It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 7, 2013

Merumput Kali Ke 2

Semalam kitorang pergi beli rumput lagi. Konon nak setelkan laman dalam porch & laman luar rumah. Sampai je kat Sg Buloh, kitorang terus panggil pekerja ladang tu. Guess what, untuk Japanese Grass kitorang dapat harga RM3 je sekeping!

Huwarghh!! Murah la pulak. Apesal minggu lepas aku beli mahal nak mamp??!!

Takpe.. Takpe.. Jangan meroyan. Benda kecik je tu. Haha

Semalam kitorang beli 20 keping Japanese dan 30 keping Philipine untuk laman luar. Semua total RM96. Tapi dapat diskaun RM3 je. Cisss.. kedekut betul la!! Dah la tak dapat rumput yang tebal-tebal dan yang elok. Nak mintak rumput lebih pun tak dapat. Nak minta separuh-separuh rumput cantik dengan rumput biasa pun tak dapek! So temanya menyeringai la aku semalam kat tengah-tengah ladang yang panas tu. Eeee.. Benci betul la. Setakat bagi diskaun kat Japanese tu je. Untuk Philipine haremm tak bagi diskaun langsung!





Nadia cakap muka En Zul ni dah macam orang Jepun. Duk asyik membeli rumput Jepun je..
Eh, ye ke?? Aku tengok macam bangla je..
Tapi bangla yang hensem-hensem laa..
Walaupun muka macam bangla, tapi En Zul ni la yang menjadi pujaan hati ku..
Cheewahh!!

*mati la aku kalau En Zul baca ni*


Balik dari ladang rumput, kitorang singgah nursery bunga.
Malas nak survey-survey, kitorang terus singgah kat Tang Nursery.
Dapat la sambar beberapa bunga.
Macam tak percaya aku ni dah suka nak menanam bunga bagai ni.
Padahal dulu bunga Maklang tu aku sikit punya liat nak siram.
Sebab aku tahu penyakit malas aku ni memang kronik.
So tak payah la nak bercucuk tanam bunga segala ni.
Buat aniaya kat bunga je kalau tak bersiram, tak berbaja.
Esok lusa kompem mati bunga aku.

Tapi sebab perubahan hormon punya pasal, semalam aku beli bunga.
Nak beli banyak, tapi tak muat nak masuk dalam kereta pulak.
So beli sikit je dulu.



Aku beli 6 pasu bunga, aloe vera, daun kari & daun limau purut.
Bunga tu sepasu RM5. Tapi beli 3 pasu dapat harga RM10.
So total harga bunga RM20.
Ni aku beli bunga yang palinggggggg senang nak jaga.
Sebab aku malassssssssss nak jaga. Tapi nak rumah nampak cantik.
Caner tu??
Hahaahaha!!!




Sampai rumah, En Zul memulakan operasi menanam rumput.
Ni tengah kemas-kemas batu kat laman luar rumah.
Kat sini punya banyak la taik anjing & taik kucing.
Memang hazab sikit baunya. Agak-agak kalau aku berak kat laman ni pun tak boleh
lawan bau taik anjing & kucing tu.

Serius busukkk!!




Sebab laman ni lebih besar dari laman porch, terpaksa tanam rumput tu jarak-jarak.
Tak mampu ler makton nak beli rumput untuk 1 laman noksss..
Gaji makton ciput je.. Huhuu..
Ni pun dah habis beratus dari porch sampai ke luar.
Tu nasib baik En Zul yang tanamkan. Kalau mintak indon ke, bangla ke, nepal ke yang tolong tanam,
tak pasal gugur segala bulu aku nak membayor upah diorang.

Tu la hasil tanaman rumput semalam.
Lepas tabur baja dan siram, kena tunggu sebulan dua untuk dia membiak satu laman.
Harap-harap cantik la laman aku ni. Paling penting tak ada taik anjing & taik kucing lagi.

No more.. No more.. No moreeee!!




*sila abaikan sampah di tepi hujung sana*

Keadaan laman luar. Depan parking tu kitorang tak tanam rumput lagi.
Tapi situ macam ada tar. So a bit tough nak tanam rumput kat situ.




Ok, now let's move on to porch.
Ni hasil tanaman rumput kali pertama.
Dah mula menebal rumput ni.
Yeayyy!!

Tugas aku susun rumput dan susun pasu je.
Tu je yang mampu aku buat.
Aku kan princess. Mana boleyyy buat kerja keras.
Nanti kasar la tangan ai...
*nyampah gile statement!*




Nasib baik aku ada En Zul yang serba serbi boleh buat kerja.
Dari bertukang sampai la bercucuk tanam.
Semua dia terror. Aku sekadar duduk kat tepi, cekak pinggang dan amik gambar.
Sambil-sambil betulkan fringe rambut yang berurai-urai ditiup angin..

Fuhhhhhh~~


Ahhhh.. Kuat pulak angin hari ni..
Terasa sungguh ayu main rambut macam ni sambil perhatikan En Zul menanam bunga.


Kahhhhhhhhhhhh!!



Ni selesai menanam rumput kat porch.
Tapi rumput masih tak cukup untuk satu laman.
Alahaaiiiiii... Besar mana la laman aku ni?
Sampai tak cukup-cukup rumput kitorang beli ni?
Kena beli 60 keping ke baru nak cukup?
Sedehhhh!!




Tengok hasil susunan pasu bunga aku.
Cantik tak?



Cantik tak?




Hoiiiii... Cantikkkk takkk??!!!





(hok aloh... susun pasu je punn!!)



Pagi tadi masa nak keluar rumah tengok bunga aku dah terkulai layu.
Huwarghhh.. Tak sedar pun semalam ada hujan.
Dan aku tak teringat pun nak taruk bunga ni kat tempat yang terlindung.
Ingat kan kalau tsunami or tornado datang, bunga ni relax je steady kat dalam pasu.
Sekali bila hujan gerimis datang, aku tengok bunga dah menyembah bumi dah!
Gerammmm!!

*nanges-nanges hentak kaki*






Ingatkan 1 pokok.
Rupanya dua-dua pokok aku dah melingkup!!!

Kan aku dah kata semalam.
Esok kompem mati bunga aku.


Masin kan mulut aku?






4 comments :

Unknown said...

Jah ko kene tukar pasu dia..g beli oasu seramik..besar skit..

Chempaka Merah said...

oo ye ke.. mana mak tauuuu.. sebab pokok tu dh mmg ada pasu. mak kan kedekut sikit. tgk dh ada pasu, maka bior je la ia dlm pasu tu tnpa rasa nak tukar masuk ke pasu besar. hahaha...

ok2.. nnti aku beli bunga lain & tukar terus pasu yg besar.. harap2 tak mati la bunga aku tu..

thanks Yen!! =)

daie said...

kat mane nak dpt contect no untuk beli rumput tu? blh email pd saye tk alamat atau contect
daai.tengasresources@gmail.com

tQ

daie said...

kat mane nak dpt contect no untuk beli rumput tu? blh email pd saye tk alamat atau contect
daai.tengasresources@gmail.com

tQ