It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 7, 2022

5 March 2022 - Happy 11th Anniversary To Us

Alhamdulillah 5 Mac 2022 genap 11 tahun pernikahan aku dengan En Zul.
Suka duka selama 11 tahun bukan mudah ya.
Banyak jugak cabarannya.
Kebetulan 5 Mac 2022 jatuh hari Sabtu, sama macam 11 tahun yang lepas 5 Mac 2011 juga jatuh pada hari Sabtu.
Plan aku nak bawa En Zul staycation kat mana-mana spa hotel.
Tapi kalau spa hotel ni of course la aku je yang beriya.
Laki aku mana nak berspa-spa.
Dia lebih rela layan tiktok atas katil.

So aku hold dulu spa hotel tu.
Then aku nak bawa En Zul naik cruise pusing Penang dan Langkawi.
Baru survey package sekali keluar berita company Genting Hong Kong Ltd pulak bankrap.
So Star Cruise Pieces pun terbabit sekali. 
And ada customer dah berjaya dapat full refund, and ada yang masih sangkut.
Lega aku tak terbeli lagi package tu.
Harga pun bukan kaleng-kaleng. Kalau yang masuk LGK tu harga dalam RM599/pax.

So sebab dah malas nak fikir panjang, aku book Sailor's Rest Resort kat Janda Baik.
Aku booking ni pun sebab tengok gambar houseboat cantik kat tasik.
Boleh la En Zul memancing sementara aku main candy crush dalam bilik sambil layan Netflix.


View cantik dengan kabus di gunung belakang resort.
Tapi air tasik keruh selepas musim hujan dan banjir.

Harga yang aku bayar di Agoda.
Non-refundable.
Jenuh la nak jaga diri takut-takut kalau positive Cvd19 sebelum datang bercuti 😑
Lepas aku bayar, then baru teringat nak baca review.
Hahaha siap ada yang jumpa lipas dalam almari.
Harap-harap aku datang ok la resort ni.

Lepas kitorang lunch di Istana Lemuni, kitorang terus ke resort.
Sehari sebelum gerak, aku dapat email dari properties untuk bagi direction ke resort.
Aku agak mesti susah nak jumpa resort ni. Sebab katanya waze pun kadang-kadang silap.
Masa sampai tu betul-betul tepi tapak perkelahan KLCC Sg Lehur ke ape tah nama dia.
Kitorang patah balik dan tengok direction waze memang kat situ tempatnya.
Lokasinya di sebelah Sugeh Hill kepunyaan Alif Syukri tu.
Tapi yang kitorang jumpa jalan mati.
Aku try call staff tapi panggilan tak bersambung.
Banyak kali aku call masih tak dapat dihubungi.

Aku try waze dan re-route jalan lain.
Sudahnya jumpa jalan sebelah Sugeh Hill, tapi kena ikut jalan lain.
Bukan jalan yang asal waze bawa tu.
Then baru jumpa signboard kecik ke Sailor's Rest Resort.
Jalan nak masuk ke resort agak sempit dan berlecak.
Kalau malam memang gelap dan agak bahaya.

Sampai di Sailor's Rest Resort, hujan start turun.
Kebetulan En Zul parking kereta betul-betul depan kaunter lobi.
So aku laung je kat staf receptionist tu.

"Dik, akak nak check in. Nama Hayati"
"Akak booked houseboat kan? Ok ikut saya"

Sebab bayaran dah tolak siap-siap kat Agoda, dan tak ada deposit so kitorang terus check in je.

Staff bawa ke houseboat dalam hujan.
Kebetulan houseboat cuma 200meter je dari lobi.
So takde la berbasah kuyup kitorang nak masuk bilik.

Interior design ala-ala Titanic.
Padahal bot level Tasik Kenyir jahhh!





Dalam boat agak luas. Tapi strictly for 2 pax sahaja.
Toiletries and tea semua tu basic. Peti ais pun well function.
Alhamdulillah tak jumpa lipas. Sebab aku tak buka almari 😂


Lepas hujan reda, aku ajak En Zul jalan-jalan luar houseboat.
Nak ootd konon.
View ok la tapi hujan masih turun so mood nak bergambar tu dah berkurangan.



En Zul dah mula termenung.
Dia ada bawa pancing tapi tengok air tasik keruh teruk so dia malas nak beriya bawa keluar pancing.

Kabus tu nampak view lagi best. Sejuk-sejuk gitu.
Tapi air tasik tu, hmmm spoil betul la!
Koser la aku nak edit bagi air nampak biru 😑



Jalan-jalan sekitar resort ada banyak keladi.
Especially keladi Black Magic ni.
Subur-subur weh!

White Christmas ni pertama kali aku jumpa yang full white ni.
Selalu nampak kat gambar je.
Bak kata Memey "keladi ni cukup pembajaan dari tanah hutan Janda Baik"


Ok la, meh nak review houseboat ni.

Bilik ni aku bayar dengan harga RM364.50 and NON-REFUNDABLE aku rasa macam tak berbaloi.
Sebabnya, ni aku listkan biar senang nak faham. And aku bagi rate terus.

1. Direction ke resort carca marba. Tapi properties ada effort hantar email sehari lebih awal 2/5★
2. Line internet dan phone kurang laju 1/5★
3. Wifi di bilik aku laju 5/5★
4. Keadaan bilik macam usang. Perabot pun usang 2/5★
5. BILIK AKU BOCOR! LEAKING KAT LIVING HALL 1/5★
6. CERMIN DINDING BILIK AKU TERKOPAK! 1/5★
7. Breakfast basic. Telur half-boiled kena masak sendiri. Pakai boiler je mana nak masak sangat telur tu. Kena guna boiled water baru boleh nak rendam telur tu sampai separuh masak. 3/5★
8. Sungai keruh. Kesan dari banjir masih tak diperbaiki 1/5★
9. Persekitaran bersih 4/5★
10. Staff mesra 4/5★


Sebab hujan dah reda then leaking pun slow.

Dinding kat ruang pantry yang mengadap tasik.
Kalau aku tolak kuat sikit ni mau tercabut dinding kaca ni.

Suasana malam pun ok.
Tak ada nyamuk. Tapi pihak resort ada sediakan repellent dalam bilik.
Kitorang keluar dinner di restoren berhampiran je.
Sebab kat resort tak ada cafe/in room service.






Dalam bilik ada Guest Information.
So nak cari kedai makan boleh refer buku ni.

Aku pilih Nero Bianco Deli.
Nak mencekik western food malam-malam ni.
Kalau makan blackpepper kot kurang sikit rasa sejuk malam tu kan.
Kedai tak jauh sangat dari resort. Cuma jalan gelap dan hujan.
Kena hati-hati la sikit nak drive tu.
Sampai cafe tengok tak ramai orang. Tapi parking agak limited.


Mushroom soup dan garlic bread sedap.
Tapi awat la bagi garlic bread tu seketol jahhh?

Spaghetti bolognese 3/5★ (pasta tak berapa nak al-dente)
Striploin steak 3/5★ (ada side yang lembut, ada yg liat)
Mushroom soup 4/5★ (sedap, tapi garlic bread seketul je dia bagi)
Air tembikai dan air oren.

The price. Ok jugak la harga dia.
Tak mahal sangat.

Jalan masuk ke Sailor's Rest Resort.
Gelap dan sempit.

Esoknya breakfast start pukul 8 pagi sampai 10 pagi.
Breakfast di dining hall.
On the way ke dining hall akan lalu di tapak perkhemahan resort.
Tents pihak resort dah sediakan. Rasanya harga RM150/tent and shared bathroom.

Lalu sini siap pegang tangan ye.
Nak acah-acah lalu bawah wedding arch.
Ntah-ntah atas kepala kau ada ular daun ke, biawak komodo ke.


Sampai di dining hall, aku teruja tengok pokok keladi sekeliling dewan.
Subur gila weh!


Makanan basic je.
Boleh la nak alas perut.

Nasi lemak 3/5★ (sambal tak berapa garing)
Bihun goreng (tak makan)

Sandwich sardin gulung 4/5
Kuih getas 2/5★ (keras sikit kuih dia)

Cereal 3/5

Half boiled egg 1/5
Kau tadah air dalam boiler tu, mana nak masak sangat telur ni.
Kena ulang tadah air panas 2-3kali baru dia masak separuh.
Kena guna air panas mendidih baru menjadi half boiled ni.

Toast tu 2/5★ (3 kali aku bakar masih tak garing. Dah adjust suhu tetap sama)
Air teh 4/5★ (sedap sbb kurang manis, tapi lemak dia ok)

Sambil makan dengar alunan zikir dan mengaji kat dewan makan.
Baru feeling-feeling macam pegi kem motivasi zaman sekolah.
Malam tu dah menangis-nangis kena brainwash akak dan abang fasi.
"adik-adik bayangkan muka ibu bapa adik-adik. Bayangkan pengorbanan mereka membesarkan kita"
Hahahah relate sangat kannnnn 😂😂😂 


Ni sungai kat depan tapak perkhemahan tu.
Sungai dia macam best tapi sebab masih belum diperbaiki benteng tu.
Air pun masih keruh.


Masuk je bulan Mac aku dah remind laki aku suruh jaga diri jangan sampai positif Cvd.
Kalau positif kitorang laki bini kena kuarantin dah terpaksa burn staycation ni.
Kalau nak bagi orang pergi pun tak tahu la sapa yang sudi nak pi masuk hutan Janda Baik tu.

Masa hari Jumaat, laki aku tak call langsung.
Then malam tu aku call tanya nak balik pukul berapa?
Dia jawab "malam ni ayah tak balik, nak siapkan repair ATV Prof Syed ni"

Then aku tanya, "esok nak balik pukul berapa?"
En Zul "tengok la.. tengahari ke, petang ke"

WHAT?!!!!
PETANGGGG?!!

HABIS TU KAU TAK INGAT KE ESOK KITA NAK PEGI JANDA BAIK?

Terus aku letak phone.
Member dah cuak.
Dia lupa esok anniversary kitorang. Dia lupa esok nak pegi staycation!
Dia whatsapp aku cakap dia balik malam ni jugak.
"Jangan kunci pintu, sorry ayah lupa"

Aku diam je.
Malas nak respon. Karang aku mengamok tak memasal aku cancel semua plan.

Esoknya lepas dia siap-siap mandi, dia lepak kat ruang depan.
Aku perati je.
Pastu aku meraung wehhh.
Ye, meraung kuat-kuat.
Cepat-cepat dia masuk bilik tanya kenapa?

Aku cakap, kenapa buat aku macam ni?
Kan dah cakap nak pegi Janda Baik. Kenapa lupa? Kenapa tak kemas baju?
Kita bukan nak pegi tengok wayang. Kita nak pegi bermalam!

Dia coverline cepat-cepat cakap "ayah kemas baju kejap je"
Dia bukak almari, capai baju seluar terus dia cakap "Haa kan dah siap"
Yang iya nya memang dia lupa kitorang nak bermalam.
Bukan pasal dia kemas cepat or lambat.
Dia cakap "ayah dah tua. nanti mamy masuk umur 40an mamy lupa macam ayah jugak"

Aku tahan je sabar ye.
Makin tinggi jumlah umur anniversary makin macam-macam hal dia ni tau.
Lepas dia pujuk-pujuk, kitorang keluar rumah pukul 11 pagi.
Then dia singgah DIY sebab nak beli shades.
Cari yang murah-murah je sebab nak guna untuk elak silau masa drive.

Dia bagi seketul kat aku.
Pastu dia minta tukar. Alasan shade yang dia pakai tu macam tak sesuai dengan muka dia.
Dia amik balik shade yang dia bagi kat aku.

And aku pakai shade dia.
Sekali aku tengok cermin, YA RABBIIIIIII!
Shade mat rempit yang dia beli!
Hilang akal ape orang tua ni.
Geli aku nak pakai shade ni.



Nah, aku belanja shade mat rempit.

HAPPY 11TH ANNIVERSARY 💓























 












No comments :