It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 14, 2013

Belajar bahasa Korea

Jumaat lepas engineer company Korea tu datang ofis aku.
Amboiii... Macam tau-tau je aku nak hantar surat amaran kali kedua kat dia.
Dah 2 minggu aku tunggu dia datang untuk service mesin tu, tapi haram tak nampak muka.

Last 2 weeks dia cakap nak datang hari Jumaat.
Tapi dat day aku cuti. Malam tu pukul 1am aku sms assistant aku cakap tak masuk keje pagi esoknya tu.
Then sehari suntuk tu mamat engineer tu tak call/sms aku pun.
So aku agak dia tak datang ke ofis aku untuk service mesin tu.

Next week (kira last week la), aku tanya kat assistant aku ada tak si Eddy tu datang ofis Jumaat lepas?
Teh (assistant aku) cakap tak ada datang.
Okeyyyy.. Aku tunggu lagi.

Sampai hari Khamis, aku nak taip surat amaran kali ke 2.
Sekali aku ada hal urgent nak kasi setel untuk bos aku.
So hari tu aku setelkan semua hal berkenaan, then esoknya (Jumaat) baru aku nak sambung buat surat amaran tu.

Sekali pagi Jumaat yang hening tu, Eddy called.
Cakap nak datang ofis.
Bagusss.. Macam tau-tau je aku nak hantar surat amaran kan?

Then pukul 11.30am, Eddy sampai kat ofis.
Dia tanya macam-macam. Eh, macam la aku tak email segala maklumat kerosakan tu kat dia.
Aku dah email no siri (ada 2 mesin yang rosak), apa kerosakkan yang berlaku, raw data (excel) dan aku siap run test mesin tu untuk dia.
Dia berdiri je kat tepi mesin tu (mesin masih berbalut dalam kotak), then aku pegi ambil gunting untuk potong salotape pada kotak tu.

Elok aku datang nak potong salotape, Eddy cakap nak tengok mesin lagi satu yang rosak tu.
Nak amik no siri katanya.
No siri untuk mesin dalam kotak dia dah amik.
(eh, kotak masih belum buka. Macamana dia amik no siri tu?)
Ok, aku bawa dia ke mesin lagi satu.

Sampai ke mesin lagi satu, Eddy sesuka hati menekan red button aku.

I nak amik no siri mesin. Nanti minggu depan i datang balik untuk repair. Mesin tadi tu, Kevin cakap software yang problem. So u kena upgrade.

(ni dia nak buat skrip lama)

Upgrade software? U mean i kena beli software baru?

Yup.

U gila ke hape?!! U belum sentuh pun lagi mesin tu. Mesin tu pun masih ada dalam kotak, macamana u tahu software yang rosak? U scan guna mata u ke? Then terus dapat tau software yang problem. U jangan ingat i tak tahu trick Kevin tu. Beriya-iya suruh i beli software beribu-ribu ringgit, padahal yang rosak cuma cable yang i boleh beli kat Low Yat dengan harga bawah RM30!! Macam ni ke u bagi service kat client u? Hari tu i dah beli software upgraded. U cakap software tu boleh buat back up kalau jadi lagi. Now u nak i beli software baru. U ingat i bodoh ke?? I nak u pegi tukar software yang ada tu kat mesin tu. I tak kira, u kena buat sampai setel!!!!! U jangan sebut pasal quotation. I tak nak terima apa-apa quotation dari u! Faham?? Now u pegi buat software tu sampai siap. Selagi tak siap u jangan keluar dari ofis i ni!!

Tapi Kevin suruh i datang sini amik no siri je.

What?!! U datang ofis i semata-mata nak amik no siri je? U dah gila ke hape?? Setakat nak no siri, u boleh sms/email i je. Tak payah u susah-susah nak datang sini!

Errr.. Kevin yang suruh i datang. Atleast datang untuk ambil no siri.


Note : Kevin tu Korean yang lahanat tu.


Ooooo.. Pandai Kevin ye? Suruh u datang untuk amik no siri je? Kenapa? Sebab dia takut i hantar reminder letter lagi kan? Kenapa tak dia je yang datang sendiri? U all ingat i ni apa? Saja-saja nak suruh u datang sini untuk i tengok muka korang? So u fikir kalau u dah datang tunjuk muka, servis ni setel la ye?!! Now i rasa betul-betul marah dengan Kevin. I rasa macam nak telan dia hidup-hidup!!

U jangan la marah.. I dah cakap sama Kevin, tak boleh la datang ambil no siri je. Tapi dia paksa jugak.

Now i nak u balik sekarang jugak, i nak u cakap dengan Kevin, i dah tau taktik dia! Dan taktik dia ni tak mengena!!! Lepas ni i nak balik rumah, i nak belajar cakap korea. So i boleh maki Kevin dalam bahasa Korea. Masa tu baru dia faham kot?!!

U jangan marah ok? Hari ni i tak boleh buat service. I janji minggu depan i datang balik untuk servis mesin ni. Ok?

U jangan main-main dengan i. Benda ni ada kontrak. Kalau i issued up benda ni, anytime i boleh drag u masuk court! Paham?

Aiyaaa.. Jangan la kak.. I tak nak masuk court....

Then, kalau u tak masuk court, sapa lagi yang kena masuk? Mak i ke yang kena masuk?

Hahaha.. Kakak.. U jangan la macam ni. I tahu i salah. Tapi kasi chance la.. Minggu depan i janji i datang...

I cakap terus terang ye Eddy. This is the last time i deal dengan company u. Next year i tak nak amik company u buat service contract dengan i. Pandai-pandai u la nak setel dengan Kevin macamana. Tapi honestly i dah serik nak keje dengan uolls. Asyik tipu i je. Last week u cakap nak datang, tapi u langsung tak tunjuk muka. Call & sms pun tak ada. Now bila i dah nak hantar surat amaran, baru u terhegeh-hegeh nak datang tunjuk muka. U ingat dengan datang tunjuk muka macam ni, service tu setel ke? Then u bagi alasan paling teruk, datang nak amik no siri mesin! U ingat i ni budak kecik ek? Senang-senang u nak tipu i? Kalau macam ni, baik u jangan datang! U duduk je kat ofis u diam-diam, nanti i hantar surat kat company u!

Jangan la kak.. I janji i datang rabu depan. U know kan.. Kevin selalu tak ada kat ofis. I kena tanya dia dulu. Baru boleh datang sisi.

I peduli hape??? Berapa respond time dalam service contract? 6 hours kan? Now dah berapa minggu u delayed? 3 minggu!! Sekarang u bagi alasan nak amik no siri. Siap tipu i & cakap software problem, padahal mesin masih dalam kotak & u pun belum sentuh mesin tu!! Heyyy.. U memang dah broke our contract, u know!! Kalau i saman u, anytime u kena!!! Now i nak u balik, u sampaikan pesan i pada Kevin, no more tricks!! Kalau i call suruh datang, u kena datang!! Tak kira la hujan ke, tsunami ke, taufan ke.. U tetap kena datang!! And kalau dia tak boleh nak datang jugak, then suruh dia assign orang untuk datang sini. U pun boleh datang.

Tapi kat company tu dah tak ada orang. Agness sudah resigned. Tinggal i dengan dia je.



DANGGGGG!!!!



Eddy, takkan itu i jugak kena setelkan? U kan staff dia. Pandai-pandai la u nak arrange time untuk jumpa client u. Kalau Kevin tak boleh commit dengan contract ni, buat apa dia nak ada contract? Series buang masa! I ni dah berapa lama tunggu company u buat service ni? Dari satu kerosakan, now dah ada 2 pulak. I taknak tau apa pun masalah u. Yang i tahu bila i call, u or Kevin kena datang. No matter what, contract tu masih valid. Kalau i nak bawa ke pihak atasan, company u yang teruk kena dengan segala delayed yang korang dah buat ni. I nak u pesan kat Kevin, better dia hati-hati. Jangan sampai sekali lagi dia buat hal, i tahu la nasib dia!


Since pagi Jumaat lepas sampai la ke tengahari, aku moody dengan segala masalah yang ada. Rasa nak siat-siat je kulit si Kevin tu. Gerammmm!!! Then petang tu terus aku cabut gi The Mines. Lepak-lepak dengan Memey & luahkan segala masalah aku. Aku makin fed up dengan company ni. Dah semakin nampak perangai sebenar. Pandai lak nak main tipu-tipu aku! Puiiiiii!!!

Cisssss bedebah!







3 comments :

Unknown said...

giler lah compny tu.. huu..

Chempaka Merah said...

tau takpe.. sy ni tggu masa nak terminate contract tu je. stresss...

BPS said...

apa kisah terkini?