dahi saya. Cepat!!!!!!!!!!

En Zul jugak cakap, kalau beli Hilux, mudah untuk di ke kebun. So, ada aku kesah kau nak ke kebun ke, ke dusun ke, ke paya ke, ke hutan bakau ke...?? Ada aku kesah?? Ada?!!!!

Konon-konon kalau beli Hilux, mudah nak bawak tebu!

Tebu? Kenapa tebu?
Kau tanya sendiri kat En Zul!


Lantas, pagi tadi aku terus post status kat dinding fesbuk aku....
Ada yang memberikan aku jawapan yang sangat menyokong En Zul. Kalau dia baca status aku tu, dan-dan dia terus beli Hilux tu tanpa berkata apa-apa... *Senyum..*

Jawapan yang benar adalah A


Sekarang ni aku memanjatkan doa supaya En Zul tak jual Vios tu. Kalau dia nak beli Hilux tu jugak, beli la.. Aku tak kesah kalau dia nak bawak aku jalan-jalan naik Hilux. Tapi Vios tu jangan la jual. Hukhukhukk..

Tapi kalau dia nak ganti Vios tu dengan kereta lain pun ok jugak kan?!
Insight ke, Prius ke, Caldina ke... Aku set ajerrrr...


Apsal tak nak beli mpv, eh? Mpv kan besarrrrr..
Siap boleh berkelah lagi kat dalam tu :)


Persoalan sekarang :
1) Beli Hilux, jual Vios?
1) Beli Hilux, remain Vios?
3) Beli Hilux, jual Vios, beli Insight (kahhhhhhhhh....)

Sunday, August 7, 2011

From My Kitchen : Chicken Rice

Hye uolllsssssssssss...
Ha, arini aku nak masak nasi ayam. Bukan nasi untuk bagi ayam makan, tapi nasi berlauk ayam semata-mata.
Ok gitu???

Oleh sebab aku baru buka puasa, maka aku amatlah malas nak taip entri berjela-jela. Mengantuk sudeyyy~~
So, tiada rancangan masak-masak ye puan-puan! Just gambar je yang boleh aku tunjuk.



Nasi Ayam. Kaler sungguh tak menarik dalam gambar. Macam nasi putih je, padahal kaler dia kuning. Semua salah pencahayaan!



Sup ayam. Semuanya tulang je. Isi semua aku dah goreng.



L : Kicap manis
R : Sos cili



Ayam goreng perap kicap dan madu




Selamat berbuka puasa :)
(nasi tak muat nak snap)
Ok, chow!

Saturday, August 6, 2011

Astro & TV3, plis! Aku nak tengok balik cerita-cerita ni!

Kat tajuk entry pun dah menggambarkan betapa hati aku mendambakan cerita-cerita yang aku minat ditayangkan semula di kaca tv. Semuanya cerita yang merepek-repek la. Bukan cerita tentang agama, bukan juga tentang seks. Tapi cerita tersebut wajib ada unsur-unsur keseksian dan keghairahan gitu.....

Ok, kita pergi ke cerita yang pertama :

Merlin
Kat Astro masih ditayangkan cerita ni. Tapi urutan ceritanya berterabur. Celaka! Sekejap Merlin 1, sekejap Merlin 2, esoknya Merlin 1 balik! Haram jadah! Masa cerita ni ditayangkan kat TV3 mula-mula dulu, aku rasa Merlin 3 macam sekejap je. Alih-alih dah habis. Sebab cerita tu diganggu oleh Konsert Jom Heboh yang bangang tu! Pastu panggil artis yang warm-warm nail je. Setakat Mawi naik pentas, pastu Mas Idayu pulak meronggeng atas pentas siap sekali dengan goyang gerudi tu, ada aku kesah?? Sekali sekala panggil la Jay Z ke, JLS ke, Scorpion ke.. Aku hadap la jugak!



Xena : The Warrior Princess (Sebutan Xena perlu disebut as ZINA ye...)
Cerita ni mengisahkan puteri raja yang mengembara untuk menyelamatkan negaranya. Eh, kalau nak menyelamatkan negara, perlu ke nak mengembara bagai? Ke, aku yang salah sinopsis? Tak kesah la Cik Bedah... Asalkan aku tahu ceritanya. Aku masih ingat ada satu episode, Si Xena ni berkampung kat satu perkampungan tepi sungai. Ada seorang gadis yang sedang bersedih menunggu kekasihnya pulang dari berperang. Lantas Si Xena menegurnya, "Awak mengandung, tapi tiada siapa yang tahu.." Eh.. Tetiba gitu.... Lalu si gadis yang bangang rupanya itu terus bertanya, "bagaimana awak tahu?" Lebih kurang begitu la gadis itu bertanya. Dan Si Xena menjawab, "dari rambut awak saya dah tahu" Wahhhhh.. Hebat gitu! Dari rambut je dah boleh wat pregnancy test! Rambut rebonding ke, rambut berkelumumur ke, rambut bercabang ke, anak rambut pun boleh.. Memang aku ingat lagi babak itu..... Yang paling best cerita ni sebab aku suka tengok costume Xena. Tang dada dia tu sangat unik karung tetek dia! Wahhhhh.. Ada besi bagai... Kalau ada orang jahat tusuk tetek dia, tak la tembus kan? Tetek itu penting tauuuuuuu... Sangat menjadi dambaan Maknyah kat luar sana. Hekhekkk...



Hercules
Cerita ni masa zaman gladiator dulu-dulu. Hercules ni ada kuasa Badang. Aku tak tahu la dia ni makan muntah jin ape. Tapi kuasa nya memang tiada tolok bandingan nya. Agak-agak kalau dia 'main', hujung-hujung game tu mahu lembik perempuan tu kan? Zaman Hercules ni, siap ada dewa dewi Zeus la, hape la.. Aku pun tak berapa nak ingat. Tapi bila tengok body Hercules ni, mula la aku nak berangan jadi heroin dia. Sekali dia angkat & julang aku, perghhhh... Terasa bagai diawangan tau!



Jake 2.0
Maaf ye, ini bukan cerita Chuck! Ini cerita Jake 2.0. Cerita ni mengisarkan seorang agen yang tak seberapa nak hero sangat, ada hormon ajaib yang boleh halimunan kan dirinya! Kat pergelangan tangannya, ada lingkaran ular kaler hijau dan merah. Kalau dah sampai ke kaler merah, Si Jake ni perlu balik ke makmal untuk suntik hormon halimunan itu. Dan hormon tu ada limitnya. Kalau kerap guna, cepat jugak la habisnya. Bila dah nak habis hormon tu, badan Si Jake ni mula jadi menggeletar dan terherot-bengot macam tak dapat supply dadah! Aku suka cerita ni, rasa macam kat tangan aku ni ada lingkaran ular pulak!



True Calling
Si Eliza Dushku ni memegang watak True. Setiap kali dia tidur, dia akan mimpi suatu kejadian. Bila dia terjaga, kejadian itu benar-benar berlaku! Nak tak nak, True terpaksa jadi hero untuk menyelamatkan orang-orang yang terkorban dalam mimpi tu. Episod pertama, di mana dia perlu menduduki exam MCAT untuk melepasi ujian jadi doktor gitu. Tapi sebab masa exam dia terbayang-bayang kejadian dalam mimpi itu, dia harus selamatkan orang yang bakal mati itu. Impian dia, biar tak dapat jadi doktor, asalkan dapat jadi hero. Boleh pulak? Hmmm.. Tapi cerita ni memang best. Memang aku nak sangat cerita ni diulang semula.



Smallville aka Kampung Kecil
Clark jatuh hati pada Lana Lang. Tapi Lana berkahwin dengan Lex Luthor. Siot je.. Tapi sebab cerita asalkan Clark dengan Lois. Tapi bagi aku Lois tak secantik Lana. Lois sebijik muka mat saleh. Tapi Lana Lang muka kacuk. Jelita betul..... Aku tak minat sangat cerita Superman, tapi cerita Smallville ni aku minat. Cuma last-last tu aku jarang follow. Sebab ada gangguan Konsert Jom Heboh... Again??



Honey, I Shrunk The Kids
Cerita ni memang kelakar. Ada satu episod tu, anak perempuan dia ada kuasa yang boleh menghafal. Hari ni nak exam, pagi ni just belek buku teks, terus boleh hafal dan salin ayat tu sebijik-sebijik! Haaa.. Kau!! Aku tengok cerita ni masa zaman aku form 1 or form 2 gitu. So memang aku teruja sangat kalau aku ada kuasa macam tu. Tak payah aku susah-susah nak hafal segala rumus. Boleh pecah kepala aku ni dibuatnya!