20.04.2015
Selamat Hari Lahir, Mak!
Leen plan nak buat besday celebration Maklang minggu ni.
Bila dah gaji sedap sikit nak celebrate yang best-best.
Tapi minggu lepas Maklang dah beriya-iya nak buat makan-makan minggu ni.
Well, dia memang suka bab berkumpul anak beranak buat makan-makan.
Bukan sebab nak celeb besday dia sangat pun.
Ikutkan aku, mana-mana pun boleh.
Janji makan. Kan?
Hahaha...
Cuma yang tak bestnya sebab abah aku tu tak berapa sihat.
So tak syok nak berjalan makan kat luar.
Sebab tu mak aku beriya nak masak & makan kat rumah je.
Kali ni aku beli kek kecik je.
Dah bertahun beli whole cake, tapi hujung-hujung tak termakan.
Paling tak boleh brain kepala otak aku, beli whole cake (kat gambar atas - kek strawberry tu).
Potong 1 slice, kongsi makan 3 beranak, punnnnn tak habis!
So baki sebiji kek tu jenuh bawak balik dan distribute kat jiran-jiran.
Jadi kali ni aku beli kek kecik, so semua orang wajib makan sampai habis.
Setel.
Sejak dua minggu lepas aku teringin sangat nak makan ketam masak lemak cili api.
Perghh.. Terliur beb!
Tapi masa aku teringin tu, ketam semua kecik-kecik.
Tak syok sangat nak makan.
Tapi dalam tekak tu dah terasa-terasa manis ketam tu. (Oh myyyy... Terliur nya aku!!)
Pastu bila Maklang nak buat makan-makan, mula la aku mengidam nak makan sambal goreng orang tua tu.
Gila pelahap aku kan?
Semua benda aku teringin nak makan.
(tu bukan teringin, tapi tu kebulur)
Petang ahad (19.04.2015) kitorang balik Gombak.
Maklang dah siap-siap masak dah.
Aku wasap grup family, tanya Maklang masak apa?
Leen : Mak masak kari kepala ikan dengan ikan masin je.
Ok laaa.. Kari pun kari laaa..
Tu memang fav En Zul.
Aku perati Maklang ni memang suka masak makanan fav En Zul.
Boleh dikatakan kari ikan tenggiri tu macam menu wajib bila kitorang balik Gombak.
*ok, aku sedikit sebak sebenarnya... Mak dah tak sayang akuuuuu T_T*
dush!! dushh!! - tumbuk dada En Zul
(eh, ni angan-angan aku je tau. Gila kau nak tumbuk dada En Zul?? Dada tu kan bantal aku. Mana boleh tumbuk. Haha)
Sampai je rumah aku terus masuk dapur.
Tengok dalam periuk ada ketam masak lemak!
Ya Allah!!!! Rasa nak nangis..
Huhuu.. Mak macam tahu je isi hati aku yang dah berminggu teringin nak makan ketam.
Pastu aku ke ruang makan.
Bukak tudung saji, tengok ada sambal goreng!
Ok, ni betul-betul nak nangis!!!!
Makkkkkkkk!!!
Terima kasih mak!!!!
Terus aku ke dapur, aku cerita kat mak yang aku memang teringin nak makan ketam masak lemak cili api dan sambal goreng mak.
Mak senyum je.
Puas kat muka dia sebab anak dia yang jelita gemok ni happy dapat makan lauk yang dia masak.
Well, naluri ibu kan?
Dia tahu apa yang anak dia suka, apa yang anak dia minat.
Cuma anak dia je yang kadang-kadang buta hati *tampa-tampa muka sendiri*
Pastu nangis lagi - sob..sob..sob...
Selamat ulang tahun kelahiran, Mak..
Semoga Mak diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah kepada-Nya, dimurahkan rezeki yang banyak lagi halal, dilimpahkurniakan dengan kegembiraan dan kesejahteraan.
Aamiin....
Alang-alang dah buat entri untuk Maklang, jom trowbek gambar Maklang masa muda-muda.
Mak jangan marah naaaaa....
Kiri : Aishwarya Rai
Kanan : Rozita Che Wan
Konsep : Tukar-tukar baju, sapa pakai sendat, kira kalah dan gemok.
Kiri : Noor Kumalasari
Kanan : Song Ji Hyo
Tema : Berjalan-jalan hirup jerebu kabus sebelum penggambaran Running Man.
Sesi bergambar selepas khatam Al-Quran.
Motip muka sedih-sedih terselit belakang bunga?
(orang dulu-dulu guna telor masin taruk kat bunga telor. Sebab murah.
Zaman sekarang pakat taruk gula-gula 2-3 biji buboh dalam kotak telor)
YM Permaisuri Agong Kerajaan Sheikh Al-Aziz Al-Salleh
Perasmian pembukaan tapak pembinaan penempatan semula rakyat jelata.
Perasmian oleh YM Sultan Sheikh Al-Aziz Al-Salleh bersama YM Permaisuri Agong.
Selepas Konsert Mega Jelajah Erra Fazira di First World Hotel
1995 rasanya.. Kira dah habis cun ler si Erra Fazira ni posing maut gitu.
Hannah Selwah, Mak.
We love you.
2 comments :
Hannah selwah ka sanah helwah?
@Muhammad Zul Hilmi Johari sanah helwah kot.. haha my mistakes!
Post a Comment