It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 7, 2022

Breakfast & Lunch at Istana Lemuni, Janda Baik

5 Mac 2011 tarikh pernikahan aku dengan En Zul.
5 Mac 2022 genap 11 tahun pernikahan kami.
ALHAMDULILLAH.
Hal-hal anniversary nanti aku cerita dalam another entry.
Entry ni nak cerita tempat makan best.

ISTANA LEMUNI, JANDA BAIK.

Perjalanan ambil masa dalam 45 minit dari KL.
Ikut exit Genting Sempah, lepas dari Pinto Coffee (yang tak best tu kannn) dalam 10 minit sampai di Istana Lemuni.
Masa kitorang sampai tu dalam pukul 12 tengahari so sesuai la untuk makan lunch.


Jalan masuk ke cafe.
Jalan waze belum update sebab waze bawa ikut jalan yang tengah construction.
Road ni agak scary, tapi bila dah sampai cafe tu memang berbaloi kereta kau kotor kena lecak.
Siap bergoyang-goyang satu badan macam naik roller coaster lalu jalan ni.

Pintu masuk utama ke cafe.
Seperti melangkah masuk ke istana zaman silam.
Feeling-feeling Puteri Hang Li Po la aku masa ni.
Nak feeling macam Mahsuri tapi darah aku merah.
So ambil watak Hang Li Po laaa..

Pintu ni locked. Laluan masuk cuma ada 1 sahaja.
Ada jambatan kat sebelah dalam. Boleh ootd kat situ.


Bangunan cafe 2 tingkat. Nak makan kat atas pun boleh.
Tapi shoes off la.

Kat luar ada payung-payung untuk dine in.

Area makan belah dalam cafe.
Yang ada meja ala-ala sampan tu untuk hidangan makan pagi.
Sekarang waktu lunch so saki baki hidangan pagi dia kumpulkan setempat.


Signature coffee kat cafe ni - Kopi Tanak.
Boleh pilih kopi tanak O atau kopi tanak susu.


Untuk set makan tengahari dia buat set hidangan.
Tak ada ala carte kalau tak silap aku.
Aku pun tak belek habis menu dia.
Ada Set Selatan, Set Utara dan Set Pantai Timur.
Harga sama je untuk semua set.
Set Utara ada kari ikan jenahak dan gulai kawah, dua-dua perisa kari so cancel set ni.
Gulai kawah ni dalam semua jenis set ada.
Aku amik Set Selatan. So boleh dapat asam pedas dan gulai kawah.

Set Selatan - main dish Asam Pedas Ikan Jenahak

Set Utara - main dish Kari Ikan Jenahak

Set Pantai Timur - main dish Singgang Ikan Tenggiri

Cafe ni buka setiap Jumaat hingga Ahad, jam 8 pagi hingga 5 petang.
Nak datang sini digalakkan buat booking dulu.
Cara booking maybe kat IG atau facebook. Korang google la sendiri.
Aku tak tahu kata kena booking dulu, masa kat kaunter staff tanya ada buat booking ke?
Aku cakap tak ada.
Then staff maklumkan kalau walk in kena tunggu dalam 45 minit.
Aku ok je sebab baru pukul 12 tengahari lebih, waktu check in aku pukul 2 petang pun lambat lagi.
So aku ok je nak tunggu 45 minit sambil ber ootd kat sekitar istana.
Istana gituhhh.. Curlas kan? 😂


Syahdu je rasa kat sini. Tenang dan indah.
Padahal hari nak hujan nokkkk 😂
Banyak la kau punya syahu.

Ni ha jambatan yang menghala pintu keluar yang aku cakap tadi.
Tapi pintu tu berkunci. So korang pi jalan-jalan untuk bergambar je la.

Ada banyak motor antik kat sini.
Bawak laki aku memang dia suka la.
Bekas Mat Rempit lejen kannnn 😅

Sambil ootd ada buaian kat atas bukit.
Sangat instagrammable ya kat sini.

Kau nampak laki aku punya syok berhayun kat buaian ni.
Time-time gini dia tak kira umur dah.
Dah tua masuk 4 series pun kalau dah jumpa buaian memang tak kasi chance orang lain.
Yang lelaki bawah tu main teng-teng je la dengan anak dia.
Nak naik buaian tapi ada pakcik ni taknak turun pulak 😂

Hang Li Po dah tukar jadi Bawang Merah.
Duk nyanyi lagu buai laju-laju sampai pokok sena, apa dalam baju sekuntum bunga cina.
Eh macam salah lagu je?

Macamana lagu buai laju-laju yang nak kawin dengan anak raja tu eh?
Acik bawang dah lupa lirik pulak.
Buaian ni teguh dah utuh ya. Lagi utuh dari cinta korang yang acah-acah sampai sorga tu.

Cinta aku & En Zul tak perlu lah nak dipersoalkan.
Cinta kitorang sentiasa bergelodak tapi bila laki aku sua makanan terus utuh balik.
Kahhhh!


Ni haa sawah bendang sekangkang kera.
Orang KL tak pernah jumpa bendang kan? Boleh la ootd kat sini.
Walaupun banyak lalang je, tapi sebab ada orang-orang kat situ, kau feeling-feeling la macam kat sawah bendang.



Laki aku selaku bekas mat rempit sejati mesti nak makan dekat motor antik ni.
Mana nak duduk makan kat tempat yang kena selimpuh kaki.
Sangkut kat perut time nak suap makan 😂

Duta iklan air Power Root - SAYA MENANG MOTORRRR
😁😁😁

Laki aku order air durian belanda, aku order kopi tanak susu.
Bukan TAKNAK, tapi tanak. Maksudnya masak atas dapur.
Air durian belanda tu tak payah la aku review ye.
Aku nak cerita pasal kopi tanak tu je.

Personally aku suka rasa kopi tu.
Ada rasa macam hangit-hangit payau dia.
Tapi rasa hangit yang acceptable kat tekak.
Rasa pahit dia tak macam kopi kat starbucks tu.
Aku nak explain macamana pun tak reti.
Tapi tekak aku boleh telan la.
Memang unik rasa dia.

Untuk Kopi Tanak Susu aku bagi 4/5★


Tadaaa! Set Selatan dah sampai
Set untuk dua orang makan, tapi lauk dia agak banyak jugak la portionnya.
Boleh untuk 3-4 orang kalau jenis perut diet tu.
Tapi nasi dia agak sikit. Bak kata laki aku, ni 4 kali suap habis dah nasi dia ni.

Laki aku pesan suruh ambil gambar makanan dengan background motor-motor tu.
Baik banggg.

Nampak muka laki aku tak puas hati nasi sikit.
Sudahnya dia order nasi tambah 😆

Suruh aku snap pic dia, tapi nak dengan motorrrrr!

Nah, puas hati sekarang?
Awat muka macam belacan je tu?
Oh lupa nasi tak cukup. Tu yang toyeee aje mukanya 😂

Aku jarang makan ulam-ulam ni.
Tapi sebab sambal belacan dan sambal tempoyak dia sedap, so aku kokak jugak la ulam ni.
Daun ape eh ni? Lupa. Pucuk gajus ke?

Air mineral katanya (dalam menu).
Air ni lambat sampai sebab staf lupa nak hantar.
Aku pegi minta. Dapat air sejuk ni sebab letak dalam labu sayung.
Sedap weh minum air dari labu sayung ni.
Tak payah ais dah, air ni memang sejuk.

Tapi kalau Kaklong Ganu dokleh makang sini.
Sebab takdop ais batu, nanti kaklong buat live ngamok-ngamok kat istana ni pulak.
(we stand with you, 7E & KFC ✌)

Alhamdulillah selesai lunch.
Untuk Set Selatan ni aku bagi 5/5★
Semua lauk-lauk dia sedap. Memang citarasa kampung.
Sambal belacan pedas tapi sedap. Sambal tempoyak tu pun best.
Asam pedas pun sedap. Pedas yang acceptable sebab aku boleh hirup kuah dia.
Ikan jenahak dia tak hanyir pun. Fresh je.
Maybe sebab cafe pun buka Jumaat-Ahad so stock dia tak simpan lama agaknya.
Next time boleh try set lain pulak.

Haa lepas makan tersandar kau bang.

Selepas balun 2 pinggan nasi.

Harga untuk 2 orang makan.
Eh 4 orang makan sebab ada nasi tambah 2 pinggan 😂


ESOK HARINYA....

Haaa kemain datang lagi.
Dua hari berturut-turut pulak tu.
Padahal kitorang dah breakfast kat resort.
Tapi sebab semalam nya laki aku tak dapat makan ketupat palas dan rendang (menu pagi), so pagi Ahad kitorang datang lagi.

Check out resort pukul 9.30 pagi dan terus ke Istana Lemuni.
Jarak dari resort dalam 5 minit je.

Pagi-pagi tak ramai orang.
But still digalakkan buat appointment.

Kali ni duduk dulu kat buaian depan main entrance.
Haa En Zul dah pandang-pandang nak suruh aku turun la tu.

Ok ni menu makan pagi.

Masa aku sampai di kaunter ni, staf tanya ada buat booking tak?
Aku cakap takde.
So aku boleh konklusikan cafe ni menggalakkan customer untuk buat reservation booking dulu.
Tapi tak bermaksud walk in tak dibenarkan.
Aku datang walk in dua-dua hari Sabtu dan Ahad masih boleh dine in.
Cuma digalakkan buat appointment sebab nak elakkan kesesakan or lebihan customer datang mengejut la kot. 

Ok ni ceritanya pasal makan pagi.
Untuk breakfast mereka serve BUFFET.
Ye, buffet.
Harga RM30/pax. Tapi aku tak sure ada limit masa or tak.
Rasanya tak ada la kot. Kalau ada mesti dia dah bagitahu awal-awal masa kat kaunter tu.

Aku tak makan breakfast kat sini.
ULANG SUARA.
Aku tak makan.
Sebab aku pusing-pusing tengok menu dia agak tak best.
Rasa menu aku taknak review sebab aku tak makan, unfair la kalau aku nak review kan.
Aku cancel makan sebab aku tengok pilihan menu dia tak kena dengan tekak aku.
Dan menu banyak yang lambat refill.

Kalau ada menu ala-carte aku akan duduk makan ketupat palas dan rendang.
Sebab menu tu je punca aku datang lagi kat sini pada pagi Ahad.
Tu favourite laki aku.
Bukan senang nak cari ketupat palas kalau bukan time raya.
Jadi sebab banyak faktor yang tak best, so kitorang (read: aku) decide tak dine in untuk buffet ni.

Laki aku ajak jugak la sebenarnya makan kat sini.
Tapi sebab aku dah kenyang makan kat resort so aku cakap tak payah la.
Menu biasa-biasa je tak ada yang special pun.
Hanya sebab nak mencekik ketupat palas je, tak payah la buang masa kat sini.
Untuk harga RM30/pax korang tengok menu dia agak-agak berbaloi tak?

Meh check menu.

Bihun goreng, karipap, lempeng.

Kuih apam beras dan apam gula hangus.

Bubur nasi.
Lambat top up sampai berkerak bubur nasinya 😑

Condiments bubur nasi. Too basic.

Keledek dan ubi rebus. Makan dengan kelapa parut.

Pulut putih

Pulut Kuning.

Ikan kering untuk makan dengan pulut.

Rendang ayam

Ketupat palas dan nasi himpit

Air panas dan air sejuk

Lepas cuci mata tengok menu, tukar mode Bawang Putih sambil mencari ibunya si ikan dugong

Kecewa tak makan ketupat palas.
Hahahah kejam betul aku taknak makan sini.
Padahal dia ajak makan tapi aku yang jual mahal.
Next time la bang. Kita cari ketupat tempat lain.
Apa kata kita pi cari lemang daun selerek kat Gombak tu.
Lagi sedappp!


Untuk masuk/keluar dari cafe, jalan memang sempit.
So pandai-pandai la korang kalau selisih dengan kereta lain.
Maybe kalau laluan lama dah siap, jalan jadi luas.



No comments :