Alhamdulillah Jumaat lepas ada jemputan open house pertama untuk Syawal tahun ni.
Dan juga merupakan jemputan pertama untuk aku dari geng-geng Pusat Pengajian Umum.
Eh, dah tukar nama laaa..
Pusat Citra Universiti. Hihii
Dalam pukul 12.30pm kitorang gerak ke rumah Puan Muza.
Rumah Pn Muza ni menghala ke rumah aku.
Memang hari-hari aku ulang-alik lalu depan rumah Pn Muza ni.
Cuma belum berkesempatan nak singgah untuk minum air sejuk segelas dua.
Masa kitorang sampai tu, kaum lelaki dah siap makan.
Tunggu masa nak on projek je.
Projek?
Ehem..ehem.. Projek memanjat pokok di belakang rumah Pn Muza.
Well, jemputan ni jugak merupakan open house pertama yang ada aktiviti kait buah-buahan di dusun, selain aktiviti memenuhkan perut masing-masing.
Unik kan?
Lepas makan, kitorang start dengan buah pulasan.
Tengok muncung Kak Sal tu. Amboiiii.. Kemain lagi dia cruttt...cruttt....
Tu buah pulasan yang berjaya budak lelaki kait.
Baki makanan atas meja selepas tiga-empat kali Puan Muza top up untuk jerung-jerung
yang datang open house rumah beliau.
Lepas semua orang belahak lima-enam kali, dan staff lelaki semua dah balik.
.....maka projek mengait buah pun bermula.
Let's serangggg!!!
Nah, bertempiaran semua orang cari buah.
Siap singsih kain lagi. Jangan main-main dengan kitorang.
Aku je yang tak singsih kain. Sebab aku ayu....
Gitu~~
Ayu?? Puiiiiiiiiii...
Padahal kau pegang kamera nak candid gambar diorang.
Ok, tuan rumah ajak pusing dusun.
Ambik kau.. Siap hayun je gunting tu.
Kak Nap dah start singsih kain.
Baik-baik Kak Nap.... Takut terus terbang naik ke pokok je.
Pokok rambutan yang tengah melambai-lambai panggil kitorang.
Wahhhh.. Merah-merah buah rambutannya.
(Ok, time ni aku dah start menggigil satu badan tengok keranuman buah rambutan ni)
Ni makcik berdua ni masih di pokok guava.
Padahal orang lain dah bertempiaran ke pokok rambutan & pokok pulasan.
Nah, pokok pulasan.
Gila aku memetik buah. Tapi hat yang bawah-bawah je la.
Tu pun dapat la beberapa biji je.
Capai, petik, pulas dan ngappp!
Sedappppp!
Memang heaven =)
Memperkenalkan, Superwoman of the day.
Kak Pah.
Jangan main-main dengan orang ganu ni.
Segala pokok dia boleh panjat.
Untung Puan Muza. Tak payah susah-susah nak upah bangla datang panjat.
Orang ganu adooo!
Ada gaya-gaya gengster tak?
Siap letak gunting kat peha. Kau adoo?
U don't play-play aarrrr~
Tak cukup superwoman memanjat, amik tangga pulak!
Betul-betul tak ingat ofis ni.
Macam nak duduk sini sampai ke Subuh esok je gayanya.
Gadis ayu mencuba nasib.
Harapkan badan ringan, tapi tiada hasil.
Hahahaa...
Alololoooooo...
Pegang gunting pun tak ada gaya pekebun sayang oiiii...
Aku yang naik takut tengok Sue ni pegang gunting.
Hahaha...
Ok, the job is back to superwoman again.
Ni bini sape ni??
*gelak-gelak bawah pokok sambil snap gambar*
Nin-diaaaaaa!!!
Hasil superwomen.
Tak cukup banyakkkk??
Sikittttt???
Tak tergodaaaaa??
Fineeeeee......
Nahhhh!
Gergaji kauuuuu...
Sekali potong, bukan pulasan je jatuh.
Dengan dahan-dahan sekali berdentum hempas tanah.
Hah, orang bawah!
Cukup ke tak tu??
Tak cukup Pah nak potong bawah je. Sekali tumbang je terus.
Setel.
Kami rakyat marhaen menggelupur kutip buah-buahan yang jatuh.
Kerakusan kami memang tidak boleh disangkal lagi. Haha!
Gadis Bunga - by Rahimah Rahim.
Eh silap.
Gadis Buah - by Dato' M Daud Kilau.
Hihiiii....
Ok geng.
Jom pi belah sana pulak!!
Dari yang muda, sampai yang ke tua!
Cepatttttt jalan!
Kiri... Kanan... Kiri... Kanan....
(Kak Sal cakap badan dia macam Nenek Kebayan Bongkok Tiga siap dengan Tongkat Sakti)
Aku tak cakap.. Kak Sal yang cakap.
Aku tolong masuk dalam blog jeeeee.. ^_^
Operasi berpindah ke kawasan cempedak.
Buah cempedak di luar pagar.
Ambil galah tolong jolokkan.
Kami semua muka tak malu.
Kalau boleh nak cempedak banyak sikit.
Ok, pantun aku. Sukati aku la nak bunyik macamana pun.
Sorang dapat 2-3 biji.
Balik boleh gorengggg!
Lalalalalaalaa~~
Kak Nap :
Lai..lai..laiiiiiii..
Adik manis mari-mari...
Pilih buah manyak cantik, manyak sedap, manyak murahhhhhh...
Amoiii.. Lu pigi angkat plastik kasi ini olang pilih buah.
Wa manyak untung ini hali oooooo...
...kata Kak Nap kepada pembantu dusunnya......
P/s : Terima kasih banyak-banyak Puan Muza atas jemputan open house yang sangat best ni! Tahun depan jemput lagi ye... Terima kasih juga sumbangan buah-buahan yang sedap ni. Syukur!!!
No comments :
Post a Comment