It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 24, 2012

Selamat Kembali Pulang Mr Babyboop!

Tadaaaa!
Selepas seminggu berjauhan dari En Zul aka Mr Babyboop,
semalam Mr Babyboop balik ke rumah.

Yeayyyy!!!

Sebab aku rindu kat En Zul, maka nama panggilannya sudah bertukar menjadi Mr Babyboop.
*Haihhhh*

Masa kat Pulapol, Mr Babyboop tak boleh bawak henfon.
Tapi dia bawak jugakkkk..
Hahahaa.. Degil sungguh Mr Babyboop nih!
Tapi dia still tak boleh nak contact aku. Sekadar boleh call hari Rabu & Jumaat je.
Jadik la kannn.. Dapat gak lepas rindu.
*wink-wink!!!*

Ni gambar yang En Zul ambil masa last day kat Pulapol.



En Zul dengan Isman. His BFF!
Hahaha... :p




Kemana-mana pun mesti sama-sama.
Halah...Halah...Halahhhhh!!




Alololooooo.. Comelnya si ayam katik Mak Jemah ni.....




Dorm En Zul. Macam dorm budak sekolah siap kelambu bagai.
Aku tengok kawan-kawan En Zul ni ramai yang level budak-budak je.
Ala, bangggg... Budak hingusan jugak yang kau geng kan??





His rumet :)
Duduk tengah-tengah macam 'Abang Long Kawasan' je....
See.. Mesti ada Isman kat sebelah.
Now aku mula confuse hubungan diorang ni... Hurmmm!




Minum pagi. Nasib baik duduk berjauhan dengan Isman.
Hakhakhakkkk...






Wahhh... Ketua kumpulan rupanya laki aku ni..
Besar gedabak baju kemeja En Zul. Aku yang pilih. Haha!




Lepas seminggu, tengahari Sabtu En Zul balik.
Yeayyyy!!

Aku pergi ambil dia kat IPK Jalan Hang Tuah.
Hari Sabtu kitorang spend masa kat rumah je.
Atau lebih tepat --> membongkang!

Hahaha....

So malam Ahad baru la aku keluar dengan En Zul.
Cadang nak keluar makan kat Red Wok @Bandar Baru Bangi
Ajak Leen & Maklang sekali.
Paklang tak nak ikut. Malu nak Miss Purple kepunyaan Leen katanya.
Hadoiiiii...


Ni ha Miss Purple kepunyaan Leen.
Tayar kaler pepel, body ada awek jepun pepel..
Tu belum bukak lampu lagi. Segala macam kaler pepel keluar.


Nah, tengok ni.
Aku curi kat FB Leen. Jangan nak mintak royalti pulak.
Ni aku nak kasi promote ni.. Muahaha!


Seeeee.... Banyak kaler pepel kan?
*sila abaikan pontianak yang sedang bertenggek di situ*

Agaknya sebab ni la Paklang malu nak naik Miss Purple Leen.
Lantak la... Kalau malu, sendiri yang rugi!
Hahaha...






Chakkk!!
Ni dia Mr Babyboop yang sangat Mak rinduiiiii!!

Muuaaaaahhhhh!!!!!







Yam Basket KungPoh Chicken
Small size (RM17.00) - Recommended!

Based dia adalah ubi keladi yang dibuat bentuk bakul.
Dalamnya diisi dengan ayam masak KungPoh.
Kelilingnya dihias dengan suhun goreng.
Sedap! Aku bagi 4/5 bintang =)





Gambar tadi gelap ye?
Nah, ni gambar aku kasi flash sikit :)




Deep Fried Squid Salted Egg (Sotong Goreng Telur Masin)
Medium size (RM18.00)
Yang ni memang sedap. Pun aku bagi 4/5 bintang. Recommended!

Sotong disalut dengan telur masin (kuning) dan digoreng sampai garing.
Perghhh.. Memang terasa telur masin kuning tu. Not too salted. Sedap!




Sweet and Sour Fish Fillet
Medium size (RM22.00)




Baby Kailan Salted Fish
Medium size (RM17.00)




Last, but not least...
TomYam Seafood with Milk
Medium Size (RM19.00)
Sedappp.. Tapi tak sesedap tomyam kat kedai Awe =)




Sebab tunggu nasi lambat sangat, maka marilah kita meratah lauk dulu.
Lagipun lauk sangat banyak untuk 4 orang. Patut makan untuk 6-7 orang.
Paklang & anak-anak aku tak join. So kami berempat la yang perabihkan semua ni.


Total for tonight : RM109.50

Thanks En Zul & Leen sudi bayar =)

Patutnya aku yang bayar. Tapi dah korang hulur duit, aku kelepet je laaa!
Hahahaha... Rejeki!!!




Ni side untuk steamboat.
Gila punya ramai. Fullhouse beb!!!

Kalau tak silap steamboat kat sini harganya RM33/pax.
Kalau tak habis, waste tu dikira RM10 per 100g.
Mahal gila! Baik aku tapau bawak balik.
Huhuhuuuu...


Sesapa nak try makan kat sini, sila la datang.
Ikut highway Kajang Silk la senang sikit. Kalau ikut Bandar Baru Bangi, pusing jauh la kau...

Kalau nak datang ramai-ramai, nak datang pulak di waktu hari gajian..
Ulang suara.... HARI GAJIAN...
Lebih baik buat reservation dulu.
Kang merana la kau duduk kat meja tambahan tepi dapur
(macam masa aku makan dengan sepupu En Zul - Narul & Kak Vic yang datang dari Sarawak aritu)


Untuk tempahan meja :

Red Wok Restaurant
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel : 03 - 89274100











No comments :