Alhamdulillah, malam ni malam ke 17 kita berpuasa. Hari aku dan En Zul berbuka puasa di dalam kereta. Macam tahun lepas, kitorang shopping barang raya kat Jusco Cheras Selatan, sumpah semua table baik kat KFC, mekdi, Kenny Rogers or wherever kedai makan kat sana dah penuh! Aku dah pesan awal-awal, pergi book dulu meja, tapi orang tua tu degil. Nak jugak shopping kasut dia dulu. Takut tak jumpa katanya. Ceh, podah! Bila kasut tak jumpa yang berkenan, meja kat restoran pulak penuh, padan muka kau! Dengan muka aku sekali!
Hari Sabtu En Zul ajak aku keluar cari baju raya dia. Dah pukul 10.30pm baru nak terhegeh-hegeh ajak aku keluar. Masa muda-muda boleh la nak keluar malam, sekarang ni aku malas. Eh, sekarang pun aku masih muda lagi whattt??
Elok baru keluar 3minit, sampai je kat downtown, perghhhhh! Jammed gila!! Ni yang aku fed-up dengan orang kat KL ni. Tak kira masa bersepah je diorang ni kat luar. Tak reti duduk rumah ke? Hahaha.. Aku pun sama, kan?
Hala tuju kami ke Jusco Maluri. Sampai sana dalam pukul 11pm. Staff Jusco pun dah sibuk-sibuk nak tutup kedai. Aku ajak En Zul ke Sogo & Jalan TAR, En Zul tak nak. Bila sampai Jusco tengok orang nak tutup kedai, dia terkulat-kulat masuk Jusco tu.
Bila dah sampai Men Department, pergi belek-belek kasut, En Zul cakap "yang ni dah ada. Yang ni dah beli, yang ni pulak baru beli awal tahun ari tu..."
So kalau semua kau dah beli, buat apa ajak aku datang sini, pakcik oiiiiii???
Malam tu kitorang balik semata-mata beli clorox dan ridsect je. Tu pun sebab kedekut nak bayar parking RM1 sesaje. Ye, aku memang kedekut. Hahaha!! (sebenarnya dua-dua benda tu dah habis kat umah aku)
Petang esoknya dia ajak aku lagi. Konon-konon nak ke Sogo, alih-alih dia bawak aku ke Jusco Maluri. Tapi sebelum tu kitorang singgah Stadium Badminton KL jap. Sebab ada jualan murah kat situ. Murah-tak murah la jugak.. Aku tengok harga asal RM300-RM400. Lepas diskaun, dapat la RM150++. Murah ke macam gitu? Macam harga asal yang dah ni mark up siap-siap je. Huh!
En Zul beli sepasang T-shirt putih, jalur-jalur biru. Aku tak beli apa-apa.
Then kitorang ke Jusco Maluri. Again.
Pusing-pusing kat Men Department, sama jugak macam semalam. Dia belek-belek kasut, tapi tak membeli pun. Hujung-hujung aku yang menyambar 2 pasang seluar trek warna hitam dan biru gelap. Dia masih tak membeli kasut pun. Apa la masalah orang tua ni? Apa yang susah sangat nak membeli kasut tu? Cerewet mengalah orang perempuan!
Dah pukul 6.10pm dia ajak aku ke Jusco Cheras Selatan. Boleh?
Sebab aku malas nak bertekak, buat kering air liur aku je. Then kitorang ke sana. Dalam 6.30pm kitorang sampai. Aku ajak book meja, masa ni orang tak ramai lagi kat restoran. Dia kalut nak pergi beli. Kang senang pas beli terus boleh bukak puasa. Pas kenyang boleh gerak balik.
Sampai je kat Men Department, scene yang sama jugak! Kalau kau dah datang mall yang bernama JUSCO, of course la barang dia semua sama. Lain la kau pergi KLCC ke, Pavi ke, One Utama ke.. Ni pergi Jusco, what do u expect barang dia lain-lain? Pelik aku dengan perangai pakcik ni. Dah pukul 6.30pm, kitorang tak tahu nak pergi mana. So pusing-pusing kat area household nak tengok pili paip, shower dan barang dapur untuk rumah baru.
Lepas raya baru kitorang pindah rumah baru. Hmmmm.. Lewat sebulan dari jangkaan. Semuanya salah kontraktor! Benci! Malas nak cerita. Nanti lepas raya baru aku nak melahar pasal orang tua tu.
Dah pukul 7.15pm baru kelam kabut nak cari table untuk berbuka puasa. Masa ni kau jangan mimpi la nak ada orang bagi meja kat kau, walaupun muka aku cantik bak puteri kayangan kan? *muntah* Sebelum aku tension-tension tak dapat meja, adalah lebih baik aku pegi beli air dan makanan kat Jusco market tu. Dapat la sambar air yogurt 3 botol (offer), sosej cheese 3 rolls dan sushi 5 ketul.
So hari ni kitorang iftar dalam kereta. Huaaaa... Sedihnya! (drama je lebih, padahal tahun lepas pun pernah bukak puasa kat dalam kereta, kat Jusco Cheras Selatan jugak, sebab tak cari table awal-awal. Tak ambil pengajaran langsung dari sejarah lepas. Hahaha...)
Kitorang makan dalam kereta je. Then kitorang makan kat Kedai Awe Taman Midah. terserempak dengan Roslan dan awek dia (Azrina - staff baru Cohort). Hehee... Malu-malu je Si Roslan dan Rina tu ye... Takpe-takpe, anggap je aku tak nampak apa-apa. Tapi aku dah kecoh-kecoh dalam blog aku. Opsss... =)
Balik dari makan, aku tengok kat News Feed, rupa-rupanya Datuk Lee Chong Wei (DLCW) kalah dengan Lin Dan. Paling banyak post yang aku baca, "kecewa sebab tak dapat makan eskrem BR free.. Huhu.."
Bungokkksss!
Kenapa la nak hadap sangat eskrem tu? Orang tu tengah sedih-sedih tak dapat emas, kita sebagai rakyat Malaysia, kasi la support sikit. Tunjuk la sumbangan moral kat DLCW tu. Jangan la hentam dia, siap twit dengan #tag nama dia cakap pasal eskrem tu. Korang ingat dia tak nak ke dapat emas? Setinggi-tinggi harapan kita sebagai penyokong, tinggi lagi harapan beliau. Sensitif la sikit... Jangan la tunjuk sangat kemaruk korang kat eskrem tu. Memang la eskrem tu mahal, satu scoop je dah berapa harga dia. Dalam RM8 lebih kot. Tapiiiiiiiiiii... Jangan la ungkit pasal eskrem free tu di saat DLCW tengah kecewa.
Cuba korang berada kat tempat dia? Agak-agak apa yang korang rasa? Perit kan, lebih-lebih lagi bila 1 Malaysia duk kecoh-kecoh pasal tak dapat makan eskrem free, instead of kekalahan tak dapat emas kat sukan Olimpik?
Demm.
Relax la. Semangat kesukanan tu lagi penting berbanding eskrem tu. Dapat perak pun ok, asalkan beliau menang bergaya dan bermaruah. Kalau ditakdirkan dapat emas, itu rezeki dia. Kita paling kaw-kaw pun dapat tumpang tuah dia dengan dapat eskrem free. Tak pun dapat cuti extra. Itu je. So sebenarnya isu eskrem ni tak perlu ada pun. Kalah ke, menang ke, semua bergantung pada rezeki diorang. Kita sebagai penyokong, doakan yang terbaik untuk dia dan negara.
Bising-bising pasal eskrem, ntah-ntah kalau dapat eskrem free pun, kena beratur berjam semata-mata nak dapat eskrem free satu scoop je. Motif?
Baik aku makan eskrem Malaysia (pop) perisa kacang hijau. Lagi sodap!
It's me.. Juz me... Only me!
If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.
A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!
No comments :
Post a Comment