It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 8, 2012

Selamat Bertunang, AIN♥

Ha, cak!
Semalam Kak Ain bertunang dengan Nazeri. Dua-dua ni staf Cohort. Kak Ain duduk kat Taman Jasa Utama. So dekat je la aku nak ke rumah dia.

Majlis dah start pukul 11am. Tapi sebab pukul 11 tu aku masih berdengkur, so lepas Zohor baru gerak dari rumah. Masa tu perut aku dah berdondang sayang mintak di isi. Malam tadi aku tak sempat nak jalankan tanggung jawab aku sebagai bibik sebab aku keluar tengok wayang cite The Darkest Hour. So balik pun dah tengah malam, maka memang tak sempat nak sediakan makanan untuk hari esok.

Maafkan bibik, En Zul....
Wek!

So dah gerak ke Jalan Lok Yew, sekali jammed kat Viva Home. Arghhh... Aku dah la makin lapar. Nak mengadap jammed lagi. Eeee.. Hanginnya aku! So En Zul patah balik dan ikut jalan MRR2. Nasib baik tak jammed macam dulu-dulu sebab dah bukak jalan baru kat Tmn Maluri. Legaaaa..

Sampai rumah Ain dalam pukul 2pm. Aku dah jadi segan nak masuk rumah dia sebab tengok makcik & pakcik caterer dah sibuk mengangkut tray makanan. Oh, tidak!

Terus aku sms Ain. Dia cakap majlis tunang dah setel, tapi boleh je nak datang makan. Aku terus masuk rumah Ain, salam mak dia, adik beradik dia, tengok pic tunang jap ala kadar, pastu terus cari nasi. Ye la, kalau aku tak serbu meja makan, kang kempunan plak aku. Tapi tak boleh la nak membelakangkan tuan rumah kan. So aku pun sembang je gitu-gitu dengan adik Ain, padahal perut aku dah berbunyik-bunyik ni.

Lepas mengaut semua lauk-pauk yang ada, aku terus ngappp tak toleh kiri kanan. Hahaha.. Bibik kelaparan, dong~

Masa tengah makan, En Zul tanya aku.



En Zul : Ain bertunang dengan orang mana?

Aku : (senyum-senyum) Nazeri.

En Zul : Nazeri? Nazeri mana?

Aku : Nazeri la.

En Zul : Nazeri? Hmmm.. Nazeri Cohort? (Muka terkejut)

Aku : (senyum) Aah.

En Zul : Laaa.. Tak tahu pun diorang couple. Serius ke ni? Macamana diorang boleh couple?

Aku : Tak tahu. Mungkin Nazeri pandai mengayat kot. Lagipun diorang tak kecoh-kecoh masa couple. Masing-masing buat macam tak ada apa-apa.

En Zul : Amboi Nazeri.. Dalam diam-diam je yek. Errr.. Berapa hantaran kawin?


Ok. Ni melampau. Laki aku pun dah pandai gosip macam orang perempuan. Sibuk je nak tahu pasal hantaran orang. Aku sendiri pun tak tanya, inikan pulak kau tu lelaki. Jangan sibuk, lah!

Dah setel makan (belum setel sebenarnya, tapi caterer dah sibuk angkut meja, terpaksa la aku anggap dah setel makan je. Sedih.) aku masuk rumah Ain pergi borak dengan adik Ain, si Nurul. Boleh tahan jugak Nurul ni. Kaki sembang. Yang penting dia ada bakat jadi kaki gosip. Hmmm.. Boleh la jadi pelapis gosip aku. Hahaha.. Sambil borak-borak, aku tengok gambar kat kamera Nurul. Masa tu aku tak tahu mana perginya En Zul. Kat luar rumah kot. Lantak la dia. Makan dah, minum pun dah, so pandai-pandai la kau nak bawak diri.

Masa tengok kamera Nurul, ada pulak gambar sensasi ni. So aku sebagai bibik yang juga merangkap Mamarazi gosip terhangat, cepat-cepat ambil pic tu guna kamera HP aku. Haaaaa... Jangan ingat aku senang-senang nak lepaskan gosip ni begitu sahaja? Nehi.



Bukti paling nyata.



Dah selamat jadi tunangan orang :)



Insya Allah majlis akan berlangsung dalam masa terdekat ni.
Tak nak mention tarikhnya. Biar tuan punya badan edarkan kad dulu.
Semoga selamat semuanya..... Amin....




2 comments :

@emy said...

aku plak tka dpt dtg sbb buat pengorbanan ari sabtu yg hening tu as ketua lpgn..ciann..btw, congrate to ain n bro..;p

Chempaka Merah said...

x pe la kak... mjlis bertunang je.. nnti majlis utamanya akk kena la datang. i pun dtg lewat smlm. dtg melenggang x bwk pape (kecuali bwk En Zul). td baru i dtg balik hntar hadiah. Nasib baik ain request hadiah puding roti je. senang~!! hahaha...