Kat rumah ni semua idea-idea kreatif serahkan pada En Zul.
Bab-bab nak mengemas, nak menghias memang aku serah bulat-bulat kat dia. Sebab
aku memang fail kalau nak sembang bab menghias dan mengemas ni. Tapi kalau
bab-bab nak mengarah letak pasu tu kat sana, letak perfume tu kat sini, taruk
bunga tu kat celah tu, haa.. Tu memang tugas aku. Hahaha.. Kekdah aku senang je,
asal rumah kemas tak berpasir, kira ok dah tu. Tapi kalau En Zul, ada je idea
dia nak buat macam-macam. Kalau nak buat sepah lagi terror.
Genetik kreativiti ni menurun ke anak-anak. Aku mula sedar
anak-anak suka colour-colour, lukis-lukis, conteng-conteng. Kalau tak, takkan
aku dapat card self made dari anak-anak tetiap bulan kan? Naik jemu dah dengan
card-card tu. Sesekali nak jugak merasa dapat iphone ke, Pandora ke.. Eh?
Tapi sebab nak menghargai usaha anak-anak, aku rajinkan diri
jugak upload card tu kat fb or insta aku. Selain dapat memenuhkan insta aku tu
kan, nampak jugak la aku ni rajin menghapload media social aku tu. Takde la
sendu sangat bak kata oranggg…
Dulu aku ada update entry pasal DIY. Semua hasil-hasil kerja
tangan En Zul aku taruk situ. Cuma aku termissed satu benda, iaitu benda
pertama yang En Zul buat untuk aku. Jeng…Jeng..Jenggggg…
Key holder.
Comel kan? Hahaha..
Aku suka key holder ni. Walaupun senget
sikit atapnya, tapi tetap nampak seperti bentuk rumah kan? Kalau aku yang buat,
temanya nampak macam bumbung je la. Sejak
dari buat key holder ni yang En Zul mula menggila bawa balik papan buat
macam-macam benda untuk aku & anak-anak. Jiwa kreatif la kononnnnn…
Terbaru, En Zul pasang water heater dalam bilik air
anak-anak. Salah satu sebab kenapa anak-anak dapat heater adalah kerana
pressure shower dalam bilik air tu slow. Pressure tu slow sebab saluran air
dari tanki sendiri memang dah slow. Masa mula masuk rumah ni, kitorang tak
tukar tanki pun. Harap redha je la keadaan rumah ni. Hari tu En Zul bersihkan
tanki, tapi sebab ntah apa silapnya, habis banjir rumah aku! Masa tu aku kerja,
kira En Zul bernasib baik la sebab aku tak ada kat situ untuk membebel kat
telinga dia.
Banjir agak teruk sampai masuk ke dalam dapur aku. Bayangkan
ye, selalu bil air aku RM6 je.. So kira tak payah bayar sebab Kerajaan Selangor
bagi subsidi. Tapi bulan tu aku kena bayar RM56 sebab pembaziran air masa
banjir tu. Ye, nampak sikit RM56 tu ye.. Tapi kalau dah tiap-tiap bulan bil air
aku free, tetiba kali tu kena bayar pulak… Memang terasa perit bontot nak
membayornya.
Nampak tak kesan air menitis kat dinding tu? Haa.. Penangan
banjir la tu. Lampu bilik air pun rosak sebab terkena air. So En Zul tukar
lampu kat luar rumah (lampu belakang). Tu pun nasib baik lampu luar tu jarang
guna. Sebab tu cat tu tak match dengan saiz lampu (bukan geng la tu…)
Cuba tengok betapa kreatif nya En Zul sampai wayar heater & lampu tu di salotape nya? Puncanya kitorang memang tak buat suis plug untuk pasang heater ni. Cuma ada suis untuk lampu je. Jadi En Zul pasang heater ni sambung guna suis lampu. Makaaaa... Kalau nak mandi siang-siang hari buta, sila bukak lampu. Baru air shower mengalir ok? Kalau tak bukak lampu pun boleh... Tapi kena mandi tadah air dalam baldi. Haaa.. Gitu kekdahnya.
Paip air aku tu sambung 2 saluran. Satu untuk shower, dan satu lagi untuk ambil wudhu'. Jadi bila En Zul dah sambung kan satu saluran ke heater (dengan sambungan wayar ke lampu), jadi kalau nak mandi siang-siang hari tanpa lampu, kena guna saluran paip wudhu' laa..
Kalau nak jimat, kena tadah air pakai baldi ye anak-anak..
Kalau nak membankrapkan mak kau ni, sila la mandi siang-siang sambil bukak lampu.
Baru la merasa 'air hujan'. Iye dak??
Hujung-hujung bilik air aku yang tak ada heater.
Harap tinggal suis je laaa...
Bak kata En Zul :
"tak apa mummy.. shower kita pressure laju... Kalau nak lagi laju, meh ayah mandikan mummy. Nakkkk?"
Ciss, dasarrrr!!
Cuma bezanya diorang buat dalam bilik masing-masing.
Nak mampos buat keje kat ruang lain selain dari bilik korang?
Kang aku jerkah tak pasal-pasal je kecut bijik korang!
Diorang ni harap rajin bermusim.
Ada masa diorang buat kreativiti tu, lepas siap diorang kemas balik.
Ada masa diorang biar bersepah je.. Selalunya biar bersepah tu la option diorang.
Lepas aku jerkah terkeluar anak tekak, baru menggelupur diorang nak kemas balik.
So, kalau nak buat kreativiti, sila buat dalam bilik korang.
Kurang sikit aku menjerit-jerit. Malu kat jiran oiii!
Almari baju Ika.
Dia jumpa album gambar, terus di rembatnya.
Aku lupa nak slot in gambar tu dalam album. Aku biar je berkeping-keping kat luar album.
So dia ingat aku tak nak simpan gambar tu.
Maka, terus jadi hak milik abadi sendiri.
Mana ntah dia dapat sticker kecik-kecik tu, dia susun kat bucu-bucu gambar.
Cantik gak =)
Nampak tak gambar En Zul bertiga dengan anak-anak kat tengah tu? Gambar sebelah kanan.
Haaa... Tu masa zaman aku tak matang.
Asal gaduh je dengan En Zul, kompem ada gambar aku dengan En Zul kena kerat!
Gambar tu sebenarnya berompek. Kat kiri tu ada gambar aku.
Bila dah kena kerat, gambar aku yang hilang! Padan muka.
Jangan main-main... Tu style aku protes nak tunjuk kat En Zul yang aku tengah marah.
Tapi sekarang ni aku dah matang dah.. Aku tak main kerat-kerat gambar ye.
Aku kerat jari kau terus bangggg..
Kalau agak-agak aku terlebih baran, aku tala parang ke kote kau terus!
Jangan nak berani-berani buat aku naik sheikh!
Hahahaa...
Gambar kat almari make up Ika.
Gambar ni masa aku baru nak tumbuh bulu.
Belum kawin dah pandai nak bergambar rapat-rapat gini.
Masa tu selalu dating kat Times Square, ada booth camera yang instant pictures tu.
Bosan-bosan tak tahu nak buat apa, so kitorang ambik gambar ni.
Kalau maklang tahu, kompem putus dah bijik aku.
Gataiiii betul anak dara dia yang sorang ni. Huhuuu!
Ampun, makkkk!
Aku tak tahu la mana budak-budak ni jumpa gambar aku & En Zul ni.
Rasanya En Zul ada simpan satu keping dalam wallet dia.
Yang selebihnya ni, ntah mana diorang kutip ntah?
Nasib muka aku lawa, kalau tak kompem diorang humban masuk dalam tong sampah je.
Kahkahkahhhh...
Ni almari make up Aleeya.
Gambar ada banyak, tapi tahap kreativiti tu masih 'beginner' lagi.
Main sepah-sepah atas almari je.
Kalau tetiba hilang gambar tu, sila cari kat almari Ika.
Mungkin dah terselamat tampal kat situ.
No comments :
Post a Comment