It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 20, 2012

Selamat menyambut Ramadhan nok!

Pejam celik pejam celik dah pun nak masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kompem pasni akan ada amukan puaka lagi kat status FB sebab bazar ramadhan sesak, lauk-pauk dan kuih muih mahal, yang dah nak basi pun ada, jalan jammed (isu ni tak kira masa, be it bulan puasa or bulan cuti sekolah), baju raya tak siap dan macam-macam lagi. Tak lain tak bukan aku la tu.

Hari ni first time kitorang buat potluck kat ofis. Puncanya hari ni tak ada meeting. Bila hari Jumaat tak ada meeting, kaum-kaum batak kat ofis ni mula la giat berfikir untuk membuat sesuatu yang lain dari kebiasaan. So sebagai ketua ahli kumpulan batak tersebut, AKU ajak diorang semua buat potluck. Aku buat list menu, then aku past kat budak-budak ni untuk pilih menu apa yang diorang relahati nak sponsor.

Antara menu yang ada nasi lemak, ayam goreng (biasa, rempah, masak pedas), bubur nasi, sandwich, eskrem, kuih (popiah dan karipap), buah (anggur, tembikai merah, tembikai susu, mata kucing), puding cocktail, sunquick, nasi impit, kuah kacang, nugget, sosej, cendawan goreng, puding nata de coco, rojak buah dan banyak lagi yang aku tak larat nak mention! Gila punya meriah majlis potluck ni. Padahal masa aku edar list tu, aku cukup risau kalau makanan tak cukup untuk tampung semua ahli-ahli batak ni. Tapi syukur Alhamdulillah, semua kawan-kawan sangat supportive, bawak macam-macam makanan. Semua kat ofis ni dapat merasai kemeriahan jamuan kali ni. Tapi kawan-kawan kat lapangan, harap maaf sebab ianya mengundang sejuta perasaan sedih dan cemburu. Hahaha! (gelak aku ni macam nak mintak pelempang je kan?)

Semalam aku buat preparation sampai la ke pukul 12 tghmalam. Padahal aku buat ayam goreng berempah je. Macam la aku masak benda-benda berat. Pagi tadi jam 4am aku bangun nak goreng ayam. Ya Rabbi, mengantuk nya! Agak-agak kalau aku EL hari ni, mahunya satu ofis menyumpah aku sebab organizer sendiri tak tunjuk muka. Muahaha!



Ni rupa ayam goreng berempah aku. Resepi macam biasa, pegi klik kat sana --> resepi ayam rempah




Aku ni gila la punya poyo lagi berlagak tak nak beli sarapan untuk pagi tadi. Fikiran aku, kalau aku makan pagi, kompem tengahari kang aku tak larat nak makan banyak-banyak tengahari karang. Tapiiiiii.. Bangsa macam aku ni mana pernah tak lalu kan? Apa saja orang hulur kompem laju je masuk ke mulut aku. Baru pukul 9.30am perut aku dah lapar tahap gila babi! Memulas-mulas minta diisi. Hadoiiii...

Elok-elok potluck start pukul 12, oleh kerana aku selaku organizer rasmi, maka aku awalkan majlis ke pukul 11am. Gila bangsat organizer macam aku ni kan? Ingat perut sendiri je. Alaaa.. Bukan perut aku je yang memulas, perut semua orang pun sama macam perut aku ni ha. Jangan la nak tipu. Semua berharap majlis tu dipercepatkan. Wahhhhh... Banyak pahala aku hari ni, sebab aku awalkan waktu makan semata-mata. Eh?

Dalam pukul 10.40am aku dah gerak ke pantri untuk set up makanan. Dalam duk risau-risau makanan tak cukup, sekali aku masuk pantri tengok makanan macam nak makan satu kampung! Alhamdulillah, syukur pada Allah! Sambil aku set up, of kos la aku test makanan sekali kan? Bukan curi-curi makanan ye, tapi test rasa makanan. Mana la tahu kot-kot ada racun tikus termasuk dalam makanan, tak ada la orang lain mati sebab aku dah mati dulu :p




Kak Saniah dan Kak Saly tengah set up makanan. Diorang pun tukang test makanan jugak




Haaa.. Budak si Hafiz ni paling banyak test makanan. Sampai siap sendawa lagi kau! Tu bukan test rasa dik non, tu mentekedarah namanya!



Kitorang start makan dalam pukul 12tghari jugak. Bacaan doa diketuai oleh En Adlan (first time dia baca doa, mungkin sebab dia dah lapar sangat kot. Heheh...) Memang sedap makanan yang kawan-kawan aku bawak. Pandai memasak diorang ni rupanya.. Bagus-bagus!!! Lain kali boleh buat potluck lagi. Hehehe..

Ok-ok, sebab En Zul dah tunggu aku nak balik keje, nanti aku sambung kat entri lain. Apa-apa pun aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan. Raya nanti jemput datang rumah. Harap maafkan salah silap...




Love,

Tuesday, July 17, 2012

Roti ke kayu?



Dulu aku selalu makan roti ni. Sedap. Bun dia lembut, inti coklat dia pun banyak. Memang berbaloi la beli roti ni. Dulu masa kecik-kecik aku selalu beli masa nak pergi sekolah agama. Sekolah agama aku bawak duit RM1. Zaman dulu besar nilai RM1 tu. Tak macam sekarang, beli air paip perisa oren pun dah kena bayar RM1. Tu belum mintak air tembikai laici. Harga tembikai lain, laici tak seberapa nak ada taruk harga lain. Cibsss..

Bila nak pergi sekolah agama waktu tengahari, aku naik beskal dengan Leen. Sebelum kitorang ke sekolah, kitorang mesti singgah ke Kampung Nakhoda. Ntah apa yang best kat sana, aku pun tak tahu. Pegi rumah kawan kitorang kot. Bila dah sampai sana, kitorang akan singgah ke satu kedai runcit ni. Masa tu kedai ni je satu-satunya yang ada jual roti ni (mungkin kedai lain ada jual, tapi kitorang je yang tak reti cari). Bila sampai kedai tu mesti nak beli roti ni. Dulu harga dia RM2.00, ada 6 biji. So aku ada RM1, Leen pun ada RM1. So kitorang kongsi berdua, sorang dapat 3 biji. Okeh la kan dapat 3 biji sorang.... Kadang-kadang sangup tak nak makan kat sekolah agama, sebab duit sekolah agama nak beli roti ni untuk buat bekal ke sekolah kebangsaan esoknya.

Aku tak tahu la Leen ingat lagi ke tak? Lantak la kalau kau tak ingat.

Tapi sekarang ni harga dia dah naik. Dah jadi RM2.80. Alaaa... 80 sen je pun. Standard la semua harga barang naik dalam 10 tahun ni. Minyak naik harga, tepung naik harga, gula naik harga, blaaa.. blaaa... blaaaa... Kalau ikutkan 80 sen tu apa la sangat kan? Tapi yang buat aku geram dan nak jadi amukan ablasa bila roti tu makin tak sedap!

Cilabanat!

Roti dia keras. Rendam dalam air panas setengah jam pun belum tentu boleh lembut. Paling yang buat aku rasa nak muntah berdarah, bila gigit 4 kali, gigit 5 kali, eh.. Mana isi coklat dia ni? Sekarang ni dia taruk ciputttttt je! Pastu coklat tu dah kental semacam je. Kot iye pun harga barang naik, jangan la ubah resepi dan citarasa roti tu. Bapak gila kental weh~ Dah rasa macam makan getah sekerap! Padahal zaman dulu gila soft jem dia tu. Ni kes nak jimat bahan la ni, so dia main tambah je tepung ubi ke, tepung jagung ke.. Untuk bagi kental & banyak isi nya tu.

Puiiiiiii!

Gila la aku menyumpah masa makan roti ni. Sambil kuis roti keras ni, sambil terkenang-kenang roti ni masa zaman sekolah dulu. Memang sedap. Masa tu Gardenia ke, Hi-5 ke, semua tu tak de lagi. Kira kalau roti Kunci Emas tu paling femes la. So bila ada roti ni kat pasaran, memang aku bertukar menjadi batak la nak membeli roti ni tiap-tiap hari. Tapi sekarang ni roti ni dah tak sedap. Eeeeeee.. Baik aku makan roti putih kosong sapu Nutella. Walaupun bercinta nak sapu Nutella kat roti, tapi rasa dia sedap! Gila menyampah dengan rasa roti ni.


Menyampah pun habis jugak aku telan. Lapar weh!





Wednesday, July 11, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda

Pernah ada kawan aku tanya aku, ayah aku hidup lagi ke? Sebab dia cakap aku jarang mentioned pasal ayah aku kat dalam blog. Oh, baca jugak ke blog puaka aku ni? Tetiba rasa macam malu pulak bila ada orang baca. Sebab niat memang untuk suka-suka, kalau boleh tak nak orang tau pun pasal blog ni. Sedap jugak tekak aku nak melahar dalam blog ni. Tapi sebab nak tunjuk resepi aku yang tak seberapa nak menjadi tu, so publish jugak url kat kawan-kawan (poyo kan?)

So entri ni khas untuk ayah aku ---> Paklang.

9 Julai yang lepas besday Paklang yang ke 72. Dah masuk 7 Series dah bapak aku ni. Makin elegan! Muahahaa.... Cadangnya nak celebrate kat luar, tapi memandangkan Paklang pun dah tak seberapa nak larat, so kitorang celebrate kat rumah je. Dan Paklang panggil semua anak dan cucu balik rumah untuk celebrate sekali. Sebab hari tu Isnin, so aku tak bawak apa-apa yang special la. Sekadar beli kek kat Pistachio, beli wedges (Leen bancuh serbuk cheese buat cheesy wedges), Maklang masak nasi lauk ayam goreng, sambal ikan keli (makjang aku yang masak lauk ikan ni), sayur campur, sambal belacan, dan masak laksa utara.

Sampai rumah Maklang, aku suruh anak-anak aku mandi (memandangkan diorang tak sekolah hari tu sebab dapat cuti Hari sukan) so bila sampai rumah Maklang, masing-masing punya badan dah berlendir. Petang tu
tinggal nak goreng wedges je lagi. Oh, lupa.. Untuk Paklang, aku masakkan Bubur Asyura. Tapi bubur tak menjadi, terlembik sikit. So Maklang dan Maknjang tolong betulkan balik bubur tu. Tambah santan, tambah tepung beras, gula, then setel. Nasib baik ada orang tua berdua ni. Nak harapkan aku, memang muntah la Paklang lepas makan bubur aku tu.


Anak-anak aku pulak, sepanjang hari melepak kat ofis aku. Nak hantar ke rumah babysitter, malas pulak nak redah jammed. So angkut la dua-dua tu ke ofis. Diorang pun suka je datang ofis aku. Boleh main lukis-lukis. Macam la kat rumah tak boleh kan??

Daripada anak-anak aku bergaduh tak tentu pasal, aku suruh diorang buat kad besday untuk Tok Wan dia. Sebab dah terlebih rajin, habis semua kad diorang buat. Kad untuk Untie Leen, untuk Tok Wan, untuk Tok... Pakej sekali semua. Tak payah tunggu besday, dah boleh dapat kad.

Ni la kad untuk Untie Leen. Yang ni Aleeya yang buat. Sebab bulan April lepas masa besday Untie Leen, dia tak buat kad. Lagipun last minute baru aku cakap nak celebrate. Tu yang dia tak sempat buat kad. Yang si Ika sempat beli hadiah. Buku catatan kot hadiahnya. Ntah, aku dah lupa. Biar lah! Malas nak kenang. Hahahaa....
Yang bawah ni pandangan pada dalam kad. Siap nak bagi teka-teki bagai (petang tu aku download teka-teki dari internet. So dia nak soal kat Untie Leen dia. Tapi tak perlu kot nak tulis kat dalam kad tu kan? Hahahaha...) Bila baca nota dalam kad tu, memang boleh gelak guling-guling aku. Nasib la masa dah suntuk. Kalau dari minggu lepas dia buat kad tu, kompem berhelai-helai jugak kad budak ni.


"Untie Lin boleh tak adik nak bagi Untie Lin teka-teki sekejap lagi!"


Haaaa.... Untie Leen, boleh ke tidakkkkk?





"Untie Lin minta maaf apa yang salah perbuatan adik yang tak patut adik buat dekat Untie Lin. Tolong la maafkan boleh tak. Kalau tak boleh takpe la. Untie Lin minta maaf yang hari tu adik dah janji nak bagi kad "Hari Jadi" Untie Lin. Adik minta maaf sebab dah lama adik tak bagi kad "Hari Jadi". Untie Lin minta maaf tau."















Ni kad untuk Tok Wan dia. Berani betul dia taruk nama AZIZ je kat depan kad tu. Huhuhu....

















"Wan minta maaf apa yang salah perbuatan adik yang tak patut adik buat dekat Wan. Wan, adik rasa jangan lah buat kelakar lagi, tolong lah. Wan sayang Mummy tak? Wan sayang kakak tak? Wan sayang ayah tak? Wan sayang adik tak? Wan sayang Untie Lin tak?"






Ni bubur asyura yang aku buat. Tapi yang ni dah di alter oleh Maklang. Sebab tu dia mengeras cantik je. Kalau aku yang buat memang berlendir la jawapnya! Kalau ikutkan aku tak pernah buat bubur ni. Ni kira first trial aku la. Dulu aku rajin buat moist choc cake. Si Paklang pulak tak suka makan benda-benda coklat ni. Dia pernah sound aku, "Abah tunggu jugak hang buat bubur asyura. Asyik kek ceklatttt jeeee..." Eh, kek ceklat tu orang order, sebab tu aku buat. Kalau sesaja aku nak buat memang tak nyeeee... Bila dah buat sekali, pastu terus amik gambar, memang malas la aku nak ulang masak benda tu. Tapi bila dah Paklang request nak bubur Asyura, aku buatkan je la. Resepi aku minta kat Maklang. Tapi dia bagi bahan je, sukatan dia tak bagi. "Mak tak reti main sukat-sukat ni. Mak reti agak-agak je. Sebab mak boleh agak kekerasan bubur tu." Perrrghhhh... Hebatnya mak aku! (tangan dibahu, mata ke atas~~)



Lepas Maghrib, adik beradik aku yang lain sampai. Kak Ta bawak sate. Yang lain aku tak sure diorang bawak apa?














Apa-apa pun, Yati sekeluarga ucapkan selamat ulang tahun yang ke 72 kepada Abah. Semoga panjang umur dan timang CUCU BARU banyak-banyak. Eh?




Nak tengok hembusan padu Paklang? Tengok video kat bawah ni :







Thursday, July 5, 2012

From My Kitchen : Laksa

Kat rumah ni yang hantu laksa si Ika dan En Zul. Memang sebijik betul genetik diorang anak-beranak. Kalau jumpa la orang jual laksa, kompem berhenti menyinggah membeli laksa. Be it laksa Kedah, Laksa Langkawi or Laksa Penang, mesti licin diorang makan. Cuma laksa Sarawak dan Laksa Johor je yang diorang kurang gemar. Lain pulak dengan Aleeya. Dia tu susah sikit nak makan benda-benda ni. Tapi bila dia tengok orang lain makan, dia pun nak makan jugak (dia kan tak boleh tengok orang lain makan). Cuma dia mintak laksa, kuah laksa dan telur rebus je. Bahan-bahan lain (especially sayur laa...) mesti tolak tepi. Kadang-kadang aku ni zalim. Bila dia cakap tak nak sayur (means bawang, timun & salad) memang la aku tak letak. Tapi aku gantikan dengan daun kesum kat dalam kuah tu. Hahaha!!


Ok, stop. Cukup-cukup cerita pasal anak beranak. Sambung esok-esok je cerita pasal anak dan laki kau tu. Tajuk entri pasal resepi, tapi pung-pang pung-pang cerita pasal anak & laki kau. Apa kes?


Ni resepi Maklang. So kredit pada mak sendiri =)


Bahan-bahan :
  • Ikan sardin (500g - bersihkan isi perut dan rebus)
  • Laksa (rendam 1 jam, pastu rebus sampai lembut. Aku guna jenama EKA)
  • Cili boh / giling (dalam 5 sudu besar. Kalau nak pedas, boleh lebih kan)
  • Daun kesum (aku guna 3-4 tangkai je)
  • Bunga kantan (4 kuntum - hiris halus)
  • Belacan (saiz lebih kurang 2 inci - bakar dulu)
  • Asam keping (4-5 keping)
  • Telur ayam (rebus)
  • Limau nipis
  • Timun (hiris)
  • Bawang besar (hiris)
  • Cili merah / cili api (optional)


Cara-cara :
  • Bersihkan ikan sardin. Rebus ikan (air jangan banyak. Asal ikan tenggelam dalam periuk je). Agak-agak bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan dulu. Tak perlu rebus lama, sebab ikan ni sekejap je dah masak.
  • Bila dah sejuk, asingkan ikan dari air rebusan. Air rebusan jangan dibuang.
  • Asingkan isi ikan. Tulang, kepala dan sirip ikan taruk tepi dulu. Boleh jugak kalau guna ikan lain (kembung/mabong), tapi isi ikan tu tak semanis ikan sardin la. Cuma masalah ikan sardin ni, dia ada sisik keras kat bahagian ekor. Lepas rebus, sisik tu senang sikit nak dibuang. Satu lagi, ikan sardin ni ada tulang halus kat tengah-tengah sepanjang isi ikan tu. Kena hati-hati semasa melakukan pengasingan isi ikan tu ye.
  • Blend isi ikan (aku tak blend, just hancurkan secara manual - guna tangan. Lagipun kalau guna tangan ni, senang nak cari tulang yang tertinggal dalam isi ikan tu). Terpulang la. Kalau nak buat kuah cair, blend kan je. Senang. Kalau hancurkan guna tangan, kuah akan jadi pekat sikit laaa.
  • Tulang, kepala dan sirip ikan tadi, blend dengan menggunakan air rebusan. Tujuannya nak dapatkan rasa manis ikan tu. Aku blend je dengan kepala ikan tu sekali. Lagiiiiiii terangkat rasa manis ikan tu. Jangan nak rasa geli, hokeh? Kepala ikan berkhasiat, penuh dengan omega 3, bla bla blaaaa....... (tetiba terasa teringin nak makan kari kepala ikan. Hehehe..). Ulang blend dengan menggunakan air rebusan atleast 2-3 kali sampai tulang jadi putih. Maknanya semua khasiat dan rasa ikan tu dah selamat di blend tadi.
  • Lepas dah siap blend, masukkan ke dalam periuk dan campurkan sekali baki air rebusan tadi. kalau pekat, tambah air sikit sampai rasa pekat tu menepati citarasa tekak masing-masing. Rebus sampai mendidih. Resepi ni tak payah nak tumis-tumis macam kat resepi lain. Kena tumis guna bawang & serai segala bagai. Ni resepi simple. So campak je semua ke dalam periuk.
  • Masukkan garam, daun kesum, asam keping, belacan dan cili boh. Biar mendidih / masak. Pastikan rasa masin dan masam tu sekata. Kalau termasin, tambah je air derrrr...
  • Laksa yang dah direbus tadi, di masukkan ke dalam mangkuk. Tuang kuah yang mabelessss tadi tu, then tabur sayur (bawang & timun. Nak taruk salad/daun selom pun boleh). Jangan lupa taruk cili merah, telur rebus dan asam limau. Perghhhhh... Sedap!





Ni kuah yang siap di masak. Isi ikan masih kelihatan kan? Sebab isi ikan aku tak blend. Cuma tulang, sirip dan kepala ikan je yang aku blend. Konon-konon perasan sedap la buat macam ni.
Sekali Ika cakap, "kakak suka hirup kuah dia je. Yang isi ikan ni kakak tak suka..."

Cis! Kalau aku tahu, aku blend je semua tu. Tak payah ada isi ikan. Biar cair je kuah tu.


Kuah ni tak merah sangat sebab aku tak letak banyak cili boh. Sebab anak-anak tak boleh makan pedas.
Hmmm.. Aku pun tak boleh jugak. Hihihiii.....






Siap dihidang & selamat menjamu selera  =)




Wednesday, July 4, 2012

From My Kitchen : Choc Chips

Dah lama tak update entri From My Kitchen.
Sebab anak-anak aku jenis pemakan, bagi la apa pun semua dia tibai masuk mulut.
Tambah pulak dah nak puasa ni, feeling-feeling membakar kuih makin menjadi-jadi.
Maka sabtu lepas aku buat cookies.
Tak lain tak bukan, choc chip.

Tahun lepas ada buat jugak. 2 kali aku buat cookies ni.
Tapi tak berkesempatan nak update entri, sebab malas nak snap gambar.
Bila tak ada gambar, nak hapdet entri pun rasa lemau je. Hehehe....
So kali ni aku snap pic, then baru bersemangat nak update entri kan.

Ok, tak payah nak panjang-panjang cerita. Banyak lagi entri tengah tunggu turn untuk di publish.
Plis make it short and simple, ye!


Bahan-bahan :

  • 1 butter cup (Sorry, lupa taruk. Thanks Najiah sebab bagitau. Hehehe...)
  • 1/2 cup icing sugar
  • 1  1/2 cup gula perang
  • 2 biji telur (aku guna saiz A)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2  3/4  cup all-purpose flour
  • 3/4  sudu kecil garam
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder
  • 1  sudu soda bikarbonat 
  • 2  1/4  cups semi-sweet chocolate chips
  • Badam cincang (kuantiti ikut suka hati)
  • *serbuk koko/choc emulco - untuk doh jadi warna coklat


Cara-cara :
  • Panaskan oven 160°. Pukul butter, gula dan gula perang sampai kembang. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi sampai sebati. Masukkan soda bikarbonat, baking powder, garam dan tepung. kacau sampai sebati.
  • Cookies ni jenis cookies putih. Kalau nak buat cookies perisa coklat, tambah kan 2 sudu besar serbuk koko (aku pakai 2 sudu choc emulco - bau lebih wangi, rasa lebih sedap). Kacau sampai rata. Masukkan badam cincang dan coklat chip.
  • Ambil 1 scoop sudu (saiz ikut suka), dan susun di atas parchment paper di atas dulang pembakar (kalau tak ada parchment paper, sapu je dulang dengan butter, like oldies rite?). Pastu susun choc chip lagi kat atas doh. Kalau nak makan sendiri, apa salahnya choc chip tu di lebihkan....
  • Bakar selama 15 - 20 minit (ikut kepanasan oven, sendiri punya oven mesti dah faham suhu dia kan) sampai cookies masak. Sejukkan cookies atas relai @ surat khabar sebelum simpan dalam bekas kedap udara.







Aleeya mintak cookies kaler coklat, so aku taruk la choc emulco.
Guna serbuk koko pun boleh ye.




Gaul pakai spatula. Supaya choc chip tak hancur.




Susun atas dulang pembakar. Pastikan dijarakkan seperti padang jarak padang tekukur.
Eh?




Susun choc chip kat atas doh. Ni Aleeya & Ika yang tolong terapkan.
Pastu bila siap, dia claim konon-konon diorang yang masak cookies ni. Padahal tukang terap je.
Sighhhhh....




Bakar sampai cookies masak.




Aku tersetting api atas dan bawah. So choc chip tu cair sikit.
Patutnya guna api bawah je. Biar dia masak dari bawah dan mengembang dengan jayanya!
1 adunan boleh dapat  lebih kurang 120 biji cookies (anggaran)



Aku cadang nak bawa ke ofis. Tapi dalam masa sehari je habis kuih aku sebalang budak-budak tu kerjakan. So terpaksa buat lain. Untuk raya, aku buat cookies ni. Sape nak rasa, jemput la datang rumah aku.




Selamat berpuasa kawan-kawan =)

Sunday, July 1, 2012

Belajar lah erti BERSYUKUR

Alhamdulillah, selesai jua peperiksaan final untuk tahun ke dua. Insya Allah lepas raya akan start tahun ke tiga. Sekejap je masa berlalu. Padahal masa tahun pertama, aku rasa seksa sangat nak habiskan tahun tu. Lebih-lebih lagi bila menjalani kursus intensif. Berjauhan dengan family, first time stay kat Penang dalam tempoh masa 3 minggu, perghhhh.. Betul-betul menduga iman beb!

Tahun ni peperiksaan berlangsung kat Kompleks Belia dan Kebudayaan Shah Alam, Seksyen 7. Sememangnya aku tak ada masalah dengan lokasi pusat peperiksaan ni. Tahun lepas kitorang exam kat Intec, Shah Alam. Kat situ aku alami sedikit masalah. Sehari sebelum exam aku ajak En Zul survey tempat peperiksaan tu. Sesat barat jugak la kami mencari tempat tu, sampai ke kawasan kampung Jawa mana ntah. Tapi Alhamdulillah jumpa jugak Intec. Sumpah masa tu signboard tak ada. Mula-mula tu jumpa jugak signboard. Lepas jalan 5 minit, signboard hilang! Bahabi! Menggelabah la aku nak bagi direction untuk En Zul. Pakcik ni dah la rabun sikit, yang aku pulak bila dah sesat, mula la kecoh tak tentu pasal. Last-last bukak GPS. Sebelum tu tak terfikir nak guna GPS, punya la batak aku ni!

So tahun ni bila pusat peperiksaan di KBDK, Seksyen 7 aku rasa syukur sangat. Sebab aku memang tauuuuuuu sangat jalan ke sana. Tak perlu derrr nak survey-survey jalan ni. Ye la, dari sekolah dulu aku dah didedahkan dengan Seksyen 7 ni. Leen dulu study kat UITM Shah Alam. Kekadang aku datang jalan-jalan kat sana dengan Maklang nak ambil Leen. So sikit-sikit aku tahu la jalan area sana. Dan kebetulan rumah sedara aku (aku panggil dia Abang Din) duduk kat Seksyen 7 jugak. Bertambah mudah la aku nak excess area sana.

Sepanjang aku exam, Alhamdulillah tak ada sebarang masalah kat sana. Walaupun ada satu hari dewan tu digunakan untuk majlis perkahwinan, itu tak menjadi hal sebab exam masih berjalan seperti biasa, cuma kedudukan meja mungkin sedikit pelik. Kami menjawab exam kat tepi tangga, kat kaki lima, kat atas cafe. Alaaaa... Bukan la pelik sangat kan? Lain la jawab exam dalam tandas ke, tepi loji kumbahan ke. Ada jugak la motif untuk aku mem'puaka'kan pihak admin PPPJJ. Lepas beberapa hari exam, aku dapat notification FB kat page PPPJJ. Wahhhhh.. Bukan main sajak lagi minah-minah mem'post' status kat wall page tu. Nah, tengok -->













Hokeh. Puas baca??
Any comments? Pada aku, terus terang aku 200% setuju dengan pemilik akaun yang bernama SI POLAN MANEKAU. Walaupun dia duduk jauh (rasanya dia paling jauh antara semua student yang komen kat post tu), dia tetap berfikir secara positif. Walaupun apa yang Aurora Intan Alif Csn tu ada benarnya, tapi kenapa kita ni suka twist sesuatu perkara tu menjadi negatif? Cuba la ambil benda-benda ni suatu yang positif...

Ye laaaa.. Kau duduk Cheras, kau mana tau erti susah!

Ok, memang aku duduk Cheras. Kalau ikutkan, dari rumah aku ke Shah Alam tu ambil masa 20-30 minit je. Itu pun without traffic jammed. Ulang suara dalam bahasa Melayu : TANPA KESESAKKAN LALU LINTAS! Tapiiiiiiiiii.... Kalau ada jammed, kompem akan ambil masa sampai 1jam sehingga 1jam 30 minit! So apa bezanya aku dengan orang lain? Lebih-lebih lagi laluan ke Shah Alam, be it guna Federal Highway or Kesas Highway, semuanya memang ada jammed yang hazab! Sepanjang exam 3 minggu hari tu, mostly exam aku start pukul 2.15pm. So pukul 11.30am aku dah kena keluar rumah. Pasal aku nak elakkan jammed! Sah-sah la Federal Highway tu 24jam jammed! Kena la keluar awal. Sampai je kat sana, aku tunggu je depan dewan. Panas ke, lapar ke, itu belakang cerita. Janji aku selamat sampai dewan exam. Daripada aku sangkut kat jammed, nak baca note dalam kereta pun tak senang.

Pada aku la, benda-benda remeh macam ni jangan la nak bagi pening kepala. Dah sah-sah la USM tu la yuran yang paling murah. So apa yang kau nak lagi? Kalau nak tempat menunggu yang ada ekon, laluan yang tak jammed, cafe yang luas serta menjual pelbagai jenis makanan dari pelusuk dunia, kau pergi la belajar kat Universiti lain. What do you expect, semua benda nak yang bagus-bagus belaka, sedangkan yuran kau cuma bayar RM1400++ je setahun??? Instead of kau kena bayar yuran berlipat kali ganda, sampaikan satu sem kena bayar RM2000++, itu pun belum tentu kau akan dapat semua kemudahan yang kau inginkan!

Jangan la fikirkan diri sendiri. Alasan Aurora : consider orang lain.... Well, orang lain yang duduk kat Slim River tu relax je tak kecoh-kecoh pasal pusat peperiksaan tak best, ni pulak kawan kau yang setakat duduk kat Rawang tu je?? Hadoiiiiiiii... Yang bagusnya, orang yang tak ada kereta, boleh beli kereta sebab nak mudah ke pusat peperiksaan. Hah, kan bagus macam tu. Kalau tak sebab benda ni, sampai mampus la kau duk asyik nak menumpang kereta orang kan?? Alasan lain adalah pengangkutan awam tak ada ke pusat peperiksaan. Kalau ada pun, kau nak ke berhimpit-himpit dengan public, siap berlendir-lendir bergesel dengan mat bangla kat dalam LRT tu? Tak nak kannnnn?? Pasal ekon rosak, walaweiiiiiii.. Jangan bikin kecoh la. Benda tu semua kan unexpected. Macam la penjaga dewan tu sengaja nak buat ekon tu semua rosak. Gila ke hape?


Selepas beberapa hari, post ni pulak bikin panas :







Apa la yang susah sangat nak fikir positif ni? Dewan tu kan sesapa pun boleh guna. Kalau orang nak buat kenduri kawin, bukan sehari sebelum majlis orang baru nak tempah dewan. Of course la sebulan sebelum. Kadang-kadang sampai berbulan-bulan sebelum majlis dah tempah. Yang setahun sebelum pun ada jugak!! Mesti la orang tu dah tempah sebelum PPPJJ USM tempah. Then tarikh tu clash dengan tarikh exam. Susah sangat ke nak fikir??

Ni contoh orang yang guna NLP. Sentiasa fikir positif :





Nak tahu apa itu NLP? Neuro Linguistic Programming. Search la kat Google kalau nak tahu apa maksudnya.


Senang cerita, kita ni cuma bayar yuran RM1400++. Mungkin paling mahal pun dalam RM1700++. Tapi aku rasa tak sampai pun jumlah tu. Yuran tu pun di bayar untuk tempoh satu tahun sidang, bukan untuk satu sem. Jadi jangan la nak berkira sangat. Yuran tu pun boleh bayar ansuran, pada yang ada duit lebih, boleh bayar terus untuk setahun. Tak payah nak kecoh-kecoh sangat, kalau tak suka, kau pindah je U lain. Yang boleh menjanjikan macam-macam kemudahan untuk kau.

Ok?