Baru je 12 hari kita sambut Syawal kan?
Baru je seminggu yang lepas (sebelum cuti raya) masing-masing mintak maaf dengan kengkawan.
Nak mintak halal makan minum la, mintak kosong-kosong la. Lupakan salah silap lama la.
Then baru seminggu lebih beraya, dah buat taik balik!
Habis tu, yang beriya-iya buat muka tempe depan aku minta maaf tu hape?
Fake, huh?
Tadi aku masuk bilik meeting, nak jumpa dengan Nazihah.
Kebetulan dalam bilik meeting ada perbincangan QC Soal Selidik untuk Rancangan Susulan.
So aku lepak sekejap dalam bilik tu, nak dengar jugak sikit-sikit input perbincangan diorang.
Lepas 10minit, aku pergi ke tempat Nazihah, then bincang dengan dia pulak.
Dah setel dengan Nazihah, aku keluar la dari bilik tu. Terlupa pulak henfon aku tertinggal kat meja yang aku duduk mula-mula tu.
Bila aku dah balik ke meja aku, lepas 40minit baru aku teringat pasal henfon.
Dalam duk gelabah-gelabah nak cari henfon, teringat henfon tu tertinggal kat bilik meeting.
So aku pergi la ke sana.
Dah amik henfon, elok je aku keluar dari bilik meeting, aku terserempak dengan 'mangkuk jamban' ni.
Dari jauh dia senyum kat aku.
Ok fine.
Aku balas senyuman dia.
Elok je dia dah sampai depan aku, boleh pulak dia nak 'beramah mesra' dengan aku (mesra la sangattt).
"Kau ni aku tengok makin KEMBANG pulak!"
Wah..wah..wahhhhhhhhhhhhhh......
Sajak nya kau bercakap!
Aku pandang muka dia tanpa berkelip, aku tenunggggg je muka dia lama-lama.
Terus dia jadi gelabah!
"Eh, marah pulak!"
Habis tu? Kau nak aku puji kau pulak?
Konon-konon kau nampak slim??
Puiiiiiii...
Elok lepas dia cakap macam tu, aku terus maki dia. Tanpa segan-segan aku terus melontarkan kata-kata nista kepadanya :
"Biar aku kembang! Itu tandanya laki aku cukup bagi aku makan minum, cukup bagi duit belanja kat aku! Aku tak mintak pun duit sape-sape! Duit kau sesen pun aku tak mintak. Lebih elok bini jadi kembang, biar orang tahu laki aku jaga aku dengan sempurna. Bukan macam bini kau. Nampak kurus sebab kau tak mampu nak bagi makan minum kat dia!"
*diam & terus blah*
Haaaaa... Apsal diam? Kau sentap dengan mulut aku kan??
Macam tu jugak la aku sentap dengan kau.
Weh, aku nak kembang ke, aku nak kecut ke, apa masalahnya dengan kau?
Kalau kau sakit mata tengok badan aku, then jangan pandang!
Tak ada sapa-sapa suruh kau tengok aku pun.
Lagipun, bukannya aku nak beromen dengan kau pun, sampaikan aku nak jaga badan semata-mata untuk penuhi nafsu serakah kau!
Aku rasa bini kau tak la slim sangat pun kan?
Aritu jumpa pun, tengok gempal jugak.
Tetek pun dah londeh, sebab kiri kanan kau dah tarah!
Tu belum lagi bila anak kau nak mintak nenen. Lagi lanjut menyembah bumi tetek bini kau tu.
Tu pun masih ada hati lagi nak menghina badan aku?
Walaweiiiiiii...
Aku bukan kesah sangat pasal orang tegur badan aku ni.
Lagipun memang dah kenyataan badan aku dah kembang mengembang dengan jayanya.
Yang aku marahkan sangat, sebab mulut jantan tak de telor tu dasar biadap!
Dulu masa aku slim (tak la slim mana pun) dia kutuknya jugak.
Cakap aku ni sakit la, tak sihat la. Sebab tu berat susut.
"Jangan kurus sangat, nanti dah kawin laki nak peluk tak sedapppp"
"Dah kurus ye kau sekarang, nampak bongkok la badan kau tu..."
"Kalau kurus sangat pun bukan cantik, jalan pun melayang-layang macam pokok kelapa"
Bahabi betul la jantan ni.
Time aku kurus, kau kutuk.
Bila aku dah kembang, kau hina.
Dasar jantan bernafsukan apa kau ni??
Nampak sangat kau ni jenis manusia tak bersyukur.
Bukan aku nak kau syukur bila tengok badan aku ni.
Tapi dari cara kau bercakap, dari penilaian kau pada orang lain, memang nampak sangat-sangat kau ni jenis manusia yang tak reti bersyukur!
Kurus salah, gemuk pun salah.
Apa yang kau kesahkan sangat kat badan aku ni?
Apa yang susah hati sangat, hah??
Kau geram tak dapat kawin dengan aku eh?
Yelaaaa.... Aku kan wanita hebat.
Sekali dah gomol, memang tersenyum laki aku sampai ke subuh.
Kau menyesal kan???
Pergi mamposss la kau.
#raya tahun depan kau tak payah susah-susah nak mintak maaf. Tak hingin derrr nak tengok muka kau!
It's me.. Juz me... Only me!
If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.
A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!
Thursday, August 30, 2012
Tuesday, August 28, 2012
Macam-macam
Hari tu ada ceramah pasal Keselamatan Siber oleh wakil dari Cyber Security yang berpusat di ibu pejabat Sapura, Mines. Tak ingat pulak bila tarikhnya? Best ceramah tu. En Fuad tu siap ajar kitorang cara-cara nak hack wireless untuk berinternet secara free tanpa perlu melepakkan bontot kat kedai mamak! Haaa... Bunyi nya macam best kan? Memang semua tips-tips yang dia ajar tu aku salin semua. Siap bagi link untuk download software hack secara percuma. Okeh, mungkin benda ni bukan suatu yang baru. Tapi bagi orang yang batak IT macam aku ni, berguna jugak ceramah ni.
Actually, bukan tu intention dia. Sebenarnya dia lebih kepada keselamatan siber untuk pengguna. Dah alang-alang cerita, baik bagi je semua ilmu tu kan? Hehehe... Nanti aku nak aplikasikan segala ilmu yang dia share, lebih-lebih lagi berkenaan software steganography. Pasal stegano ni, nanti aku update kekdahnya bila aku dah berjaya buat dengan Ain.
Speaker jugak ada highlightkan mengenai Akta Hasutan. Kepada pengguna laman sosial tegar dan blogger-blogger, anda perlu tahu mengenai Akat Hasutan 1984 ini. Anda boleh membicarakan / bergaduh / mempertikaikan apa sahaja isu, KECUALI isu-isu di dalam Akta Hasutan tersebut. Nak tahu? Cari la sendiri. Berbaik-baik la dengan Mr Google tu. Semua ada kat dalam sana tu. Senang cita, Akta Hasutan ni tak melibatkan sebarang aktiviti MULUT PUAKA, LAHAR-MELAHAR ataupun CACI MENCACI! Maka dengan itu aku semakin bebas untuk mencarut sesuka hati aku. Cuma kat akhirat nanti, nasib kau la nak menjawab dengan Tuhan kan??
Padan muka aku. Huhuhu.......
Actually, bukan tu intention dia. Sebenarnya dia lebih kepada keselamatan siber untuk pengguna. Dah alang-alang cerita, baik bagi je semua ilmu tu kan? Hehehe... Nanti aku nak aplikasikan segala ilmu yang dia share, lebih-lebih lagi berkenaan software steganography. Pasal stegano ni, nanti aku update kekdahnya bila aku dah berjaya buat dengan Ain.
Speaker jugak ada highlightkan mengenai Akta Hasutan. Kepada pengguna laman sosial tegar dan blogger-blogger, anda perlu tahu mengenai Akat Hasutan 1984 ini. Anda boleh membicarakan / bergaduh / mempertikaikan apa sahaja isu, KECUALI isu-isu di dalam Akta Hasutan tersebut. Nak tahu? Cari la sendiri. Berbaik-baik la dengan Mr Google tu. Semua ada kat dalam sana tu. Senang cita, Akta Hasutan ni tak melibatkan sebarang aktiviti MULUT PUAKA, LAHAR-MELAHAR ataupun CACI MENCACI! Maka dengan itu aku semakin bebas untuk mencarut sesuka hati aku. Cuma kat akhirat nanti, nasib kau la nak menjawab dengan Tuhan kan??
Padan muka aku. Huhuhu.......
Selamat Hari Raya 2012
Selamat hari Raya!!!!!!!
Dah 9 hari kita sambut Syawal kan? Baru la sompek nak update belog wehhh..
Busy sangat la katakan.. Nak layan Datin, Puan Seri dan makcik-makcik kat kampung sebelah lagi. Memang meletopssss raya aku tahun ni. Hahaa..
Tapi yang paling tak best, sampul duit raya tak dapat.
Pergi bank nak tukar duit pun dapat 8keping sampul. Pergi pasaraya cuma dapat 3 keping je!
Hampeh betul la.
Last-last terpaksa la membeli sampul tu.
Sepaket ada 8 keping dengan harga RM1.00, kalau yang besar ada 8 keping jugak, tapi harga RM1.50.
Dah la sampul kena beli sendiri, lepas bagi duit raya kat budak-budak, selamba badak je diorang bukak sampul, amik duit dan buang sampul tu.
Depan mata aku pulak tu!
Hoiiii.. Kot iye pun dah kebulur sangat dengan duit raya tu, jangan la koyak kat depan aku. Tunggu la jauh sikit dari umah aku pun.
Sakit benauuuu mata aku memandangnya.
Aku suruh En Zul bagi duit raya tanpa sampul, tapi orang tua tu nak jugak bersampul bagai. Nak meriah katanya. Puiiiii...
Beli sampul la kita tahun ni. Tema sampul kaler biru (sampul pun ada tema kaler hokeh!) Tahun depan aku lipat-lipat kertas recycle A4 tu buat sampul. Budak-budak tu nak koyak ke, ronyok ke, kunyah & telan ke, silakan. Mak takkan sentap punyaaaa....
Tahun ni kami beraya kat kampung En Zul kat Pokok Sena (again).
Patutnya tahun ni En Zul kena standby. Plan asal nak beraya kat Gombak je, lepas seminggu raya baru nak balik ke Kedah.
Tapi sebab ramai pulak kawan-kawan ofis dia nak keje, so dia dapat cuti. Maka, mari ke Kedah la kita ye..
Petang Jumaat lepas singgah umah Maklang kat Gombak, kitorang berangkat ke Kedah.
Alhamdulillah, jalan tak jammed. Cuma yang sengsara bila perut aku ni buat hal.
Dua hari sebelum raya aku sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.
Sepanjang perjalanan ke utara, nasib baik cuma sekali je aku minta berhenti selepas Sg Dua.
Dah la bertembung dengan orang Penang baru balik keje, memang jammed teruk la kat Juru tu.
Masa tu jugak la perut aku meragam. Hadehhh....
Hepi je muka pakcik ni. Mentang-mentang la balik kampung dia kan.
Siap pakai sunglasses. Padahal bukan panas pun.
Sampai Kedah, yeayyyy! Pindah umah baru.
Pak mertua aku ni baru siap buat umah kat Bukit Tembaga.
Alaa, 10 min je dari umah lama. Tapi tak pindah sepenuhnya la. Kitorang berpindah-randah sekejap-sekejap. Bila mood nak duduk umah baru, pegi la umah baru. Rasa-rasa nak duk umah lama, maka ke umah lama la kami. Serius macam orang nomad, berangkut segala barang nak berpindah-randah.
Esoknya (Sabtu-sehari sebelum raya) harus la shopping baju raya En Zul.
Dia dah beli baju dan kasut kat Sogo, alih-alih bukan baju raya yang dibelinya.
Amukan ablasa la aku kan??
Orang lain beli baju melayu, dia beli T-shirt dan kemeja.
Ni la bahananya bila shopping tanpa aku. Mengarutttt je semua barang yang dia beli.
Masa tu dia shopping dengan Azmi & Faizal (ofismate dia). Mula la beli macam-macam.
Dah pergi Pekan Rabu pun tak beli apa-apa.
Baju ntah kemana, kuih ntah kemana. Hujung-hujung beli tudung dan sunglasses untuk aku je.
So tahun ni ada 2 sunglasses la aku... Satu yang Leen bagi (Ray Ban) tu. Thanks Leen!
Meletopsss la aku bergaya sakan raya ni. Kehkehkehhhh...
Punya la banyak Kamdar buat offer, tapi harammmm En Zul tak nak beli.
Balik rumah, semata-mata beli tudung kaler purple.
Tahun ni Mak Jemah kaler purple noksss..
Ramai rupanya orang pilih kaler purple.
En Zul sorang je yang sesat pakai kaler hijau (baju raya tahun lepas). Lantak kau la banggg...
(KENAPA LA AKU BOLEH LUPA NAK SNAP GAMBAR HARI RAYA?)
Raya tahun ni tak banyak beza pun dengan raya tahun lepas.
Menu kitorang sama je. Gulai daging, serunding ayam, ketupat pulut, kuih-muih dan yong tau foo.
Rasanya yong tau foo ni dah jadi menu utama pulak setiap tahun selepas En Zul kawin dengan aku.
Ye la, beli bahan dan kuah terus dari kilang kat area umah Maklang, so harga kilang memang murah la, berbondong-bondong kitorang beli.
Yong tau foo yang di beli dengan harga RM80++ boleh di makan sampai hari raya kedua. Banyak kan??
Cuma tahun ni lemang adik ipar aku masak kat rumah mertua dia. Kalau tahun lepas En Zul bakar sendiri lemang. Serba boleh laki aku ni. Lebih-lebih lagi kalau nak menyakitkan hati aku. Lagiiiii expert!
Sebelum pergi shopping kat Alor Star, kitorang singgah kat pasar kat Pokok Sena.
Nak beli daging la konon-kononnya...
Sekali terbeli daging KERBAU. Mana pernah kitorang makan daging kerbau.
Tapi sebab dah beli, maka kami bawa la daging tu dengan hati terpaksa...
Hm, rasanya ok je. Cuma daging tu pejal sikit. Biasa la, kerbau kan banyak otot :)
Masa pagi raya, biasa la... Mesti ada scene-scene sedih kan?
Salam tak semenggah. Tapi nangis je yang lebih. Nampak sangat aku banyak dosa dengan laki sendiri kan?
Masa tengahari, aku dan En Zul ada kat dapur. Nak siapkan juadah untuk tetamu.
Ada dua kumpulan yang datang bertandang masa tu.
Tengah tetamu sedap-sedap melantak yong tau foo, tetiba terdengar bunyi "Banngggggg!!!!"
Semua tetamu berlari ke luar.
Aku dan En Zul yang kat dapur ni pun berlari jugak. Api kat dapur pun di biarkan je.
Rupa-rupanya ada kemalangan betul-betul kat depan umah mertua aku.
Kemalangan antara kereta dan motor.
Dengar cerita, kereta tu nak mengelak dari motor yang keluar dari simpang secara tiba-tiba.
Penumpang dalam kereta seramai 5 orang, penunggang motor pulak 2 orang.
Nasib baik tiada yang meninggal. Cuma penunggang motor tu je yang cedera sikit, calar kat muka sebab terseret kat jalan raya.
Motor ni tercampak masuk dalam semak.
Mangsa selamat. Pemandu berjaya mengeluarkan adik-beradiknya sendiri.
Mangsa dah selamat sampai hospital, tapi orang ramai masih duk kerumun kat kereta tu.
Motif bersesak-sesak kat situ?
Hanya sekadar membuatkan traffik jalan raya sesak!
Tetamu yang datang umah aku, semua dah hilang.
Tinggal geng-geng adik ipar aku je yang balik sambung makan yong tau foo untuk second round.
Aku tak berani nak keluar rumah lama-lama.
Kang tak pasal-pasal rumah aku pulak terbakar or masuk pencuri sebab duk ralit tengok mangsa kemalangan.
Tak ke naya je??
Seperti biasa, En Zul memang tak boleh renggang dengan game dia.
Kusyuk bebenauuuu.. Si Darwish pun menjadi jugakkkk...
Tengahari tu makan nasi dan bihun sup kat rumah adik ipar.
Petang tu pulak singgah rumah Pakcik aku kat Kuala Nerang jugak.
Malam tak buat apa-apa, sekadar tengok tv cerita Mael Lambong.
Tak mencabar langsung aktiviti raya aku kan?
Hahahahaaaaa!!!!!
Masuk raya ketiga, masing-masing dah tak pakai baju raya.
Aku pakai t-shirt dan kain batik je
(kain batik kauuuu.. kalau kat rumah sendiri pakai short je. Takpun bogel je aku. Kahhhhh).
Yang En Zul dah selamat ke belakang rumah pergi panjat pokok petai.
Kau mampu??
Ni baru round pertama. Siap bawak ke Pekan Kuala Nerang untuk dijual.
Tapi bila sampai sana, tengok orang lain jual lagi cantik petai nya. Terus jadi segan, langsung tak berjual petai tu. Kahhhhhh!!!
Bawak petai balik rumah, then aku masak untuk lunch.
Lauk simple-simple je. Ayam bakar, sambal petai, ayam masak kicap.
Lauk ayam bakar lupa nak snap gambar. Mertua dan adik-adik ipar aku puji cakap ayam tu sedap.
Padahal memang sempoi gila aku buat kuah perap tu.
Kalau ada gambar, boleh buat entri untuk From My Kitchen. Hehehe...
Lepas lunch aku, En Zul dan Leen plan nak ke Padang Besar.
Shopping la, itu je aktiviti yang paling best time-time raya gini.
Leen pukul 8am terus datang dari KL. Sampai rumah mertua aku dalam pukul 12tgh.
Pertama kali beraya dengan Alisya.
Kitorang sampai Padang Besar dalam pukul 4pm lebih.
Punya la ramai orang. Mana la datang manusia-manusia ni semua haaaa??
Buat apa datang sini? Tak pergi beraya ke?
Eh, cakap orang pulak.. Sendiri pun tak pergi beraya, lagi nak komplen pasal orang.
Puiiiiiiiii...
First time aku datang sini. Best weiiiii.. Siap bawak pasport, mana la tahu nak lajak sampai ke siam kan??
Tapi sebab dah datang lewat, maka terbatal la dengan sendiri niat nak masuk Siam tu...
Kesian Leennnnnnnn... (hahahaha...)
Punya la ramai orang, nak parking kereta pun susah!
Ramai penduduk Siam lebih selesa pakai skuter. Comel...
Kebanyakkan kedai menjual barang-barang perhiasan, barang-barang household, pakaian, beg, kasut dan makanan. Padang Besar ni kat Perlis, maka urusan jual beli dalam Ringgit Malaysia, ye Puan-Puan....
Jual barang-barang biasa je kan? Macam tak menarik kan?
Baju-baju. Still rasa tak best??
Takpe.. Takpe... Sabar ye, nanti aku tunjuk gambar lain.
Beg. Tak menarik jugak? Ok...
(barang bukan original ye. So harga pun biasa-biasa je..)
Dah empat gambar aku taruk, still rasa macam tak best?
Takpe.... Nah, tengok gambar ni!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
This is what we call ----> HEAVEN!
Amacam? Datang sawan tak?
Aku sawan.
Ni baru sikit je dik nonnnnn... Ada 3 blok semuanya.
Memang tak larat nak pusing semua kedai.
Sawan aku pun boleh reda dengan sendirinya bila dapat sambar barang yang aku mengidam.
En Zul pantang kalau nampak kedai ni. Sebelum dia masuk, baik aku tarik tangan dia pergi tempat lain.
Sape-sape yang kaki bola, boleh la singgah kedai ni.
Leen yang kaki bola (kaki la sangatttttt) boleh sindrom down bila nampak kedai ni.
Wanita dan handbag. Memang tak boleh dipisahkan.
Punya la aku panggil En Zul, dia boleh buat-buat tak nampak, buat-buat pekak.
Langsung tak pandang ke arah kedai. KEDEKUT!
Haaaa... Ni la faveret aku.
Apa agak-agaknya?
Tadaaaa! Fridge magnet!!!
3 untuk RM10. Murah kan?
So sambar la 3 ketul.
Leen dan handbag untuk Maklang.
Sila peratikan betul-betul. Bukan fokus pada no plat, tapi pada logo Liverpool ye.
Pernah tak makan buah limau barli merah ni? En Zul cakap ni namanya Limau Gangsa, adik beradik limau barli jugak. Sedappppp... Manis je. RM10 dapat 3 biji.
(bila sampai KL, terus kopek buah limau ni. Sekali ni yang aku dapat!)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Merah la sangattttttt!!!
(tapi rasanya tetap manis. Phewww.. Nasib baik! Kalau tak memang kena maki la kakak tu..)
Pastu beli BB cream kat FB, dapat sabun ni free. Assistant aku cakap dia beli sabun ni RM5 seketul.
Bapak gila mahalllllll... (aku ingat memang harga dia macam tu)
Sekali beli kat Padang Besar, 12 ketul ni dapat harga RM10 je!
Sah, selama ni kena tipu.
Fikir positive, peniaga nak amik untungggggg....
Huhuhuuu..
Yang pencuci muka ni lagiiiiiii aku sakit hati.
Aku beli online harga RM30 termasuk postage ok? Budget berkualiti la barang ni kan?
Sekali kat sana harga RM9 je. Brand yang sama, kuantiti yang sama!
Sialpalissssss.
Kat Padang besar aku beli :
- kuali cap buaya saiz 8' (RM8)
*Kuali ni En Zul tekan mintak diskaun sampai kakak tu cuma dapat untung RM0.50 je. Hahaha...
- kuali cap buaya saiz 19' (RM28)
- Periuk 5 set dengan penutup kaca (RM60)
- kuali leper untuk bakar ikan saiz besar (RM18)
- senduk bulat (RM11)
- water dispenser 27 litre (RM38)
- hot water flask 1.1 litre (RM30)
- mangkuk 5 tingkat (tak ingat harga-bawah RM30 kot..)
- 3 biji botol untuk simpan air dalam esbok (RM4)
- pes tomyam 900g (RM12) - kat KL murah RM0.20 kot, tapi brand lagi. Kuantiti je sama banyak.
- Gajus goreng / bakar 500g (RM19)
- Pistachio 500g (RM15)
- manicure & pedicure set (RM12)
- tomato scrub (RM5)
*memang seronok la kakak kat kedai ni. Semua barang aku & Leen beli kat kedai dia je... Aku nasihatkan sape-sape nak pegi sana, sila berani tekan harga untuk tawar-menawar. Kalau tak berani nak tawar-menawar, sila shopping kat KL je, harga lebih kurang je pun. Tapi kalau pandai main harga macam aku, memang puas hati....
Sumpah aku cakap, memang berbaloi-baloiiiiiiiii...
Semua barang simpan dalam kereta Leen. Sebab kete aku dah penuh.
Balik KL baru kitorang amik balik barang-barang tu kat rumah Maklang.
Balik dari Padang Besar, kitorang ikut jalan Chuping.
Lalu kat padang tebu terbesar kat Malaysia ni
(teringat cerita KL Menjerit lakonan Rosyam Noor dan Lisdawati)
Nice scenery
3 tones of color.
En Zul seorang suami yang memahami isterinya.
Sanggup berhenti kereta semata-mata untuk aku snap pic yang ntah apa-apa ni...
Thanks Sayangggg!
Sekali kereta kat depan siap amik angin ikut tingkap atas kereta.
Terbakar la aku kan? Sebab tak boleh tiru aksi macam ni..
Sumpah seronok menikmati permandangan senja ni weiiiii..
Signboard ni betul-betul berada kat tengah-tengah roundabout.
En Zul sanggup buat 3 kali pusingan semata-mata nak bagi chance aku snap pic.
3 kali pusingan, beb!
(Aku suruh dia benti tepi jalan, tapi En Zul malu... Kahhh!)
Sampai rumah pukul 10 malam.
Ya, memang letih shopping hari ni. Tapi SERONOK.
Itu la terapi jiwa bagi wanita.
Kan, Leen kan?
Malam tu jugak aku & En Zul mengerjakan kacang Pistachio dengan gajus tu.
Kenyang kami melantak sama-sama laki bini.
Hehehe...
Hari raya ke empat, aku dan En Zul nak balik KL.
Pukul 10am lebih gerak dari umah mertua.
Lepas peluk cium dengan mak mertua aku, kitorang terus bergerak.
(tak sangka aku ni menantu kesayangan, sebab mak mertua siap peluk cium aku. Menantu perempuan lain ada? Nan hadooooo!!!)
Cadang nak singgah kenduri kawin 2 orang ofismates aku.
Rozaini (Sg Petani) dan Nurul Akmal (Bandar Baharu).
Mula-mula beli hadiah kawin kat Sg Petani (lupa nak beli hadiah kawin kat Padang Besar. Orang dah seronok membeli belah, mana nak ingat benda lain dah. En Zul ingat, tapi langsung tak ingatkan kat aku.)
Elok je lepas kitorang lalu exit Sg Petani (utara), kami hampir-hampir nak kemalangan.
Biasalah, kereta banyak. Nasib baik En Zul bawak slow. Kalau tak, memang tak sempat brek dan hentam kereta depan. Orang belakang pun sempat elak ke kiri sebab En Zul meluncur ke kanan.
Sumpah aku rasa fobia!
Kemalangan antara Myvi, BMW dan Audi.
Nasib baik Vios tak terlibat. Alhamdulillah.... Syukur pada Allah.
Sebelum masuk Sg Petani (selatan) ada eksiden.
Selepas keluar Sg Petani (selatan) ada eksiden.
Nasib baik sempat sampai ke kenduri Rozaini. Sori dear, akak tak sempat nak amik gambar.
Awak dah busy nak pergi akad nikah. Tapi memang sedap lauk daging masak hitam tu.
2 kali aku menambah lauk. (lauk yeeee.. bukan nasi. Hahaha)
Lepas ke kenduri, kami singgah rumah pakcik En Zul. Dekat je dengan rumah Rozaini. Singgah sekejap basahkan tekak je. Then chow ke kenduri Nurul Akmal pulak kat Bandar Baharu.
Sampai rumah Nurul dah pukul 3.30pm. Orang pun dah lengang kat rumah Nurul.
Takpe, janji sempat jumpa pengantin. Maaf la sebab lambat. Jalan jammed, hujan pulak tu.
Tak boleh nak drive laju-laju.
Anyway, nasi kat kenduri Nurul pun sedap. Again, tak sompek nak amik gambar, sebab kelam kabut nak balik sebab hujan dah turun balik. Huhuhuhuuuuu....
Baru keluar dari RnR Gunung Semanggul nak isi minyak dan touch n go.
Can u see the difference of the weather?
Belakang aku hujan lebat. Lepas 2 km cuaca cerah.. Hehehe...
It's raining day all the way....
Sebahagian jajan aku sepanjang perjalanan. SEBAHAGIAN.
Yang selebihnya dah masuk perut. Makin gemuk la aku jawabnya!
(bag biru sebelah kiri tu pemberian Nurul, yang sebelah kanan pemberian Rozaini. Thanks ye)
Sampai KL pukul 10.30pm.
Total perjalanan adalah 12 jam!
Termasuk singgah kenduri, rumah pakcik, jammed, RnR dan hujan.
Sampai rumah terus layan cerita Hindustan RA One.
Hari Jumaat kami beraya ke Gombak pulak.
Beraya kat rumag Maklang.
Makan nasi dan ketupat rendang.
Bab makan nasi tu yang sedap sesangat tuuuuuuu..
Lepas setel beraya kat rumah mak sendiri, aku beraya kat rumah Makteh aku.
Depan rumah Maklang je.
Tak lama kat rumah Makteh, sebab kitorang nak konvoi ke rumah Kak Ta, Kak Noni, Makndak dan Abang Man.
Konvoi ramai-ramai memang seronok. Tapi aku kena drivekan untuk Maklang. Paklang, Paknjang dan Maknjang naik kete dengan En Zul. Maka aku kena jadi driver untuk Maklang. Jalan nak ke Ampang jammed noksss...
Lenguh kaki nak pijak peddal minyak dan clutch.
Uwaaaaa....
Maklang seronok betul naik menatang ni. Makndak pulak sukarela jadi consultation untuk Maklang.
Selesai 4 buah rumah, aku dan En Zul hantar Maklang, Paklang dan paknjang laki bini balik rumah Maklang.
Then singgah NSK Selayang nak beli barang untuk open house rumah aku pada keesokkannya..
(open house ni khas untuk family members je. Kawan-kawan lain jangan kecik hati sebab aku tak jemput. Kalau nak datang beraya, datang je. Tapi call dulu sebelum datang. Boleh aku sedia kan apa-apa yang patut. Kalau tak call, minum air sirap je la yeeee...)
Menu open house pada hari Sabtu :
- Nasi daging
- Daging rebus
- Kuah asam
- Ayam goreng
- Acar jelatah
- Gulai dalca
- tembikai
- air sirap oren
Aku lupa nak snap gambar sebelum majlis, maka hanya saki baki makanan je la yang sompek aku snap. Hahahaha...
Eh, lupa nak snap menu paling utama.
Nasi Daging aku.
Tak sangka nasi aku ni mendapat pujian dari tetamu (biasa la nak jaga hati tuan rumah kan??)
Hehehe.. Abang ipar aku sampai panggil nasi daging aku tu sebagai nasi bukhari.
Wahhhhh.. Hebat nya aku memasak!!!
Hahahahaha.. Sila la muntah ramai-ramai..
Ni pinggan En Zul untuk 2nd round. Masa tetamu datang, dia makan sikit je.
Malu katanya. Elok tetamu balikkkkkk, kebuluran dia mula terserlah.
Hahahaha...
Selamat Hari Raya semua.
Nanti aku buat open house untuk semua kawan-kawan kat rumah baru aku.
Tapi tunggu raya haji la. Raya puasa ni dah tak sempat. Hahahaa...
Love,
Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya
Hari ni aku masih bekerja. Oh, bekerja pada 2 hari sebelum raya? Apakah????
Relax.. Relax...
Aku kan pencinta Cohort, maka harus la menjadi orang terakhir yang berada di ofis ni. Puiiiiiiii...
Sebenarnya cuti tanpa rekod aku cuma tinggal 4 hari je lagi. Kebetulan Prof Datuk ARAJ bagi cuti tanpa rekod 2 hari untuk 22-23 Ogos, maka aku cuma amik cuti CTR on 24 Aug je laaa. Annual leave aku tinggal lagi 13 hari. Cuti tu aku reserved untuk kursus Intensif tahun depan. Terpaksa guna cuti rehat or CTR. Tak pe la, janji aku still ada cuti untuk raya.
So hari ni boleh balik awal, maka lepas siap entri ni aku nak chowwww balik kampung. Tahun ni patutnya turn balik Gombak. Tapi En Zul ajak balik Alor Star dulu, memandangkan dia diberi cuti, maka ke Kedah la kita tahun ni...
Apa-apa pun, aku dengan rendah diri memohon maaf kepada Mak, Abah, Leen, adik-beradik lain, sanak-saudara, rakan-rakan dan semua yang mengenali aku. Segala cacian dan makian aku selama ni harap di maafkan. Lepas raya nanti sambung makian balik eh?
Hahaha!
Love,
Relax.. Relax...
Aku kan pencinta Cohort, maka harus la menjadi orang terakhir yang berada di ofis ni. Puiiiiiiii...
Sebenarnya cuti tanpa rekod aku cuma tinggal 4 hari je lagi. Kebetulan Prof Datuk ARAJ bagi cuti tanpa rekod 2 hari untuk 22-23 Ogos, maka aku cuma amik cuti CTR on 24 Aug je laaa. Annual leave aku tinggal lagi 13 hari. Cuti tu aku reserved untuk kursus Intensif tahun depan. Terpaksa guna cuti rehat or CTR. Tak pe la, janji aku still ada cuti untuk raya.
So hari ni boleh balik awal, maka lepas siap entri ni aku nak chowwww balik kampung. Tahun ni patutnya turn balik Gombak. Tapi En Zul ajak balik Alor Star dulu, memandangkan dia diberi cuti, maka ke Kedah la kita tahun ni...
Apa-apa pun, aku dengan rendah diri memohon maaf kepada Mak, Abah, Leen, adik-beradik lain, sanak-saudara, rakan-rakan dan semua yang mengenali aku. Segala cacian dan makian aku selama ni harap di maafkan. Lepas raya nanti sambung makian balik eh?
Hahaha!
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN
ZULFAKHA & HAYATI
Pic raya dua tahun lepas.
Runcing kan dagu iolsss?? Ala-ala Raja Farah gitu!
(Raja Farah yang tiru dagu aku. Muahahaa!!)
Thursday, August 16, 2012
From My Kitchen : Serunding Daging
Semalam aku dan En Zul masak serunding daging. Padahal aku dah beli serunding daging kat Che Wan (ofismate) dengan harga RM50. Murah la kalau nak compare dengan tempat lain. Rasa dia pun sedap. Tapi sebab tak puas hati (alasannya nak masak sendiri jugakkk), maka kelmarin aku pergi beli daging fresh 2 kilo kat kedai runcit Pak Aji.
Rebus daging dari pukul 6.00pm sampai la ke pukul 9.00pm. Nasib baik lembut daging tu.
Malam tu lepas berbuka, aku dan En Zul mengerjakan daging tu berdua sambil tengok tv. Perghhhhhh... Penat gila nak mencarik daging tu. Sampai naik bengkak jari-jari montok aku ni ha... Kalau nak mudah carik, kena la rebus lagi lama. Biar lembut je daging tu.
Malam tu, kitorang simpan dulu daging tu. Tak sanggup dah nak sambung masak rencah dia pulak.
Esoknya baru aku masak serunding daging tu. Tu pun dah lewat malam baru siap masak. Nasib baik En Zul tolong aku mencarik daging dan masak serunding tu. Sungguh memahami naluri dan nafsu bini yang nak makan serunding daging buatan sendiri. Hujung-hujung kau sendiri yang penat. Kahkahkahhh...
Aku nak cita banyak pun dah tak larat, moh le kita usha bahan-bahan. Resepi ni aku mintak kat Mak Lang. Thanks Mak, sebab ajar masak menu ni. Menjadi atau tak lauk ni, tak tahu laaaa...
Bahan :
- Daging 2 kg
- Pati santan 300ml
- * Cili kering (kuantiti/pedas ikut suka) - nak guna cili api / cili boh pun boleh.
- * bawang besar (1 biji ) / Bawang merah (5 ulas)
- * bawang putih (4 ulas)
- * Halia (3 inci)
- * Serai (4 batang)
- * Biji ketumbar 40g - sangai dulu
- * Jintan Manis 20g - sangai dulu
- Garam
- Gula merah & gula pasir
Cara-cara :
Masukkan je semua bahan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana, kena sentiasa kacau.
Senang je kan?
Tapi bab nak kacau-mengacau tu aku memang surrender!
Tahan la menggaul 30minit, pastu aku sub kat En Zul. Nasib baik ada lelaki gagah perkasa. Hahaha..
Selesai mencarik. Sungguh la penat weiiiiiiiiiii...
Ni aku tumis dulu. Tak perlu tumis, kang lambat nak tunggu dia kering.
Ni lepas masukkan santan. Santan pati ye...
Masukkan semua bahan ke dalam kuali. (sekali pandang macam sambal ikan bilis kan?)
Gaul.... Gaul..... Gaul.....
Ni ha Mr Superman aku. Dengan tak berbaju lagi. Habis la segala bulu ketiak dia jatuh masuk dalam serunding aku. Huhuhu... En Zul siap perah minyak dia, terus asingkan. Senang nak tunggu serunding ni kering.
Dah siap! Tapi macam sedikit hitam, sebab ada yang hangus dikerjakan dek En Zul.
Sabarrrrrrr....
Penangan En Zul. Masak serunding sampai patah sudip aku.
Takpe, asalkan dia IKHLAS bantu aku memasak. Terima kasih!
Love you, Sayang!
Love,
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)