It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 20, 2014

DP BPA

Minggu lepas (Sabtu) kena datang kerja.
Kitorang kena jaga exam paper Bahasa Melayu untuk student foreigner.
Tempat exam sama kat tempat exam aku masa nak interview kerja PPU ni.
Kiranya ni kali kedua aku jejak kaki kat Dewan Peperiksaan Bangunan Pengurusan Akademik
(DP BPA)

Pukul 9am exam start untuk student tahun 1.
Ramai pak Arab & Niger.
Student Tahun 1 ni majority semua baik-baik.
Dalam erti kata yang mengarut, diorang ni masih "jinak".
Cuma masalahnya diorang ni tak reti nak isi attendance form.
Borang tu ekceli dwi bahasa (BM-BI).
Dah jadah sangat kau tak reti nak isi kan??
Kalau tak faham BM, kau refer la BI.
Bukan nya ada bahasa nogori or klate pongggg!
Kalau bahasa tu, jangan kan kau..
Aku sendiri pun tak paham....

Lepas setel isi borang kehadiran, maka jom start exam...



Baik-baik je semua...
Senyap je...




Jenuh memerah otak.
Aku rasa nak menangis tengok soalan paper ni.
Sebab ni soalan student tahun 1 ni memang maha senang weh!!

Tapi aku lagi rasa nak sawan nengok jawapan student-student ni.
Seyes lawak weh!! Tapi diorang confident betul isi jawapan tu.
Dengan tulisan diorang mengalahkan kanak-kanak dalam cerita Upin Ipin tu.
Comeyyyyy!!




Tu student repeat.
Dengar cite dah 9 tahun dia repeat paper tahun 1 ni.
Kahhhhh~


Pukul 11am sambung exam untuk student tahun 2.
Haaa.. Dengan student ni jangan main-main.
Diorang dah otai sikit.
Nak cakap dengan diorang ni kena banyak bersabar.
Degil-degil sikit diorang ni.

Nak suruh duduk pun payah.
Nak suruh senyap pun payah.
Nak suruh jawab exam dengan tenang lagiiiiii payah!
Hujung-hujung kalau pengawas peperiksaan dah naik hantu...
Haaa... Ni je makan dia......

Kau duduk sini sorang-sorang diam-diam!
Tak pasal-pasal kena pengasingan.
Ni pengawas yang alihkan ni kira baik jugak sebab selangkan meja dia beza 1 row.
Kalau dapat kat Abang Farizan, maunya budak ni duduk luar dewan terus.




Kita nak buat apa ni ye Wan? Aku bosan ni...

Tak pe la Nap... Kita duduk sini je la. Aku pandang kau.. Kau pandang aku..
Bior dak Yati ni je yang pusing-pusing dewan jaga pekse.
Bior dia kurus sikit. Aku nengok dia makin gajah sejak masuk PPU ni.



Esok aku ada exam untuk jawatan baru kat UKM ni.
Insya Allah aku exam kat dewan ni.
Doakan aku berjaya ye ^_^




Thursday, June 19, 2014

Rezeki Orang Belanja

Kelmarin geng-geng PPU ajak makan kat Warung Bunian.
Saja nak buat makan-makan sebelum PPU bertukar secara rasmi kepada Citra UKM.
So duit tabung yang ada kitorang buat belanja makan tengahari kat Bunian.

Memandangkan aku pertama kali datang sini, aku nak bagi review sikit la pasal Warung Bunian ni.
Jalan ke sana pun aku tak tahu macamana nak explain.
Yang aku tahu ikut jalan Bangi Lama menghala ke Putrajaya.
Diorang cerita warung ni memang ramai orang datang makan.
Nak makan kat sini kena buat booking dulu.
Tak boleh main walk in je. Nanti tak di layan dek staf warung situ.

So aku macam teruja dengar kehebatan warung ni.
Cewahhhhh.. Ayat tak hagak-hagak!
Kitorang gerak 3 kereta. Then A.Farizan datang berasingan sorang-sorang dia dari sekolah anak dia.
Sampai sana, mak aihhhhh.. Keciknya lorong masuk! Muat 1 kete je.
Kalau bertembung kereta dari arah depan, memang terjun gaung la kete aku.

Sampai sana tengok ada banyak kete.
Memang dah packed dengan orang ramai.



Nak ke Warung Bunian kena jalan kaki sikit.
Jalan turun bukit yang curam ni memang mencabar pada wanita yang ber-high-heel.
Ok, bukan aku orangnya.

*Abg Fizi tu beriya membetulkan baju dia. Macam nak jumpa awek bunian je gayanya*
Mampus aku kalau dia baca ni.
Hahaha... Ampun Abg Fizi!!!



Haaa.. Tu dia Warung Bunian.
Jangan main-main ye.. Memang tersorok macam kena sorok dek bunian.
Hahaha..
Jangan pandang warung ni sebelah mata. Walaupun fizikalnya macam tu, tapi kelazatan makanan
dia memang superb!




See? Sampai kena taruk signboard CLOSE sebab orang dah fully booked.




Meja jiran sebelah.
Lauk dia sama je. So satu warung akan makan benda yang sama.
Satu kepala RM14.
Menu : Nasi putih, ayam masak tumis cili api, ikan goreng, udang/ketam/ayam masak lemak cili api, sayur kobis goreng, sambal belacan & air



Awek tukang senduk nasi.
Hari ni menu udang masak lemak cili api.
Walaupun masin sikit, tapi memang sedap. Terasa lemak pedas semua cukup.
Tapi hari ni nasib tak berapa elok sebab udang & ikan dia macam stock lama.




My plate. Masakan kampung ye...
Overall - Not bad! =)
Mungkin nasib di hari lain lebih baik.
Mungkin boleh makan udang/ketam/ikan yang lebih fresh.



Ok, next story!
Esoknya pulak pengarah PPU, Prof Dr KAM belanja kitorang sempena hari terakhir beliau menjadi pengarah PPU.
Bila PPU bertukar jadi Citra, pengarah pun akan bertukar.
Jadi Prof KAM nak belanja kitorang staff admin PPU ni.
Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.
Terima kasih banyak-banyak Prof.



Kitorang makan kat Arabian House.
Restoran ni dekat dengan Red Wok.




Ni mantan pengarah PPU.
Terima kasih Prof atas sedekah belanja makan hari ni.
Semoga Allah membalas jasa baik Prof. Amin...




Nah, menu aku.
Nasi Khabsa Lamb. Saja amik kambing, sebab dah lama tak makan kambing.
Air aku amik Arabian House Cocktail.
Aku bagi 3stars untuk makanan sini.
Lagi pun aku cepat muak kalau makan makanan arab ni.



.....dan aku tak mampu untuk menghabiskan nasi khabsa ni.
Lauk tu aku gigih habiskan jugak. Huhuuuu...




Sape-sapa nak try, boleh call no tel ni.


Again, thank you pada yang belanja makan untuk dua hari ni.





From My Kitchen : Broccoli With Mushroom Cheese Soup & Garlic Bread

Edisi malas masak.
Tapi mengenangkan perut gajah aku lapar, so usahakan jugak untuk buat dapur berasap & perut berisi.
Last week aku masak sayur broccoli+asparagus untuk jamu Pinat (makjang) sekeluarga makan.
Aku tengok anak Pinat (Irsyad) suka makan broccoli.
Then kitorang pegi IKEA aku order 1 bowl je broccoli. Kesian kat Irsyad sebab dapat makan sikit je broccoli tu.

Sorry ye my dear Irsyad..... Nanti Makngah belanja lain.

Sebab aku pun tak puas makan sayur broccoli kat IKEA, maka edisi malas aku berciri kan sayur broccoli.

Aku buat broccoli with mushroom cheese soup & garlic bread.
Sebab aku malas sangat-sangat, so resepi aku pun simple2.



Broccoli with mushroom cheese soup & garlic bread.


Garlic Bread
Bahan-bahan :
  • Roti putih (potong 3 - kalau malas sangat tak yah potong)
  • 2 ulas bawang putih (kalau lagi malas, boleh pakai garlic powder)
  • Parsley
  • Butter / marjerin
  • Garam (aku tak masuk sebab aku pakai marjerin - memang dah masin)



Aku pakai daun parsley ni je.



Cincang bawang putih.
Campur dengan daun parsley dan marjerin.




Sapu adunan marjerin pada roti.
Bakar 10min dengan suhu 150*celsius.
Aku guna api atas-bawah. Lepas 5 min aku guna api atas je.
Bakar sampai roti rangup dan brown.


Mushroom Cheese Soup
Bahan-bahan :
  • Broccoli
  • Mushroup Cheese Soup instant Kimball/Vono
  • (See? Aku malas so pakai instant soup je. Jadah sangat nak masak sendiri mushroom soup ni. Kau hengat senang nak buat mushroom soup? Nak kena tumis-tumis mushroom, nak kena blend2 segala benda, siap pakai cream untuk buat soup. RENYAH! So kalau dah nama pemalas, sila pakai sup segera je. Murah, cepat dan sedapppp!)
  • Cheddar Cheese parut - optional

Cara-cara :
  • Steam broccoli sampai lembut.
  • Bancuh serbuk mushroom cheese soup Vono dengan air panas. Ikut la bape paket nak guna, bergantung pada bape banyak broccoli dan roti yang nak dimakan tu. Jangan bancuh cair sangat.
  • Campurkan soup dengan broccoli.
  • Parut cheddar cheese kat atas sayur broccoli.





Monday, June 2, 2014

From My Kitchen : Kari Kepala Ikan Tenggiri


Ni request dari En Zul.
Mentang-mentang baru balik outstation kat Langkawi, kemain lagi dia order makan kat aku.
Nah, kauuuuuu... Dia mintak kari kepala ikan.
Takpe la.. Bukan selalu dia minta kari kepala ikan ni.
Kalau nak makan kat kedai mamak kena standby duit paling jahanam pun RM100.
Kalau bini masak sendiri dah jimat duit. Tak sampai RM40 pun beli ikan dengan kepala nya sekali.
Pastu puji sikit-sikit masakan bini, kompem seminggu tu direct bini masak lauk yang sama.
(walhal tak sedap pun. Nak jaga hati punya pasal kannnn?!)

Semalam pegi NSK, tapi tak ada kepala ikan merah. Yang ada ikan merah jual sekor-sekor.
So kitorang rembat kepala ikan tenggiri.
Pastu ambil sekali isi ikan tenggiri 4 keping.
Jadi la nak buat makan malam & bekal untuk laki bini untuk esoknya.

Bahan-bahan :
  • Kepala ikan tenggiri (1 ketul - belah dua)
  • Isi ikan tenggiri (4 keping) - terpulang nak masuk ke tak
  • Rempah kari (5 sudu makan) - bancuh dengan sikit air
  • *Daun kari (1 tangkai)
  • *Bawang merah (1 biji - hiris)
  • *Bawang putih (2 ulas - hiris)
  • *Halba (1/2 sudu makan)
  • *Jintan manis (1/2 sudu makan)
  • *Jintan putih (1/2 sudu makan)
  • *Biji sawi (1/2 sudu makan)
  • Santan (200ml)
  • Air (200ml)
  • Bendi
  • Tomato
  • Air asam jawa (3 sudu)
  • Minyak (3 sudu - untuk menumis)
  • Garam









Cara memasak :
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * sampai naik bau/garing
  • Masukkan rempah kari ikan yang sudah dicampur sedikit air. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan air dan biar mendidih.
  • Masukkan bendi (bendi perlu masuk sebelum ikan. Sebab bendi keras dan ikan tenggiri isinya lembut. Ikan cepat masak).
  • Bila bendi hampir masak, masukkan kepala & isi ikan, air asam jawa dan garam secukupnya.
  • Masukkan santan dan tomato.
  • Siap








From My Kitchen : Agar-agar Gula Merah



Minggu lepas Fitry tanya aku macamana nak buat agar-agar gula merah.
Hoihhhh!! Budak chomey ni memang suka tanya resepi macam-macam la.
Semua yang aku suka plak tu. Tergoda ai tauuuu!!
So aku pun terjebak sekali membuat agar-agar ni.
Memandangkan semua bahan dah ada, so mood memasak agar-agar pun on la!

Bahan-bahan :
  • Agar-agar tali (1 paket)
  • Air (2 1/2 cawan)
  • Gula merah (1 cawan) - aku guna gula perang, so aku lebihkan sikit
  • Gula pasir (1/2 cawan) - aku tak masukkan, sebab aku lebihkan gula perang
  • Telur ayam (1 biji)
  • Santan kelapa (100ml)
  • Daun pandan (1 helai)

Cara membuat :
  • Rebus agar-agar tali dengan air dengan daun pandan (potong agar-agar menjadi kecil supaya cepat larut)
  • Bancuh gula merah dengan sedikit air (air jangan banyak, cukup untuk larutkan gula je).
  • Tapi gula merah, buang kekotoran/pasir dalam gula merah tu.
  • Lepas agar-agar dah mendidih/larut, masukkan gula merah & gula pasir (ikut rasa manis).
  • Kawal api. Guna api sederhana, sebab agar-agar cepat membuak.
  • Pukul telur ayam & santan sampai sebati.
  • Masukkan campuran telur & santan ke dalam agar-agar. Jangan kacau agar-agar, terus tutup api dan biar campuran telur dan santan menjadi berketul dan timbul. (telur akan jadi masak bila kena haba panas)
  • Masukkan agar-agar dalam bekas dan biar sejuk (masukkan dalam esbok untuk cepatkan sejuk). Keluarkan daun pandan (daun ni untuk bagi bau wangi je)
  • Siap

P/s : Kalau nak kaler agar-agar cantik, guna gula merah. Kaler gula perang tak berapa cantik








From My Kitchen : Sambal Ikan Bilis


2 minggu yang lepas kitorang kat PPU ada buat potluck.
Aku pilih nak bawak ayam goreng rempah untuk makan tengahari.
Dalam banyak-banyak menu yang kitorang bawak, aku paling berkenan dengan sambal ikan bilis yang Sue buat.
Sedappppp sangat!
2 kali aku menambah.
Tunggu hujung-hujung majlis kalau tak ada orang nak makan, aku nak rembat bawak balik.
Tapi sambal tu licin kena bedal dek jerung-jerung yang ada.
Termasuk mak jerung (aku la)

So masa tengah set up meja makan, aku tanya dia macamana nak buat menu sambal ikan bilis tu.

Resepi Sue
Bahan-bahan :
  • Ikan bilis (ofkos la kan. Kalau guna ikan dory dah kena tukar nama sambal ikan dory pulak)
  • Bawang merah (1 ulas - hiris)
  • Bawang putih (2 ulas - hiris)
  • Cili boh (ikut la nak banyak mana)
  • Gula
  • Garam
  • Minyak (untuk menumis)

Resepi aku (aku derhaka resepi Sue. Ampunnnn!)
Bahan - bahan :
  • Ikan bilis
  • Cili boh
  • Gula merah
  • Garam
  • Minyak

Cara memasak :
  • Goreng ikan bilis sampai garing. Toskan minyak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau (step ini aku tak buat sebab malas nak kupas bawang. Gila pemalas aku kan??)
  • Tumis cili boh sampai pecah minyak. Kalau guna cili kisar pun sedap kot. Tumis sampai kering.
  • Masukkan gula & garam ikut kesesuaian rasa tekak masing-masing.
  • Masukkan ikan bilis dan gaul rata. 
  • Siap.