It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 16, 2014

Humban semua sekali dalam ni

Lately boifren & anak-anak aku rajin menjahit.
Bangun pagi lepas tengok kartun, diorang menjahit.
Lepas lunch, sambung menjahit.
Sepanjang malam pun menjahit.
Tapi bukan jahit baju kurung ke, kebaya nyonya ke, langsir ke..
Tapi diorang pakat jahit batu seremban sepanjang hari.
Agak-agak aku la kan, kalau diorang jahit baju kurung dah banyak helai aku boleh jual.
Siap boleh buat butik lagi. Mampu?




Betapa bahagia anak aku landing depan rumah sambil menjahit batu seremban beliau.
Sekarang ni Ika memang suka lepak-lepak kat laman rumah.
Banyak kali dia ajak aku. Tapi aku masih belum bernafsu nak lepak kat situ.




Siap berkelah kauuuu!
Habis ayam goreng mummy kena rembat dengan si kurus ni.




Kelmarin laki aku bawak balik kayu ni.
Dia buat ala-ala japanese table.


En Zul : Ni ayah buat meja untuk mummy

Aku : Buat meja untuk apa?

En Zul : Untuk mummy duduk kat laman dengan anak. Boleh main masak-masak dengan anak.


Eh?
Jadah!
Ntah bila masa aku suka main masak-masak ntah?
Memandai je orang tua ni.



Lepas raya aritu aku dapat kad raya dari Ika.
Aritu dah dapat kad raya dari Aleeya. Tu pun dah buat aku gelak kaw-kaw lepas baca.
Ni kad Ika lagi la aku sawan. Siap lukis gambar dia peluk kat tepi (tiang) sebab paksa ikut makteh dia balik kampung. Hahahaa... Sian anak aku.

Agaknya nanti bila diorang dah besar, kalau diorang tengok kad ni,
kompem diorang malu-malu sendiri kan?
Hahahahaa...



Ok, next story.
Last week aku teman En Zul beli anak ikan keli.
Nak bela kat kolam belakang ofis dia.
Dalam tu banyak ikan talapia. Dah banyak kali diorang jual & makan.
Ikan keli ni beli RM0.25 seekor. Beli 200 ekor, semalam semua mampos!

Dah kau tala semua anak ikan ke dalam kolam yang ada bapak ikan talapia.
Sah-sah la anak ikan keli tu jadi mangsa liwat bapak ikan talapia tu.
Terapung-apung la anak ikan keli tu.

Semalam boifren aku ni beli lagi 200 ekor.
Tapi sebelum tu dia dah buat pengasingan kolam.
Taknak campur ikan keli & ikan talapia.
Takut kena jadi mangsa liwat lagi katanya..
Agak-agak dah besar sikit baru nak campur sekali.






First time aku tengok anak ikan keli.
Comellllll...



Eeeee.. Geli aku!
Macam anak berudu. Hahaha...




Perasmian oleh Datuk Arumugam KELIyapah



Lepas perasmian, kasi pelet makanan untuk anak angkat beliau.


*harap-harap hidup la anak ikan yang baru dia beli tu*



Cerita seterusnya.


Hello, Toothfairy!

Aritu gigi Ika dah longgar.
Jenuh aku & En Zul pujuk suruh cabut tapi dia degil tak nak cabut.
Lepas seminggu dia simpan gigi dia tu, last-last longgar la jugak.
Bergantung-gantung je gigi dia kat gusi tu.
Hishhhhh.. Geram aku!
Rasa nak cabut gigi dia masa dia tengah tido.



Kau tengok tu. Dah longgar habis gigi tu.
Tinggal nak pulas je pun. Tapi degil keras kepala dia ni.
Bila ayah nya nak cabut, dia mula buat drama. Nangis-nangis!
Eeeeee... Geram betul aku tengok gigi dia tu!




Lepas aku pujuk-pujuk dia, last-last dia pulas jugak gigi tu.
Dia pulas sendiri je. Lega aku..
Puncanya sebab aku masak bihun tomyam.
Tomyam tu faveret dia. Dia tak boleh nak makan sebab gigi dia tergantung-gantung macam tu.
Lepas aku cakap, "kakak lambat makan, nanti ayah & adik habiskan tomyam tu."
Terus dia pulas gigi tu & gosok gigi kat toilet.
Dia datang bagi gigi tu kat aku, terus capai bihun dan ngappp!!

Setel.

*kalau aku tau, awal-awal aritu aku dah masak tomyam. Selagi kau tak cabut, selagi tu aku masak tomyam hari-hari. Nasib kau la nak makan ke tak*


Khamis lepas ada jamuan raya kat ofis aku.
Jamuan tu kitorang amik catering L***** Caterer.
Gila hampeh punya caterer. Dia pegi hantar makanan kitorang ke HUKM.
Jadah sangat kau hantar ke sana?
Padahal dalam quotation semua dah state alamat yang betul.
Lagipun bukan kau tak biasa deal dengan staff yang incharge kat sini.
Sampai menangis-nangis staff Citra sebab risau makanan tak sampai.
Bayangkan, pukul 10am VC dah sampai ofis, masa tu van caterer sampai.
Kelam-kabut semua orang nak topup apa yang boleh.



Masa tengah bacaan doa van baru sampai.
Memang bakal kena lahar la jawabnya!



Jejaka-jejaka Citra melantak tak hengat dunia!
Hahahaa...



Tapi tak leh challenge aku.
Nampak makanan aku? Hahahaa...

Ni share dengan Kak Sal ni.. Bukan aku sorang makan.

*alasan!*




Uishhhh... Seronok nya nenek-nenek ni bergambar.
Takde panjang lagi ke monopod tu? Hehehe...




Nenek-nenek vogue sedang bergosip pasal drama Rindu Awak 200%.
Ecececeeee... Kemain nanny semua ni ekkk!!
Kerlasss kau! ^_^



Love,

No comments :