It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13, 2022

Korang dah order kuih raya ke tuuuu?

Lagi 2 minggu kita akan menyambut bulan puasa.
Haa dah 2 tahun tak dapat beraya kan?
So tahun ni insya Allah kita dapat sambut raya.
Tu pun kalau 1 April ni kita masuk fasa endemik dan tak kena april fool lah!

Aku rasa ramai seller dah start buat promosi kuih dan muih beraneka macam.
Makan lah jangan hanya dipandang.
Ketupat lemang sila nikmati kawan.
Penat memasak malam ke pagi.

Eh termenyanyi pulak 😂

DISCLAIMER : INI BUKAN REVIEW BERBAYAR. NI IKHLAS DARI HATI DAN TEKAK AKU

Semalam aku beli cookies dari sorang kenalan aku.
Aku dah lama nampak dia promot cookies dia kat status whatsapp, tapi aku belum sempat nak bertanya.
Kebetulan kelmarin dia pm aku nak iklankan cookies dia untuk order raya.
Sebab aku memang dah berniat nak beli, alang-alang dia muncul so aku tanya la cookies yang available.
Tapi aku nak order bukan untuk raya, untuk makan sekarang.
Untuk raya kita order lain lah.

Lepas sembang-sembang, so semalam aku order 2 balang cookies.
Sebab aku artis tersohor di dunia khayalan, maka aku dapat special treatment la - free delivery 😇

Bukti aku artis tersohor. Sila la percaya 😂

Aku order Nutella Button Cookies dan Korova Sables.
Actually aku tak tahu nak order cookies apa sebab tak pernah try.
Sebab tak semua cookies yang available semalam, aku ambil dua jenis ni.
Patutnya Nadia akan hantar ke rumah, tapi En Zul ajak ngedate so aku minta jumpa Nadia kat Serene Height je.


Untuk packaging aku bagi 5/5★
Setiap jar dia sealed elok, bukan pakai salotape cikai-cikai ye.
Nampak eksklusif.


Posing terlentang pulak.

Ni tester yang Nadia bagi.
Dapat 3 paket insya Allah aku bawa ke office bagi jerung-jerung try rasa.


Sebelum aku review meh kita kenal-kenal siapa punya product ni.
Cookies ni seller dia nama Carla Cakery.
Nadia ni kira kawan kepada Carla Cakery ni la.
Ke top agent ke aku tak tahu la.
Nadia cakap baru-baru ni IG Carla Cakery kena hacked.
So dorang tengah dalam usaha nak dapatkan balik IG tu sebab dah nak buka order untuk raya.
Harapnya 20k followers tu dapat contact seller la thru phone.
Kesian juga la kat seller. Bukan mudah nak kumpul follower banyak macam tu.
Lain la macam aku. Follower berapa ketul je.
Hacker pun tak kuasa buang tenaga nak hack IG aku 😂

Cookies yang dorang jual ada 5 jenis.
Semua base chocolate.
Tart nenas ke, lidah kucing ke, Mama Carey ke, popia nestum ke, tak ada kat sini.
Boleh tengok poster dari Nadia ni.


Harga, kuantiti dan contact Nadia.
Sementara IG Carla Cakery nak dapat balik, korang boleh contact Nadia ni.
Penghantaran percuma sekitar Alam Sari.
Kalau korang beli banyak boleh la minta ehsan free delivery sekitar Kajang/Bangi/Semenyih.
(jangan marah ye Nadia 😁)
Ulang suara, BELI BANYAK.
Kalau takat 1 balang jangan gatal-gatal minta free delivery.


Sebabkan aku tak pernah rasa cookies ni, dan semuanya berasaskan coklat, so aku tanya Nadia ingredient cookies tu.
Ye la, sebagai potential buyer aku ada hak nak tahu ingredient cookies.
Kalau seller taknak layan, lantak kau.
Aku pun tak kuasa nak beli.
Tapi Nadia layannnnn.
Berani nak ghosting persoalan aku kat whatsapp? Hahahah

Ni antara ingredients bagi 3 jenis cookies.
Menarik kan?

Ni aku tanya Nadia, toffee tu ada rasa coffee ke?
So dia bagi poster ni.

And Korova Sables ni pun aku tanya apa ingredients dia.
And ada Callebaut Choc ye. Ni antara choc yang sedap dalam dunia bakery.
Mana aku tahu? Sebab dulu pun aku seorang bakery 😁
Cuma sekarang aku seorang buruh kasar kat kebun keladi aku je.

Jom aku review semua cookies ni.
Sekali lagi aku highlight, ni bukan paid review.
So sedap atau tak, tu semua bergantung pada citarasa aku.
Kalau ada yang tak setuju, lantak korang.

Nutella Button Cookies 5/5★
Rasa milky, not too sweet dan banyak almond nibs.
Setiap gigitan tu penuh almond nibs. Aku suka!
Ni signature dan best seller dari Carla Cookies.

Korova Sables 5/5★
Sebutan Sables tu Sab-ley ye. Bukan sab-bel (mcm table).
Sables cookies ni kalau tak silap aku sejenis french cookies.
Tapi yang Korova ni tak tahu la origin dia dari mana.
Kot dari Wuhan ke kan.. Ala-ala Korona gituh.
Korova Sables ni sedap.
Aku suka rasa Belgium Choc chip yang melting, ada masin dari flaky sea salt.
Base dia dari Callebaut Choc tu memang sedap. Ala-ala dark choc.

Mr Midnut 3/5★
Cookies ni macam plain sikit.
Bila makan macam tak ada contra pada base dan cadbury choc tu.

Sea Salt Choc Chip Cookies 4/5★
Cookies ni rangup, not too sweet, tapi tak ada almond nibs.
Dari segi teksture dia best sebab crispy berongga.
Ke memang ada almond nibs cuma tekak aku yang tak berasa kot? Ntahhh.
Sea salt dia ada terasa cuma tak nampak bayang atas cookies.
Maybe dah campur siap-siap dalam adunan so tak nampak butir flaky sea salts tu.

Toffee Koo-Kee 4/5★
Teksture crispy dan berongga. Nestum dan cornflakes tu hit the taste.
Not too sweet. Cuma aku rasa kalau nutella tu diganti dengan choc chip hancur dalam cookies,
mungkin lagi sedap.


Overall aku paling suka Korova Sables dan Nutella Button Cookies.
Kalau korang berminat nak order untuk raya, boleh contact Nadia 0126167985 (IG : desserts.heaven.3).
Last order untuk raya 2 April 2022. Sila order laju-laju.

Congrats Korova Sables. You are the WINNER 🏆







No comments :