Tadi pegi MAHA 2012 dengan Leen & Maklang.
Sebenarnya Ahad lepas Maklang ajak pegi sana. Tapi sebab aku busy nak siapkan assignment,
so aku ajak pegi minggu ni.
Memandangkan minggu ni nama aku dalam jadual kena keja petang, so aku ajak diorang pegi hari bekerja.
Konon-konon hari weekdays tak ramai orang.
Puiiiii... Memang silap la!
Bergasak-gasak punya ramai orang yang datang.
Kitorang gerak dari Cheras pukul 10am.
Sampai sana lebih kurang 10.30am. Nasib baik tahu jalan kesana.
Kalau tak sejarah 6tahun yang lepas kompem akan berulang.
Masa MAHA kali pertama, kitorang pegi sana sampai sesat barat!
Keluar rumah awal pagi, sampai sana pukul 2pm! Tu pun siap tinggal kereta kat somewhere
dan naik komuter sampai Seri Kembangan. Then transit naik shuttle untuk ke MAHA.
Tak ke kerja gila namanya tu?
Padahal Serdang tu bukan jauh sangat pun....
Sekangkang kingkong je!
Ni kitorang naik shuttle nak ke tapak bazar. Turun je dari kereta, shuttle pun sampai. Tak payah nak tunggu berjam-jam. Lagi pun Leen parking kereta dekat dengan shuttle stesen. Tenkiu Leen...
(ni gambar pertama aku guna Camera360 - HD. Cantik kan? Kalau tak guna apps tu, gambar Leen ni kompem tak secantik macam ni. Gigi Maklang pun nampak bercahaya! Hahahaa!!!)
*mampos aku kalau Leen baca*
Mulanya Maklang nak bergambar tepi kuda ni. Elok aku snap, dia lari pulak!
Rupanya Maklang komplen cakap kuda ni busuk.
Alahaiiiiii Maklang... Kuda ni bukan nya mandi tiap-tiap hari pun..
Last-last Maklang bergambar jauh dari kuda. Kesiannnnn...
Masing-masing duk tercangak-cangak tak tahu arah tuju.
Takpe, makcik-makcik sekalian..
Dengan adanya saya, anda tidak akan sesat jalan. Insya Allah...
Mari, mari... Saya tunjuk kan jalan....
Hehehe...
Aku nak naik bendalah ni. Tapi sebab aku 'kenderaan muatan berat', terpaksa batalkan hajat.
Sebab benda ni kategori kenderaan ringan. Maka aku yang kenderaan berat ni sila la duk ke tepi..
Time ni bunga masih segar dan cantik *bukan bunga yang berdua tu ye..*
Tahun dulu kitorang pegi hujung-hujung event, bunga habis semua layu...
Buah-buah pun banyak dah busuk.
Cantik cili ni kan?
Nak masuk dalam masakan pun rasa sayang.....
(ceh, sayang konon... padahal kau tu pemalas masak!)
Haaa.. Ni fefeeling ala-ala Princess Barbie tengah hidu bau bunga. Fuuuuhhh... Fuuuuuhhh...
Padahal muka macam nak mintak penampar. *dang!*
Kahhhhh~
Tengah jalan-jalan sekali sampai booth buah-buahan...
Gila besar duyan ni!!! Kalah duyan tembaga. (bandingkan dengan saiz bakul tu)
Kalau buat duyan crepe pun banyak untung. Hehehe...
Ok, ni sebenarnya nak tunjuk dia ada jual duyan merah. Tapi dia balut dengan plastik.
Sungguh tak aci!
Setelah penat berjalan, maka marilah kita melabuhkan punggung di booth duyan...
Bontot aku harus la parking sebelah buah duyan. Senang nak capai kalau tak cukup.
*abaikan muka pucat & letih itu.. haha*
Ni Leen order Musang King. Kat sini hage musang king RM10 sekilo.
Tapi ada kedai lain yang boleh dapat dengan harga RM8 - RM12 sekilo.
Terpulang citarasa masing-masing.
Jemput makan..... Yang dalam plastik tu tapau musang king & IOI durian.
Leen amik untuk makan & tapau, total harga RM28.
Yang ni aku tapau untuk En Zul. Aku rembat 2 biji, harga RM23.
Pastu tambah RM2 untuk bekas tapau.
Lupa nak bagitahu.
Masa aku sampai kat MAHA, En Zul call.
Dia cakap dia pun ada kat MAHA jugak. Dia datang dengan kawan ofis dia.
Wahhhh... Melencong ye bangggg??
Kasi report kat boss!
Hahaha.. Tak la, dia hantar orang. Then dia singgah pusing sekali jalan-jalan kat situ.
Masa aku ajak dia makan duyan, dia cakap dia dah nak balik.
Ok la, so aku bungkus la 2 biji ni untuk dia.
Elok sampai kat ofis En Zul, sekelip mata je dah selesai duyan ni.
Memang banyak jerung kat ofis En Zul.
Aku bagi rambutan & manggis pun tak cukup jugak di bedalnya dek jerung kat situ.
Cantik gila cili dia... Eee... Geram!
Kalau kat tesco kompem jual yang dah busuk berulat..
Ni kat dalam dewan berair-cond..
Punya la jauh berjalan naik bukit.. Bukan ada apa-apa yang best pun.
Tapi aku suka tengok kulat ni. Macam unik je tanam dalam botol =)
Haaa... Ikan Nemo tak de jual kat sini.
Ikan kerapu ada. (eh, ni ikan kerapu ke?)
Besar gila nangka ni... Ke, ni cempedak??
Sungguh batak aku ni.. Buah pun tak kenal.
Maaf kan saya....
Ni berlakon je minah ni! Hahaha...
Asal aku suruh posing je, kompem dia buat.. Mendengar kata budak ni.
Sapa-sapa berkenan nak amik buat jadi menantu, sila pm saya.
Hahahahaha....
Haaa.. Ni korang jangan tak percaya!
Dalam dewan berair-cond tu ada jual ikan ni semua.
Maklang bukan main seronok lagi menyopping ikan kat sini. Macam la kat Gombak tu tak de pasar kan?
Ni muka puas dapat beli ikan sembilang. Seekor hage RM10.
Ni pun Leen berlakonnnnnnnn!!!!
Kuang... Kuang... Kuanggggggg~~
Cak!!! Cantik tak?
Ala-ala kat Cameron Highland pulak kan??
Sila tumpukan mata anda pada objek yang hendak difokuskan, iaitu LEEN!
Bukan minah negro ni.
Ni masa keluar dari dewan ekon tu. Gila terik kan cuaca hari ni...
Nak turun bukit pun dah tak larat. Dengan tangan kiri kanan angkut buah.
Sumpah penat weiiiiiiiii...
Tu belum beli lagi duyan tambahan, rambutan 3 kilo, manggis 4 kilo!
Turun dari bukit tu terus shopping buah rambutan & manggis.
Cadang nak beli Rock Melon & jagung, tapi mengenangkan tangan kiri & kanan tengah 'bekerja keras',
maka, batalkan niat suci murni itu....
Menggigil satu badan nak angkut! Lenkali datang bawak la troli.
Sangat la menyenangkan.....
Eh, lenkali nak datang lagi ke???
Soalan yang agak susah untuk aku jawab. Huhu...
Now nak sejukkan & keringkan badan aku yang tengah berlendir ni.
Kbye.