Dasat tak tajuk entri aku kali ni?
Sangat berilmiah hokeyyy..
Sejak dua menjak ni sel-sel otak aku berhubung dengan jayanya.
No more carut-carut gituuuu..
Carut-mencarut hanya terjadi bila sel-sel otak aku gagal berhubung dengan baik.
Kurang minum milo agaknya.
Pernah tak terjadi dalam life korang yang dull tu (wahhh, kejamnya stetmen ahkakkk), bila korang cucuk pendrive, semua folders korang bertukar rupa menjadi folder shortcut?!! (insert muka terkejut beruk kat sini)
Bertukar tu satu hal, yang hazab sekali semua folder tu tak boleh bukak!
Sumber : encik gugel
Haramjad betul kan?
(Opss.. Tercarut pulakssss...)
Nak-nak bila kau tengah nak urgent bukak file, masa tu virus-virus mughollazah ni berjimba-jimba dalam pendrive kau.
Rasa macam nak pijak-pijak je pendrive tu sampai hancur, pastu flush away dalam jamban kan?!
Sabar... Sabar....
Jangan sebab virus vavi-vavi tu semua, jahanam habis pendrive kau.
Cuba jadi insan yang penyabar, solehah, baik hati, gojes, ayu, jelita macam aku...
Eh?
Hehee..
Sebenarnya dari dulu lagi aku dihantui oleh virus shortcut ni.
Dulu pernah la orang ajar aku cara nak remove virus ni.
Kadang-kadang cara tu menjadi, dan kadang-kadang plak dia memvavi...
Haaa kau! Mencarut lagi aku.
Puncanya aritu pendrive Kak Sal buat hal masa kitorang tengah bengkel kat Residence Hotel.
Tengah nak bukak file, sekali semua virus jadi shortcut.
Aku try banyak kali tapi taknak menjadi.
So aku terus give up.
Balik ke ofis, aku buat lagi, eh jadi pulakkkk..
So ada cara lain yang lebih mudah dan efektif untuk menyamak semua virus vavi-vavi ni.
Tadi aku balik rumah Maklang, aku bertekak dengan Leen.
Puncanya dia nak copy semua movie baru aku.
Sekali dia terlepas cakap "lappy aku ada virus shortcut..."
Haaa, memang aku tak bagi pinjam hardisk dan pendrive aku laa..
Lepas dia suruh aku install antivirus tu, maka aku yang cantik jelita lagi gojessss ini bagi pinjam pendrive & hardisk aku tu.
Jadi, memandangkan virus vavi ni makin bermaharajalela, so meh sini aku share cara-cara nak remove virus shortcut ni.
Ok, let's get started....
1) Cucuk pendrive. Then identify location pendrive kau tu. Kat E ke, F ke, G ke, H ke, kat 7E ke.. Haa, 7E tu bukan location disk ye kawan-kawan. Tu location untuk kau nak beli kondom - 7Eleven.
2) Sebelum kau bertarung dengan vavi-vavi tu, better kau SCAN DULU pendrive kau. Bukan apa, sebagai perlindungan untuk pendrive kau jugakkkk..
3) Selesai scan, kau bukak My Computer -> Organize -> Folder and search options -> View.
My Computer - Folder and search options
4) Pastu kau click (tick) pada 3 benda yang kat bawah ni :
Click - View
TICK pada "Show hidden files, folders and drivers", "Hide empty drives in the Computer folder" dan "Hide extensions for known file types"
UNTICK pada "Hide protected operating system files (Recommended)"
5) Bukak pada location pendrive korang tadi. Contohnya F ye.. Masa ni korang akan nampak file asal (blurred) yang korang nak selamatkan tu. Actually, virus tu telah hidden kan file asal tu. Kuangjaq sungguh naaa!
6) Click Start - taip cmd pada search programs and files - click cmd tu.. Then muncul paparan hitam bak dayang senandung gitu.
Start - taip cmd - click cmd
Muncul skrin kecik macam ni.
7) Ok, pastu korang taip command ni :
attrib -h -r -s /s /d f:\*.*
(yang aku kalerkan merah tu adalah location pendrive korang. Kalau location nya H, korang taruk la H. Jangan taruk O for Olaf pulak. Kang command ni tak jumpa location pendrive korang tu.)
Then, tekan ENTER.
8) Time ni cmd akan amik masa sikit untuk clearkan semua virus vavi mughollazah ni. Korang kena bersabar sikit ok? Pegi la bancuh kopi dulu ke, main carrom ke, cabut bulu ketiak ke, berjimak ke... Apa-apa yang patut untuk tidak membuang masa la. Bila second command muncul, korang pegi balik ke location pendrive korang tu, then semua virus tu hilang! Yeayyyy!! (mentari muncul kembali kekdahnya...)
9) So sambil-sambil korang menyanyi lagu mentari muncul lagi tu, boleh la korang delete semua files dan folder shortcut tadi. Ni kira stage menyamak guna air mutlak untuk jirusan ke tujuh selepas 6 jirusan air tanah tu konon-kononnya... Hihihii..
10) PENTING!! (ni aku saja kasi besar supaya semorang nampak)
Jangan lupa pegi balik ke setting folder option tu, then korang click Restore Defaults ye.. Takut-takut nanti jadi lain pulak kat setting komputer korang tu.
Ok, semua happy dengan penerangan aku?
Semua faham ye?
Ada sesapa tak faham or nak tanya soalan??
Ada?? Yang kat belakang tu, ye, kamu!
Dari tadi asyik korek hidung je, kamu faham apa yang saya cerita ni?
Kalau faham, bagus. Sila sambung korek hidung kamu.
Sebenarnya ada cara yang mudah.
Tapi sebelum aku ajar cara mudah, of kos korang kena belajar cara susah kan..
Macam belajar matematik laa.. Mula-mula kena belajar cara susah untuk mendapatkan jawapan bagi soalan y = x² + 2x + 5. Tapi lepas korang dah pandai, baru cikgu korang cakap, "pegi beli calculator scientific, pastu masuk formula dan nilai x, tekan = terus dapat jawapan untuk nilai y."
Kan? Kan???
Betul takkkkk?
Iya kan je laa...
So meh sini nak bagitau cara mudah.
Korang click kat SHORTCUT VIRUS REMOVER ni. (dari web 4shared)
Pastu download remover tu, dan install dalam komputer macam biasa. Dia akan keluar gambar logo UiTM ye. Jangan tanya aku kenapa logo UiTM, kenapa bukan UM? UKM? Or USM? Lantak dia la nak keluar logo apa pun.
Pastu click pada logo UiTM tu.
Keluar program ni :
Tekan RUN
Pastu keluar pulak macam ni :
Tekan Pen Drive
1) Tekan SELECT DEVICE untuk pilih location pendrive korang. Jika E, pilih E.
2) Click SCAN dan scan pendrive korang. Jika ada virus shortcut, virus tu akan appear kat ruangan "Select file to delete" tu..
3) Click DELETE dan tekan OK untuk remove virus tu.
Ok, done!
Mudah kan? Semudah one, two, threeeeeee!!
Ikut je steps 1, 2, 3 tu, insya Allah korang takkan sesat jalan...
Ok, selamat menyamak vavi-vavi semua tu ye kawan-kawan..
^_^
**dah pukul 3.45am, aku masih di ofis En Zul. Tak boleh nak tido. Nak cari idea untuk entry ke tiga malam ni. Ngehngehngehhhh.
No comments :
Post a Comment