It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 4, 2012

Fotographer

Aritu Kak Emy pernah tanya aku, aku amik gambar masuk dalam blog pakai DSLR ke?
Sebab gambar-gambar makanan yang aku snap tu nampak sharp.
Wahhhh.. Kaya aku nak pakai menatang tu?
Aku tak mampu la nak beli kamera mahal-mahal tu.
Selama ni aku amik gambar guna kamera henfon je beb...

Banyak jasa hp tu.
Kalau nak snap gambar anak-anak ke, gambar makanan ke, gambar apa-apa la senang cite.
HP tu ada kamera 12MegaPixel.
Memang cantik hasil gambar tu.
Tapi tak de la secantik jurugambar lain yang professional tu.
Aku kan tangan kayu. Keras tak berseni.
Huahaahaa..!!!

Tapi, seteruk-teruk seni tangan aku ni, teruk lagi hasil seni En Zul.
Kalau amik gambar, ikut sukati dia je nak snap macamana pun.
Asalkan ada warna, bukan hitam putih dan tak bergegar.
Tapi subjek dalam gambar tu tertonggek ke, terlentang ke, lantak!
Dia tak peduli pun.
Secara tak langsung aku memang tak yakin nak suruh dia jadi juru gambar untuk aku.
Kompem kelaut la gambar tu....

Tak caya?
Meh tengok....






Ni memang gaya posing si Aleeya ke, atau En Zul yang tak reti snap pic?
Aku sendiri tak paham.




Gambar ni tak fokus pada subjek.
Serabut aku tengok orang duk lalu lalang kat pic ni. Yang aku nampak cuma perkataan "SELAMAT DATANG" kat atas tu.




Sekali pandang membuatkan aku terfikir, En Zul ni nak snap gambar Aleeya or nyonya baju merah tu?
Fokus, En Zul... Fokus!





Gila keji gambar ni.
Semua orang tak ready nak bergambar.
Aleeya tak pandang kamera, aku tak sempat nak sorokkan lemak-lemak kat badan aku, Ika tak sempat nak betulkan rambut dia, Leen tak sempat nak touch up muka kasi cerah sikit.
Tang kat Maklang tu lagi sedih.... Ape kes tu???
Oh, itu cara terbaru posing ala-ala Victoria Beckham.




Try snap sekali lagi.
Pun sama jugak hasilnya! Puiiiiiiii!!!!




Dah macam pendatang asing tanpa izin duk mencangkung kat situ.
Unik kan cara posing macam ni?




Oh, yang dua ni namanya tiang masjid Kristal.




Ha, ni sape boleh explain?
Mungkin dia nak snap pic monumen je kot... Kebetulan budak-budak ni tengah jalan kat situ.
Fikir positif yati...




Errrr??





Ok, ni memang cara posing budak tembam tu.
Hahahaa...




Hasil seni En Zul.
Pasrah je la aku ni...




Sorang kat dalam, sorang kat luar.
Ni bila besar nanti, budak-budak ni mesti akan tanya balik kenapa diorang bergambar macam tu.
Mesti ni...



Eh, tu anak sapa kat sebelah kiri tu??




Yang ni kira cantik sikit la dari yang sebelum tu...




Posing sama je....
Ketandusan idea eh, En Zul?




Alahai... Kasi zoom la sikit bang oiiiiii....




Wah, besarnya monumen ni..
Sampai tenggelam gambar anak aku weh!



Tak pe la bang... Sekarang dah beli Samsung Note 10.1 kan?
Sila guna bendalah tu untuk memajukan teknik fotografi tu.
Jangan harap device je besar, tapi hasil macam ni jugak..
Ingat, practice makes perfect!




No comments :