Kali ni nak share resepi roti sosej pintal. Adunan roti aku ikut masa study dulu-dulu.
Masa tu aku study kat SMK Darul Ehsan. Aku selalu bawa bekal piza.
So kali ni ikut resepi doh piza la ye. Haha!
Bahan-bahan :
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- *1 paket yis (aku pakai brand mauripan)
- *1 sk garam
- *2 sb gula
- 1 sb mentega
- 1 sb susu sejat
- 3/4 cawan air suam
- 1 sb bread softener (ni aku tambah, saje nak try tengok apa hasilnya)
Cara-cara :
- Masukkan bahan bertanda * kedalam air suam. Biarkan 10min.
- Masukkan air suam ke dalam tepung dan mentega.
- Uli tepung sampai jadi doh (tidak melekat. Boleh tambah tepung jika masih melekat)
- Rehatkan doh selama 45min (doh akan mengembang 2 kali ganda)
Rehatkan doh selama 45min.
Atau sehingga doh mengembang 2-3 kali ganda
Ok, puan-puan dan adik-adik sekalian..
Meh sini ahkak nak tunjuk cara-cara memintal roti ni.
Caranya adalah berbeza dengan memintal rambut ye.. Sangat berbeza.
Jadi sila amati betul-betul.
Memula, ambil sedikit doh. Then leperkan untuk membaluti sosej.
Then balut la sosej tu. Kasi tutup semua sosej ye....
Next, potong balutan sosej. Potong sosej SAHAJA sampai putus, TAPI doh jangan putus.
(Ada jugak yang aku potong doh sampai putus. Nak buat macamana, ahkak kan ganassss)
Pastu, potongan yang pertama tolak ke kanan, potongan kedua tolak ke atas, potongan ke tiga tolak ke bawah. Ulang potongan seterusnya ke atas dan kebawah.Potongan yang terakhir, tolak ke kiri.
Errrr... Paham tak?
Bila dah siap tolak menolak (ke, pintal memintal ha?), maka bentuknya jadi cenggini.
Maafkan ahkak kerana tiada seni dalam pembuatan roti ini. Ahkak bukan jiwa halus, ok?
Memandangkan ahkak sendiri tak paham apa yang ahkak taip kat atas tu, maka ahkak ulang balik cara-caranya satu persatu, hokeh?
Memula, potong bahagian depan, dan tolak ke kanan. Macam ni haaaa....
Pastu potongan yang kedua pintal dan tolak ke atas. Macam gambar ni.
Then, potongan ketiga, pintal dan tolak ke bawah pulak. Ulang steps atas & bawah sampai habis.
Susun atas dulang pembakar.
Sebelum bakar, sapu dengan sos cili. Pipe kan mayo dan tabur mozarella cheese.
Kalau tak nak sos cili, boleh sapu margerin atas roti. Nanti dia jadi berkilat lepas bakar.
Boleh jugak tabur sayur campur (means : carrot dadu, jagung & peas)
Bakar selama 20min dengan kepanasan oven 160 darjah celcius. Api atas bawah ok?
Kalau agak-agak terlalu panas or kurang panas, pandai-pandai la korang adjust api oven tu ye..
Masing-masing lebih kenal oven sendiri.
Kbye.
10 comments :
Salam nak tnya mcm mn klo tepung kita keras ye? Apa yg lbh ye?
Wslm.. Sy pun x pasti. mungkin kena uli lama sikit kot.. sy pun masih belajar nak buat bakery ni. cuba guna bread softener tu. Aritu sy guna mmg lembut doh tu.
huuu...kena cuba ni
Salam. Bila nk bubuh susu sejat
saya letak susu sejat masa letak air suam dlm tepung n mentega tu . skli fgn bread softener
Saya ambil resepi ni ya.. minta halal ya.. terimakasih. .
Share ya tksh
Tq resepi nya... Nak memintal jgk nih.. Klo tpug melekat, kena. Uli lg atau tmbh tpg ye
Assalam sy nak tanya.. Kalau xletak dlm bekas, x meleper ke masa masak tu
Assalam sy nak tanya.. Kalau xletak dlm bekas, x meleper dan melambak ke tepung masa masak tu
Post a Comment