It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri uolssss..
Maaf Zahir dan batin.. Sepanjang aku berbelog ni, harap tak ada yang menyakitkan hati sapa-sapa.
Kalau ada yang terasa hati dengan aku, terguris hati dengan kata-kata aku, minta ampun banyak-banyak. Kosong-kosong tauuuuuu.. *kipas-kipas rambut kiri kanan*

Mesti ada yang pelik tengok aku rajin update blog kan?
Selalunya macam-macam alasan aku bagi.
Banyak keje la, banyak aktiviti pelajar kat UKM la, busy nak study exam laa..
(well, aku kan jarang study. Selalunya study untuk exam je...)

Pastu stress sebab busy main candy crush. Eh?

Puiiii lah!

So lately aku memang banyakkkkk masa terluang. Sebabnya, aku dah habis selesaikan urusan pelajar. Cuma sekarang ni aku ada keja sikit untuk siapkan penerbitan buku keusahawanan dan buletin citra. Hmmm, tu boleh buat sikit-sikit la. Nanti bulan 9 untuk pendaftaran sem baru, korang pegi la blogwalking kat blog lain. Sah-sah la blog aku akan sendu sejuk beku tahap Frozen gitu.

Jadi... Waktu-waktu macam ni la korang akan selalu nampak aku up entry merepek-repek.
Kalau entry ilmiah lagi la haram nak nampak. Redhooo je la yeee..

Raya tahun ni beraya kat Gombak je.
Lepas solat Jumaat baru aku sampai rumah Maklang. Sebab bangun lambat. Hahaha...
Pastu tayar kereta aku ada masuk skru. Dari semalam dah perasan kurang angin.
Ingatkan tayar kurang angin je, so semalam dah isi angin kat Petronas.
Tapi masa nak otw ke rumah Maklang singgah petronas nak isi minyak, En Zul check tayar rupanya tercucuk skru. Jadi tak boleh nak drive pecut laju-laju.

Raya kali ni aku tak bawak apa-apa pun. Cuma bawak lemang 2 batang (itu pun beli kat Saujana Impian), bawak carrot cake (Zela bagi kat aku, aku malas nak baking), pastu bawak kuih gunting (buat sendiri). Kat rumah Maklang ada rendang, ketupat palas, nasi impit (tahun ni buat yang instant. Agak pelik sikit kat situ. Selalu buat sendiri nasi impit), pastu ada sayur lodeh untuk buat lontong dengan sambal ikan bilis.

Lepas mentekedarah kenyang-kenyang, petang tadi aku dan Leen ke Wangsa Walk.
Memang tiap-tiap tahun petang raya Leen akan pegi tengok wayang (orang tu tak ada kampung, so beraya kat panggung wayang je laaa..)
Tahun ni En Zul kena keja, so aku pegi berdua dengan Leen.
Layankan cerita Ant-Man. Best gak cerita ni. Lawak gile!
So siapa-siapa yang duduk KL, bosan tak tahu nak pegi beraya kat mana (maklum laaa, kawan-kawan semua balik kampung kannnn) so aku recommend kan tengok cerita Ant-Man ni.

Esok insya Allah nak tengok Terminator dengan En Zul.
So standby kuih raya banyak-banyak.
Boleh tukar-tukar kuih dengan penonton yang lain =)

Lepas tengok movie, kitorang pegi shopping kasut.
Lepas shopping kasut pegi beli makanan kat Texas Chic.
Sekali lepas Leen hantar aku kat ofis En Zul, baru perasan semua kasut tertinggal kat Texas Chic!!

Uwarghhhhh... Leennnnnn!!! Cepat patah balik amik kasut akuu!!!!

Aku call Texas Chic tu, nasib baik diorang simpan kan kasut cinderella gajah aku tu.
Alhamdulillah... Masih rezeki aku.
Mak tiri cinderella nak try size kasut.




Abaikan kaki terpeleot aku tu..
Style baru di hari raya. Hahaha..



Mulanya tahun ni aku apply 3 hari cuti raya.
Tapi bila fikir tahun ni aku dah nak start writing thesis, so aku batalkan cuti aku.
Isnin depan dah start keje. Malas sungguh wehhh!

Hari Khamis (semalam) aku tak ada buat apa-apa kerja pun kat ofis.
So daripada aku tidur berdengkor kat ofis tu, baik gak aku download movie banyak-banyak.
Kebetulan semalam aku terjumpa web baru untuk download movie yang best-best.
The latest movie 2015 pun hadooo!!
Laju beb internet aku. Maklum la, ofismet dah ramai yang cuti.
Berdesap-desup pc aku download movie banyak-banyak (jangan hencap aku hokeyyy!!)
Lepas ni kompem orang ptm block internet pc aku.. Huhuu.. T_T






Malam ni duduk kat ofis En Zul, aku sambung download movie lagi.
Hahahaa... Total pengdownloadan selama 2 hari = 86 movies!

Siapa-siapa yang nak tahu web ape, meh pm iols laju-laju.
Tak perlu ada software tertentu, tak perlu guna search engine tertentu, guna chrome boleh, guna mozilla pun boleh.. Just right click pada movie tu, terus "save video as...."
Mudah sangat uolssss.. Pejam sebelah mata pun boleh buat.
Tapi kalau pejam dua-dua belah mata, memang tak dapat download laaa..

Kang aku hempok kepala kau dengan pc tu!

Berminat untuk tahu web apa?
Jangan sengan-segan nak pm iols..

Psssstt.. Movie Fifty Shades of Grey pun ada uolssss... Opps!
Kihkihkihhh..










No comments :