It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 21, 2013

Mengigau

Kejadian : Rabu (19/06/13), 11.30pm

Lepas maghrib, Aleeya tertidur kat ruang tamu masa tengok TV. Dia punya lena sampai tak gerak-gerak dari tidur. Dah pukul 11 lebih, aku kejutkan Aleeya.

Aleeya, bangun. Pergi masuk bilik tidur.


Aleeya bangun, duduk, pastu termenung. Lepas 2 minit, dia sambung balik tidur kat ruang tamu.


Aleeya!! Bangun!!! Pergi masuk bilik tu!


Aleeya bangun, masuk bilik. Then dia keluar bawa tuala. Terus dia masuk toilet. Dalam hati aku, mungkin dia  panas, so dia nak mandi sebelum tidur. Aku yang tengah angkat baju kat penyidai terus buat kerja. Tapi dalam hati aku dapat rasa ada something wrong dengan Aleeya.

Lepas Aleeya siap mandi, dengan masih berkemban dia datang kat aku.


Mummy, mana nak letak baju ni? Bakul baju kotor tak ada dalam bilik.

Kan adik baru pakai baju tu petang tadi. Kenapa nak tukar baju?

*diam*

Kenapa adik nak tukar baju ni? Kenapa adik mandi?

*diam*

Adik nak pergi sekolah ye?

*angguk-angguk*

Adik.... Sekarang baru pukul 11 lebih. Nak pergi sekolah tu lambat lagi, pukul 6am esok baru siap-siap pergi sekolah. Ni kau mengigau ni! Dah-dah, pergi pakai balik baju tu. Pastu tido!


Terus aku & Ika gelakkan Aleeya kaw-kaw!!



Teringat masa aku darjah 3, aku pun pernah mengigau macam Aleeya ni. Tidur lepas Maghrib, pastu bangun pukul 11pm siap-siap mandi nak pergi sekolah. Bila tengok barang-barang yang nak kena bawa ke sekolah tak ada, melalak la aku. Sebab hari esok nya ada jamuan hari raya, kena bawa makanan ringan. So minta Maklang belikan jajan malam tu. Bila tengok jajan tak ada, terus melalak macam orang gila. Padahal malam tu Maklang pun tak balik kerja lagi. Memang la jajan tu tak ada kan... Tak pasal-pasal Leen & Paklang gelakkan aku. Eeee... Macam sakai.



Siap nyanyi lagu Gummy Bear kauuuu!
Jangan pandang rendah dengan ngigau anak aku ni.
Even Siti Nurhaliza pun tak pernah tidur ngigau sambil nyanyi, hokeh!





Mari kita nyanyi lagu Gummy Bear sama-sama.
Mari kita selami hati Aleeya yang suka nyanyi lagu GB ni.
Agak-agak apa yang best ek?





Wednesday, June 19, 2013

Last paaaaperrrrrr (sila baca guna intonasi Jozan - Lawak Ke Der 1)

Cak!

Isnin (kelmarin) kitorang ada last paper JUE 300.
Paper start pukul 2pm - 3pm.
So pagi-pagi lagi aku, Nadia & Wazli dah keluar berjimba-jimba.
Almaklum la kan.. Paper akhir la katakan.. Paper English pulak tu.
So paper ni kira halal je la ye...


Pagi tu kitorang ke Paradigm Mall.
Lepas pusing-pusing, kitorang terus lunch kat sana.
Si Wazli tu dah kelaparan sangat dah. Sampai dah bertukar jadi naga tasik chini.
Tunggu masa je nak bertukar jadi puaka niyang rapik.

Lepas makan, kitorang terus pecut ke Intec, Shah Alam.
Sampai sana pukul 1pm, solat Zohor dan terus masuk dewan exam.

Punya la seronok berjimba-jimba, sekali paper English kali ni susah!
Essay pertama je yang buntang-buntang mata aku nak baca.
Haaa, padan muka aku.


Habis exam kitorang berjimba-jimba lagi.
Kitorang ke Mines, cadang nak karok.
Tapi sebab harga per hour mahal, so kitorang cancel karok.

Kitorang turun dan lepak & makan tepi sungai je la.



With dearest Nadia :)




Kitorang lepak kat Sweet Chat.
(sebelah kedai The Loaf)



Ni beverages Nadia. Siap ada nata de coco cocktail kat dalam.




Aku macam biasa, mesti la Mojito.
Aku kan pantang sikit nampak air berlayer-layer ni.
Asal ada air ni, mesti aku sawan.




Wazli order dessert - Durian Pancake
(durian crepe - RM9.90)




Ni makanan Wazli yang sudah sedia kurus kering.
Salad. Kuah dia sedappppp!!! Isi ayam pun banyak.




Ni Curry Laksa aku. Kuah dia pekat dan sedap.
Memang berbaloi dengan harganya. Siap ada prawn dumpling




Bake macaroni cheese Nadia. Punnn sedap gak!
Senang cite semua yang kitorang order, semuanya sedap-sedap belaka.

Ke, sebab kitorang ni lapar sangat?





Puas hati makan kat sini.




Jemput makan semua ye.... :)




To our beloved HERO

Entry : Special for my babyboop.. En Zul





Ahad lepas kitorang ke Leisure Mall, nak tengok movie Superman : Man of Steel.
Konon-konon movie ni nak dedicate untuk ayah, so nak dedicate untuk En Zul la.
Tapi baru start 20min cerita ni, aku dah lena dalam wayang - as usual.
(note : Tak payah la tengok cerita ni. Bosan.)



Lepas habis tengok wayang, aku beli kek ais krim Baskin Robbins.
Aku ambil kek vanila candy sweet (aku lupa nama kek tu.. Harharharrr!!)




Surprise!!!
Happy Father's Day, sayang.. We love u so much!!!




Harga kek RM55.00 + 6% GVT.
Total RM58++




Tak pasang lilin sebab tak ada lighter.
Laki mak kan tak merokok. Hehe..

Kitorang celebrate kat Roti Boy.
Siap order makan macam-macam.



Harus la kokak kan kek tu pakai pisau kan? Bior nampak sakai sikit. Huhuuu..




Menunggu makanan yang di order tak kunjung-kunjung tiba.

Punya la lama aku menunggu, sampai 2 orang staff asyik datang meja aku..

"meja ni menu apa yang belum dapat?"

"nasi lemak, wegdes, kuew teow, toasted bread peanut butter, milo dinasour, tea 4 layers, hot white coffee"

Datang lagi sorang staff tanya benda yang sama.

"meja ni menu apa yang belum dapat?"

"Dah 2 orang tanya. Tapi 1 benda pun tak sampai-sampai!!!"



Haaaa... Kau! Memang silap masa, silap tempat, silap orang la kau tanya kan?
Dah tau aku tengah lapor bak naga tasik chini, lagi nak tanya macam-macam.
Memang mendapat la...




Lapar punya pasal, kek yang manis deting tu pun boleh setel.
Tinggal kek yang keras bak batu tu je yang tinggal.
So dry ice tu menjadi mainan anak-anak aku.


Happy Father's Day, sayang!!!


P/s : Ika & Aleeya pakai baju baru. Auntie Leen yang hadiahkan.
Thanks Auntie Leen :)



Burger Bakar Abg Bakar a.k.a Burn

Sekarang ni kan tengah glamer burger bakar.
Antara yang selalu orang sebut-sebut Burger Bakar Abang Burn (BBAB).
Haaa... Sesuai sangat la dengan nama dia kan?
Kalau taruk nama Burger Bakar Abang Bakar, kang orang pun konpius.
Ni sapa yang kena bakar?
Burger ke, abang Bakar?
Hehehee...


Sabtu lepas aku ada exam paper JIF315 - Mathemaical Method.
Tak sangka-sangka dalam dewan exam aku duduk betul-betul sebelah Wazli!
Walaweiiii.. Hepi gila mak! Haha!!

So lepas exam aku gi makan dengan Wazli kat Pusat Komersial Shah Alam.
Kat belakang UiTM tu je.
Maka kami membawa perut masing-masing yang lapar ni ke Restoran Burger Bakar Abang Burn.

Sampai je sana, tengok kedai dah buka. Tapi kerusi masih ada atas meja, belum diturunkan.
Then kitorang masuk tanya dah buka ke belum.
Nasib baik staff tu cakap dah bukak, kalau tak terpaksa la aku bekerja part time kat BBAB tu.
Sebab nak bior cepat bukak kedai punya pasal, kena la buat kerja apa yang patut.
Lap meja ke, mop lantai ke, cuci pinggan ke, susun kerusi ke...
Janji kedai bukak cepat. Kahhh~



Staff masih menyiapkan order. Kena order kat kaunter ni, lepas ambil order dia akan bagi no meja.
Sebab kami orang pertama yang sampai,
maka kami mempunyai privilege untuk pilih meja yang kami suka.




Burger bakar in the making.





Ni burger aku. Burger daging supermo ke hape ntah. Lupa plak namanya.
Roti dia tak sedap. Keras. Sori la ye... Aku taruk tepi je roti dia tu.



Ni burger Wazli. Burger kambing special kot.
Ada onion ring dan 1 lagi bahan kat dalam tu. Aku lupa apa kebenda bahan tu.
Cendawan kot? Hahaha.. Tembak je la!!!




Tadaaaa!!!
Ni meatball BBAB. Sedappppp...
Sos dia pun sedap gak. Walaupun sedikit cair, tapi kira sedap jugak la.
Bebola daging tu moist dan besar.
Cheesy sos tu tak masin, mayo tu pulak tak masam.
Just nice je menu tu. Harga RM10.90.
Yang ni je aku ingat harga. Nasib baik meatball ni sedap,
penyelamat rasa roti burger yang keras kematu tu. Hahaha...




Seeeee... Moist gila meatball ni kan?
Sedapppp!!
Memang terasa daging dia, tak macam sesetengah meatball yang terasa tepung je.
Rasa daging tu pulak cuma kat celah-celah gigi je.



Air pulak dia kira RM1 untuk satu cup. Dan konsep nya adalah BOTTOMLESS!
Yes, bottomless. Boleh minum banyak-banyak. Memang sesuai untuk aku yang kuat minum air ni.
Ada air gas dan air kordial. Ice lemon tea pun ada. So aku rembat semuanya.




Memandangkan lunchion hari tu Wazli yang belanja, maka harus la beli burger black pepper tapau bawak balik rumah. Kenyang aku sampai ke malam! Kehkehkehhhh!!!


Thanks Wazli, kau memang baik. Selalu belanja aku. Semoga murah rezeki kau ye.
Aminnnn... :)


P/s : Rupanya kat area rumah aku ada cawangan BBAB ni. Dekat sangatttt... Nampak sangat aku ni rajin masak kat rumah, jarang-jarang je makan luar.

Tuiiiii...!!



Terima kasih banyak-banyak....

Jumaat lepas kitorang yang dah tua-tua bangka ni terima penghargaan atas perkhidmatan bersama COHORT lebih dari 5 tahun. Aku sendiri dah kerja kat sini 7 tahun, so secara automatik nya aku ni layak sesangat dapat anugerah ni khennnn..

Lepas meeting Jumaat, kitorang buat penyampaian hadiah oleh Datuk. Masa ambil hadiah tu, memang terasa sangat aku ni dah tua bangka. Sekejap je masa berlalu. Tup-tup dah 7 tahun berkhidmat.
Hehehee...



Alhamdulillah.. Kitorang dapat external hard disc brand Western Digital.
500 GB woooo! Aku pendrive 8Gb pun susah nak penuh. Ni lagi nak isi 500GB.
Hahaha... Takpe-takpe.. Apa-apa pun terima kasih la banyak-banyak.
Balik rumah aku terus transfer semua movie yang ada kat dalam lappy aku.
Terus penuh hard disc aku! Hahahahaha...


Isnin lepas pulak, Wazli bff aku tu bagi buku Unstoppable kat aku.
Wahhhhh!!! Gila best la.. Tak sia-sia aku mintak buku ni kat dia.
Thanks Wazli!!!!
Masa tu dia masih belum guna BB1M RM250 tu.
So alang-alang dia masih banyak voucher tu, aku kelebet la RM50.
Buku ni harga RM30++.
So apa la salah kalau kau nak bersedekah kat aku satu voucher untuk kawan kau ni.
Hehehehe... Besar pahala kau, wahai sahabat........


P/s : Nadia, sila minta buku Conan banyak-banyak kat Wazli. Mana tau kot-kot boleh dapat buku tu 6 episod (sebab nak cukupkan 1 voucher...)






Thursday, June 13, 2013

Symptom-symptom student bila final exam dah dekat (entri khas untuk diri sendiri)

Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load.

Membaca dengan kadar yang cepat. Entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif. Hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng.

Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. Cepat. Jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. Dan-dan... Tapi alhamdulillah..

Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi. Ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. Ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat...

Kalau main message tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang.
Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota-nota. Jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan. Selalunya merayau gi bilik orang. Tak pun keluar. Gi main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.

Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli.

Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir masa. Time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring, blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam dah dekat. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

Time ni lah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan :p

Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up. Hah... Ni memang sure. Meja study bersepah gila. Mana dengan highlighternya, pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nak borak.

Kalau nak cakap pun tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak-borak sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.

Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.
 
 
p/s : aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pun study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Hahaha... Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.


*Ada sesapa yang terasa tak? Dangg!!


Wednesday, June 12, 2013

Ulang

Sekarang masih lagi dalam mood exam.
Aku tinggal lagi 2 papers - Mathematical Method & English 300.
Selama 2 minggu aku pulun exam (huh, pulun la sangattt!) memang terasa sangat stress.
Memandangkan kerja ofis makin banyak sejak rekrutmen susulan dah bermula.
Terus buat aku rasa macam nak klon diri aku sendiri.
Kalau boleh nak klon banyak-banyak.
Sorang pergi keje, sorang study untuk exam, sorang jadi surirumah dan sorang lagi pergi gym.
Haaa.. Gym tu penting. Sebab bila dah kurus, aku nak terminate semua klon yang gemuk-gemuk tu.
Then aku tinggalkan yang kurus tu je untuk melalui kehidupan seharian. Hahaha!!

Pergh, gila mengarut!

Aku cuma nak review semua paper yang aku ambil tahun ni.

JIF314 - Thermodynamics
*JIF315 - Mathematical Method (Advanced Math)
JIF316 - Electronics II
JIF317 - Atomic Physics
JIF318 - Quantum Mechanics
JIF319 - Computational Physics (Fortran Programming)
JTW111/114 - Prinsip Perakaunan Kewangan
*JUE300 - English 300

*paper belum ambil

So far semua paper yang aku ambil (kecuali *) menjurus kearah kegagalan!
Ye, semua KE LAUT, KE PERIGI, KE SEGI TIGA BERMUDA, KE LONGKANG DAN KE CUNDANG!

Sedih gila kan?

Penat-penat pergi kurus intensif selama 3 minggu. Habis duit minyak & tol.
Penat maki-maki guard yang jaga pagar blok Saujana yang menggunung tu.
Penat sesat-sesat kat Georgetown, sampai gaduh-gaduh manja dengan Nadia (huhuuu.. Sedih gila bab ni!)
Penat study malam-malam untuk PB.
Penat pergi kelas, sebab susah cari parking.
Penat naik tangga Saujana, rasa macam nak tercabut tulang-tulang bontot.
Penat angkat barang. Sampai menggigil-gigil tempurung lutut.
Penat buat OT untuk dapatkan CTR untuk final exam.
Penat topup smartag & re-fuel minyak untuk tol ke Shah Alam.
Penat print nota sehari sebelum exam tapi harammm tak sempat nak baca.
Penat kerah otak jadi mesin fotostat untuk hafal semua jawapan assignment & jawapan PB.

KUMPUL PENAT SELAMA SETAHUN UNTUK SIDANG 2012/2013 TAPI FINAL EXAM KECUNDANG!!!!

Bukan salah sape-sape, tapi salah diri sendiri.
Dah tahu subjek tahun ni semuanya killer subject, kenapa masih leka?
Dah melalui 2 tahun yang sukar (2010/2011 & 2011/2012), tapi kenapa masih tak ambil iktibar?
Tahun lepas penuh attendance untuk sidang video, tapi kenapa tahun ni sekali pun tak pernah pergi?
So apa yang aku lalui selama setahun ni cuma sia-sia!

Wahai tuan empunya diri, sila persiapkan diri anda untuk ULANG semua papers yang anda ambil.
Tak payah mimpi la nak buat projek tahun akhir. Pegi mampss dengan final projek!
Elok-elok plan nak study 4 tahun, terus extend jadi 5 tahun.
Tu pun kalau 5 tahun. Kalau tahun depan ada sangkut jugak, temanya sila kumpul duit banyak-banyak untuk sambung tahun ke 6, 7 dan 8.

Dah, aku dah penat membebel.
Nak tido. Kbye!




Friday, June 7, 2013

Paradigm Mall - Fish & Co - Ajmal

Semalam lepas exam, aku & Nadia terus singgah ke Paradigm Mall (PM). Sebelum tu planning kitorang nak ke Giant Kelana Jaya je. Tapi sebab dah lalu kat sebelah PM, so kitorang singgah makan kat situ je la. Kat PM ada banyak kedai best-best. Antaranya kedai roti KOMUGI dari Jepun ni. Cantik-cantik weh roti dia. Harga pun tak la mahal sangat. Jom tengok roti yang sempat aku snap.



Semua roti ni berbentuk buah-buahan.
Orange, pumpkin & apple. Nice kan??




Aku berkenan betul caramel nuts danish ni.
Sumpah nampak sedap tengok walnuts dia banyak kat atas roti.




Ni anatara roti yang jarang aku jumpa. Ala-ala biskut pun ada jugak.




Tadaaa! Sempat beli satu fruit tart.
Sebenarnya aku nak beli 2 jenis. Tapi dia masukkan satu jenis je.




Meriah gila buah-buahan atas tart aku kan?
Kulit pastry ni dia guna digestive cookies rasanya. Ala-ala macam biskut Farleys Rusks baby tu.
Sedapppppp sangat!! Dan aku dah jatuh cinta pada pastry ni. Hahaa!


Lepas beli fruits tart, kitorang pegi lunch kat Fish & Co.
Kedai ni ala-ala Manhattan Fish. Semua makanan adalah fish based.



Bapak gila besar menu book dia. Macam fishing magazine je kan?
Ada satu menu yang agak 'wild' pada aku.
Dia guna swordfish. Tahu sword fish?


Ni dia swordfish.
Agak-agak korang tekak korang boleh telan ke ikan ni?







Nadia sedang memilih menu untuk ditapau kepada chinta hati nya.
Pilih Nadia... Pilihhhh.. Jangan sampai salah pilih sudah!



Ni fish shoulder soup. Ntah apa ke benda soup ni aku pun tak tahu.
Sedap jugak, cuma soup ni agak pekat & sangat creamy.
Betul-betul sangat creamy!




Ni add-on aku. Lychee Mojito namanya.
Sebutan mo-hi-to.
Jangan salah sebut, okay? ^_^
Sedap!! Siap ada laici, memang refreshing!




Here is our Seafood Platter for 2!
Harga RM52.95. Boleh share untuk 3-4 orang.
Kalau tambah RM7.95 boleh dapat side menu --> soup of the day & passion fruit.



It's temping, isn't it?

Aku paling suka butter sause kat blue mussels tu. Tak muak sangat bila perah dengan lemon tu.
Kalau tak perah lemon pun still tak muak. Sebab butter dia slightly je dia taruk.
Menggunakan ikan calamari dan digoreng dengan sempurna.
Udang pun masih moist. Cuma sotong dia agak lembut macam half cooked.
Walaupun sotong tu macam tu, tapi sedap jugak kalau makan dengan mayo yang dia sediakan.

Overall, aku memang suka platter ni berbanding platter di Manhattan Fish Market.
Kat MFM, semua benda dia goreng dengan tepung. So agak dried sikit makanan dia.
Nasi dia pun just nasi goreng cina biasa.
Kalau set yang aku pilih ni, nasi dia sedap, terasa macam nasi beriyani.

Aku bagi 4/5 bintang. Hilang 1 bintang sebab set ni ada fries.
Fries?? Apakah?
Macam la aku tak biasa makan fries. Padahal fries tu aku boleh beli dan goreng sendiri.
Cuma masalahnya aku malas nak goreng. Hahaha...




Ni mayo untuk dibuat cicah. Sedap!




Alhamdulillah, selesai...




Lepas bayar bill, dia bagi mint candy.
Nak buang muak la agaknya kot.


Ni antara menu yang aku gugel.
Sape-sape nak tengok menu lain, sila click SINI










Lepas makan, kitorang ke Ajmal.
Saja nak survey-survey.
Survey hokeyyyy... Bukan nak shopping pun~

Tak sampai 10 minit aku survey-survey kat situuuuu.........





Terus sambar 2 botol!!

Huwaaaaa.. Melayang pitis aku.




Aku amik Prose dan Sacrifice.
Dua-dua wangi ^_^

Tapi aku lebih suka bau Sacrifice. Tak salah kan nak pakai perfume lelaki?
Hehehe..




Pastu dapat tester jugak. Hehehe...
Kalau beli sebotol harga RM175. Tapi kalau ambil 2 botol, harga jadi RM190.
Tapi sebab aku ambil dua-dua yang paling laris & paling disukai, maka harganya tidak menjadi RM190.
Harganya RM220. Kira ok la untuk harga 2 botol kan.
(En Zul balik aku nak claim kat dia. Haha)




Ni dia rupa bentuk perfume. Aku saja tak nak bukak kotak dia.
Nak surprise kan untuk En Zul.
So aku gugel je la gambar perfume ni ye. Yang paling atas sebelah kiri tu, aku pernah beli untuk someone.
Tu pun wangi jugak. Tapi Prose & Sacrifice lagiiiiiii wangi.
Tu yang terus beli tu! Huhuuu...