It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 1, 2022

From My Kitchen - Ikan Bakar Ala-Ala Food Court AEON Mall

Kali ni nak share cara aku buat ikan bakar segera.
Selalunya aku bakar guna daun pisang atau daun kunyit.
Tapi kali ni aku saja guna aluminium foil sebab nak buat ikan bakar ala food court AEON Mall.
Laki aku suka gak ikan bakar tu.
Dia cakap rasa macam asam pedas tapi versi kurang kuah.

Aku tak rajin nak buat pes ikan bakar sebab nak bakar ikan pun sekor je.
Kenapa sekor?
Sebab untuk En Zul je. 
Aku malas makan sebab diet 😜
Korang percaya ke aku diet? Aku dah plan nak makan luar lunch karang.
Sebab tu aku malas bawak bekal hahahaha.

So aku guna je pes ikan bakar Adabi ni.
Mulanya nak guna pes asam pedas, tapi dah habis.
Pes ni je ada stock kat rumah.
Nak beli kat kedai dah malas nak keluar.
 

Ikan cuci bersih, kelar-kelar badan dia biar pes meresap sekata.
Aku lumur je terus pes ni. Sebab ikan sekor je so aku tak tambah garam gula dah.
Pes pun aku guna 1/3 je dari pek ni.

Untuk bagi rasa ada manis-manis dan nampak semenggah, aku tabur bawang merah hiris.
Takde la nampak pemalas nak harapkan pada rasa pes semata.
Tak sedap takpe, janji ada effort.
Nak flex depan kawan-kawan pun syok sikit "i masak untuk hubby i today"
Walhal masak pakai pes je pun 😂

Kat food court AEON Mall ada letak bendi.
So kita tabur bendi. En Zul suka bendi jadi letak la 3 batang terus.

Yang ni aku derhaka resepi. Aku tambah hirisan bunga kantan.
Sebab bunga kantan ada banyak tumbuh kat laman rumah, so cantas la buat tabur kat ikan.
Biar ada bau dan rasa kelainan pada ikan bakar.
Selalu aku racik-racik bunga kantan ni letak dalam air asam cicah ikan bakar tu.
Tapi kali ni aku tak buat kuah asam, so tabur je la sekali dalam ikan ni.
Effort tu.. Effort!

Bungkus dalam kain kapan mayat - bak kata atok pochong pochong.
Aku pakai aluminium foil sebab nak ambil feel menu AEON Mall.
Diorang mana ada pakai daun pisang der.
Ikan aku perap semalaman dalam chiller. Esok pagi sebelum subuh boleh grill.

Haaa perap lebih kurang 10jam tapi bungkusan ni dah berkedut macam perap 100 tahun.
Aluminium ni takde collagen sebab tu berkedut seribu.
Bakar atas pan guna api slow. Sebab aluminium ni serap haba so jangan guna api kuat.
Nanti hangus ikan bakar kau. Biar macam basah-basah sikit ala-ala ikan steam.
Eh, tapi ini kan ikan bakar? Lantak situ.

Tadaaaa! Hasilnya selepas grilled.
Tapi nampak macam kurang pes kan?
Takpe la, nanti boleh buat lagi aku letak pes banyak-banyak.
Kalau rajin aku buat pes homemade.
Tu pun KALAU RAJIN LAHHHHH.

Bendi dalam ikan sikit sangat? Tak cukup?
Takpe, aku tambah dengan sup sayur campur. Siap letak telur cair.
Please excuse brokoli aku yang dah kuning tu.
Tu bukan layu, tapi dia baru balik dari salon pegi dyed rambut 😆







No comments :