It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 27, 2014

Kaki gajah kena hempap

Petang semalam tengah aku masak dinner sambil nyanyi-nyanyi lagu Shila Amzah kat dapur (siap nari-nari gwiyomi sekejap), tetiba ada benda jatuh himpap kaki kiri aku. Mak oiiiiii... Sakitnya!!! Rasa macam nak patah kaki aku. 2 kali benda tu himpap. Sekali kat lutut, pastu jatuh ke jari kaki. Sialan! Terus lagu Shila Amzah bertukar jadi lagu sedih yang dipasang masa orang cina mati tu.

Tengok-tengok rupanya tiles table top aku yang jatuh. Hadehhhh.. Ikut hati nak je aku sepak-sepak tiles tu. Tapi nanti kaki aku bertambah sakit pulak kan (apabila aku masih boleh berfikir secara rasional, ia menunjukkan sel-sel otak aku masih berhubung, gituuu...). Dah la minggu lepas kaki kanan aku kena himpap dek pagar kayu yang En Zul baru buat tu. Sedang elok aku tengah siram pokok, sambil aku sembang-sembang dengan pokok-pokok aku bertanya khabar, sekali angin tiup habis jatuh pagar himpap kaki kanan aku. Pun kena himpap 2 kali jugak. Kat lutut dan jari kaki. Rasa nak menangis, tapi aku masih mampu untuk control cun di luar rumah. Masuk je rumah terus aku nangis golek-golek.. 

(Nangis golek-golek tu tipu je. Jangan percaya.)

Semalam rasa bengkak kat kaki kanan masih lagi terasa. Pastu kena himpap kat kaki kiri pulak. Malang apa la yang datang bertenggek kat aku ni? Kaki kiri kanan jadi mangsa kena himpap. Dah la kaki aku besar macam kaki gajah. Bila kena himpap, bengkak tu buat kaki aku nampak lagi menggajah!




Dua keping tiles jatuh. Mau tak menggila aku menahan sakit.
Nasib baik En Zul tak balik kerja lagi. Kalau tak kompem dia yang kena ganti aku memasak.
Sebab vitamin 'manja' aku ni lain macam sikit bila ada En Zul.
So lepas kena himpap, teruskan jugak memasak dengan perasaan sayu..
Siap bersendu-sedan menangis menahan sakit....


Kalau ikutkan kitorang memang dah nampak lama tiles tu terkopak dari kedudukan asal. Sejak dari renovation lagi kitorang dah mula perasan. Tapi ingat tak serius la kerosakan tu. So tak de la nak suruh kontraktor tu repair balik. Dalam hati aku memang membara je semangat api aku nak melahar kontraktor tu. Dasar kontraktor Ind*n!! Buat keje cincai-cincai je. Macam la aku tak bayar kau buat keje kan? Apa kau ingat aku bayar kau dalam matawang rupiah???

Haaa.. Aku kalau dah start mengenang balik kisah kontraktor ni, memang mau bersilat aku nak memancung kepala orang. Macamana la aku nak berhidup aman tenteram bila tengok keadaan rumah ada je yang tak memuaskan hati aku. Aku ni nampak je sempoi-sempoi. Tapi kalau tak kena dengan hati aku, payah jugak. Tu baru nak puaskan hati aku, belum lagi nak puaskan nafsu aku. Haaa, kan dah citer melencong!

Jangan salah faham..
Nafsu kan ada pelbagai bentuk.
Termasuk la nafsu untuk shopping, nafsu nak nampak cantik, nafsu makan...
Nafsu bla..bla..blaaa....

(terus buat ayat nak cover malu. Haha!)

Rumah aku ni delayed setahun baru nak siap renovate. Ulang suara, SETAHUN! Orang lain buat renovation paling-paling bangsat pun 2-3 bulan. Aku ni punya lama renovate sampai makan tahun. Gila tak gila? Padahal kitorang cuma tambah space kat tanah belakang rumah untuk besarkan dapur & bilik ketiga untuk dijadikan master bedroom. So kena la buat besar dan tambah toilet. Pastu kitorang buat pagar batu. Itu je. Tu pun dah makan upah berpuluh ribu. Kalau aku simen porch aku balik, bayar renovate hampir mencecah RM50k. Tapi hasilnya gila punya haramjadah! Tak berbaloi langsung dengan harga dia.

Yang buat aku tak boleh hadam dengan wak ni, dia tiap-tiap hujung bulan mintak duit kat En Zul. Alasan nak beli itu, nak beli ini. Padahal dia nak bayar gaji pekerja dia untuk siapkan rumah orang lain. Kalau minggu ni kitorang datang pantau, bulan depan kalau datang balik belum tentu ada perubahan yang dia buat. Awal-awal masa nak renovate tu, kemain laju dia buat keje. Elok lepas 2 bulan, dia dah mula slow. Masa tu dah berapa ribu habis bayar kat dia. Wak tu pulak guna duit kitorang pi rolling modal untuk kerja-kerja renovate rumah orang lain. So kitorang jadi mangsa sebab kena tunggu berbulan-bulan lama untuk dia siapkan rumah kitorang. Sampai satu tahap aku pernah mintak En Zul yang siapkan saki baki renovate tu. Tapi sebab En Zul tak nak biar wak tu makan gaji buta, dia biarkan jugak wak tu habiskan semua kerja-kerja dia.

Aku rasa sepanjang wak tu renovate rumah aku, dah beberapa kali kitorang cakap nak masuk rumah tu segera. Siap bagi tarikh lori nak angkat barang. Tapi dia buat donno je. Sampai aku rasa nak hempuk je kepala wak tu dengan batu nisan dia yang aku dah tempah tu. Dasar bajingan betul! Macam-macam alasan kitorang bagi, nak pindah hujung bulan sebab tuan rumah sekarang nak amik balik rumah dia (kitorang terpaksa tipu dia konon-konon kitorang duduk menyewa dengan orang). Ni kalau dah berkali-kali cakap nak pindah, tapi masih tak pindah-pindah kompem satu family kena halau dengan tuan rumah. Pastu En Zul bagi alasan cakap duit loan dah kena potong tapi kitorang masih tak pindah-pindah, so En Zul tak larat nak bayar dua-dua rumah, bini pulak tak kerja (tang bini tak keje ni memang aku nak gelak guling-guling). Jadi dia tak cukup duit nak tanggung bini yang makin menggajah ni. Punnnnnn wak tu buat tak reti!

Geram punya pasal, hari jumaat selepas kitorang balik dari tengok wayang, aku cakap kat boifren aku tu, "yang, jom pindah." Malam tu jugak terus cari kotak dan pack semua barang. Esoknya Sabtu kitorang ke open house rumah Faridzul. balik dari rumah Faridzul kitorang sambung packing barang dan seal perabot. Esoknya Ahad terus amik lori dan pindah. Setel dalam masa 3 hari. Masa tu wak ada mintak last payment dia. Tapi En Zul hold dulu sebab ada bumbung bocor. Lepas 2 kali dia repair bumbung, tapi masih bocor, aku perasan tandas master bedroom pulak berbau busuk. Even kalau kitorang tak guna pun, still berbau busuk. Rupanya wak tak buat saluran udara ke luar. So bau-bau dalam loji tu tolak balik ke jamban kitorang. Then kitorang panggil wak buat balik saluran udara tu. So dah ok sikit. Tak de la bau busuk menusuk hidung aku.

Paling neraka jahanam, bilik aku langsung tak ada suis plug! Mampus la nak iron baju ke, nak charge henfon ke, terpaksa tarik suis dari luar. Bangang betul! Macamana la buat rumah tapi tak ada suis plug? Kata dah 20 tahun buat rumah. Kau buat rumah ke, reban ayam? Sampai langsung tak buat suis plug dalam bilik aku apahal bongok?? Bangang abadi. Aku dah naik fed up, aku suruh je En Zul bayar baki upah wak tu. Malas dah nak fikir pasal masalah rumah tu. Yela, nak hold lama-lama pun kitorang tak berani sangat. Buatnya dia ada main 'baca-baca', tak pasal-pasal je ada pulak yang muntah berdarah.




Bumbung dapur bocor sampai berlubang siling aku.
Ni dah beberapa kali panggil wak tu datang repair. Ada la 2 kali dia datang.
Lepas tu dia lesap. Duit dah selesai bawak lari sekali.
Tapi kerja celaka macam taik!
Terpaksa En Zul repair sendiri. Tapi dia dah tak kosser nak tutup lubang tu.




Dulu plan En Zul nak buat carving & shape kat laluan ke ruang tamu kedua ni.
So tak ada la nampak plain sangat.
Tapi plan terpaksa tukar sebab ada keperluan lain yang lebih penting.




Puncanya sebab aku nak suruh wak buat hole kat bilik Ika.
Bilik Ika ni tengah-tengah. Jadi tak ada tingkap kat bilik dia.
Masa aku suruh dia buat, dia jawab "tak apa, masa tidur boleh bukak pintu.."
Eh, jangan nak biadap ye! Aku suruh buat bukan pakai air liur semata yeee..
Aku bayar! Apa kejadah nak tidur suruh bukak pintu.
Pastu dia bagi alasan lain - susah nak pecahkan bata tu, tapi aku paksa jugak dia buat.

Gila ke nak biar anak aku kepanasan tak ada ventilation dalam bilik tu?
Then lepas aku tengok banyak sangat alasan orang tua ni, aku bagi kelonggaran.
Buat hole bilik Ika ni, so dia tak payah buat carving kat laluan ruang tamu kedua tu.
So tak ada pertambahan kerja. Then dia setuju.

Eeeee... Rasa hati nak sepak je angry bird wak tu bior cacat seumur hidup!



So ini je la hasilnya selepas pertengkaran antara mak gajah dengan tapir jadian.
Vavi sungguh perangai!


*Pemalas betul. Langsir bilik masih tak pasang. Hahaha...*






2 comments :

Penawar Hati said...

Memang vivi,celanat punya wak. Dgr crite pun dah dpt feel. Coz diri sendiri pernah terkena. Anyway himpap=hempap :)

Chempaka Merah said...

hahaha.. hempap ye? patut la rasa mcm tak kena je ejaan dia. haha