It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 29, 2013

Projek Menanam Rumput Di Laman Rumah

Semalam En Zul ajak aku ke Sungai Buloh nak survey rumput karpet.
Pagi-pagi buta aku dengar En Zul bising-bising pasal jiran sebelah rumah duk buat onar lagi.
Pakcik sebelah rumah menanam pokok kat belakang rumah aku pulak.
Segala daun-daun kering dia masukkan dalam tayar lori (ntah mana dia angkut aku tak sure), then dia biar je sampah tu kat belakang rumah aku.

Esok lusa kalau ada yang kena denggi, jangan nak tunding jari kat orang lain.
Pi salah kan pakcik tu. Dia yang sewel duk menanam segala macam pokok, tapi sampah biar je dalam tayar sekali dengan air bertakung.

Ok, malas nak cite panjang-panjang pasal pakcik sewel tu.
Kang tak pasal-pasal dengan aku sekali boleh jadi sawan.
Hishh!!

Sebelum ni memang aku dah blogwalking, area Sungai Buloh banyak jual rumput-rumput murah.
Area nilai pun ada, tapi jenis Cow Grass la.
So kitorang ke Sungai Buloh ikut PLUS highway.
Sampai je kat sana, memang boleh nampak tepi-tepi jalan orang menanam rumput untuk dijual.

Lepas exit ke Sungai Buloh, kitorang ikut Hosp Sg Buloh pergi ke nursery bunga.
Aku tak sure apa nama nursery tu.

Yang aku perasan kat nursery bunga agak kurang rumput yang dijual.
Mostly diorang banyak jual pokok bunga. Ye la, dah namanya pun nursery bunga kan...
Hehehe..

Depan Hosp Sungai Buloh ni ada banyak nursery bunga.
Ni antara nursery yang kami singgah.



Aku dah mula rambang mata nampak bunga-bunga ni.
Laki aku laju je menonong masuk ke dalam meninggalkan aku yang tengah jakun kat luar kedai.




Eh.. Eh.. Laki aku nampak smart pulak bergambar macam ni.
Ala-ala Tom Cruise pulak.
*muntah*

Yang aku noticed, nursery bunga ni selalunya taruk sampel rumput kat luar kedai.
Tepi-tepi jalan je diorang susun.
Kalau korang lalu tiap-tiap hari, boleh dapat 30 keping sebulan kalau korang rembat sekeping sehari.

Hahaha... Tapi jangan amalkan.
Harommm!!




Kat nursery bunga ni, harga rumput mengikut saiz 2x1 kaki (sekeping) :

Rumput Japan : RM6.00
Rumput Philipine / Pearl / Cow : RM2.00 (boleh dapat RM1.80)


Masa dia bagitau harga rumput ni, aku agak terkejut dengan harga dia.
Sebab kat internet aku survey harga lebih kurang RM1.30-RM1.50 sekeping untuk rumput Philipine.
Tak sangka harga dia naik mendadak!
So kitorang terus pergi tempat lain untuk survey harga rumput.
Aku rasa kat nursery bunga memang mahal compared kat nursery rumput itself.
Jom kita jalan-jalan.

Berdekatan dengan Klinik Kesihatan Sg Buloh ada banyak nursery rumput.
Even penduduk kat area situ pun dah buat bisness jual rumput ni.
Sekeliling rumah diorang ada banyak sampel rumput.
Tapi mungkin stock tak banyak kot. Sebab diorang pun simpan rumput kat sekeliling rumah je.
Kitorang tak sempat nak singgah rumah-rumah area situ untuk tanya harga.
Kitorang straight pergi ke nursery rumput (betul-betul tepi highway Plus).



Harap-harap kat sini murah la..
Kiri & kanan jalan ada orang jual rumput ni.
Kau pilih je mana yang korang suka.



Kat sini boleh pijak rumput tu.
Kiranya diorang tak berkira sangat la.
Rumput yang En Zul pijak tu adalah sampel / ibu rumput untuk di jadikan semai.
Tu jenis Japan Grass.
Pekerja tu bagitau dia dah semai rumput tu selama 8 bulan.
Tapi ketebalan dia memang bestttt!!

Sesuai sangat untuk anak-anak mak bergelimpangan atas rumput tu.



Ok, jom kenali rumput & harganya.
Semua sampel yang aku tunjuk ni adalah bersaiz 2 x 1 kaki untuk setiap keping.
So lepas ni jangan tanya lagi dah berapa saiz.




Ni rumput Jepun.
Harga RM3.50/keping.

Rumput ni sangat halus dan lebat.
Rumput jenis Jepun adalah rumput yang terbaik diantara rumput yang dijual.
Antara kriteria nya adalah, ia agak sukar dijaga.
Tapi jangan risau... Maksud sukar dijaga ni adalah, rumput ini perlu kena cahaya matahari 100%.
Kena selalu dibaja. Kalau tak baja, dia lambat tumbuh.
Tapi... (ada tapinya jugak). Hehee...
Rumput ni memang lambat nak panjang. Kau tak perlu nak susah-susah untuk trim rumput ni setiap bulan.
Selalunya dalam setahun hanya 1-2 kali saja kena trim.
Sesuai la untuk aku yang pemalas ni kan? Hahaha..

Rumput ni jenis memanjang ke kiri dan ke kanan.
Maksud aku, dia akan melebar ke tepi.
Bukan memanjang ke atas. Sebab tu dia tak perlu selalu trim.
Kalau pandai jaga, dia akan menebal dan lebat.
Dengan struktur nya yang halus berbanding rumput jenis lain, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk melepak dan boleh baring dengan selesa kat atasnya.

Nama komersial  :  Rumput karpet   =)



Ok, next!


Ni rumput Philipine.
Harga nya RM1.20 sekeping.

Strukturnya kasar, panjang & besar sedikit dari rumput Jepun.
Dia juga memerlukan baja untuk tumbesaran.
Perlu di trim setiap bulan kerana ia cepat memanjang.
Dan ia memanjang ke atas, bukan ke tepi seperti rumput Jepun.
Tapi kalau pandai jaga, rumput ni akan menebal dan cantik macam rumput Jepun.





Rumput Pearl.
Harganya RM1.20 sekeping.

Rumput ni kecil sedikit dari Cow Grass.
Selalunya kat padang sekolah atau padang bola sepak menggunakan rumput ni.
Kalau cow grass (rumput lembu) saiznya panjang sedikit dari Pearl Grass.
Sesuai la untuk lembu meragut. Hehehe..

Rumput ni senang dijaga.
Sama seperti rumput Philipine, ia perlu ditrim sebulan sekali sebab ia cepat memanjang ke atas.
Strukturnya agak kasar dan besar.
Jadi, nama komersialnya bukan la rumput karpet =)




Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat, orang pemalas macam aku perlu membeli rumput Jepun.
Supaya aku hanya perlu merajinkan diri setahun 2 kali untuk trim rumput tu.
Dasarrrrr pemalas!

Setelah berbincang dengan En Zul, kitorang sepakat amik rumput Jepun.
Terpaksa membeli 30keping dahulu sebab tak cukup duit nak membayarnya.
Takkan nak gadai jam tangan kan? Sebab jam aku pun bukan mahal sampai boleh dijadikan barang gadaian!


Total harga rumput 30 keping x RM3.50 = RM 105.

Lepas aku kelip-kelip mata sambil buat muka comel gwiyomi, maka dapat la diskaun RM5.
Hahahaaa...

Bulan depan beli lagi 30 keping, boleh dapat diskaun RM5 lagi.
So total diskaun RM10 laa..
Kalau aku beli 60 keping terus, dia tak nak bagi diskaun walaupun hanya RM10.
So menjadi jugak trick kecomelan aku tu.

RM10 tu mahal wehhhh sejak subsidi minyak diturunkan 20sen!!!
Motippp? Nak jugak sebut kannnnn....







Petang semalam En Zul memulakan projek menanam rumput beliau.
Ratakan tanah dulu, buang batu-batu then kasi siram supaya tanah menjadi lembap.




Mulakan menanam rumput.
Bismillah......




Tanam keliling laman.
Kecik je laman kami. Tu pun kedekut nak beli terus 60 keping.
Hahahaha...

Aku suruh En Zul tanam kat tengah-tengah dulu.
Then lepas sebulan rumput tu akan memanjang ke tepi & sekitar laman.

Tapi En Zul kan degil.
Nak jugak tanam keliling laman.
Lantak kau la banggggg... Malas nak bertekak.
Malu kek jiran je tengok laki bini gaduh pasal rumput je punnnn...

Bulan depan nak beli lagi rumput untuk topup kawasan yang togel tu.
Harap-harap rumput yang ada ni tak mati la ye...
Bila dah lebat rumput ni, aku upload pic baru eh? =)





Now operasi membanjirkan laman rumah.
Aku jadi pelik. Ni rumput ke, sawah padi?
Beriya orang tua ni menyiram rumput sampai banjir laman aku.

Dah la bang oiiiiii... Maghrib dah ni.
Jap lagi azan, gi la mandi.





Alhamdulillah.. Rumput selesai ditanam sebelum laungan azan berkumandang.
Sebelum masuk rumah, meh ahkak snap gambar lembayung merah di kala senja menjelma.








Love,

Thursday, September 26, 2013

Amoi.. Kasi zoom la itu gambar!

Pakcik Sampah sedang menyiram Hutan Amazon depan rumahnya.
Dengan harapan agar Hutan Amazon itu akan semakin menebal dan makin banyak
binatang-binatang buas yang akan menginap di situ.



Kejadian petang semalam.

Aku buka pintu rumah. Sekali ternampak Pakcik Sampah yang duduk sebelah rumah aku.
Terus amik hp & snap gambar dia.
Walaupun jauh, tapi tetap hensem uols...
Macam Hamid Gurka giteww!

Sedang aku gigih mengezoom gambar Pakcik Sampah, sekali Uncle sebelah kiri rumah aku tegur.


Uncle : Amoi, u buat apa?

Aku : Errr.. Tak ada apa-apa Uncle. Saja nak test hp.

Uncle : U amik gambar itu orang ka?

Aku : (senyum)

Uncle : Eh, u amik gambar kasi dikat sikit. Kasi nampak itu muka la.
Jangan jauh-jauh. Aiyaaa..

Aku : Hmm.. Tak pe uncle. I saje je main-main hp ni..

Uncle : U pigi sana depan itu olang, u kasi angkat itu gambar muka dia laa..
Apa bikin duduk sini jauh-jauh.. Mana clear maaa...

Aku : Segan la I, uncle... I amik gambar pagar rumah I je ni.. Hehehe..

Uncle : Tak apa.. Kalau u segan, u boleh angkat saya punya gambar laaa...

Aku : Errrr.. (motip uncle ni nak suh aku amik gambar dia?)


Terus masuk rumah, duduk diam-diam!


Well, semalam aku balik kerja singgah The Store.
Saja nak jalan-jalan pusing area rumah.
Kebetulan minggu ni aku balik keje pukul 4.30pm, sampai rumah dalam pukul 5.15pm, so aku try la pusing-pusing area rumah aku.

Dekat Semenyih Sentral (SS) tu banyak lot kedai.
Kawasan baru jugak la.
So far semua kedai yang biasa aku pegi, ada kat situ.
Tapi aku belum sempat nak pusing semua kawasan.
Sebab semalam aku gi shopping kat The Store.
Tu pun bukan shopping beriya. Just angkat je mana-mana barang yang aku berkenan.
Sebab aku macam segan pulak jalan pusing-pusing, tapi tak beli apa-apa pun.

Lepas shopping aku balik rumah dalam pukul 6.30pm.
Bila aku masuk rumah then tengok pintu belakang rumah dah terbukak!
Alamak, rumah aku kena pecah masuk ke?
Sebab kelmarin aku terdengar bunyi macam orang umpil pintu.
Bila aku check semua keadaan rumah, Alhamdulillah tak ada barang yang hilang.
Syukur...

En Zul cakap mungkin angin kuat sangat sampai pintu tu boleh terbuka.
Ok, dia cuba nak tenangkan aku.
Tapi seyes wehhhh... Sampai sekarang aku masih berderau darah.
Harap-harap tiada en perompak yang menyorok dalam lemari aku.
Huhuuu...







Sunday, September 22, 2013

Please respect your neighbor!!


Dasar orang tua tak reti nak hormat jiran!
Macam ni la gayanya.
Jiran aku (dlm pic sebelah kiri) ni melayu.
Yang aritu aku cerita dia rekemen anak dia untuk jadi kontraktor renovate rumah kitorang.
Tapi kitorang tak amik anak dia buat reno rumah kitorang.
Agaknya sebab bengang dengan kitorang, ditambah pulak dengan kepala otak dia yang sewel,
so selamba badak je dia buang sampah kat rumah aku.

Hari tu dia buang batang pokok ubi.
Then dia buang batu-batu (dia beli rumah sebelah sana), dalam renovation kot.
So batu-batu rumah tu dia campak ke rumah aku.
Pastu dia buang kayu-kayu pulak.
Tak cukup dari tu buang daun-daun pokok pisang.
Semalam dia buang zink, papan playwood dan tikar getah pulak.
Siap susun sepanjang tepi rumah kitorang pulak!!!

Gile ke hapa pakcik ni??
Ingat rumah aku ni pusat perlonggokkan sampah ke?
Kot iya pun kitorang tak sempat nak kemas tepi rumah kitorang tu,
ko hape hal pulak nak buang sampah macam-macam kat rumah orang?
Rumah tu dah ada orang beli ke, belum ada orang beli ke, tolong ada sivik sikit boleh?
Mana sensitiviti kau dengan jiran-jiran?
Buang sampah kat kawasan rumah orang???

Otak taruk kat mana pakcikkkk? Celah bontot??

Dah satu hal pulak En Zul kena bawa balik lori & kemas semua sampah-sampah pakcik tu.
Senang la hidup kau kan? Buat sampah banyak-banyak pastu lempar ke rumah orang!
Malam jumaat lepas bila aku dapat tau dia buang sampah lagi, mengamuk la aku kat depan rumah.
Aku bebel marah-marah, memang semua orang boleh dengar.
Pastu elok-elok rumah dia terang benderang, terus tutup semua lampu.
Gelap gelita terus rumah! Konon-konon dia tak ada kat rumah.
Kau ingat aku bodoh?
Tau pulak kau malu kan?? Kalau rasa bersalah, pegi la angkut balik semua sampah kau tu.
Ni minta maaf pun tak. Lagi amik kesempatan kat kitorang.
Mentang-mentang kitorang dalam proses pengemasan & pembersihan rumah, selamba je kau join sampah kau sekali kat rumah aku.

Kitorang ni keluar rumah pukul 6.30am. Balik dalam pukul 7pm lebih.
Kadang-kadang memang lewat sampai ke pukul 8pm.
Pakcik ni pulak tak bekerja. 24jam ada kat rumah duk mengumpul sampah kat rumah aku pulak.
Patut la bila aku balik kerja, pakcik tu & anak dia nampak aku siap pandang-pandang semacam je.
Agaknya bila aku diam tu, maknanya aku rela hati kau buang sampah kat rumah aku ke?
Aku diam sebab aku tak tahu kau buat perangai, siyallll!!!

Apa la motif dia susun sampah-sampah tu kat tepi rumah aku?
Nak tolong berbakti pada jiran dengan kekdah apa ni?
Seyes aku tak paham!
Nak tolong cantikkan rumah aku ke?

Tak payah la nak sebuk-sebuk dengan rumah aku.
Tahu la aku nak kemas rumah aku macamana.
Kalau rumah aku sepah sekali pun, tak ada kena mengena dengan rumah kau.
Kalau orang nak kutuk rumah aku kotor ke, bersepah ke, itu rumah aku.
Tak ada hal pun kau nak sebuk kemaskan untuk aku.

Kau bersihkan je rumah kau tu.
Aku tengok tepi, depan & luar rumah kau tu dah macam-macam pokok kau tanam.
Dalam pasu, atas tanah, siap yang melingkar berlilit-lilit pun ada.
Dah macam hutan belantara je aku tengok rumah kau!
Silap hari bulan dengan harimau, monyet & anaconda pun berkampung kat rumah kau!!

Kita fikir dia orang tua, kita malas nak tegur dia buang sampah banyak kali kat rumah aku.
Tapi bila kita diam, makin menjadi pulak sewel dia tu.
Bila aku dah bising-bising, pandai pulak tutup lampu satu rumah!

Semalam En Zul dah tebang semua pokok pisang & pokok mata kucing depan rumah aku.
Siap bawa balik lori untuk angkut semua sampah si haram jadah tu.
Kalau lepas ni diorang buat lagi sampah, memang aku terus pegi rumah dia.
Aku tak pulang balik sampah tu. Aku kasi maki terus!!
Tu kira ok la aku kasi maki. Kalau aku hantar santau?
Haaa... Masa tu kau muntah berdarah pun aku siap tepuk tangan je.

Mentang-mentang aku orang baru kat kawasan situ, kau buat taik pulak ye!!
Dasar orang tua dah nak mampos tak sedar diri!!!!

Tadi En Zul call aku. Dia dah jumpa dengan pakcik tu.
Dia memang mengaku dia yang buang semua sampah kat tepi rumah aku tu.
Alasannya tak nak rumput tumbuh kat tepi rumah aku.

Huh? Rumput?

Hadoiiiiii....

Then En Zul cakap dengan budi bahasa, "tolong jangan buat lagi ye pakcik. Semak.."

Nasib baik En Zul yang pegi jumpa. Kalau aku yang pegi jumpa aku cakap je,
"Pakcik ni sewel ye? Otak taruk hujung kote ke?"

Apa masalah pakcik tu?
Kalau hutan Amazon sekali pun tumbuh tepi rumah aku, apa masalah dengan dia?
Lantak la rumput nak tumbuh pun. Kalau kucing berak ke, anjing kencing ke,
apa yang kau susah? Bukan kotor & busuk kat rumah kau pun...

Nak buat baik biar berpada-pada pakcik..
Jangan sampai baik kau tu menyusahkan orang lain.
Tolong la jangan buat alasan yang sangat murahan dan membodohkan diri sendiri.
Tak pasal-pasal je dapat sumpah seranah dari aku.

En Zul kata nak bakar je sampah tu semua.
Bagus jugak. Sebab sebelum ni dah 2 kali kitorang bakar sampah depan rumah.
Dan semua asap tu masuk ke rumah dia dek ditiup angin.
Hahahaha...

Lepas ni aku nak bakar playwood & tikar getah tu, aku nak tambah dengan tayar buruk.
Segala macam getah aku nak masukkan.
Biar asap hitam berkeladak tu masuk ke rumah dia.
Makin hitam & busuk asap tu, makin aku puas hati.
Maklumla, aku pun manusia jenis busuk hati gak. Sape suruh cari pasal dengan aku khennn?
Kalau dia naik angin sebab asap hitam masuk rumah dia, jangan salahkan aku.

Pi salahkan angin tu. Dia yang bertiup ke arah rumah kau.
Hahahahaaaaa!!!







Fishing mode =)

Morningggg!!
Happy Sunday uols. Hari ni aku keje. Huhuuu..
Sedey je bunyi kena keje ari ahad kan? Bangla nepal segala tu pun dapat cuti.
Nak buat macamana... Kena ganti orang bersalin.
Maka, terpaksa la pepagi buta keluar rumah meredah kabus dan denai untuk sampai ke ofis.
Ok, kabus tu kalau lepas subuh memang ada. Tapi bab denai tu aku tipu.
Kahhhh...


Pagi semalam kitorang ke Pusat Komuniti UKM, Beranang. Plan nak memancing ikan.
Dari minggu lepas En Zul duk ajak aku memancing.
Padahal rumah belum setel mengemas ada hati nak berjoli sakan. Puiiii..
Tapi sebab En Zul berjaya 'memancing undi' anak-anak, so aku mengalah je la...

Dari rumah kitorang dalam 15-20min perjalanan je.
Sebelum sampai sana kitorang breakfast dulu.
Masa sampai sana tengok bos En Zul & kawan dia dah sampai dah.
Roti dah habis sebungkus dilempar dalam kolam.
Tapi sekor ikan pun tak nampak bayang lagi.

Lepas parked kereta, En Zul mula berjalan keliling kolam.
Nak amik mood katanya. Hek elehhhh..
Tak payah nak bermood bagai la bang oiii.
Ikan tengok kau pakai baju pink terus lari benam kan kepala dalam dasar kolam.
Terus tak timbul-timbul dah!




Sampai je sana harus la tangkap beberapa ekor ikan masuk dalam bekas untuk mainan princess.
Kalau tak merempan je budak-budak ni mengganggu orang lain nak memancing.
So bagi je ikan sebagai penenang diorang.




Lepas tu harus la cari port untuk aku main candy crush.
Hehehe..
Walaupun duduk atas penutup longkang, janji CC terus up level hokeh!




Kau mampu duduk atas penutup longkang siap berpayung ala-ala diva gini?

Yang budak sebelah kiri aku tu anak Azmi. Nama dia Ariana umur 6 tahun.
Punya la becok mulut budak ni macam kakak dia jugak si Ain tu.
Gugur segala bulu aku nak melayan celoteh budak ni.





Walaupun gigih buat gaya diva, tapi cara duduk aku tetap sendu.
Hok alohhhh.. Malu seh gini. Rasa nak delete je pic ni. Hahaha!!




Ni hasil pertama tangkapan En Zul.
Ikan talapia. Agar kembang kuncup hidung En Zul bila berjaya mendahului kawan-kawan lain.
Bos En Zul jeling je dari jauh.
Nape En Din?? Sentap kerrrr??




Gambar dengan hasil pertama adalah wajib.
Walaupun sekadar ikan talapia sebesar tapak tangan aku je.
Eh, baru perasan hari ni semua orang pakai baju pink. En Zul ni mana pernah pakai baju pink.
Ni apa mimpi ntah? Petua nak dapat pancing banyak ikan kot.




Tak boleh jadi ni. Aku pun kena try jugak.
Takkan nak tengok je orang lain tunjuk bakat kan?
Aku yang tak pernah pegang pancing gear ni kena la tunjuk bakat jugak.
Ingat aku tak reti ke? Sekali aku siul, berpuluh ekor ikan naik.

Tapi naik ke permukaan kolam je la. Naik ke darat kena tunggu tuah pulak.
Kahhhh~

 Ni aku tak tipu.
Aku lempar je mata kail ke dalam kolam, tak sampai 30saat mata kail aku dah kena ngapp!!
Tu yang En Zul terus gelabah tengok pelampung mata kail aku kena tarik.
See.. Woman always win hokeyyy~
Terutama wanita yang gojes macam aku.
Lalaalalalalaaaaa..



Kejayaan wanita gojesss..
*muntah*

Payung sampai senget-senget sebab nak bergambar dengan ikan punya pasal.
Tak heran dah dengan panas terik ke apa.
Janji dapat tayang ikan aku.


Lepas berjaya dapat 1st ikan, terus tak duduk main Candy Crush dah!
Pancing tu tak lepas-lepas dari tangan aku.
Macam seronok pulak dapat ikan.

Well, dari pukul 9.30am sampai 11.30am aku berjaya tangkap 13 ekor ikan.
Tu belum kira dengan ikan yang dah terlepas.
En Zul dapat 6 ekor je.
Bos & kawan-kawan En Zul dapat dalam 5 ekor seorang.
Kesimpulannya (perlu ke perkataan ni??) aku paling berjaya la.
Tiap kali aku bawa naik ikan, masa tu Bos En Zul geleng kepala.
Macamana kaki pancing boleh kalah dengan wanita gojes ni?
Ada baca mandrem ke? Ada bela saka air ke?
Habis-habis pun mampu senyum je tengok kat aku.
Hahahaa...

Temanya lain kali kalau nak pegi memancing, harus la bawa bini masing-masing.
Sebab ikan kat situ majoriti ikan jantan. Mesti diorang nak ngapp mata kail orang perempuan.
So sila bawa perempuan CANTIK ke kolam ikan.
*blushing*

Uwekkkk!

Dalam kolam tu ada banyak ikan.
Talapia paling banyak. Keli pun ada.
Ikan sebesar peha aku pun ada. Tapi dia just lompat-lompat amik udara je.
Agak sombong nak makan mata kail kitorang.

Aku cuma mampu pandang je kat ikan yang besar-besar melompat atas permukaan.
Dengan harapan, "hoiiii ikan, meh makan umpan aku. Nanti aku belanja makan ikan sweet sour eh?"

Tapi harapan punah begitu sahaja.
Ikan-ikan ni duduk kat PK UKM ni macam dah educated pulak.
Tak main la makan-makan umpan cacing ni. Kitorang makan pizza....




Sebab aku dah join sekali, maka stock cacing harus ditambah.
Terbongkok-bongkok laki aku cari cacing dengan Azmi.
Dengan harapan bertambahnya cacing, bertambah besar la jugak peluang dan tuah diorang untuk saing bilangan ikan aku. Tapi haparan itu nan hadoooo!!!

Hahahaa..


Sebelum masing-masing balik, Bos En Zul siap roger...

"Next week kita pancing kat kolam lain. Tak pun kita pancing kat laut. Zul, lain kali jangan bawak Ma'am"


Pastu jeling-jeling kat aku.
Aku buat derk je sambil touch up bedak kat pipi



Lepas memancing kitorang ke PPUKM untuk masukkan ikan ke dalam kolam belakang ofis En Zul.
Kitorang tak de la bawa balik untuk masak.
Sebab diorang kalau memancaing memang tak makan ikan saiz gitu.
Selalu lepas dalam kolam je. Kalau dapat saiz besar baru diorang masak.
Baru terbayar kepenatan dan kesabaran memancing tu.

Then, kitorang ke IKEA.
Dengan ketiak dan badan habis berlendir.
Series aku tak lalu nak bershopping. Maka redhooo je la masuk ke IKEA.
Biar pengsan semua orang kat sana bila bau badan aku.
Kahhhh!!




Thursday, September 19, 2013

Totally sampah

Hari ni aku terima email dari company Korea tu.
Oh ya. Baidewei, diorang dah datang ofis aku semalam untuk repair keypad yang problem tu.
Dah dapat surat peringatan baru terhegeh-hegeh nak ambil tindakan.
Kalau aku senyap, diorang pun senyap jugak. Sekali aku 'jentik', baru nak gelabah kan?

Semalam manager (Korean) datang dengan engineer dia (Malaysian).
Masa jumpa aku, masing-masing buat muka kelat. Maklum la, nak mengadap singa kan?
Sampai kena lahar dalam telefon, kompem la muka ketat macam mintak kaki!
Tapi aku just layan macam biasa, walaupun dalam hati rasa bengkekkk je nak sambung seranah diorang.

Sabar makton.. Sabar...

Lepas diorang setel servis mesin In tu, Eddy (engineer Malaysian) janji nak email aku untuk service report.
So hari ni aku tunggu la email dari si Eddy ni.
Pagi-pagi pukul 9am lebih Eddy call aku cakap dah sent report tu.
(swasta masuk keje pukul 9am kan? So kira awal jugak la dia call aku).
Wahhh, bagusnya! Ada improvement sejak aku sembur air liur kat dia minggu lepas.
Kalau gitu tak sia-sia aku buang saliva banyak-banyak duk maki kau dalam telefon.
Nampak la perubahan nya lepas dapat surat peringatan khennnn!! Hehehe..

Lepas Eddy call mintak aku check email dia, aku pun bukak la inbox.
Yep, memang ada email dia. Phew.. Lega.
Lepas ni boleh update kat staff aku yang mesin In dah boleh guna.

Sekali bila aku bukak email tu, terbuntang terkebil-kebil mata aku nengok email si dak Eddy ni.
2-3 kali jugak aku scroll email tu atas bawah.
Pangkah email dia, then bukak balik. Check balik email tu.
Still sama.

Dalam hati aku, ape kejadah haram email ni?
3 baris ayat je?
Mana attachment (report)?
Dia lupa attach ke? Tapi tak ada pulak dia cakap "pls refer the attachment".

Ok, relax.
Mohon tahan tekanan darah tu dari naik mencanak-canak.
pada masa yang sama otak aku dah mendidih mengelegak ni.

Sabar ok?


Nampak 3 line email Eddy ni?
3 line!!!!!
Ni betul-betul boleh mendatangkan sawan!



Terus aku tekan REPLY, then aku ajar dia cara-cara nak buat report.
Wadehellllll.. Nak buat report pun kena aku kasi tunjuk ajar ke?
Setakat template report je apa yang susah sangat?
Selama ni tak pernah buat service report ke?




Baik gila aku kan?

Siap ajar satu persatu cara nak provide report.
Hadoiiiii... Dulu aku kena ajar sales rep dia buat keje sales. Siap ajar bahagian finance lagi.
Then aku kena ajar Kevin (manager Korean) tu pasal training & service contract.
Now aku kena ajar engineer dia buat service report pulak.

Whattt...??
Seriesly....????

(hempuk kepala atas meja berkali-kali sambil nanges-nanges!)

Bior la english aku tu tunggang langgang (tu belum lagi kehancuran grammar).
Atleast aku tahu buat keje aku. Aku belajar dari bawah dengan orang lain.
Bukan macam diorang yang belajar tinggi-tinggi, tapi kerja hakiki pun masih tak tahu buat.
Siap client tolong ajarkan satu persatu untuk diorang.

Sumpah aku stress kerja dengan orang-orang macam ni.
Sepatutnya diorang sebagai principle, diorang la yang kena bagi tunjuk ajar kat aku as a client.
Tunjuk la a good performance kat aku. Jangan la benak sangat kepala otak tu.
Ni tak, diorang pulak lagi bebal dari aku. Ape kesss??

Aku rasa macam nak hantar quotation pulak kat company ni.
Nak quot harga untuk aku buat kelas "How to run your company?"
Aku nak ajar sekor-sekor kat company tu macamana nak run business tu.
Dari sekecil-kecil perkara, sampai la sebesar-besar isu.

Kalau macam ni la cara diorang bagi report untuk service diorang, tak mustahil macam ni jugak la cara diorang treat kat orang lain.
Cara reporting tu pun dah nampak kredibiliti & performance diorang di tahap yang paling teruk.
Macamana la agaknya minit mesyuarat, surat-surat, data-data & rekod-rekod diorang simpan ek?
Mesti semua tu main ikut dan je diorang simpan.

Itu pun semalam berkali-kali aku remind diorang minta hantar report.
Sebab semalam diorang tak bagi report langsung.
So macamana aku nak buat dokumentasi servis tu? Apa bukti yang mengatakan mesin tu dah ok?
Jadi, kat situ la gunanya service report tu.
Bukan untuk aku buat kertas conteng pun atau pun buat kapal terbang kertas, ngok!

Eddy & Kevin.
Tolong la jangan jadi bangang sangat!
Tolong la belajar macamana nak provide the best service pada customer.
Ni dari Manager sampai ke staff bawahan, semua haprak!

Senang cita, pada aku SATU COMPANY NI SEMUA TOTALLY SAMPAH!






Friday, September 13, 2013

Kau hengat company aku ni cop duittttttt???!!!

Dari pagi sampai ke petang ada saja orang nak buat aku naik hantu!

Tak pasal-pasal aku mengamuk dalam phone call bila orang tu sengaja nak tekan 'red button' aku dalam call sambil meninggi suara kat aku. Dasar biadap!

Lately aku memang hangin satu badan dengan satu company dari Korea ni.
Before this kitorang deal dengan Bumi Agent dia kat Malaysia.
Then last year Principle dah set up company diorang kat sini. So no more Bumi Agent dah.

Selama Kohort running, semua mesin-mesin besar kitorang akan buat service contract dengan supplier.
Setakat mesin Omron ke, Seca ke, kitorang just hantar ke lab untuk service.
Tu pun setahun sekali je.
Tapi kalau untuk device yang besar-besar yang menelan belanja cikai-cikai pun mencecah puluh-puluh ribu ni, memang kitorang buat kontrak la.
Basically kitorang buat yearly punya contract. Samada include or excluded spare part je la.
Then service maintenance sama je la dengan mesin lain.
So same goes to this Korea punya mesin.

Kat ofis aku ni ada 4 unit mesin In (let me named it as In).
Satu unit je dah sama harga macam kereta Vios. So kalau dah 4 units, sah-sah la harga dia RM300k kan?
So munasabah la nak buat service contract.

Since principle dah set up company kat Malaysia, adalah lebih mudah kita berurusan dengan dia.
Sebab Principle ni mesti expert dengan mesin dia. Urusan pun lagi mudah.
Itu kalau bab service la. Kalau bab harga, mesti la client akan minta diskaun untuk service.
Lagipun kontrak tu akan berterusan dalam masa jangka panjang kalau service yang diorang provide tu bagus.

So since last year kitorang deal contract dengan company Korea ni.
Last year, sales rep dia bagus. Selain cantik, dia pandai manage service dengan client.
Mungkin sebab diorang masih baru kat Malaysia, so sale rep ni yang akan deal dengan client untuk semua aspek, tak kira la sales atau service.
Jarang ada kelewatan dan kekurangan service diorang.
Tapi bila sale rep dia resign, dan diorang appoint sale rep lain....
Mula la agenda jahiliah berlaku!!!

Dah sale rep ni otak kosong.
Nak buat sales pun sampai aku yang kena ajar!!
Setakat nak sediakan invoice & DO pun nak aku ajarkan ke?
Kalau dah kau terang-terang dapat PO, lepas setel hantar barang bawak la siap-siap DO & Invoice.
Ni kau tanya aku nak bawak ape? Kau ni belajar ape kat U dulu?
Ke dulu kau amik course Sejarah Islam? Atau course culinary?

Lepas amik PO, selamba badak je tanya aku....

"Nanti i kena bawa apa?"

Bawa burit kau!
Kot iya pun kau tak tahu, kau tanya la kat clerk kat ofis kau tu.
Nampak sangat how bad you are bila kau tanya client macam tu.
Bak kata Karam Singh Walia, malu bertanya, sesat jalan...
Tapi agak-agak la derrr.. Benda basic kot yang kau tanya tu.

Nasib aku tak jawab,
"U bawa barang, letak kat situ then u boleh balik. Tak ada payment untuk barang u."

Hape benda la company ni assign staff?
Bangang sungguh!

Ok, tu satu hal pasal sales rep.
Ni yang buat aku makin naik hantu dengan manager dia.
Actly, manager dia memang Korean. Masa mula-mula jumpa dia, agak susah nak faham butir bicara dia.
Sama la macam wakil dari Jepun aritu. Bila diorang bercakap macam penuh air liur dalam mulut.
Tak keluar pun butir bicara diorang. Yang aku dengar cuma "ngong ngong ngongggg" je.

Hari ni aku jumpa manager tu, dia kenalkan diri as manager.
Esok aku call suruh engineer dia datang tengok mesin, muka dia jugak.
Then aku nak beli barang, kalau tak muka sales rep dia yang blurr tu yang datang, mesti muka si Korean ni jugak. Eh, dia ni pegang jawatan apa sebenarnya? Semua position dia pegang!

Hari tu masa kitorang nak buat kontrak, dia nak charge kitorang agak mahal la.
Rupanya dia masukkan sekali charge spare part. Ikutkan kitorang tak nak harga spare part sebab part/compartment jarang rosak. Just nak dia charge basic service & calibration je.
Then lepas beberapa kali bincang, habis kering air tekak aku bercakap dengan dia, dia setuju buat kontrak dengan exclude kan spare part.
Tahun pertama tak ada masalah. So untuk tahun depannya kira aku sambung je la contract kan?

Tapiiiiii... Naik tahun ke dua dia mula buat taik!!
Semua benda dia nak charge.
Aku minta dia buat training kat staff aku kemain lagi dia charge!
Padahal company lain yang buat service contract, siap bagi training free & certificate cantik lagi!
Tapi company haprak ni charge kitorang RM800 untuk 3 jam sesi latihan yang sangat basic!
Pastu certificate yang diorang sediakan cuma kertas A4, printed with all the training's detail!
Kat bawah tu manager dia sign bodo-bodo je.

Kesialan ape kau buat ni bodohhhhh?!!!

Dah la training tu kau tak sediakan makanan after setel training session.
Pastu bila diorang hantar certificate, aku rasa nak pitam tengok sijil tu.
Pastu bangun nampak lagi sijil tu, pitam balik!
Kertas A4 tau? Bukan kertas tebal khas untuk sijil tu.
Then kertas A4 bukan yang brand DoubleA yang tebal tu.
Tapi yang nipisssss yang brand Giant ke Tesco tu!
Semua tu dia charged aku RM800!! Dasar kaki sembelih punya Korean!!!



Nampak tak beza company Korea (kanan) berbanding company lain (kiri)?
Is it worth for RM800? Nope.



Bila aku tanya sales rep tu, kenapa kena bayar?
Dia cakap sebab charge tu untuk bayar trainner diorang. Ok fine.
Mungkin dalam contract tu tak included pasal training.
Sekali yang datang untuk train staff adalah manager/engineer/sales rep diorang jugak!!

Lorrrr.. Ape kedajahnya?
Aku rasa manager dia mesti kaya duduk kat Malaysia ni.
Company dah sah-sah memang bayar gaji dia bulan-bulan.
Flight ulang-alik dari Malaysia-Korea mesti company jugak tolong bayorkan.
Then flight charge nak travel ke negara-negara lain pun company hulur duit.
Pastu dia amik charge lain untuk tugas-tugas selain manager.

Aku like..?? Huh?? (kerut dahi)
Kaya wehhh mamat ni kerja kat Malaysia macam ni!!

Hari tu aku suruh dia repair mesin In aku yang prob.
Dia sendiri pun tak pasti apa yang rosak.
(boleh gitu? Padahal kau la segala expert.. Kau la manager, kau jugak la engineer, dan kau jugokkkk sales rep kan??)
Then awal-awal dia bagi 2 quotation kat aku.
Satu untuk machine upgrade, satu lagi untuk software upgrade.
Last-last yang rosak nya cuma cable je.

Huh? Cable?
Yes, cable. Dalam bahasa kita - kabel @ wayar penyambungan yang berharga tak sampai RM30 kalau beli kat Low Yat.
Dia quot aku dalam RM4k ++
Wadehelll?? Pandai nak twist aku kan?

Pastu mesin lagi satu problem kat keypad.
Then dia claim samada keypad yang rosak, atau keypad board yang rosak.
(Againnnnn.. He still dunno what is the exactly prob!)
Then dia quot aku almost RM1k ++ just for keypad.
Aku suruh dia bukak keypad kat mesin lain, then pasang kat mesin yang prob tu.
Tapi dia refuse. Alasannya nanti kalau keypad yang elok tu tetiba rosak selepas dia buka, nanti labour charge akan naik.

Fundeks.

Kalau labour charge naik, ada aku kesah?
Labour charge kau semua aku dah masuk siap-siap dalam contract!
Kalau aku nak suruh kau bukak-pasang bukak-pasang keypad tu hari-hari pun tak ada masalah derrrr!!
Sebab aku berhak! Aku ada contract.
Then aku call dia suruh datang untuk fixed the keypad prob.
Dia nak suruh aku beli jugak keypad tu untuk try.
Tapi kalau bukan keypad yang rosak, aku kena beli keypad board pulak.
Keypad yang beli tu tak boleh refund!
Bahabsss!

Kau dah la tak sure part apa yang rosak. Then suruh aku beli spare part itu ini.
Pastu bila aku dah beli, tapi benda lain yang sebenarnya yang rosak, aku tak boleh refund?
Gile ke hape company ni?
Pastu suruh aku beli barang lain pulak.
Dasar memang nak kikis duit company orang!!

Baru-baru ni ada masalah dengan software kat laptop untuk transfer data.
Aku minta dia burn installer untuk aku. Ok, installer tu dia kasi free.
Bila staff IT install kat laptop ofis, dia ada error prompted.
Padahal sebelum ni si mamat K-Pop tu buat kat laptop dia ok.
Then aku email minta dia datang tolong install software utk aku.
Pagi tadi staff dia call.
Katanya bos dia (si Kpop tu) nak charge aku untuk installation tu.
Wadefak!
Setakat nak minta install cd kat laptop pun nak charge aku? Seriesly??
Memang gila!
Then dia cakap nak bincang dulu dengan bos dia macamana.

Tadi dia email aku.
Sekali lepas bukak email aku tengok dia hantar quotation.
Wahhhh... Berani-berani nak charge aku!!
Meh sini aku download tengok berapa kau nak charge.



RM3360!!
Just for software installation!!!


Bangangggggg!!!!!!
Then baru sekejap tadi staff dia call aku dan dengan perasaan riang ria hari raya dia tanya,
"Puan dah dapat email i tadi?"
Yessss, time ni red button aku bukan saja kena tekan, tapi dah pecah dah pun!!
Tak pasal-pasal aku mengamuk dalam phone call tadi.
Selama bertahun-tahun aku kerja sini, belum pernah sekali pun aku mengamuk macam ni.
Semua pegawai yang duduk dekat-dekat meja aku semua diam tak berani nak menyampuk.
Selama ni aku kan peminat tegar cerita Korea Full House tu.
Alih-alih mamat Kpop tu punya angkara, terus rasa benci dengan cerita Korea!
Hahaha.. Ntah apa kaitan ntah??

Serius aku tak paham apa masalah company ni yang nak charge aku macam-macam?
Ingat Kohort ni bank negara ke hape nak cop-cop duit? Senang-senang nak beli/bayar barang kau?

Adakah sebab service contract mesin tu exclude spare part, yang membuat kan dia rasa rugi & marah?
Adakah kerana dia memang berketurunan orang-orang yang suka mencekik darah?
Adakah kerana dia rasa nilai mata wang RM ni sangat tinggi, sampai kan dia nak charge aku macam-macam & boleh kumpul income/harta sebelum dia balik bersara ke Korea?
Atau adakah kerana dia terlalu banyak makan bab1, sampaikan otak dia mereng tak boleh nak digest segala klausa dalam service contract tu?

Aku rasa macam dah tak boleh nak tunggu sampai bulan April tahun depan untuk tamat kan kontrak ni.
Ikutkan hati nak terminate contract tu sekarang jugak!!!

Kepada sesapa kat luar sana yang provide service dan maintenance untuk research machine, meh sini hantar proposal & quotation. Aku alu-alukan permohonan korang.
Lepas ni memang aku takkan amik dah company ni.
Principle ke, tak principle ke, aku tak pedulik!
Pergi mammmppp dengan kau punya principle!!

Aku nak tunggu borang penilaian tahunan company diorang, then aku nak maki hamun puas-puas.
Segala carut marut aku attach sekali kat dalam borang tu.
Then scan borang tu & email pada principle kat Korea dengan penuh senyuman sinissss!!

Hahahaahahahaha!!!






Monday, September 9, 2013

Tips untuk memanfaatkan 20sen :)

Wah, tajuk entri kemain lagi ilmiah! Padahelllll....!!!

Hahaha... Dah seminggu aku ulang-alik pergi kerja dari rumah baru. Sebelum ni pukul 7.40am keluar rumah, pukul 7.50am dah sampai. 10minit je perjalanan ke ofis. Tapi kali ni pukul 6.30am aku wajib keluar dari rumah. Kalau lewat 5min, alamatnya log in aku merah la hari tu. Kalau gerak pukul 6.30am, aku akan sampai dalam pukul 7.10am. Kira-kira ikut ilmu hisab lebih kurang 40min perjalanan. So aku ada lebih kurang 50min untuk aku berehat di ofis sementara nak menunggu waktu ofis hour. Walaupun aku sampai awal, tapi aku tak berani nak take risks untuk keluar rumah lebih lewat, sebab 5 min lewat keluar rumah akan drag masa aku sebanyak 1 jam! Takut kalau-kalau aku sampai HUKM lepas pukul 8am. Nanti buruk la rekod masuk kerja mak...

Selama 6 hari aku bekerja (Ahad lepas-semalam aku kerja hokeh. So kira 6 hari la aku bekerja minggu lepas), aku boleh share la tips untuk menjimatkan minyak kereta. Amboiiii mak tonnnn.. Mentang-mentang la minyak dah naik harga, terus keluar entri pasal tips jimat minyak. Hahaha... Pada yang tak kisah subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20sen, pi main jauh-jauh. Tak payah baca entri ni. Ni untuk orang yang poket kering macam aku je. Muahahaa...

Meh kita sembang pasal tips jimat minyak. Mungkin ada yang betul dari pengalaman aku. Tapi kalau point aku salah atau menyimpang dari fakta, mohon ampunnnnn!!


1. Share kereta.
Ok, point ni mungkin tak praktikal untuk semua orang. Tapi kalau ada kawan-kawan yang duduk dekat area rumah kita, apa salahnya kita share kereta kan? Tapi kat sini kena jelas ye. Kalau kau ada kereta, aku ada kereta, kena gilir-gilir bawa kereta masing-masing. Memang la minyak kita share sama-sama, tapi kena la consider roadtax kereta, service dan maintenance kereta kan? Kalau tiap-tiap hari kau lanyak naik kereta member je, kompem la cepat botak tayar kereta member tu. Tu belum cerita pasal service kereta tetiap bulan. Every month kereta member je yang masuk workshop sebab nak service. Kereta kau? Tersadai bawah porch! Pastu duit tol pun kena share jugak ye. Jangan bila dah sampai depan tol kau buat-buat tido pulak. Dah la naik kereta orang, pastu turunkan seat siap membuta sampai ke ofis. Member yang kena drive ni kompem boleh dapat kanser hati sebab sakit hati dengan kau lama sangat dah. Errr... Ada sesapa yang duduk dekat-dekat area rumah aku? Nak tumpang boleyyyy??

2. Guna kereta kecil
Besar kereta, besar jugak tank nya. Kereta besar ni lebih berat, jadi ia akan makan minyak lebih banyak. Selalunya kalau orang yang berkemampuan, tak de hal la nak pakai kereta besar. Kalau bulan-bulan nak bayar duit kereta tak sangkut, takkan nak bayar duit fuel pun nak mintak kat boss kan? Kalau kereta kecil, nak isi full tank pun tak ada la mahal sangat kan? Sebelum ni kereta aku kalau isi minyak penuh dalam RM80 (plus minus). Dapat dalam 8 bar termasuk reserved tank. Sejak minyak dikurangkan subsidi ni, aku isi RM50 cuma dapat 4 bar je. Satu bar lebih kurang RM13 dan digunakan untuk sehari sahaja. Ulang suara. Satu bar untuk perjalanan pergi balik sehari. Huhuhuuu... Rasa macam nak suruh En Zul belikan aku kereta kancil untuk kegunaan ke pejabat. Kereta aku manual, so boleh jadi sawan jugak la kalau dah sangkut kat jammed tu. Orang cakap kalau duduk area KL yang hazab dengan jammed ni, better pakai kereta auto sebab boleh jimat minyak. Tapi kalau untuk long distant direcommendkan pakai kereta manual. Bab ni aku tak berani nak komen apa-apa ye :p

3. Buka tingkap
Haaaa... Ini aku baru try dua hari. So far aku memang tak buka tingkap semasa drive. Sebab aku tak berani dengar bunyi angin whooo whoooo kat luar tingkap tu. Aku bukak ekon je sepanjang waktu. Bila nak buat try n error untuk penjimatan minyak ni, aku saja try bukak tingkap. Mula-mula memang ngeri sikit. Rasa macam nak tercabut telinga aku dengar bunyi angin tu. Siap turunkan tingkap sikittttt je lebih kurang seinci. Sakai. Hahaha.. Lagipun aku tak berani nak bukak luas-luas, takut En Perompak datang menjengah kat tingkap bagi salam, mana aku nak lari?! Aku keluar awal pagi, dan balik lewat petang. So far tak ada la panas sangat. Sejuk jugak la. Cuma bila drive buka tingkap ni, banyak la pulak aku makan asap! Hahaha :) Alhamdulillah, untuk satu bar aku boleh guna untuk sehari, tapi siap boleh jalan-jalan sikit singgah kedai. Sebelum ni 1 bar semata-mata straight pergi & balik kerja. Lagi satu kelemahan buka tingkap ni pada aku adalah dia boleh menyebabkan kita menjadi pekak secara perlahan-lahan. Sebab aku terpaksa buka radio kuat-kuat. Ye la, suara angin whooooo whooooo lebih kuat dari bunyi radio. Terpaksa la kuatkan volume. Kalau tak, memang sia-sia je buka radio tapi tak dengar bunyi sepatah haram pun!

4. Don't get over speed
Hihihi.. Point ni aku saje taruk hujung-hujung. Kalau nak jimat minyak, orang cakap jangan bawa kereta laju-laju. Yang aku pulak salah konsep. Kena bawa kereta laju-laju sebab nak elakkan jammed & sampai ofis awal. Padahellllll... Kau pecut ke, kau slow ke, traffic jammed tetapppp kena hadap! Memandangkan membawa pecut kereta laju-laju adalah sia-sia sajork, malah boleh mengundang kecelakaan kepada diri sendiri & orang lain (chewah ayat!), maka sila drop down your own speed ok? No more 140-160. Semalam & hari ni aku try bawak kereta dalam range 80-100. Well, as predicted memang kena hadap jammed la kan? But guess what? Aku sampai ofis pukul 7.10am jugak!! Sama waktu macam aku pecut gila-gila sampai berhenjut-henjut tetek aku. Esok lusa belum sempat aku jadi tua, kompem lanjut je tetek aku melayut ke bawah sebab berhenjut kereta laju sangat. Actually, ini pun ada kaitan dengan point seterusnya. Cuma kalau kita drive slow-slow, insya Allah pembakaran minyak lebih sempurna dan menjimatkan. Selain daripada kita dapat mengelakkan kecelakaan & saman speed trap. Hahaa :p

5. Kenali jalan pintas
Kalau dah hari-hari kau lalu situ, jangan la kau lalu sajork. Kau kena la alert keadaan lalu lintas & jalan raya kat situ. Selalunya kita boleh predict area mana yang boleh melambatkan perjalanan kita. Kat mana ada construction, area mana ada lubang jalan, tang mana ada pengecilan jalan. Semua tu kena ambil kira, dan sila hafal! Aku bagi contoh dekat tol Batu 9 Cheras ikut Highway Grand Saga. Dari Kajang menghala KL, kalau boleh jangan duduk di lane paling kanan apabila kita melepasi Giant Bt 9. Kenapa? Sebab orang ramai duk pancung kat depan tu untuk masuk ke laluan kontra menghala masuk KL di sebelah lane paling kanan. Jadi, kalau kau nak ke Cheras, better lepas Giant tu terus masuk lane tengah atau lane kiri. So tak ada la mengganggu laluan kontra tu. Faham tak? Ok, aku bagi contoh lagi satu. Kalau lepas Plaza Pheonix (sekarang nama baru Cheras Sentral), kita boleh ikut Leisure Mall atau boleh juga nak potong laluan ke PJ ikut Taman Connaught. Selalunya aku ikut Jalan Connaught. Kat situ pun boleh ikut laluan pintas :) Caranya kita masuk ikut jalan dalam Giant Taman Connaught. Tak perlu la beratur panjang kat jalan raya menghala PJ tu. Ikut jalan dalam cepat dan tak ada jammed. Jadi, bila aku bawa slow dan tak pecut, dengan mengenali jalan hot spot jammed mampu mempercepatkan perjalanan kita. Dan ia jugak menjimatkan minyak :) Ye laaa, tak perlu nak hadap jammed kan? Mesti la lancar je... Buktinya, hari ni aku bawa kereta dengan kelajuan maksimum 100km/j sahaja dan ikut laluan 'luar hot spot jammed', maka aku sampai tepat pukul 7.10am. Dan paling penting, aku sampai lebih awal dari En Zul yang merempit naik motor dia. Kahkahkahkahhhhh!!!!!!!


Dan yang terakhir, tips untuk menjimatkan minyak adalah dengan menaiki motor sajorkkkkk. Minyak jimat sehari RM5 je untuk full tank dan tak ada sangkut kat jammed. Siap boleh selit menyelit kat kereta lain. Tapi kalau hujan, kau duduk la berkampung kat bawah jambatan ramai-ramai.




Hello, bro. Tumpang lalu...

Kalau aku yang pakai seksi-meksi macam ni & bawa motor, kompem ramai yang eksiden sebab terkezutt tengok lemak badan aku tersentil-sentil! Agagagaa!!!




Macam ni kompem jimat minyak 200% hahaha..