It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 18, 2011

Edisi Balik Kampung : Manisnya Rambutan Ini~

Khamis lepas (14 Julai 2011) aku dan En Zul balik kampung.
Kami cuma balik berdua. Anak-anak tak ikut sebab ex-wife dia tak bagi. (Hokeh, fine!!)
Kami gerak pukul 6pm, singgah pasar malam Bandar Tun Razak beli apam balik dan yong taufu.
Pukul 8pm kami sampai di rumah Maklang. Kami ada bawa daun ketupat palas untuk Maklang. Nak harap aku yang anyam ketupat tu, kirim salam la ye. Memang serba serbi lembab aku mengayam.

Dalam pukul 9pm selepas kenyang mentekedarah yong taufu dan apam balik, kami bergerak menuju destinasi.

Semasa perjalanan kami dibuai perasaan mengantuk yang teramat sangat.
Yela, baru balik kerja dah bergegas nak balik kampung pulak.
Anak-anak tak ada, sure la dalam kereta senyap je.
Tak ada orang nak berceloteh, tak ada ada yang melompat-lompat.

Sampai di RnR Tapah jam 11.30pm, kami berdua melelapkan mata. Lebih kurang pukul 1.20am kami tersedar. Masa ni aku dah mula selsema, batuk dan sakit tekak. Petanda nak demam la tu.

Lebih kurang pukul 2.30am kami sampai Sg Bakap, Penang. Kami tumpang tidur rumah adik En Zul (Pinat aka Maknjang). Esoknya pukul 9am kami gerak ke Kulim Hi-Tech Park untuk ambil beberapa geran tanah.

Ha, iklan sekejap. Siapa-siapa nak beli tanah area utara, boleh cari En Zul ye.
Antaranya :

- Langkawi ( 3 ekar / RM2.5juta / bumiputera)
- Jitra (1 ekar / RM140k / komersial)
- Kulim (9 ekar / RM320k / bumiputera)
- Baling (10 ekar / RM 360k / bumiputera)
- Kulim Hi-Tech (92 ekar / RM2.8juta / bumiputera)

Ni semua harga boleh nego. Jadi siapa yang berkenan, boleh la roger-roger. Pic aku tak sempat nak ambil. Sebab tak sempat nak lawat semua tapak. Mungkin tapak kat Hi-Tech, kami nak propose kat NAZA Group. Diorang pun tengah cari tanah area Kedah.

Lepas dapat semua geran, kami pergi isi perut di Jalan Kelang Lama area Kulim Hi-Tech (sebutan Kelang adalah Klang ye.. Dulu-dulu diorang sebut Kilang, tapi orang utara sebut kilang adalah kelang.)
Kami makan di restoran Sila..O..Sila...
Lauk-pauk memang heaven, sampaikan kami tak tahu nak pilih lauk apa.

Akhirnya aku ambil ayam bakar, sup daging dan kerabu taugeh. Ayam bakar dia guna arang, rempah pun sedap. En Zul ambil lauk ikan bakar, kerabu taugeh dan sambal sotong. Sotong dia besar gak la. Memang sedap lauk kat sini (ke sebab aku ni lapar sangat?). Suasana pun best jugak.

Tapi aku terlupa nak snap pic lauk yang aku ambil. Memang aku lapar sangat!


Restoran Sila.. O.. Sila... di Kelang Lama, Kulim

Lauk pauk yang cukup heavan. Ni baru sebelah sini, sebelah kiri ada lebih kurang 30 jenis lauk lagi!



Lepas makan kami ikut jalan belakang untuk sampai ke Pokok Sena.
Sepanjang laluan, aku menggelupur tengok pokok rambutan di setiap rumah orang.
Tahun ni memang menjadi buah-buahan tempatan.Sepanjang aku lalu situ, banyak betul orang menjual buah rambutan dan durian.Tapi tak la laku sangat, sebab diorang pun ada tanam jugak. Yang membeli mungkin orang luar yang lalu di situ. Memang rezeki aku kali ni balik masa dusun banyak buah. Kalau dah bulan puasa baru buah nak masak, memang akan jadi busuk la buah tu kat tanah. Yela, bulan puasa siapa nak makan buah kan? Nak melantak habiskan 1 pokok rambutan tu, memang boleh mati kekenyangan la jawabnya!

Sampaikan aku rasa pokok rambutan tu macam pokok bunga je. Buah rambutan yang merah menyala dan kuning tu ibarat bunga pulak. Dah macam hiasan di keliling rumah. Hahaha..

Kami singgah ke rumah abang Awang (sepupu En Zul). Kami dijamu durian. Aku rasa la buah tu dalam 4-5 ulas. Ulas ye, bukan 4-5 biji! Then demam aku menjadi-jadi.

Sampai rumah mak mertua aku, dia ajak aku pergi rumah besan dia (mak mertua Linda- adik En Zul) di Jitra.
Ok, edisi cuci mata tengok pokok rambutan di rumah orang semula!
Balik dari rumah besan mak mertua aku, kami berdua singgah di dusun En Zul.
Sampai je kat dusun, aku park kereta dan terus menuju ke pokok rambutan.
Petik sebiji, kopek dan makan!
Memang superb buah tu. Dah la aku ni memang hantu rambutan. Bila dah masuk dusun, sah-sah la aku duduk je bawah pokok sambil mengisi perut kan? Hahaha..


Ni la dusun En Zul. Keluasan lebih kurang 6 ekar.

Dusun yang memanjang ke bawah.

Pokok dokong. Dalam masa 2 minggu buah masak sepenuhnya.

Pokok rambutan gading

Pokok cempedak

Pokok rebung pun ada

Orang Ori. Hakhakhakkk..!!

Menunjuk bakat depan isteri tersayang.
Malu la kan kalau orang kampung tak reti panjat pokok! =p



Lebih kurang setengah jam, Kak Long ipar aku (kami panggil Mak Long) sampai dengan anak-anak dia. Rumah dia kat Jitra, so dia tahu kami ada, dia datang la sekali. Mak Long ni hebat orang nya. Dalam duk dia puasa ni masih sempat dia melakukan aksi ngeri kat dusun.


Mak Long dah mula menunjukkan aksinya.
Ni dia puasa tau, kalau tak puasa aku tak tahu la macamana gayanya!

Rendang je pokok ni. Anak Mak Long pun boleh capai je buah rambutan ni.



Alhamdulillah memang rezeki aku kali ni dapat merasa buah dokong. Walaupun kebanyakkan daripada nya belum masak, tapi ada jugak beberapa tangkai yang dah masak. Dapat la aku merasa buah dokong tu.

Buah cempedak aku tak dapat rasa. Tapi aku tak kesah pun. Sebab malam sebelum kami gerak tu Maklang (mak aku) dah goreng buah cempedak untuk aku dan En Zul.


Buah dokong yang masak.

Ni hasil dari dusun En Zul.

Objek yang hendak difokuskan adalah perut En Zul.
Mengalahkan perut perempuan mengandung 5 bulan!
Hahaha..


Sedang aku seronok ambil gambar sambil mengunyah buah rambutan, aku terpandang benda ni.


Pokok pun gantung cd.
Ingatkan AC Mizal & 4U2C je suka gantung-gantung ni.

Aku : Abang, kenapa gantung cd ni kat pokok? Banyak pulak tu. Hampir semua pokok ada cd ni.


En Zul : Tu nak elak dari monyet makan buah ni.


Aku : Macamana pulak tu?


En Zul : Bila monyet tu tengok cd ni, dia akan ternampak muka dia sendiri kat cd tu. Dia ingat ada monyet lain yang tengah tengok dia. Bila dia terkejut, dia lari la.


Aku : Kalau monyet tu bawak kawan, mesti dia tak terkejut kan? Sebab dia ingat tu kawan dia.


En Zul : Tak, dia mesti lari. Sebab cd tu bergoyang-goyang. Mesti dia pelik tengok monyet dalam cd tu.






Ni antara rambutan yang sedappp..


Esoknya kami pergi ke rumah Pak Cik aku kat Kuala Nerang.
Tak ada pic. Hehehe..

Balik dari rumah Pak Cik, aku ajak En Zul pergi ke Pekan Jitra.
Motifnya : Makan Radix Fried Chicken (RFC) dan Nash Pizza!

Tapi malangnya nasib aku sebab RFC tutup. Uwaaaaaaa....

Setiap kali aku balik kampung, kompem aku akan beli pizza ni. Walaupun dia bukan standard Pizza Hut dan seangkatan dengannya, tapi pizza ni sedap. Pastri dia lembut, topping pun banyak. Harga? Sangat berpatutan. Dulu harga dia RM3.70. Tapi sekarang dah naik harga jadi RM4. Tapi tak kesah la, kalau dah suka aku beli je...



Ada 3 jenis pizza. Memang fav aku.

Nash Pizza

Chicken Pizza

Tuna Pizza

Aku pun dah lupa apa kebenda namanya!

Ha, kasi promote sikit!

Siap taruk add lagi. Tapi semua area utara ye.
(pada siapa yang kahwin orang selatan, mahap ye.. Cawangan belum dibuka!)


Balik dari Jitra kami ke Kuala Nerang semula untuk ke rumah adik En Zul. Kami panggil nama dia Yang (Pak Ndak), bini dia kami panggil Ida (Mak Ndak).

Ida ni ada tanah kat Kuala Nerang. Jadi dia mohon dari projek Mesra rakyat untuk buat rumah kat tanah dia tu. Setiap bulan Ida akan bayar RM100 dan keatas kepada kerajaan dan kerajaan akan simpan geran tanah sehingga duit rumah selesai di bayar. Kira ok la projek ni bagi rakyat yang kurang mampu.

Rumah ni agak besar jugak la. Ada 3 bilik, dan bilik master siap ada bilik air. Haaa.. Mana nak jumpa rumah bantuan macam ni? Siap dengan sliding door. Cuma warna cat tu standard untuk permulaan. Kalau kau tak suka kaler dia, kau boleh cat sendiri lepas rumah tu siap. Tapi sepanjang pembinaan rumah tu, kalau kau gatal-gatal pergi beli tin cat dan suruh mamat indon tu cat rumah tu ikut suka kau, memang dia tak layan! Melainkan kalau kau nak suruh tambah pasang tiles ke, kau just hulur je tiles atau duit kat diorang. Tapi selalunya diorang tak layan la. Dan pemohon akan renovate rumah tu lepas rumah siap.



Aku lupa nak snap pic rumah Ida. So aku search Google je la.
*Apasal rumah ni aku nampak macam kecik je? Huh, debit pada pemilik gambar!*


En Zul bercadang untuk mohon buat rumah untuk ayah dia kat tanah dusun tu. Tapi masih dalam perbincangan sekeluarga. Sebelum kami balik dari Nash Donut & Bakery tu, aku sempat beli pizza untuk dimakan di rumah Yang.

Aksi di rumah Yang :


En Zul sedang mengagah Irham.
Amboi bang.. Macam nak kasi hint-hint kat aku je?

Balik dari rumah Yang, kami ke dusun Kak Long pulak (memang merata la kami berjalan hari ni)

Kat dusun Mak Long ni ada rumah. Tapi diorang tak nak duduk sini. Diorang lebih suka duduk di Jitra.
Sampai je kat dusun aku tengok banyak 'hasil'nya.
Nak tengok gambar?
Silakan :


Gila meroyan aku tengok pokok rambutan ni.

Ni sedap. Manis dan lekang isinya.

Aku ni macam batak tengok dusun ni.
Orang batak pun tak sebatak aku!

Hulurkan tangan, capai mana berkenan, terus ngap!

Adik ipar aku (Maknjang) nak tunjuk aksi.
Yang En Zul pulak nak sibuk-sibuk mengajar.

Dia pulak yang offer diri.


Haaa... 'Hasil' ni pun banyak!


'Hasil' ni memang banyak kat dusun Mak Long.
Yang masih fresh pun ada gak.

Ni hasil kaitan dah dusun Mak Long.
Terbaekkk dari ladang!


Esoknya kami nak balik KL. Sempat gak aku masak untuk lunch.
Lepas mengemas barang, kami gerak ke Sg Petani untuk makan Radix Fried Chicken (RFC). Aku ni dah lama teringin nak makan RFC, konon-kononnya halal sebab produk Malaysia. Aku iyaaa kan je laaaaaa....

Sampai di SP, En Zul bawak aku tengok rumah arwah makcik dia yang jaga dia masa kecil dulu.
Then kami singgah dia rumah Abg Azman (kawan jamming kami). Mak Abg Man sakit, kami nak melawat la kononnya, tapi makcik tu masuk wad dan waktu melawat dah tamat.

Jadi kami bersembang dirumah Abg Man je. Kami bagi rambutan untuk family Abg Man.
Lepas sembang-sembang, kami pergi makan RFC.
Alhamdulillah RFC kat SP ni bukak.
Aku beli Set Deluxe B (kalau KFC tu kira macam dinner plate la). Macam biasa kami berdua kongsi 3 ketul ayam. 1 ketul aku ambil rasa Herbs, 2 ketul aku ambil spicy.

Rasa RFC? Not bad.. Walaupun tak sesedap KFC, tapi dia ada originality dia sendiri.
3 star untuk RFC! hehehe...
(pic tak ada ye...)

Lepas kami makan, kami ke Butterworth pulak untuk singgah rumah Maknjang aku.
Dah lama orang tua tu tunggu aku. Kebetulan aku bawak album kawin aku, so diorang boleh la tengok.
Maknjang aku masak bihun sup tulang lembu.
Ahhhhhh.. Makan lagi! Heheheh.. Macam biasa, bagi rambutan kat Maknjang.

Dalam pukul 6 lebih kami balik ke KL-nonstop!


En Zul mengantuk dan aku tolong urutkan leher dia.
Tapi.......
Sila fokus pada lengan aku yang putih gebu tu ye.. hahaha

Sebagai bukti untuk hantar ke JPJ.
Ni speed laju-laju alasannya mengantuk.


Tapi ada satu benda yang aku pelik. Bila En Zul pecut laju-laju, mesti aku rasa nak terkencing. Seolah-olah ada getaran yang menggeletek bijik kelentit aku. (kalau laju-laju memang geli bijik kelentik eh? Oppss..)



Balik KL baru aku sedar yang WSL dah ada cop mohor!

Aku : Bang, kenapa ni?


En Zul : Abang langgar something kat kebun kat Kuala Pilah aritu masa nak lawat tapak projek. Hmm.. Biarlah... Dah nak kena, nak buat macamana?




Amboiiiiii... Sajaknya kau bercakap, bang!


Terguris hati aku..........

Thursday, July 14, 2011

Mode : Takut

Kali ni aku nak cerita pasal perasaan takut aku pada masa kecik-kecik dulu.
Seingat aku banyak jugak benda yang aku takutkan.
Kalau orang yang berlagak, mesti dia akan cakap macam ni pada aku, "kita ni kena berani, kalau nak takut pun pada Tuhan je.."

Hoiii.. Aku ni manusia biasa yang serba serbi normal tau!
Tuhan dah wujudkan perasaan takut tu dalam hati aku, of cos la aku kena gunakan ia.
Cumaaaa... Cara untuk kita handle dan atasi perasaan tu je yang aku failed!

Ok, ni antara beberapa perkara yang membuatkan aku menjadi takut :

- Berkenalan dengan Cik Li
Masa aku 8 tahun, sepupu aku Mazli ada datang rumah. Kebetulan malam semalam rumah Maklang blackout (cisss.... teruk betul LLN zaman dulu. Terus bankrap dan TNB yang ambil alih syarikat tu). Then Maklang pasang la beberapa batang lilin. Esoknya masa Mazli sampai, kami ramai-ramai main bersama-sama. Tiba-tiba mazli terjumpa seekor lipas (Cik Li). Terus dia tangkap dan bubuh lilin yang cair kat atas badan lipas tu.

Aku : Hei, Li! Ko jangan buat macam tu. Sakit la lipas tu.


Mazli : Eh, lipas ni kena bunuh tau! Kalau ko tak bunuh, nanti dia gigit telinga ko sampai putus! Kau tengok kaki dia ni, berbulu... Bulu dia ni ada racun.

Oooo.. Lipas boleh gigit telinga budak erk?
Haram jadah kau, Mazli!
Serius aku percaya cakap dia.
Masa kecil dulu, kalau ada lipas mati dalam lubang jamban aku, kompem aku takkan berak punya! Aku akan tahan bijih tu dari keluar. Seboleh-bolehnya aku akan tahan sampai kembung perut! Kadang-kadang bila aku dah flush tandas tu, lipas tu mesti akan ada jugak terapung-apung dalam lubang tu. Masa tu aku isi air dalam baldi, then aku jirus dalam tu! Settle!
Dan paling haram jadah bila aku jadi takut dengan Cik Li sampai la sekarang! Boleh pengsan wooo kalau benda tu masuk dalam kain aku!

- Lalu kat tepi lorong rumah Maklang.
Aku ada history nampak hantu kat lorong tepi rumah Maklang. Masa tu aku umur 5 tahun. Bab hantu ni memang kepala aku ingat sangat-sangat. Masa tu waktu petang, dah nak masuk senja. Hari pulak hujan lebat. Aku tengah seronok main payung basah kat luar rumah. Maklang panggil masuk rumah, tapi aku degil. Maklang marah terus tutup pintu. Aku bersama-sama Si Degil terus bermain payung. Hari semakin gelap. Tiba-tiba aku dengar orang ketuk dinding kat lorong tu. Bila aku toleh, aku nampak ada tangan pucat tengah melambai ke arah aku! Menjerit la aku! Bila Maklang dengar jeritan aku, terus dia bawak aku masuk rumah. Masa tu aku dah menangis teruk sambil menjerit-jerit. Maklang pulak punya la nak jaga hati aku, dia cakap "Itu tangan mak la dik..." Ye la!!! Tangan mak dah putus ke siap boleh terbang-terbang memanggil aku?? Waaa... Aku punya la fobia dengan lorong tu sampai langsung tak berani nak lalu situ. Bila umur dah 12 tahun baru aku berani lalu. Itu pun bukan lalu dengan mode "berjalan", tetapi aku lalu dengan mode "berlari". Hahaa...

- Mak Teh aku
Masa aku kecik dulu, Maklang hantar aku ke rumah Mak Teh aku. Dia yang jaga aku bila Maklang pergi kerja. Kalau ikutkan, Makteh bukan la orang yang pertama jaga aku. Ada orang lain jugak. Tapi sebab Makteh ni sayang gileeee dengan aku, seboleh-boleh dia nak jaga aku jugak. Ye la, aku kan comel sejak kecik.. Maka terserlah la kecantikkan aku sampai la sekarang! (silakan muntah!). Tapi Makteh ni garang orangnya. Kalau bercakap tu macam menjerit! Serius aku takut dengan dia. Tapi aku pandai amik hati dia. Kalau aku nak duit ke, coklat ke, mesti aku cakap manja-manja dengan Makteh. Kompem dapat punya la! Pernah banyak kali dia bawa aku balik ke kampung dia. Masa tu aku rasa macam nak hilang nyawa! Ye la, aku kena hidup sendirian tanpa Maklang dan Paklang bila ikut Makteh! Tapi, aku kan pandai amik hati dia. Apa ada hal?? Hahahaha...

Ok, cukup dulu sampai sini. Aku nak makan. Laparrrrrrr....!!!
Sekian.

Wednesday, July 13, 2011

Kala Ini

Kala ini
Aku bersendiri lagi
Menerjah kotak kenangan yang pernah singgah dalam hidupku..
Memutar segala kenangan pahit dan manis
Untuk dijadikan mainan kekosangan jiwa.

Kala ini
Wajah-wajah itu menerpa di setiap lapisan bayangan mataku
Melemparkan senyuman palsu yang tidak pernah jujur padaku
Lalu, kata-kata mereka yang dusta menjadi tetamu dalam ingatanku..

Tegar!
Mereka terlalu tegar melukakan hatiku
Mencampakkan garis-garis luka yang tidak pernah dimamah usia
Kesan yang mendalam membibitkan rasa benci,
Rasa kecewa yang membunuh jiwa!
Terus melangkahkan kaki untuk berlari
Namun ke mana?

Jiwa ini terlalu lemah untuk mentafsir
Apatah lagi untuk menerima
Meronta-meronta untuk melepaskan ia pergi
Pergi jauh yang tidak mungkin dapat kembali

Dalam sedar aku menangis
Memujuk hati yang telah kecewa dan dilukai
Hati kecil yang menjerit dizahirkan pada air mata
Semoga kering selepas membasahi luka

Pernah jua ku bertanya pada sang hati
"Kenapa masih percaya?"
"Kenapa masih rela?"
Namun, hati terus membisu..
Terus merelakan untuk diluka...

Kala ini
Minda masih terkurung dalam kenangan itu
Tetapi aku yakin..
Walaupun luka itu telah tertutup rapat..
Namun parutnya masih kekal ada...
Terus mengingatkan aku pada sang pendusta
Yang telah membunuh hati kecil sang pencinta!

Raja Buah

Semalam aku dan En Zul nak pergi ambil anak balik tusyen.
Kami singgah di Bukit Permai untuk beli buah durian.
Rupanya tengah musim durian.
Bulan lepas kami round satu Cheras, haram nak jumpa buah durian kampung.
Yang ada cuma durian kahwin.

Masa sampai kat tempat jualan buah durian tu, Masya Allah...
Punya la banyak durian yang diorang jual.
Ada 5 buah gerai. Dan setiap gerai tu ada dalam 4-5 longgokkan durian.
Tempat jualan dah macam pesta. Jalan pun dah mula sesak!

Kami memilih sebuah gerai yang agak ramai pengunjungnya.
Tengok papan tanda harga, hmm.. Agak murah!
Ada yang selonggok RM10.
Ada 5 biji RM10.
Ada 4 biji RM10.
Ada 2 biji RM10.

Pilihan kami adalah durian kampung.
Hm, sedapppp...
Kami pilih yang harga RM10 untuk 5 biji.
So En Zul ambil 10 biji. Then kami dapat free lagi sebiji!
Wah... terima kasih bangggg...
Hekhekhekkkk..

Jom tengok gambar!



En Zul tengah memilih buah.
Yang pasti BUAH yang En Zul pilih adalah terbaikkk!
Muahaha..




Suasana di gerai



Pastikan yang besarrrr... Wangiiii...
Buahnya bergoyang bila dikocok-kocok..
Buah bergoyang?



Juga disediakan tempat untuk makan buah durian.



Lambakkan buah durian dari serata negeri.
Silakan pilih mana yang berkenan ye.
Pilih saya? Maaf, saya tidak dijual!

Minah dua orang ni tadi duduk melangut tengok orang memilih buah.
Bila diorang nampak Miss Universe sedang ambil gambar suasana gerai, diorang pun sibuk
gak nak jadi Miss Universe amik gambar!



Ni adalah buah En Zul.
12 biji semuanya.
*Dalam gambar cuma ada 10 biji. Lagi  2 biji masih tergantung dan bergoyang bila dikocok-kocokkkk...*
Hahahahahaha....



Ok, mari beredar!

Lepas ambil anak, kami balik Gombak.
Bukan main seronok la Maklang dan Paklang.
Leen pulak seronok jumpa anak-anak buah instant diorang ni.

Oppss.. Gambar makan durian tak sempat nak snap.
masing-masing tengah sibuk makan buah durian.
Walaupun cuma ada 11 biji buah durian, tapi isinya banyak.
Cukup untuk kami sekeluarga makan.
Alhamdulillah... =)


*Orang lain sibuk makan durian, aku pulak sibuk makan nasi dengan sup ayam. Aku lapar!*

Tuesday, July 12, 2011

4D

Tajuk entri tu bukan aku nak support main no ekor ye.
Bak kata pelakon cerita Nyangkung, "KTM"
Kuda.
Toto.
Magnum.


Hahaha..


4D yang aku nak cerita ni adalah mengenai wayang yang menggunakan teknologi 4D.


Minggu lepas aku dan En Zul pergi Ke VIVA.
First time aku pergi sana.
Nak tengok wayang Transformers, tayangan pukul 10pm lebih.
Yang available adalah 3D Transformers pukul 9pm.
Tengok jam pukul 8.15pm. Ok, set.. Kami ambil movie 3D.


Sebenarnya aku tak berapa suka tengok 3D.
Jakun la katakan.
Aku ni tak berapa suka tengok tv ke, wayang ke, kalau yang siap kena pakai spek macam Robocop tu.
Serius pening kepala aku dibuatnya.


Tadi aku baca myMETRO.
Tetiba mata aku tertancap pada entri ni :


Pawagam teknologi 4D diperluas


Terbaru.. Filem Kung Fu Panda 2 4D ditayangkan di Seoul minggu lalu
LOS ANGELES : Disebabkan sesetengah penonton wayang kurang berminat dengan filem tiga dimensi (3D) yang dianggap mahal, Hollywood kini dilaporkan dalam proses mengubah produk mereka kepada format empat dimensi (4D).


Bagaimanapun, sebahagian peminat berasa loya atau pening selepas menonton filem 3D seperti Kung Fu Panda dan yang terbaru, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. (aah.. macam aku. selalu pening selepas 15min yang pertama tayangan. Tak payah nak tunggu sampai habis movie!)

Sebuah syarikat Korea Selatan kini giat membina pawagam dilengkapi kerusi yang mampu bergegar mengikut keadaan dalam filem (wahhh.. Best nih!)
Melalui teknologi 4D itu, penonton juga bakal merasai pelbagai kesan khas yang dimasukkan ke filem, seperti angin, kabus, kilat serta bau-bauan..


Dikenali sebagai CJ 4DPlex, syarikat Korea Selatan itu baru membuka pejabatnya di Los Angeles bagi membolehkan pengaturcara komputer menyiapkan filem aksi.


Syarikat itu bercadang membina kompleks pawagam dengan kemudahan 4D pertama di Amerika Syarikat dengan New York sebagai lokasi utama.
Jurucakap syarikat itu berkata, jika mendapat sambutan, kemudahan itu akan diperluaskan ke Eropah. (What about Asia? Hmm.. Kena pergi New York la lepas ni!)


Di Seoul, penggemar wayang di situ menikmati filem 4D terbaru - Kung Fu Panda 2 - pada minggu lalu.
Seorang penonton berkata, dia merasai kesan gerakan di pinggang atau pinggul ketika watak dalam filem animasi berkenaan bergaduh. (Kalau ada aksi romen-romen, boleh rasa gak ke?? Whohooooo...!!!!)


“Di akhir filem, ada buih jatuh dari siling bagi menimbulkan kesan percikan bunga api,” katanya.


Untuk melalui pengalaman itu, dia tidak keberatan membelanjakan hampir RM48 untuk harga tiket. (tapi kalau campur dengan popcorn & softdrink, gedabak gedebuk dalam RM60 la..)


Bagaimanapun, tidak semua gemarkan kesan fizikal itu.


Sesetengah penonton rimas akibat kesan basah ketika menyaksikan filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides walaupun sukakan bau tertentu seperti badan Kapten lakonan Johnny Depp. (Oh, really...???)


Sebahagian penonton pula mengalami masalah pendengaran sementara selepas menyaksikan Transformers: Dark of the Moon. - DM (Nasib baik bukan masalah pendengaran kekal!)






Haa... Menggelupur aku baca news ni.
Kalau tiket harga macam tu, dapat pergi sekali seumur hidup pun tak apa.
Asalkan aku enjoy tengok movie macam tu.
Ditambah pulak dengan cerita Hollywood yang tidak pernah sama sekali mengecewakan, siap ada bau-bau lagi, siapa yang tak teruja??






Jom tengok cerita Scary Movie! Yessss..!!!!




Ting... Ting... Ting...

Guli.
Semua kenal apa itu guli?
Entri ni bukan berkenaan guli yang pernah menjadi permainan kanak-kanak tahun 80-an ye.
Kali ni aku nak cerita berkenaan makhluk halus (halussss jeee..)
Senang cerita, HANTU!

Mungkin akan ada orang yang mengatakan bahawa aku ni terlalu terbawak-bawak perasaan takut tu.
Tapi aku ada penjelasan yang aku ni tidak bermimpi, tidak berangan, tidak mengigau dan tidak merapu!
(entri ni bukan kategori aku merapu, aku betul-betul serius ni!)

Ok, aku mulakan dari saat-saat pertama aku lalui keadaan paranormal ni.

Aku mula menyewa pada tahun 2007 di Laman Midah.
Tiada kejadian pelik yang berlaku.

Then aku moved out ke Prisma Perdana.
Kebiasaannya aku duduk sorang. Sebab housemate aku 2 bulan outstation.

Satu hari aku dengar ada budak main guli.
Mesti la budak kan? Takkan la bapak budak pulak!
Kalau bapak budak, diorang main nipple bini dia je. Mana ada bunyik pun!
(Bongokkkkkkkkk!)

Kadang-kadang aku dengar masa malam, masa lepas subuh, masa maghrib.
Masa tengahari buta pun ada!
Aku cuba cari punca bunyi guli tu, tapi aku tak tahu kat mana yang sebenarnya yang mencetuskan bunyi guli tu. Kadang-kadang dengar kat siling, kadang-kadang dengar belakang pintu, kadang-kadang dengar kat lantai bilik aku. Yang paling kerap adalah di atas siling.
So, kompem la aku fikir anak orang atas yang main kan?
Hati suci la katakan...

Aku fikirkan anak orang atas sebab tengahari buta mana ada hantu.
Ye tak?

Tapi masa tu aku tak terfikirkan hantu la.
Sebab aku tak tahu pulak yang hantu ni suka main guli.
Aku ingat hantu suka main sorok-sorok!

Selepas setahun berlalu....

Aku pindah rumah Kasturi.
Mulanya memang tak ada apa-apa berlalu, tidak kira samada En Zul ada kat rumah atau tak.

Tetiba, satu hari aku tengah tengok tv kat living room.
Then aku terdengar orang main guli dengan agak kuat kat siling.
Aku just ignore je.

Then aku dengar lagi.
Agak kuat jugak bunyi nya!
Aku tengok, perhatikan betul-betul bunyi nya..
Sah, memang kat atas siling.

Hmmm..
Anak orang atas kot.
Ok, fine... Sambung balik tengok tv.

Ting...Ting...Ting....
Dengar lagi....

Aku makin pelik.
Aku mula terfikir. Adakah permainan guli pada masa sekarang ni dah mencapai tahap keglameran nya setanding PS2?
Sehingga anak semua orang main benda bulat tu?
Kat rumah Prisma aku dengar, kat rumah Kasturi pun aku dengar..

Kepelikkan melanda fikiran ku...

Satu hari aku berbual dengan ofismate aku kat cafe.
Ntah macam mana terkeluar cerita hantu kat kolej masing-masing.
Then aku bukak cerita pasal bunyi guli tu.
Kak Fazi cakap, kalau dengar bunyi guli memang ada 'benda' tu.

Ah, sudahhhhh...
Maknanya memang betul la selama ni aku dengar bunyi guli yang hantu main, bukan anak orang atas yang main!
Yang aku bengang, cuma aku sorang je yang dengar. En Zul atau anak-anak tak dengar pulak!
Siallllllllll...!!!!!!

Seingat aku, bunyi guli tu memang kerap.
Satu malam tu aku chat dengan adik angkat aku, Nita.


Aku : N, mami nak tanya sikit.


Nita : Ada apa mami?


Aku : Papa N pengamal perubatan tradisional kan? N pulak selalu tolong-tolong papa. N tau tak pasal 'benda-benda halus' ni?


Nita : Sikit-sikit tahu la. Nape?


Aku : Mami selalu dengar bunyi orang main guli la. Tapi mami sorang je yang dengar. Abg x dengar pulak! Malam-malam dengar bunyi tu. Sampai pukul 1am pun dengar gak. (then aku cerita pasal kejadian yg berlaku selama ni)


Nita : Mami, N nak tanya sikit. Mami atau family ada saka tak?


Aku : Errrr.. Saka? Ntah. Mami tak tahu. Mak mami tak pernah cerita pun pasal saka.


Nita : Mungkin saka kot. Cuba tanya kat family mami. Tak pun tanya kat family abang. Mungkin diorang tau.


Aku : Selain saka, ada penyebab lain ke?


Nita : (dipendekkan cerita).....
- mungkin selama ni memang ada penunggu kat rumah tu (tapi kat rumah prisma pun aku dengar jugak)
- mungkin 'benda' tu suka berkawan dengan aku. so dia ikut aku kemana pun aku pergi.
- mungkin aku / En Zul ada saka dari perwarisan family masing-masing.
- mungkin aku ada terbawak balik benda antik ke rumah.
- mungkin ada orang yang hantar benda tu untuk mengganggu aku.


Seingat aku, bunyi guli ni aku mula dengar sejak aku mula kenal En Zul.
Mungkin benar dia puncanya?
Dia ada saka?
Ada makwe-makwe lama dia yang dengki kat aku & dia?
Ke, ex-ex bf aku yang dengki kat aku?
Oh, sangat merapu, okeh!


Malam tadi aku tak boleh nak tidur.
Dari maghrib sampai ke pukul 3 am aku dengar bunyi tu.
En Zul pulak, dah tahu aku tengah takut boleh pulak nak keluar jumpa kawan masa sekolah.
Macam la tak ada Sabtu atau Ahad lagi dah nak jumpa!
En Zul balik pukul 2 am lebih.
Masa tu aku rasa macam kena rasuk.
Diammmm seribu bahasa!

Bunyi masih lagu dengar.
En Zul masih pekak tak dengar!
Dia bagi alasan bunyi air ekon yang menitik. Tak pun bunyi air shower yang menitik!
Macam la aku ni tak tahu beza bunyi air atau bunyi guli.

Semalam masa En Zul keluar, aku sempat post status kat FB berkenaan benda ni.

Punya la banyak komen, tapi ciput je yang boleh membantu!



Ni adalah link yang diberikan oleh Kak Seri.
Tengs kak!


Atas nasihat kawan-kawan, aku pasang cd surah Yasin.
Buku Yasin pulak memang ada kat sebelah aku.
Siap amik air wudhu' lagi.
Volume lappy memang 100%.
Lampu dalam dan luar rumah semua pasang!
Serius aku takut malam tadi.

Aku tak tahu la sampai bila aku nak meroyan macam ni.
Dah la aku sorang je yang dengar.
Memang sial la hantu yang jadikkan rumah aku tu port dia nak main guli.


Hantu ni memang suka rumah bertingkat erk?



Pesanan untuk En Zul : Abangggg.. Apa kata kita buat housewarming? Tapi kena beli rumah baru la. Baru boleh buat housewarming! (alasan nak ada rumah baru! hekhekhek....)

Saturday, July 9, 2011

CLEAN

Hari ni adalah Hari Lahir Paklang. Ayah aku la...
Cadangan aku & Leen adalah untuk pergi makan-makan kat Mak Jah Kuala Sepetang kat Wangsa Maju.
Nak makan mee udang yang berlambak udangnya!

Pukul 3pm aku & En Zul keluar pergi makan kat Sup Meletop Bandar Sri Permaisuri.
Janji dengan Leen pukul 4.
So, pukul 3 masih nak makan lagi?
Mintak mahap, ye!
Aku ni belum makan apa-apa lagi ni.
So, menu aku petang ni adalah Nasi Putih, Sup ayam & teh ais.
Menu En Zul adalah Bihun Sup Special (sesi mentekedarah kali ke 2!)

Pukul 3.30pm aku call Leen. Cadang nak beli kek kat Jusco.

Lepas 5 min, Leen call aku balik.

Leen : Oit, mak ngan abah tak mo ikut! Kite kansel la. Ko balik umah Gombak je la.


Aku : Laa.. Apesal pulak?


Leen : Diorang tak nak keluar.


Aku : Tak pe la. Aku balik Gombak minggu depan je la. Malam ni Zul keje. Tak bleh lama-lama. Lagi pun kalau nak balik Gombak, takut jalan tutup untuk perhimpunan BERSIH.

Nasib baik tak beli kek lagi. Baru je sampai depan Jusco, so kami patah balik.

Plan kami adalah untuk tengok wayang cerita Transformer.
Sampai kat Leisure Mall, parking penuh!
So kami menuju ke Jusco Cheras Selatan.

Sampai kat Tol Batu 9 Cheras, jalan bertentangan di tutup menjadi 1 lane!
Polis buat road block & check satu-satu kereta.
Bapak gila panjang kereta!
Sampaikan ada pemandu yang keluar dari kereta & berkampung tepi jalan!

En Zul : Allah.. Panjangnya kena block jalan. Tak pe, balik ni kita ikut jalan dalam.


Aku : Tahu ke jalan dalam?


En Zul : Tau!


Lega...

Balik dari tengok movie, kami ikut jalan dalam yang keluar kat depan Leisure Mall.
Alhamdulillah....

Masa otw kat Taman Midah, kami terserempak dengan banyak lori FRU.
Siap yang berdiri atas lori dan pegang senapang.
Gerun gak aku tengok!
Rasa macam nak berperang je Malaysia ni.
(teruk betul imaginasi aku, kan?)


Tengah spotcheck




Teruk betul snap pic ni!


Wednesday, July 6, 2011

Baik Sungguh Anak-Anak Mummy ^_^

Tengok tajuk entry, rasa nak muntah!

Bak kata Kak Fazi, ‘tengok gambar ni, mesti nak u hapdet kat blog..’

Ha’ah!
Tak payah nak cerita panjang-panjang.
Upload gambar je.
So, senang semua orang nak faham entry ni.

Ye, mari ramai-ramai tengok perangai anak-anak aku yang ‘sungguhhhh baikk’!

Macamana la aku tak amukan puaka tengok perangai masing-masing?
Terlompat sana, terlompat sini!
Terjerit sana, terjerit sini!
Gaduh sana, gaduh sini!

Hadoiiii… kalau macam ni, Mail Lambong pun boleh pencen jadi samseng tau!

Ni beberapa gambar merepek anak-anak aku.
Silakan memuji!



Ni mood diorang tengah baik. Nak jugak menolong aku kat dapur 



Lukisan Ika di whiteboard ofis aku. Lukisan Aleeya dia padam. Alasannya lukisan Aleeya buruk. So lukisan ni cantik la sangat ek?



Ni perangai wajib kalau pergi shopping. Yang bapak pun melayan sangat!



Bab ni paling aku menyampah! Tiap-tiap kali nak kejut bangun pagi kompem berperang aku dengan si Ika ni. Liat bebenor nak bangun pagi. Ni dah kena kejut, seboleh-boleh dia nak tidur lagi!



Pukul 6 pagi. Wajib tengok kartun selepas mandi. Alasannya supaya tidak tertidur semula lepas mandi.


NAK TENGOK LAGI KEKECOHAN ZULAIKHA & ALEEYA??

klik sini




Sekian.  =)

Nasi Minyak - 03/07/11

Tajuk entry sah-sah nak cerita pasal orang kawin.
Tapi sebelum tu aku nak bagitahu apa masalah aku yang sebenarnya.
(dah seminggu aku stuck dengan problemo aku, tak pasal-pasal baru je 10mins lepas aku post entry, terus dapat penyelesaiannya!)

Sepanjang minggu lepas aku tak boleh nak upload gambar untuk entry.
Memang stress!
Sebelum ni aku guna Google Chrome.
Segala macam tok nenek benda ada kat Google Chrome tu.
Bila aku nak upload gambar, dia keluar macam ni -->


Tak ada icon "choose file".
So macamana nak upload gambar? Banyak kali refresh pun masih tetap sama!
Tensi!




Lepas aku update entry Problemo, aku close Google Chrome.
Pastu aku guna Mozilla Firefox.
Terus setel masalah!

Ok, back to the story based on the entry's title.


Aktiviti ahad lepas : Menghadiri Majlis Perkahwinan Staff TMC (Zulhakim Bin Zainuddin a.k.a Hantu Roti)



Janji :
Masa : 11 pagi
Tempat menunggu: parking D, HUKM

Yang sebenarnya bila terjadinya JANJI MELAYU :

Masa : 12tgh
Tempat menunggu: merata-rata!


Aku siap-siap sejak pukul 9.30pagi.
Iron baju.
Iron tudung.
Mandi.
Siap-siap.

Keluar rumah pukul 10.30pagi.
Pergi isi minyak.
Topup touch n go.
Beli Seasons ice lemon tea sebagai alas perut.

Sampai parking D kat HUKM, kosong!
Toleh kiri, toleh kanan,
Memang aku sorang je yang dah sampai.
Tepat pukul 10.50pagi.

Sms Ain jap.

Aku : Katne? I dh smp kt parkg


TMC_Ain : Bgsnye. I dlm 15 min kot. Boleh g amik amy y (aku tak faham kenapa ada huruf 'y' tu. Soalan atau ayat pernyataan? mungkin dia nak cakap 'x' kot) 


Aku : Sape amik amy?


TMC_Ain : Patot i. Tu nk tnye u, blh x g amik


Aku : Ok la. Suh amy tggu bwh skrg.


Sampai rumah Amy, tak Nampak pun kelibat dia.
Aku sms, tak reply.
Aku call, tak angkat.

Arghhh.. sudah!
Tidur lagi ke makcik ni?

Call Ain.
Ain cakap dia dah bangun.
Call Amy balik.
Haa.. nasib baik dah angkat.

Ok, dah setel hal Amy.
Gi amik Ja.

Sampai rumah Ja, ada kenduri pulak.
Jalan kena blocked!
Pusing-pusing area rumah Ja, akhirnya jumpa jugak jalannya.
Tunggu Ja depan bus stop.
Aku siap hon-hon lagi kat Ja!
Pon..pon..!! Pon..pon..!!
Hahaha..

Ok, now nak tunggu Ain, Jun, Adlan, Laili.

Ain ambil Jun kat HUKM.
Adlan ada sekali.

Last nak tunggu Laili.
Lama gila tunggu dia kat bus stop Bandar Tun Razak.
Adlan offer diri nak gi amik Laili kat parking D.
Wah, amik kesempatan nampak.

Aku terus blah, tunggu kat tol Sg Besi.
Ain tak sampai hati nak tinggalkan Laili kat Adlan, terpaksa la tunggu jugak. (Ain, ko saje je nak potong jalan Laili & Adlan kan??)

Sebelum sampai tol Sg Besi, kami singgah McD drivethru.
Beli mc chicken 2 set.

Alas perutttttt..

Banyak la!
Dah pukul 12 tgh, alas perut apekejadahnya?
Itu lunch, okeh!

Lepas semua sampai kat tol Sg Besi, bermula la aktiviti drift-men’drift di highway PLUS.
Mana-mana yang tertinggal, kami tunggu di tol Senawang.
Kenapa kami yang kena tunggu?
Yela, aku kan drifter terbaik!
Semua yang kat belakang makan asap kereta aku laaaaa…
Hahahahaa.. (gelak setan!)

Sampai rumah Fizan (bini Zul), ambil gambar dulu.
Then pergi salam tuan rumah, terus beratur ambil nasi!

Dasar pelahap betul kami ni.
Tang pelahap, kena guna ayat ‘kami’ ye..
Hahaha..

Dah selesai makan, tunggu pengantin.
Ada pulak muka-muka pengganas FB yang suka buat status kejam kat wall masing-masing.
Pengantin pulak lambat.
Janji pukul 1.30pm.
Pukul 1.55pm baru sampai.
Kumpulan kompang macam kumpulan marching band, siap bergendang!

Lepas tepung tawar (aku sorang je), sesi bergambar.
Then terus balik.
Singgah RnR LEKAS untuk solat.
Sempat pulak Adlan buat sarkas kat depan tol tengah-tengah jalan raya highway LEKAS tu.
Nak mati??

Harharharharrrraaammm..!!!

Pas solat, macam biasa la..
Aktiviti menambah dosa balik.
‘anyam ketupat’

Hahahaa..
Ampunnnn…!!!





Muka Amy yang kelaparan.
Aku pun sama!
Haha..




Amboi... Jangokkk nya Jaa duduk!



Jun & Zaheerah : Asyik main hp!
Laili : Asyik betulkan tudung!




Selamat Pengantin Baru Zul & Fizan.

Problemo!

Minggu ni aku ada masalah.
Ye, masalah!

Rasa nak hempuk je kepala kat dinding bila masalah tu melanda diri aku.
Nak luahkan, tapi masih tercari-cari apa ayat yang sesuai untuk di luahkan.

Punca?
Ntah, aku pun tak pasti.

Serius aku tertekan dengan keadaan begini.
Nak cerita pada En Zul, pastinya "Emm.." saja lah tindak balas kimianya!
So, lupakan saja niat untuk meluahkan pada dia.

Please, aku tension!

Monday, July 4, 2011

From My Kitchen : Edisi Malas

Minggu lepas En Zul outstation lagi.
Bosannnnn…..

Tambah pula, Maharaja Lawak dah habis.
Memang bosan malam minggu lepas tanpa apa-apa aktiviti yang menarik.

Sedang aku tengok tv, tetiba aku terfikir nak memasak.

Menu?
Confirm yang paling mudah, kan?
Hahaha...

Ok, menu malam ni adalah Puding Kote.

Eh, macam pelik je menu tu.
Opppsss.. typing error!
Puding Koktel.
Hehehe…

Baiklah, mari kita mulakan.

Bahan-bahan :

-         Agar-agar
-         Gula pasir
-         Air
-         Buah-buahan koktel dalam tin (nak guna yang fresh pun boleh. Cuma rajin atau malas nak kupas je.)
-        Susu cair

Cara memasak :
Sila rujuk buku masakan.
Eh, silap!
Sila rujuk gambar dibawah ye.




ni bukan uban sape-sape.
ni agar-agar versi lama.
versi baru orang pakai serbuk @ gelatin je.


Gula pasir


Air.
Bukan air zamzam, bukan air mata air.
Air je.


Buah koktel dalam tin.
Apa jenama pun boleh.



Susu cair.
Dah terang-terang tulis.
Sapa tak tahu memang bangang.



Rebus agar-agar dan gula sampai cair



Yang ni dah masuk buah-buahan dan susu.



Hasilnya.



Jeng..jeng..jeng….
Siap!
Selamat menjamu selera

Friday, July 1, 2011

Segalanya yang terlintas di fikiran

Jumaat, 01 Julai 2011.

Alhamdulillah kita semua dah masuk ke bulan Julai tahun 2011.
Masih bernafas kita di bumi Allah yang sungguh indah ini.
Marilah kita memanjatkan doa kesyukuran kehadrat Illahi.

Eh, macam dengar ceramah Manisnya Kurma Ini....
Arggghhhh... Semputttt..!!!!

Ok, back to the root.
*MULUT PUAKA STYLE!*

Hari ni En Zul outstation (again).
Bosan gila duduk rumah sorang-sorang.
Tak tahu apa aktiviti nak buat selain update status FB dan membuat reminder Astro, tetapi langsung tak tengok siaran sebab membuta selepas membuat reminder tersebut!

Sedang aku duduk sambil tengok tv ni, aku terfikir macam-macam perkara nak buat dalam masa 10tahun ni.


Antaranya :

1.  Bisnes yang sungguh kencang untungnya

Sebut pasal bisnes, alhamdulillah syarikat kecil kami dah mula beroperasi. Sekarang baru peringkat fasa pertama. Insya Allah jika plan kami on track, kami akan menuai hasilnya pada hujung tahun ni. Tapi atas persetujuan bersama rakan kongsi kami, semua keuntungan yang kami perolehi akan disalurkan ke dalam akaun syarikat untuk rolling modal termasuk membayar gaji pekerja. Mungkin dalam masa 2 tahun dan seterusnya baru keuntungan akan diberi kepada semua rakan kongsi. Jadi duit yang kami perolehi itu akan kami gunakan untuk perbaiki kehidupan kami sekeluarga.

2.  Landed house

- Sekarang ni kami cuma ada dua buah rumah. Sebuah rumah untuk kami sekeluarga berteduh. Manakala sebuah rumah sebagai pelaburan kami. Perancangan kami adalah untuk membeli sebuah landed house. So rumah yang kami duduk sekarang ni akan dijadikan pelaburan kami.

3.  Panggilan Haji dan Umrah

- Perancangan kami dalam 10 tahun ni adalah untuk menghantar kedua-dua ibu bapa kami menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah. Seterusnya kami sendiri berhajat untuk menunaikan Umrah di sana. Tapi jika diizinkan Tuhan rezeki kami mencukupi untuk kami menunaikan Haji, maka perancangannya adalah untuk kami ke sana bersama ibu bapa kami.

4.  Holiday Bersama Si Cilik

- Anak-anak sedang membesar. Jika kami mempunyai rezeki untuk membawa anak-anak pergi bercuti, kami bercadang nak pergi ke Australia. Sudah semestinya ke Gold Coast. Kalau nak tunggu sampai anak-anak sudah tamat SPM, takkan diorang nak ke tempat mainan itu kan? Mesti dioarang ajak ke Paris pulak! Jadi, sudah tiba masanya untuk kami menyimpan duit untuk ke sana. Silap hari bulan kami cuma dapat menyimpan untuk tabung pendidikan mereka saja. Ye la, gaji kami kan ciput je. Kami sangat-sangat berharap bisnes kami akan membuahkan hasil. Untuk pemulaan ni, kami cuma mampu untuk bawa anak-anak pergi bercuti di dalam Malaysia sahaja. Paling tidak pun kami bercadang nak bawa ke area Indonesia. Itu adalah perancangan Untie Leen mereka la *shopaholic sungguh Untie Leen mereka ni*

5.  Aset Bersama Untuk Kegunaan Kami


- Aset yang kami senaraikan tidak la banyak. Yang terbaru adalah impian kami untuk memiliki MPV. Kesian kat anak-anak kerana kereta kami kecik untuk perjalanan yang jauh. Cuma buat masa ni budget kami banyak kami pusing ke bisnes kami. Seboleh-bolehnya kami cuba untuk tidak membuat pinjaman. Tapi jika kewangan kami ibarat nyawa-nyawa ikan, kami akan membuat pinjaman jua. Jadi, untuk memiliki MPV di dalam masa terdekat mungkin tidak termasuk di dalam 'list segera'. Akhirnya ia masuk ke dalam 10years list! Alahai.... Bawa bersabar ye anak-anak. Selain daripada emas, rumah, saving money dan lain-lain, kami cuba untuk merealisasikannya dalam masa yang dirancang.

6.  Waris ZULFAKHA & HAYATI

- Waris! Ya, kami sudah memiliki 2 orang waris walaupun ianya instant pada aku. Tapi kami juga ingin menambah lagi waris kami di muka bumi ini. Insya Allah jika diizinkan Tuhan, kami sama sekali tidak menolak rezeki yang Allah bagi. Dan jika Dia berikan zuriat lagi kepada kami, kami akan menerimanya dengan penuh kesyukuran. Kerana kami tahu anak itu adalah sebesar-besar rezeki yang Tuhan beri. Itu kami tak limitkan masa. 10 tahun? Aku sangat pasti selepas 10 tahun En Zul masih lagi gagah perkasa! Muehehehe.....


Ok, kami berharap agar perancangan ini akan menjadi kenyataan. Amin....
(rasanya entry ini seperti tiada ayat puaka!)