It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 30, 2014

From My Kitchen : Sambal Hijau

Ni merupakan menu terbaru yang aku mula jatuh hati. Wah, ayattttt.. Jatuh hati kau! Padahal kau jenis manusia yang makan apa saja, tetiba boleh claim jatuh hati pada makanan. Tak jatuh hati pun nasi tetap 2 pinggan, plus dessert bermangkuk-mangkuk. Kalau dah jatuh hati kompem ulang makan tak henti-henti. Agak-agak kalau batu & kayu boleh makan, dah lama aku buat stock kat dalam lemari meja ofis aku. Pastu kunyah la batu & kayu tu dari pagi bawak ke petang.

Ni namanya sambal hijau. Kenapa hijau? Sebab warnanya. Tapi maafkan aku sebab menjahanamkan resepi sendiri sehingga warna sambal bertukar jadi kuning. So namanya sambal kuning kah? No...no...no... Tetap sambal hijau.

Sambal ni dah 2 kali aku buat. Cuma hari tu aku malas nak update entri. Kali ni aku nak tunjuk jugak sambal hijau kuning aku ni. Boleh aku berlagak dengan korang. Haa... Kau hadoo?? Sambal ni dulu aku suka makan kat kedai makan Velodrum Cheras. Amik 2-3sudu pun dia charge aku mahal. Alasannya banyak bahan yang dia guna. So apa kata buat sendiri. Bukan susah pun. Senang jeeee.. Orang gila pun kalau bagi bahan-bahan sambal ni, kompem jadi punya. Tapi bukan jadi sambal hijau la. Tapi kompemmmm jadi SIA-SIA.. Habis dilempor nya ke sana-sini.

Jom tengok bahan dan cara-cara membuatnya.

Bahan yang membuat air liur menjadi kecur adalah belimbing buluh. Sapa-sapa yang tak suka belimbing ni, pi main jauh-jauh! Ni entri untuk orang yang suka makan belimbing buluh je. Hahahaha..

Belimbing ni aku dapat dari Kak Sal. Terima kasih banyak-banyak Kak Sal sebab sudi sponsor belimbing buluh ni. Kalau ada lagi jangan lupa re-stock untuk I ye...

Ailebiu la Kak Sal!! Muah... Muah...

(Ok, dah setel amik hati Kak Sal. Pasni boleh start puaka balik dengan Kak Sal. Kahkahkahhhh...)



Ok, belimbing buluh ni jangan banyak sangat. Sebab belimbing ni masam. Sekadar nak seimbangkan rasa pedas cili je. Kalau banyak ni dah ok dah. Tapi aritu aku tambah lagi sekali ganda belimbing ni. So sambal aku rasa masam sikit. Masa mula-mula buat aritu dah ok rasanya. Cuma kurang pedas je.

Belimbing buluh ni kena kukus ye. Bukan tak boleh nak rebus, boleh... Tapi nanti dia berair. Aku tak berapa suka berair sangat. Kalau nak guna yang fresh pun boleh. Tak ada masalah. Tapi susah nak tumbuk. Kalau dah steam, belimbing jadi lembut, so senang nak tumbuk.

Jadi, sila rebus ye...




Ni bahan utama. Cili ye makcik-makcik.. Kalau sambal tak de cili, tu bukan sambal namanya. Tu biskut kering. Mohon paham ye makcik-makcik sekalian... Cili ni kena taruk sambal hijau lebih sikit. Baru namanya sambal hijau. Pastu campur sikit dengan cili merah, bior meriah sikit kaler nya. Kalau guna cili capsicum kuning tu, makcik-makcik kena la tukar namanya sambal kuning yeee... Kalau suka pedas, sila lebihkan cili tu. Aku jenis tak tahan pedas, so cili hijau harus menjadi watak utama. Kalau guna cili api, kompem cirit aku pagi esok.

Kalau makcik-makcik suka cili api, boleh tambah ye.. Tak ada halangan dalam menu saya ni.
Janji jangan tambah belerang sudah. Tu bukan pedas, tu mau meletop mulut makcik.




Pastu kena ada bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Kalau nak taruk belacan pun boleh. Tapi aku tak taruk.
Ikan bilis tu terpulang la nak goreng dulu ke, tak nak goreng pun takpe.
Ni aku tak goreng. basuh-basuh gitu je. Basuh tak guna sabun pun. Ikan bilis tu tak suka guna sabun.
Nanti pedih mata katanya..
Sebab aku tak guna sabun Johnson n Johnson.



Semua bahan blend sekali harung.
Kalau makcik-makcik rajin, boleh tumbuk ye.
Sebab nanti saya ada majlis taranum Al-Quran, diikuti majlis ceramah agama,
jadi terpaksa la saya blend je. Almaklum laa.. Saya kan datin yang super dupper busy.

Hahaha..
Hmm.. Tak klaka.



Pas blend, panaskan minyak dan tumis bahan tadi.
Tumis sampai masak.
Masukkan garam dan gula. Ikut citarasa tekak dan tembolok masing-masing ye..




Tadaaaaa!!
Sambal coklat hijau saya...
Walaupun masam, tapi sedapppp..
Sebab masam belimbing tak sama dengan masam asam jawa tu.

Eh, puji masakan sendiri nampakkkkk...

*larikkk...*




Ada lebih boleh simpan dalam esbok.
Nak makan boleh reheat sambal ni.




Makan dengan nasi panas dan ikan talapia goreng garing-garing dan panas...
Superbb!!

Berselera boiren dan anak-anak aku makan =)
Alhamdulillah..



Wednesday, August 27, 2014

Kaki gajah kena hempap

Petang semalam tengah aku masak dinner sambil nyanyi-nyanyi lagu Shila Amzah kat dapur (siap nari-nari gwiyomi sekejap), tetiba ada benda jatuh himpap kaki kiri aku. Mak oiiiiii... Sakitnya!!! Rasa macam nak patah kaki aku. 2 kali benda tu himpap. Sekali kat lutut, pastu jatuh ke jari kaki. Sialan! Terus lagu Shila Amzah bertukar jadi lagu sedih yang dipasang masa orang cina mati tu.

Tengok-tengok rupanya tiles table top aku yang jatuh. Hadehhhh.. Ikut hati nak je aku sepak-sepak tiles tu. Tapi nanti kaki aku bertambah sakit pulak kan (apabila aku masih boleh berfikir secara rasional, ia menunjukkan sel-sel otak aku masih berhubung, gituuu...). Dah la minggu lepas kaki kanan aku kena himpap dek pagar kayu yang En Zul baru buat tu. Sedang elok aku tengah siram pokok, sambil aku sembang-sembang dengan pokok-pokok aku bertanya khabar, sekali angin tiup habis jatuh pagar himpap kaki kanan aku. Pun kena himpap 2 kali jugak. Kat lutut dan jari kaki. Rasa nak menangis, tapi aku masih mampu untuk control cun di luar rumah. Masuk je rumah terus aku nangis golek-golek.. 

(Nangis golek-golek tu tipu je. Jangan percaya.)

Semalam rasa bengkak kat kaki kanan masih lagi terasa. Pastu kena himpap kat kaki kiri pulak. Malang apa la yang datang bertenggek kat aku ni? Kaki kiri kanan jadi mangsa kena himpap. Dah la kaki aku besar macam kaki gajah. Bila kena himpap, bengkak tu buat kaki aku nampak lagi menggajah!




Dua keping tiles jatuh. Mau tak menggila aku menahan sakit.
Nasib baik En Zul tak balik kerja lagi. Kalau tak kompem dia yang kena ganti aku memasak.
Sebab vitamin 'manja' aku ni lain macam sikit bila ada En Zul.
So lepas kena himpap, teruskan jugak memasak dengan perasaan sayu..
Siap bersendu-sedan menangis menahan sakit....


Kalau ikutkan kitorang memang dah nampak lama tiles tu terkopak dari kedudukan asal. Sejak dari renovation lagi kitorang dah mula perasan. Tapi ingat tak serius la kerosakan tu. So tak de la nak suruh kontraktor tu repair balik. Dalam hati aku memang membara je semangat api aku nak melahar kontraktor tu. Dasar kontraktor Ind*n!! Buat keje cincai-cincai je. Macam la aku tak bayar kau buat keje kan? Apa kau ingat aku bayar kau dalam matawang rupiah???

Haaa.. Aku kalau dah start mengenang balik kisah kontraktor ni, memang mau bersilat aku nak memancung kepala orang. Macamana la aku nak berhidup aman tenteram bila tengok keadaan rumah ada je yang tak memuaskan hati aku. Aku ni nampak je sempoi-sempoi. Tapi kalau tak kena dengan hati aku, payah jugak. Tu baru nak puaskan hati aku, belum lagi nak puaskan nafsu aku. Haaa, kan dah citer melencong!

Jangan salah faham..
Nafsu kan ada pelbagai bentuk.
Termasuk la nafsu untuk shopping, nafsu nak nampak cantik, nafsu makan...
Nafsu bla..bla..blaaa....

(terus buat ayat nak cover malu. Haha!)

Rumah aku ni delayed setahun baru nak siap renovate. Ulang suara, SETAHUN! Orang lain buat renovation paling-paling bangsat pun 2-3 bulan. Aku ni punya lama renovate sampai makan tahun. Gila tak gila? Padahal kitorang cuma tambah space kat tanah belakang rumah untuk besarkan dapur & bilik ketiga untuk dijadikan master bedroom. So kena la buat besar dan tambah toilet. Pastu kitorang buat pagar batu. Itu je. Tu pun dah makan upah berpuluh ribu. Kalau aku simen porch aku balik, bayar renovate hampir mencecah RM50k. Tapi hasilnya gila punya haramjadah! Tak berbaloi langsung dengan harga dia.

Yang buat aku tak boleh hadam dengan wak ni, dia tiap-tiap hujung bulan mintak duit kat En Zul. Alasan nak beli itu, nak beli ini. Padahal dia nak bayar gaji pekerja dia untuk siapkan rumah orang lain. Kalau minggu ni kitorang datang pantau, bulan depan kalau datang balik belum tentu ada perubahan yang dia buat. Awal-awal masa nak renovate tu, kemain laju dia buat keje. Elok lepas 2 bulan, dia dah mula slow. Masa tu dah berapa ribu habis bayar kat dia. Wak tu pulak guna duit kitorang pi rolling modal untuk kerja-kerja renovate rumah orang lain. So kitorang jadi mangsa sebab kena tunggu berbulan-bulan lama untuk dia siapkan rumah kitorang. Sampai satu tahap aku pernah mintak En Zul yang siapkan saki baki renovate tu. Tapi sebab En Zul tak nak biar wak tu makan gaji buta, dia biarkan jugak wak tu habiskan semua kerja-kerja dia.

Aku rasa sepanjang wak tu renovate rumah aku, dah beberapa kali kitorang cakap nak masuk rumah tu segera. Siap bagi tarikh lori nak angkat barang. Tapi dia buat donno je. Sampai aku rasa nak hempuk je kepala wak tu dengan batu nisan dia yang aku dah tempah tu. Dasar bajingan betul! Macam-macam alasan kitorang bagi, nak pindah hujung bulan sebab tuan rumah sekarang nak amik balik rumah dia (kitorang terpaksa tipu dia konon-konon kitorang duduk menyewa dengan orang). Ni kalau dah berkali-kali cakap nak pindah, tapi masih tak pindah-pindah kompem satu family kena halau dengan tuan rumah. Pastu En Zul bagi alasan cakap duit loan dah kena potong tapi kitorang masih tak pindah-pindah, so En Zul tak larat nak bayar dua-dua rumah, bini pulak tak kerja (tang bini tak keje ni memang aku nak gelak guling-guling). Jadi dia tak cukup duit nak tanggung bini yang makin menggajah ni. Punnnnnn wak tu buat tak reti!

Geram punya pasal, hari jumaat selepas kitorang balik dari tengok wayang, aku cakap kat boifren aku tu, "yang, jom pindah." Malam tu jugak terus cari kotak dan pack semua barang. Esoknya Sabtu kitorang ke open house rumah Faridzul. balik dari rumah Faridzul kitorang sambung packing barang dan seal perabot. Esoknya Ahad terus amik lori dan pindah. Setel dalam masa 3 hari. Masa tu wak ada mintak last payment dia. Tapi En Zul hold dulu sebab ada bumbung bocor. Lepas 2 kali dia repair bumbung, tapi masih bocor, aku perasan tandas master bedroom pulak berbau busuk. Even kalau kitorang tak guna pun, still berbau busuk. Rupanya wak tak buat saluran udara ke luar. So bau-bau dalam loji tu tolak balik ke jamban kitorang. Then kitorang panggil wak buat balik saluran udara tu. So dah ok sikit. Tak de la bau busuk menusuk hidung aku.

Paling neraka jahanam, bilik aku langsung tak ada suis plug! Mampus la nak iron baju ke, nak charge henfon ke, terpaksa tarik suis dari luar. Bangang betul! Macamana la buat rumah tapi tak ada suis plug? Kata dah 20 tahun buat rumah. Kau buat rumah ke, reban ayam? Sampai langsung tak buat suis plug dalam bilik aku apahal bongok?? Bangang abadi. Aku dah naik fed up, aku suruh je En Zul bayar baki upah wak tu. Malas dah nak fikir pasal masalah rumah tu. Yela, nak hold lama-lama pun kitorang tak berani sangat. Buatnya dia ada main 'baca-baca', tak pasal-pasal je ada pulak yang muntah berdarah.




Bumbung dapur bocor sampai berlubang siling aku.
Ni dah beberapa kali panggil wak tu datang repair. Ada la 2 kali dia datang.
Lepas tu dia lesap. Duit dah selesai bawak lari sekali.
Tapi kerja celaka macam taik!
Terpaksa En Zul repair sendiri. Tapi dia dah tak kosser nak tutup lubang tu.




Dulu plan En Zul nak buat carving & shape kat laluan ke ruang tamu kedua ni.
So tak ada la nampak plain sangat.
Tapi plan terpaksa tukar sebab ada keperluan lain yang lebih penting.




Puncanya sebab aku nak suruh wak buat hole kat bilik Ika.
Bilik Ika ni tengah-tengah. Jadi tak ada tingkap kat bilik dia.
Masa aku suruh dia buat, dia jawab "tak apa, masa tidur boleh bukak pintu.."
Eh, jangan nak biadap ye! Aku suruh buat bukan pakai air liur semata yeee..
Aku bayar! Apa kejadah nak tidur suruh bukak pintu.
Pastu dia bagi alasan lain - susah nak pecahkan bata tu, tapi aku paksa jugak dia buat.

Gila ke nak biar anak aku kepanasan tak ada ventilation dalam bilik tu?
Then lepas aku tengok banyak sangat alasan orang tua ni, aku bagi kelonggaran.
Buat hole bilik Ika ni, so dia tak payah buat carving kat laluan ruang tamu kedua tu.
So tak ada pertambahan kerja. Then dia setuju.

Eeeee... Rasa hati nak sepak je angry bird wak tu bior cacat seumur hidup!



So ini je la hasilnya selepas pertengkaran antara mak gajah dengan tapir jadian.
Vavi sungguh perangai!


*Pemalas betul. Langsir bilik masih tak pasang. Hahaha...*






Monday, August 25, 2014

Open House - All in one

Hari ni dah 29 Syawal. Tinggal esok last day Syawal. Agak-agak ada lagi tak jemputan open house untuk aku pegi? Ke, sekarang orang buat open house sampai Zulkaedah? So ada masa sebulan lagi boleh aku lajak makan free. Hahaha..

Eh, sebok nak gi open house rumah orang. Rumah sendiri bila nak buat open house?
*krik..krik....krikk...krikkkkk...*

Memandangkan aku letih nak cerita pasal semua jemputan open house, maka untuk hari-hari terakhir di bulan Syawal ni aku put all together la dalam satu entri. All in one gitu... Sebelum tu, aku nak thanks to all my frens yang jemput aku datang makan jamuan raya ni. Insya Allah jika ada rezeki, jamuan rumah aku akan menyusul.. Tapi tahun bila aku tak pasti lah! Harap korang jangan keji aku. Sebab niat aku tu dah ada. Cuma tak tahu bila nak buat jamuannya. Haa.. Maka aku amik pahala niat je la dulu ye.... Hahahaha..



Jamuan Raya



Ok, nak cerita pasal jamuan raya UKM yang diadakan pada 21 Ogos 2014 yang lepas. Sebab aku belum pernah pergi jamuan raya UKM (meskipun dah 8 tahun aku menjadi kakitangan UKM), so kawan-kawan aku ajak aku ke DECTAR untuk menjamu selera. Pagi tu memang tak isi perut sebab nak ke jamuan makan tu dalam pukul 10am. So sila bertahan wahai perut gajah ku...


Sebab kitorang takut tak ada parking kat DECTAR, so kitorang pakat jalan kaki sama-sama ke sana. Hmmm.. Mau berkepam gak ketiak aku nak menapak dari Pusat Citra Universiti ke DECTAR tu. Alang-alang tengah berkawad kaki dengan kakak-kakak ni, sambil-sambil aku usha bas UKM kot-kot ada yang lalu. Boleh aku tumpang sampai ke DECTAR sana tu. Penat ooooo jalan kaki. Dah la tengah lapar, perut asyik berkeroncong mintak diisi. Hishhh.. Hoi perut, boleh sabar tak?? Jap lagi aku sumbat macam-macam makanan untuk kau!



Jalan pelan-pelan menikmati permandangan UKM.








Bersungguh semua orang tengok buah fav kak pah ni.









Selepas berlendir satu badan, akhirnya sampai jua kitorang ke DECTAR.
Bau makanan dah menusuk lubang hidung ni.
Jom serbu!!

Assalamualaikummmmm... Kami nak rayaaaa!!!




Kawasan untuk jamuan agak luas. Ni kat luar dewan.
Geng-geng Citra UKM je yang ramai ni.




Kitorang beratur kat lemang & rendang.
Dah sini je yang que pendek.
Sebab dah lapar tahap neraka, so beratur je kat que yang pendek.
Janji dapat makan!




Nah, tu dia barisan untuk kambing golek.
Mau tergolek aku nak beratur kat situ.


Lepas mentekedarah nasi impit & lemang berulang kali, kitorang akhirnya dapat seat. Sebelum ni kena makan berdiri uolsss!! Hilang keayuan aku semasa majlis jamuan (ahhh.. aku tak kira la. Janji perut aku kenyang). Aku tengok barisan kambing tu macam tak kurang-kurang je orang yang beratur. Abang Fizi beratur sikit punya lama kat buffet kambing. Tapi hujung-hujung dapat salad je. Ek eleehhh.. Setakat salad sayur mentah tu, buat penat beratur je weh! Tu aku boleh petik je daun-daun kat luar nun. Hahaha.. 



Masing-masing ushaaaa je kambing golek dari jauh.
Amik bau sorang sikit.


Sebab aku malas nak beratur panjang, tapi nanti dapat daging sorang satu slice (mana cukup kan?? Beratu bagai nak rak!) so aku kena jadi bijak sana sini sikit. Tak payah susah-susah beratur depan kaunter, so kita pegi beratur belakang kaunter. Tapi tak dapat daging la, kita rembat tulang kambing. Hahahaa.. Sedap weh tulang kambing buat sup. Sejak boifren aku bawak balik tulang kambing baki jamuan raya ofis dia, sejak tu jugak la aku jadi ketagih sup tulang kambing (ceh, konon nak cakap sup sendiri sedap la tuuuuu.. Motip sangat tauuu!!)



Tadaaaa!!
Dengan kebijaksana-sini-situ aku, dengan menggunakan plastik foam cup tu,
maka boleh rembat tulang dengan riang ria.
Yeayyyyy... *muka tak tahu malu*

Semua orang tenungggg je aku dengan Kak Pah usung plastik ni sorang satu.
Dalam hati mesti diorang keji kitorang.
"Majlis belum habis, dah ada yang tapau..."

Hellooo, i tapau tulang ye. Cer tengok dalam handbag korang.
Ntah-ntah sate & rendang pun ada ditapau masuk handbag.

Siap ada yang bisik-bisik, "Eh, kat mana ada roti john???"
Roti john la sangatttttt....
Hahahaha~





Tengah belek-belek amik bau kambing tu, sekali VC datang tegur Kak Nap.
Haaa.. Jangan main-main dengan Kak Nap ni.
Nampak je muka Kak Nap ni ayu lemah gemalai bak Fareeda Nyata Jelita.
Tapi boleh tahan gempak gak kawan-kawan dia.
Kak Nap bff dengan VC hokeh!
VC datang kat kitorang siap cakap, "Kak Nap dah makan? Boleh saya bergambar dengan Kak Nap?"
Wahhh.. Kerlas kau Kak Nap! VC siap request tuuuu...

......tapi sayangnya gambar berdua Kak Nap & VC telah dicemari oleh mereka-mereka tersebut.
Maafkan mereka ye Kak Nap.....




Kak Pah sengaja bukak plastik biar bau satu ofis.
Cissss!!




Petang tu, siap sup tulang kambing.
Yummy!



Ok, next!

Ni nak cerita pasal open house UMBI. Jumaat lepas aku kena amik anak-anak balik sekolah. En Zul outstation ke Ipoh, so aku mengambil alih tugas-tugas En Zul untuk hari tu. Plan nak ke Gombak atas urusan peribadi. Jadi sekali jalan la aku amik budak-budak tu kat ofis En Zul. Sebab aku keluar ofis dalam pukul 12.15pm, anak-anak pun keluar kelas waktu yang sama, jadi En Zul minta Zulkarnain amik anak-anak & bawak ke ofis dia dulu. So aku sampai PPUKM dalam pukul 12.50pm, terus amik budak-budak kat ofis En Zul. 

Dan rezeki aku & anak-anak pada hari tu, Umbi buat jamuan raya di bangunan baru. Tak sempat aku nak jadi AJK tuan rumah. So aku jadi sebagai tetamu je laa.. Syukur...



Huishhhh... Anak sape la yang comot sangat ni?
Hahahaha... Tak pe la anak-anak.. Biar comot, janji kenyang.


Ni antara gambar makanan yang sempat aku snap.
Ye laa.. Datang pun dah separuh hari. Banyak makanan dah susut.
Orang lelaki pun ramai dah beransur ke masjid untuk solat Jumaat.
Maka aku boleh bersenang-senang untuk makan sampai kenyang.




Antara juadah yang ada:
Kambing golek 5 ekor, sate, rendang, soto ayam, aiskrim baskin robin, cendol, buah, set nasi beriyani,
kek, jelly kelapa, rojak buah, roti jalan, ketupat, lemang, rendang, sayur lodeh, dan macam-macam lagi.

Sedap gila makanan diorang!
Aku memang makan sampai terbelahak berpuluh kali.
Hahahaha.. Gila tak senonoh.




Ni antara geng-geng Cohort aku yang palinggggg best!
Rindu gila dengan diorang. Thanks ye sudi ajak iols datang mentekedarah kat sini.




Sebelum gerak ke Gombak, harus la amik gambar kat entrance.
Nice decoration ^_^

....tapi sayang selipar anak-anak aku bergelimpangan macam kena bom dek Israel.




Tahun ni first time buat jamuan di bangunan baru.
Buat jamuan kat luar cafe UMBI.
Suasana yang best.... Syukur aku masih dapat merasa keseronokan di UMBI.

Sempat gak aku sembang-sembang dengan Prof. Datuk.
Paling penting, sempat gak aku mintak izin nak rembat tulang kambing golek.

Againnnn??
RE-JE-KI!

Hahaha...



Tulang kambing golek dapat banyak gila!
So aku bagi 3 bahagian. Satu bahagian aku amik, dua bahagian lagi aku bagi kat Maklang & makteh aku.
Gambar ni adalah satu bahagian aku. Banyak kan?
So kalau 3 bahagian? Tak ke banyak aku dapat?
Abang potong kambing tu saje nak perli aku kotttttt...
Malu aku menjinjit beg plastik tulang ni. Berat weh!


So semalam En Zul dah balik dari Ipoh, maka malam ni boleh masak sup tulang lagi.
Mana tau malam ni lepas makan sup tulang kambing, badan jadi panas kan..
So aku boleh buat aktiviti senggang dengan En Zul untuk isi masa lapang.
Maklum laaaa.. Musim hujan kan. Tambah lak panas badan dek penangan kambing.
Apa lagiiiiiii...... Kita enjoyyyy!!
Hahahahahah...

*jangan keji aku!*


Last.
Semalam aku dan anak-anak ke open house ofismet aku - Najemuddin.

Aku plan dengan Kak Sal & Kak Nap nak gerak sekali. Sebab aku bukan reti sangat jalan-jalan kat Putrajaya tu. Kang sesat-sesat barat sampai ke Johor tak ke naya. Kitorang tunggu kat Petronas BBB Seksyen 15 pukul 1pm. Dalam pukul 2.20pm kitorang sampai rumah Naje. Gila sesat cari rumah dia.

Abang Naje dah bagi coordinate rumah dia kat group wasap. Tapi bila aku on gps tu, navigation tu bawak aku ntah ke mana-mana. Last-last sampai ke kawasan kosong. First suami Kak Sal bawak, sampai kat situ. Then aku on waze, pun sampai kat situ. Macam tempat jin bertendang. Eh, takkan abang Naje check in rumah dia kat tempat jin bertendang kot?? Yang Kak Nap satu kereta anak beranak follow je la aku & Kak Sal sesat barat ntah ke mana-mana. Aku call Abang Naje, tanya rumah dia yang mana satu? Then baru jumpa.

Elok sampai rumah Abang Naje memang aku tala terus ke meja makan. Lapar weh... Dah lepas waktu lunch aku. Nasib baik masa tu tak ramai sangat orang. Boleh la aku lalukan makanan kat tekak ni dengan aman. Aku bawak cheese tart untuk Abang Naje. Sekali anak-anak aku yang perabihkan cheese tart tu. Hadoiiii.. Malunya. Mintak mahap la Abang Naje, atas kekhilafan anak-anak saya. Maklumlaa.. Ikut perangai saya kan? Hahahaha...



Kau tengok anak aku.
Tak cukup makan macam-macam, dia serbu dapur pulak.
Dia gi toilet, sementara tunggu Aleeya kat dalam tandas, Ika duk ushar-ushar dapur orang.
Alahaiiiiii anak...




Hah, ni suami sape sampai tertido kat rumah orang ni?
Kesian kat Dr Zul.. Menunggu anak aku siap berak sebab nak gerak balik sekali dengan aku.
Sampai tertido-tido Dr Zul menunggu anak aku.




Sambil-sambil Dr Zul tido, bini nya amik peluang buat party chit-chat dengan bestie.
Hahahaha...

*Ampun Kak Sal~*




P/s : Pada mana-mana open house yang aku tak sempat nak cover dalam entry, minta ampun ye... Terima kasih pada semua kerana sudi undang saya sekeluarga. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.


Love,

Thursday, August 21, 2014

Viral

Pagi tadi aku dengar radio Era ada sebut pasal ASL ice bucket challenge. Apo kobondo nieh? Dengar macam satu game yang melibatkan donation untuk charity. Then sambil-sambil main sambil menderma. Kalau nak tau lebih jelas sila tanya pakcik wiki. Tak reti aku nak explain.

Tadi tu aku dengar video abam KJ main ice bucket challenge ni. Lepas curah ice tu, dia akan nominated 3 nama. Dia sebut nama kawan-kawan kabinet Wan Rahman Dahlan & Nazri Aziz. Pastu ada sekali nama Nicol Ann David.


Kedebushhh!
Sejuk woooo... Mau kecut segala aset. Hahaha!!



Nah, boifren aku simbah Jae Suk.
Dalam hati : Amekawww!!



My boifren's turn.
Muka sebelum kena simbah macam redha je nak kena dajal dek JongKook oppa.
Nah, siap sumbat dalam mulut lagi.
Kalau tak mendajalkan satu sama lain memang la tak sah kan?
Hihiiii..



Adik bibir.
Ntah sape la yg nominate dia...



Agak-agak ada tak orang nak nominate nama aku?
Aku sanggup je kena simbah ice.
Tapi bukan calang-calang bucket la untuk challenge aku.
Setakat bucket 20 liter tak effect apa-apa kat aku.
Ni diaaa... Pakai jentolak je terus.







Ni kalau kena simbah pakai bendalah ni, tenggelam terus aku ke tanah.





Ada satu lagi viral tengah hot kat fb. Aku tak tahu la kejadah ape parody yang diorang buat. Mungkin diorang amik inspirasi dari abam-abam yang jual tudung kat downtown tu, plus dengan retis-retis hok comey-comey kat Malaysia ni.

Nak kata cantik, memang jahanam la mata aku kalau cakap cantik. Tapi ia lebih kepada nak gelak-gelak dan lawak-lawak je la. Bila tengok parody tu, boleh la nak hilangkan stress sendiri. So pakat share ramai-ramai dalam fb & wasap.




Make up tutorial by Emma Maembong.
Kerlasss gitu!






Nexttt!

Make up & wearing turban by Yuna.
*tang pakai lip balm tu seyes macam muka Yuna. Comeyyy!!*


Ok, gambar ni baru keluar dari oven.
Cepat-cepat hakak update dalam entri akak. Hahaha..


Elly Suriaty kauuuuuu!
Kemain lagi Kak Senduk feling-feling Elly.
Eh, memeyyyy serupa noks!





Hok ni paling aku tak tahan.
Ni kalau ganti billboard Mawar kat Highway Sg Besi tu, mau beribu-ribu kerete eksiden.
Terus tutup jalan highway tu.

......terkejut tengok wajah 'nyata jelita' beliau.


Nyata nok muntoh!






Tuesday, August 19, 2014

Salam dihulur, ampun dipohon.. Tak nak majuk2 lagi eh?

Lepas maghrib semalam aku tido.
Awal benor aku masuk tido semalam. Maklum la, masih dalam proses merajuk khenn!
Laki aku balik dengan anak-anak tengok aku tengah melingkor.
Terus En Zul kejut & pujuk aku.
Selepas dia slow talk dengan aku, dalam keadaan aku yang masih mamai, terus laki aku cakap..

"Mummy jangan sedih-sedih. Biasa la anak-anak nak membesar memang gitu. Kena banyak sabar dengan diorang. Kakak menangis-nangis tak nak tido semalam sebab nak tunggu mummy balik. Mummy jangan merajuk lagi ye.. Ok, mummy boleh masak tak? Ayah & anak-anak lapar laa.. Semua bahan dah siap, tinggal masak je lagi.. Please..?"

Eh?
Sempat lagi request aku masak!
Haaa.. Baru sekali masak semalam, baru kau tahu erti kepenatan menjadi suri rumah kan banggg?
Kah kah kahhhh...

Okey laaa...
Demi cinta dan kasih sayang aku pada boifren & anak-anak aku, terus aku bangun & masak untuk dinner diorang. Alhamdulillah, anak-anak dah tak buat perangai. Aleeya pun dah ok.

Betul la tafsiran aku.
Aleeya tu tengah hormon tak stabil kot.
Nak period dah kotttt.... Hihiiii...

Sambil-sambil masak tu, anak-anak duduk berkunci dalam bilik Ika.
Then En Zul datang bisik kat aku "anak-anak tengah buat greeting card untuk mummy..."
Alahaiiiiii.. Itu je la modal anak-anak aku.
Asal aku marah, dia bagi kad.
Asal aku merajuk, dia bagi kad.
Agak-agak nanti kalau aku mati, dia bagi kad takkk?? Hahaha..

Semalam lepas dinner, aku masuk bilik layan movie jepun Kindaichi Hajime.
Aku terdengar suara diorang kehulu-kehilir depan bilik aku sambil bising-bising.
Aku diamkan je.
Then tiba-tiba pintu bilik aku terbukak.
Bila aku toleh, tak ada sapa-sapa. Diorang menyorok tepi pintu.
Aku diamkan lagi.
Pastu budak berdua tu masuk bilik aku dan bagi greeting card tu.

*touched*

Ika : Mummy, nah card untuk mummy.

Aleeya : Ini kad untuk mummy.

Ika : Tapi mummy jangan baca lagi tau. Tunggu jap. (bukak hp dia)


****song played - I'm Sorry by Beast****

Ika : Ok, sekarang mummy boleh baca sambil dengar lagu ni.

Aku : Ok, tq. Mummy pun mintak maaf pasal semalam.

(dalam hati sepatah haram aku tak paham lagu tu)




Left - Card from Ika
Right - Card from Aleeya

Soooo suwittt~!!



Kad Ika.
Mummy pun mintak maaf..
*nangessss...*




Happy family =)
(Mummy hepi lah sebab I is kurus dalam card ni. Ngehngeh...)




Belakang card Ika.
I love you too, sayang.....



Kad Aleeya.
Kalau maafkan tu boleh tak sampai bila-bila?

*nampak sangat aku ni kuat merajuk & kuat marah. Sampai Aleeya mintak maafkan terus sampai bila-bila*




Ye, sayang...
Mummy dah balik la ni. Sebab mummy lapar & penat.
Huhuuu...




Yup, i love you too, sayanggg~


Baca card sambil dengar lagu I'm Sorry by Beast



Lyrics (English Translation) :

I shouldn’t have saved the words “I love you” but said it more to you
Even if I was lazy, even if I was tired, I should’ve ran to you because I missed you
I should’ve dropped you off at your home every single day
Instead of meeting friends on the weekend, I should’ve been with you
Why am I regretting now? Why didn’t I know back then?
I’m sorry (I’m sorry), I’m sorry, baby (I’m sorry, baby)
Why am I regretting now? You are so precious to me
I hoped that I would remain as a good memory to you
Because I was young back then, because I didn’t know any better
Will you at least hear my excuses? And will you hold my hand again?
Even if it’s not now, even if it takes a little time
I will keep your spot empty, I will continue to stay here
I hope it’s not too late to bring you back (I will keep your spot empty)
I hope you won’t get so far that I can’t reach you (I will continue to stay here)
I didn’t even hear it but the finishing bells have rung, I can’t believe it
Without even a safety device, you broke up with me and now you’ve become my yesterday and not my today
When I look back, instead of understanding you, I put my pride forward and gave you a hard time
I’m sorry, I’m probably not in your heart anymore, I’m probably just a memory to you
I know I should get over you but it’s not that easy
I’m sorry (I’m sorry), I’m sorry, baby (I’m sorry, baby)
I’m not used to anything without you, you know me better
I wanted to give you only good memories
Because I was young back then, because I didn’t know any better
Will you at least hear my excuses? And will you hold my hand again?
Even if it’s not now, even if it takes a little time
I will keep your spot empty, I will continue to stay here
After days pass and time flows, you become clearer
Why are the words “I love you” lingering in my mouth now?
I think I know now, I can be much better
But it’s too late for these regrets, you’re already so far away
Because I was young back then, because I didn’t know any better
Will you at least hear my excuses? And will you hold my hand again?
Even if it’s not now, even if it takes a little time
I will keep your spot empty, I will continue to stay here
I hope it’s not too late to bring you back (I will keep your spot empty)
I hope you won’t get so far that I can’t reach you (I will continue to stay here)