Tapi sebab orang yang aku nak jumpa tu tak available tengahari tadi, maka kitorang meronggeng la selepas hari gajian.
Sebab aku dah lama tak post gambar makanan kat wall FB (read : MALAS MASAK), so aku upload gambar makanan lunch kitorang kat Fullhouse je la erk..
Set Leen : RM55.90
Set aku : RM35.90
Total kemerepekkan hari ini : RM91.50
Ni set curry mee aku. Dulu aku order tak ada pulak menatang sotong tu semua.
Kali ni ada pulak. Bukan sebarang sotong hokeh, tu namanya baby octopus.
Dia masuk sekor-sekor dalam curry tu.
Harga RM16.80 semangkuk.
Ni deep fried baby octopus. Memang dia goreng sekor-sekor.
Satu set ada lebih kurang 10ekor baby octopus. Harga RM 9.90
Ni rupa asal baby octopus yang mentah. Sebab saiznya kecik, so dia masak sekor terus.
Tak payah potong-potong dah. Gambar ni aku rembat kat Google =)
Ni air dragon fruit with magic ball. Minuman dalam set Christmas yang Leen order.
Harga RM8.90
Ni pulak air aku, strawberry vanilla. Kat dalam pun ada magic ball. Sedap!
Feberet aku magic ball tu =p
Harga RM8.90
Yang ni pulak vanilla brownies. Sangat padat.
Dan ada caramel & raspberries ganache. Sumpah sedap!
Lebih-lebih lagi bila brownies tu dimakan dengan caramel tu.
Hmmmm... Masih terasa dalam tekak ni.
Ok, puas menjamu mata?
Hmm.. Aku pun puas lepas makan kat Fullhouse.
Sekarang aku nak bebel.
Rasa dah lama tak bebel kat blog sendiri kan?
Hahahaha...
Sejak akhir-akhir ni aku selalu nampak perkara-perkara yang boleh dikatakan sebagai "berat nanang".
Tahu apa tu berat nanang?
Aku tak sure berat nanang tu berasal dari Terengganu or Kelantan.
Tapi yang pasti perkataan tu dari sebelah pantai timur.
Ada yang membawa maksud keberatan/malas.
Ada jugak yang memberi maksud teramat sangat /over.
Ok.
Over ye?
Haaa... Meh sini mak nak story pasal OVER.
Aku ni ada jugak yang nampak over nya. Tak tipu la kannn...
Yes, aku admit. Lantak aku la nak over ke tak?
Sekurang-kurangnya kalau aku nak over pun, benda yang aku over kan tu pun dah sah-sah aku punya.
Yang buat mata aku berbulu, hati aku dikecam-kecam bila tengok orang lain over, tapi benda yang nak di overkan tu belum tentu jadi hak diorang.
Hah, paham tak?
Macam ni...
Ada la beberapa orang kawan aku ni.
Bercinta bagai nak rak.
Sampai jadi pecacai untuk BF semata-mata nak jadi 'kekasih mithali'.
Puiiiiiiiii!
Tiap-tiap hari si gelfren bancuh air untuk BF.
Yang si BF pulak jenis dasar baru nak tumbuh pelir, menggeletisssss je memanjang!
Dah elok-elok si awek tu bancuh milo, menggatal tak nak minum.
Katanya kalau minum milo nanti berak jadi keras!
Dah kau jenis tekak tak minum air kosong, memang la cenggitu jadinya.
Pastu merokok macam naga tasik chini. Berasap je memanjang.
Pastu ada hati nak blame milo tu menyebabkan tahi kau jadi keras.
Akai ada?
Pulak tu sedap je mintak tukar air nescafe.
Dah elok si gelfren bancuh nescafe, bila dah bawak tatang ke depan muka BF, si BF pulak cakap air tu panas sangat laaa... Tak nak minum air dalam paper cup laa..
Eeeee.. Kalau kau jadi BF aku la kan, aku kaki kan aje si mangkuk jamban tu!
Dasar tak kenang dek untung.
Kau dah dapat awek "konon-konon mithali" tu, apa lagi yang kau nak?
Yang si awek tu pulak, kalau aku kata kau Bodoh, kau marah kan?
Tapi kau memang bodoh pun. Layankan sangat mamat tu.
Padahal kat belakang kau, bukan main lagi dia sulam cinta dengan perempuan lain.
Nampak tak keSIALan kisah cinta mithali diorang tu?
Hah, itu namanya bercinta berat nanang.
Dik, belum tentu lagi lelaki tu akan jadi suami kau, syurga kau.
Tak payah la nak bermithali bagai.
Buat orang menyampah je tengok sinetron korang tu. Lagi buat orang menyumpah caci maki ada la!
Aku dulu pun bercinta jugak. Pernah gak teringin nak dapat label 'kekasih syurgawi' ni.
Tapi bila apa yang aku buat langsung tak dihargai, pastu dia siap pasang kuota lain, memang dasar mintak dikahak la kan??
Ni lagi satu kes.
Pun sinetron adam dan hawa.
Bercinta, bergaduh tu adat la kan.
Tapi yang sampai berkepit 24 jam tu apesal?
Kau tak ada life ke? Sampaikan apa yang BF kau borak dengan kawan-kawan lain, kompem kau pasang telinga.
Nak buat kerja pun mesti nak duduk sebelah-sebelah.
Hadoiiiiiii... Macam la BF kau tu hensem sangat.
Aku tengok hensem lagi si Man Belon tu kalau nak dibanding dengan BF kau tu.
Yang buat aku & orang lain gelak bila dengar kisah "rumah tangga" diorang ni.
Si awek ada pakai kereta. Seronok cerita kat orang konon-konon dia yang bayar sorang.
Pastu bila sampai masa nak bayar bank, si awek mintak duit separuh kat BF.
Katanya kalau keluar dating sama-sama, so duit kereta pun kena bayar sama-sama jugak.
Sekarang ni si BF terpaksa berubah jadi kedekut. Nak makan pun bercatu bagai.
Sebab si awek dah paksa-paksa ajak kawin.
Yang buat awek ni duduk resah memanjang sebab dah kecoh-kecoh kat kengkawan konon-konon nak kawin dalam masa terdekat ni. Padahal BF kau baru nak beli tabung nak mengumpul duit.
So achaner tu??
Terbaru, si BF beli kereta baru.
Wah, hebat la makwe pakwe pakai kereta masing-masing.
Then tak sampai 2-3 bulan, si makwe jual kereta dia.
Alasannya sebab si BF dah pakai kereta baru. Banyak sangat nak bayar bank.
Laaaa... Hari tu kan cakap kereta kau, kau bayar sorang. Si BF tak tolong bayar pun.
So kalau BF nak pakai kereta baru, biar la... Tak usik pun duit kau.
Kau bayar kereta kau, dia bayar kereta dia.
Tak susah kan?
Then kenapa nak jual kereta kau???
Ok, kantoi di situ.
Then corner cerita lain pulakkkkkk...
Katanya buat apa pakai banyak-banyak kereta?
Kerja sama ofis. Rumah pun dekat-dekat. So pakai 1 kereta je dah cukup.
Dik, soalan akak senang je.
Kau pasti ke kau akan kahwin dengan dia?
Kau pasti dia jodoh kau?
*diam*
Haaa... Terkedu kan?
Aku bukan nak mendoakan benda yang buruk-buruk.
Tapi fikir la rasional sikit.
Sedangkan yang dah berkahwin pun boleh bercerai berai.
Inikan pulak kau baru nak bercintan-cintut.
Ok la, mungkin orang yang kahwin tu jodoh dia tak panjang.
Tapi kau yang belum ada apa-apa ni, jangan la nak over sangat.
Buat biasa-biasa sudah la.
Tak salah kalau nak merancang, tapi jangan nak berlebih-lebih depan orang lain.
Orang takkan faham masalah kita. Kalau jadi apa-apa masalah, orang takde de nak tolong kita.
Lagi di gelakkan kita ada lah!
Siap jadi bahan lawak diorang 7 keturunan.
Kau nak plan beli kereta, plan la..
Kau nak rancang duduk mana lepas kawin, kau rancang la.
Tapi selagi belum ada apa-apa, better jangan menunjuk sangat.
Kalau tak menjadi apa yang kau plan, kau sendiri yang tanggung malu.
Bukan orang lain, bukan aku yang tanggung malu.
Aku cuma tukang bebel & tukang karut kat blog ni je.
Hehehee....
Apa pun akak doakan korang selamat dan jodoh dipanjangkan.
Tapi kalau ditakdirkan jodoh tak panjang, nah! Here's my shoulder for you to cry on.
Heh!
Halah... Halah.... Halahhhhhhhh...
Jangan la nangisssss!!!
(Aku ada hutang 1 assignment JIF317. Tapi masih malas nak buat bila lecturer dah bagi kebenaran untuk extend due date. Hahaha!!! Dasar pemalas sungguh~ Haihhhhh...)
No comments :
Post a Comment