It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 18, 2017

2017 Bowling Tournament

Sabtu lepas (16 Disember 2017) office aku buat bowling tournament.
Ni first time office buat game bowling.
Kitorang buat kat Metro Point Kajang.
Untuk tournament ni boleh bawa family.
So aku bawak 2 handbags aku tu.
Laki aku kerja so kitorang pegi bertiga.
Aku pergi ambil Syida kat rumah, then pukul 9.50am kitorang sampai kat Metro Point.

Sampai Ampang Superbowl, tengok dah penuh dengan makhluk baju merah.
Kitorang dapat tshirt free untuk tournament ni.
Thanks pada tukang sponsor. 
Seorang dapat 3 games, tapi sebab nak habis awal, so dapat 2 games.


AJK Kelab Kebajikan berusaha untuk organize tournament dengan sebaik boleh.



Makhluk-makhluk aneh yang tengah excited nak kutip bola.
Aku lagi aneh. Belum apa-apa dah rembat bola siap-siap.
Hahaha..




Sebelum game starts, jom wefie dulu.



Bila bergambar, masing-masing lupa diri kan?



Amboiiii Syida, kemain melentik kau ye!



Ni pasukan kanak-kanak ribena.
Yang hok tua tu pun terus dapat title kana-kanak sebab nak tolong anak-anak main.
Team aku ada Kak Pah, Suhana (anak Dr Zurina), Ezzati (tak datang) dan Farzana (anak Kak Liza)
So untuk Ezzati tu, kitorang main gilir-gilir.



Team kitorang, kak Pah starts dulu.
Tengok gaya macam expert kan? Tapi kalau tengok score board...
Aku mampu har har harrrr je laaa... ^_^



Kau tengok Opah (Dr. Fazilah). Kemain fokussss.
Tapi ke longkang jua perginya. LOL!



Ecececehhhhh.. Gaya tu penting ya!



Ika tengah ajar anak-anak Kak Pah cara nak main.
Masa ni la anak aku nak tunjuk terer. Sebab main dengan kanak-kanak.
Selalu main dengan aku, so memang kalah teruk laa..
Bila main dengan level-level dia, terus naik level hagung kau nakkk!



"Mummy, walaupun shawl akak terjurai-jurai, tapi akak main tetap terer!"

Teruskan la perasan nak.. Janji kau happy.



Muka seorang diva. Walaupun pin yang jatuh cuma 7.
Hahahah!



Aleeya masih macam dulu. Malu-malu, tapi lama-lama okay jugak mainan dia.
Anak kak Pah pun okay jugak lepas training dengan Ika.
Tapi dalam gambar ni bolanya sedang menuju ke longkang. Hahaha..



Anak Kak Pah yang sorang ni memang tak boleh nak tolong dah.
Cara terakhir, Ummi dia je yang tolong balingkan.
Tapi bola ummi pun ke longkang jugak ni. Canerrr tu?!



Syida and Opah.
Menang gaya je la kome ni...



Opah, are u okay?
Nampaknya bukan menang gaya je, tapi menang sorak sekali.
Wakakak!!



Muka ala-ala hebat. Padahal korang pun menang longkang je.



Ada improvement la jugak budak Aleeya ni.



Dan masa yang dinanti-nantikan telah tiba.
Aku dan Kak Pah memang takde nak taruh harapan apa-apa.
Sebab tau kitorang main memang ke laut dalam.
Kalau menang tu mungkin rezeki Allah nak bagi.
Tapi kalau kalah, memang kitorang sedar diri.
Hahaha..



Ika dapat saguhati. Padahal dia main untuk orang lain, orang tu dapat lagi tinggi markah dia.
Bukan rezeki kau kak... Saguhati pun dah syukur alhamdulillah. Good job, sayang!



Aleeya dapat No. 3!
Siapa sangka weh?? Padahal dia main tak de la terer mana. Makna nya dia lagi hebat dari Ika.
Selalunya Ika yang lagi terer dari dia.
Rezeki dia hari ni. Well done, sayang!



Senyuman kegembiraan seorang pemenang.
Gituhhh!



Ehem-ehemmmm..
Tak sangka dapat no 2 kategori individu. Ingatkan dah kecundang di laluan lane tu awal-awal.
Markah aku 200 lebih. Tapi tak ingat berapa..
Sebab ingat memang dah kalah teruk. So malas nak ingat markah sendiri.
Untuk berkumpulan kitorang tak menang.



Alhamdulillah, kami bertiga bawa balik piala. Syukur..
Baru seronok anak-anak aku nak join aktiviti office aku.
Kalau tak, mesti muncung je mukaaaa..







Anak aku siap cakap "lepas ni kakak kena training bowling selalu. Sebab nanti nak main lagi dengan office mummy"

Ek elehhhh.. Sapa nak bawak kau?! Hahahaa..



Lepas habis bowling, kitorang mentekedarah lunch pulak.
Tala perut ke Pizza, nak try cheesy bite tu.




No comments :