Tu pun lepas last week dapat pm dari sorang kawan tanya pasal satu entry yg pernah aku up dulu.
Dia tanya betul ke ni blog aku?
Agaknya dia tak sangka sambil-sambil dia google boleh terjumpa pulak blog aku yang sendu ni.
So ni kira first entry aku untuk tahun 2016 la ye...
Dah lama sangat aku tak menaip kat sini.
Ni tempoh berkabung palinggggg lama sepanjang aku wujudkan blog ni.
Last entry aku was on Sept 2015.
Ntah la, tetibe aku rasa malas nak berblog.
Bahan entry banyak. Macam-macam nak story.
Tapi mood nak menaip tu tak ada.
Sepanjang aku berhibernasi ni, aku rajin melayan forum je.
Tengok-tengok gosip retis, layan blog resepi.
Tambah pulak dengan kerja ofis lagi.
Nak kata busy sangat tak la jugak. Cuma kadang-kadang bila dah buat keje ofis, jadi malas nak berblog.
Oh ye.
Anak-anak aku dah pindah sekolah kat area rumah aku.
No more sekolah kat Cheras.
Jauh nokss nak ulang-alik Cheras-Semenyih.
Sian kat boifren aku tu nak kena duty hantar/amik anak sekolah.
Takpe la banggg.. Anak-anak kau jugak.
So berkorban la sikit. Ngahngahngahhh!!
Tapi tahun ni tugas tu jatuh kat aku pulak.
Sebab bila dah anak-anak sekolah kat sini, En Zul boleh buat keje ofis lama sikit.
So lambat la En Zul balik umah. Nak outstation pun tak kalut nak fikir pasal sekolah anak.
Bila dah nak uruskan hal keje, hal sekolah anak, hal study, hal diri sendiri..
So masa untuk berblogging tu sangatttt terhad,
Jangankan nak up entry, nak pegi singgah blog yang aku feberet pun tak sempat...
Gila malas aku kan?!
Hmm.. Tahun ni insya Allah aku habis study, lebih kurang bulan Nov ni boleh graduate.
Tu pun dah extend 2 tahun.
Kalau ada baby baru, kompem dah baby aku boleh berlari sambil menari janam-janam dalam tempoh 2 tahun ni hokehhh..
Eh, konpiden!!!
Hahahaa..
Tanggal 10 Mac 2016 ---
Arwah abah pergi meninggalkan kami semua.
Abah pergi dengan tenang,. Mungkin selama dia nazak, dan menanti sakaratulmaut menjemput nyawanya, dia dah menanggung azab terlalu lama.
Alhamdulillah pemergiannya amat mudah dan kami redhai.
Sebelum ni abah was suspected ada TB.
Kami bawak abah checkup kat Hosp Selayang. Sebelum ni medical record abah ada kat HKL.
Kami bawak ke Hosp Selayang bagi memudahkan mak nak ulang alik ke rumah-hosp.
Abah diberi ubat TB selama 3 bulan.
Then kami kena bawak abah semula ke hosp untuk followup on 03.03.2016.
Masa tu abah dah mula tak makan makanan pejal. Cuma minum air je.
Sebelum tu pun abah memang kurang makan. Tapi ada la jugak masuk nasi sesudu dua.
Then masa check up tu alhamdulillah TB abah dah tak ada.
Tapi still kena admit ward sebab abah tak makan. Badan makin kurus dan merosot.
Doc suggest nak masuk tube melalui hidung utk supply susu protein.
Kitorang setuju la.
Lepas dah masuk tube tu, abah dah bertenaga balik.
Siap boleh bergurau senda dengan jiran dan sedara mara yang datang melawat.
Malah siap dia cabut tube tu & drip kat tangan dia.
2x abah cabut tube tu. Mungkin dia rasa tak selesa. Lagipun dia dah ada tenaga.
So dia rasa tak perlu nak bertube bagai semua tu.
Lepas tu, abah dipindahkan katil utk pemantauan ketat oleh doc.
Then selepas tu abah makin lemah. Pernafasan makin berat.
Abah mula diberi bantuan pernafasan dan mesin untuk kuatkan jantung abah.
Saat abah mula nazak, kami semua sempat berkumpul jumpa abah.
(dan malam tu hati aku memang sedikit gelisah. Aku cakap kat En Zul yang aku tak sedap hati. Selepas 5 min, mak mesej suh balik sebab abah dah tenat. Kuat naluri aku...)
Masa aku melawat abah, aku pegang tangan dia.
Sambil aku panggil dia, dia masih boleh merespon dan buka sedikit mata dia.
Aku cakap, "Abah, adik balik dulu.. Nanti adik datang balik. Abah kena kuat tau..."
Dia buka mata dah pandang ke arah aku.
Aku tau dia nak cakap something, tapi hanya pandangan berat je yang mampu dia beri.
Lepas aku usap tangan dia, aku salam dan cium tangan dia.
Aku balik ke rumah tepat jam 11.00 malam.
Aku sampai rumah lebih kurang jam 12.10 tengah malam.
Aku rehat sekejap sambil check wasap.
Dalam jam 12.20 tengah malam aku tido. En Zul dan anak-anak dah selamat tido lepas sampai umah.
Lebih kurang 12.40 (selepas 20 minit), pakteh call cakap abah dah "pergi"....
Aku redha.
Aku sekeluarga terus gerak ke hosp.
Terus ke katil abah, tengok sebujur tubuh abah diam kaku.
Aku tengok mak tenang... Tenang sangat....
Tak mungkin aku mampu setenang mak.
Dari penceritaan mak & makteh, arwah abah pergi dengan mudah dan tenang.
Mak sempat ucapkan khalimah syahadah ke telinga abah.
Abah sempat buka mata disaat kalimah syahadah dibisikkan ke telinga nya.
Alhamdulillah, semoga abah pergi dalam keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah.
Kami sekeluarga menguruskan jenazah abah sehingga selesai tengahari esoknya.
Alhamdulillah ramai kawan-kawan, jiran dan sedara mara yang datang menziarah dan membantu kami.
Urusan pengebumian pun lancar diuruskan oleh jiran-jiran di Wira Damai.
Kubur pun dapat di Taman Permata, Sri Gombak. Dekat sikit dengan rumah.
Majlis tahlil untuk abah dijalankan 3 malam berturut-turut.
Malam ke tujuh pun kami buat untuk arwah abah.
Insya Allah malam ke 40 kami akan buat pada 16 April nanti.
Alhamdulillah dulu masa abah sakit, mak pernah rakam suara abah memanggil-manggil nama aku.
Masa tu aku kat USM. Sebak aku dengar.
Malah aku menangis masa aku membalas voice massage tu untuk abah.
Whatsapp Voice - Family-
Voice Mummy - "Yati.... Yati.... Yati....Yati...."
Voice Me - "Abah... Adik kat Penang.. Adik ada kursus.. Nanti adik balik adik jumpa abah..."
Leen is typing.....
Leen : Oiiii apa ni main voice-voice ni?!!!!
Hish.. Kacau betul la budak ni!
Alhamdulillah, rezeki abah masih ada walaupun dia telah pergi meninggalkan kami.
Terima kasih kepada yang memberi sumbangan, samada dalam bentuk wang, masa dan tenaga kalian.
Terima kasih juga atas doa-doa yang dikirimkan kepada arwah.
Semoga Allah dapat membalas jasa anda semua.
Tahun 2016 ini bermula nya kami adik beradik menyambut hari kelahiran sebagai anak yatim tanpa abah.
Tahun 2016 ini bermulanya mak hidup tanpa teman.
Teman bergaduh, teman bermanja, teman sehidup dengan nya.
Semoga tahun ini membawa seribu satu kenangan untuk kami dengan arwah abah.
Aku mengharapkan abah dapat memberi keampunan kepada aku, menghalalkan makan minum aku.
Abah mewalikan aku semasa pernikahan aku. 05.03.2011
Abah menepung tawar di majlis resepsi kami. 06.03.2011
Haji Aziz bin Haji Salleh
09.07.1940 - 10.03.2016
AlFatihah ---
Semoga abah tenang di sana.. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa abah.
Semoga Allah pertemukan kita sekeluarga di padang Mahsyar.
Semoga Allah satukan kita sekeluarga di Syurga Nya...
Aamiin.
Adik sayang abah.
Adik rindu abah.