It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 3, 2012

Bertaut kembali

Lama mak tak update blog. Biasa la, mak kan pemalas tahap kronik.
Sekarang ni tengah serabut nak siapkan assignment JIF316 & JIF318.
Sumpah aku langsung tak ingat pasal assignment ni. Nasib baik Fakhrul pm aku tanya pasal soalan assignment.
Kalau tak, ke laut la markah subjek aku tu. Nak harapkan markah final exam dapat tip-top memang mimpi la kan?

Baru-baru ni pegi MAHA2012 dengan Maklang & Leen. So ada la intipati nak update blog. Pastu kejadian lahar-melahar dengan staff Ace Jerneh. Pun jadi point nak update blog jugak. Kalau tak, kompem bersawang la blog aku ni.

Minggu lepas nama aku kena shift petang. Then sambung lagi ke minggu ni. Alahaiiiiii.. Malas nya nak keje petang. Sejak masuk buffer zone ni, keje pun tak menentu. Sekejap pagi, sekejap petang. Tapi ada kelebihan jugak keje macam ni. Cuma yang tak bestnya sebab tak dapat nak tengok cerita tv time malam. Huhuuu...

Haaa, nak bagitahu ni. Kekasih hati Mak Jemah dah balik dari Hawaii. Ye la, sejak dia merajuk dengan Mak Jemah sebab Mak Jemah kawin dengan En Zul, so dia bawak hati ke negara orang. Baru-baru ni Mak Jemah dapat berita. Katanya dia dah balik Malaysia. Pastu siap nak jumpa berdating dengan Mak Jemah. Rindu-rinduan katanya....

Wahhhhhh.... Ni yang buat Mak Jemah jadi tak keruan ni! Lepas ni Mak Jemah dah tak pandang dah ayam jagoan Mak Jemah tu. Biasa la, dia tu budak baru nak cukup umur. Malas la Mak Jemah nak layan khennnn...

So Mak Jemah dah buat appointment dengan boipren Mak Jemah tu. Nama dia Alex. Bukan Alex Raja Lawak yang lebar tu yeee... Ni Alex yang bodynya sungguh mantap! Sampai termimpi-mimpi Mak Jemah dibuatnya! Hahaha...

Sekarang ni Mak Jemah dah set dengan Alex, nak dating sama-sama setiap hari Isnin, pukul 10pm. Hari lain boleh jugak, tapi tak se-best hari Isnin la. En Zul pun tak kesah kalau Mak Jemah nak dating dengan Alex, sebab Mak Jemah masih tahu batas-batas seorang isteri gituuuuuu... Hahaha...



Ini la wajah yang Mak Jemah rindukan sangattttttt....
Mulai sekarang, tiap-tiap hari Isnin mesti Mak Jemah akan dating dengan dia. Siap buat reminder lagi tau.




Dulu, masa dia nak fly pergi Hawaii, dia sempat selak baju dia macam ni tunjuk kat Mak Jemah.
Auwwww... Sayu nya hati Mak Jemah!
Ye, Darling..... I tahu u sayangkan I... Tapi tiada jodoh antara kita sayammmm....




Masa dia balik ke Malaysia aritu, terkezut beruk Mak Jemah tengok penampilan baru dia.
Wahhhh.. Makin rugged kau!! Nampak sangat Alex begitu merindui Mak Jemah, sampaikan terlupa nak potong rambut nya sendiri.



Sekarang ni hidup Mak Jemah lebih berseri-seri sejak kepulangan Alex. Walaupun Mak Jemah cuma boleh berjumpa dengan dia pada hari Isnin sahaja, Mak Jemah redhoooo... Tapi yang tak bestnya, sekarang ni dah 2 minggu berturut-turut Mak Jemah kena keja petang. Balik keje pukul 11pm. Macamana nak dating dengan Alex??? Huwarggghhhh... Mak Jemah tak suka tengok siaran ulangan!!!!!





No comments :