Selamat hari Raya!!!!!!!
Dah 9 hari kita sambut Syawal kan? Baru la sompek nak update belog wehhh..
Busy sangat la katakan.. Nak layan Datin, Puan Seri dan makcik-makcik kat kampung sebelah lagi. Memang meletopssss raya aku tahun ni. Hahaa..
Tapi yang paling tak best, sampul duit raya tak dapat.
Pergi bank nak tukar duit pun dapat 8keping sampul. Pergi pasaraya cuma dapat 3 keping je!
Hampeh betul la.
Last-last terpaksa la membeli sampul tu.
Sepaket ada 8 keping dengan harga RM1.00, kalau yang besar ada 8 keping jugak, tapi harga RM1.50.
Dah la sampul kena beli sendiri, lepas bagi duit raya kat budak-budak, selamba badak je diorang bukak sampul, amik duit dan buang sampul tu.
Depan mata aku pulak tu!
Hoiiii.. Kot iye pun dah kebulur sangat dengan duit raya tu, jangan la koyak kat depan aku. Tunggu la jauh sikit dari umah aku pun.
Sakit benauuuu mata aku memandangnya.
Aku suruh En Zul bagi duit raya tanpa sampul, tapi orang tua tu nak jugak bersampul bagai. Nak meriah katanya. Puiiiii...
Beli sampul la kita tahun ni. Tema sampul kaler biru (sampul pun ada tema kaler hokeh!) Tahun depan aku lipat-lipat kertas recycle A4 tu buat sampul. Budak-budak tu nak koyak ke, ronyok ke, kunyah & telan ke, silakan. Mak takkan sentap punyaaaa....
Tahun ni kami beraya kat kampung En Zul kat Pokok Sena (again).
Patutnya tahun ni En Zul kena standby. Plan asal nak beraya kat Gombak je, lepas seminggu raya baru nak balik ke Kedah.
Tapi sebab ramai pulak kawan-kawan ofis dia nak keje, so dia dapat cuti. Maka, mari ke Kedah la kita ye..
Petang Jumaat lepas singgah umah Maklang kat Gombak, kitorang berangkat ke Kedah.
Alhamdulillah, jalan tak jammed. Cuma yang sengsara bila perut aku ni buat hal.
Dua hari sebelum raya aku sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.
Sepanjang perjalanan ke utara, nasib baik cuma sekali je aku minta berhenti selepas Sg Dua.
Dah la bertembung dengan orang Penang baru balik keje, memang jammed teruk la kat Juru tu.
Masa tu jugak la perut aku meragam. Hadehhh....
Hepi je muka pakcik ni. Mentang-mentang la balik kampung dia kan.
Siap pakai sunglasses. Padahal bukan panas pun.
Sampai Kedah, yeayyyy! Pindah umah baru.
Pak mertua aku ni baru siap buat umah kat Bukit Tembaga.
Alaa, 10 min je dari umah lama. Tapi tak pindah sepenuhnya la. Kitorang berpindah-randah sekejap-sekejap. Bila mood nak duduk umah baru, pegi la umah baru. Rasa-rasa nak duk umah lama, maka ke umah lama la kami. Serius macam orang nomad, berangkut segala barang nak berpindah-randah.
Esoknya (Sabtu-sehari sebelum raya) harus la shopping baju raya En Zul.
Dia dah beli baju dan kasut kat Sogo, alih-alih bukan baju raya yang dibelinya.
Amukan ablasa la aku kan??
Orang lain beli baju melayu, dia beli T-shirt dan kemeja.
Ni la bahananya bila shopping tanpa aku. Mengarutttt je semua barang yang dia beli.
Masa tu dia shopping dengan Azmi & Faizal (ofismate dia). Mula la beli macam-macam.
Dah pergi Pekan Rabu pun tak beli apa-apa.
Baju ntah kemana, kuih ntah kemana. Hujung-hujung beli tudung dan sunglasses untuk aku je.
So tahun ni ada 2 sunglasses la aku... Satu yang Leen bagi (Ray Ban) tu. Thanks Leen!
Meletopsss la aku bergaya sakan raya ni. Kehkehkehhhh...
Punya la banyak Kamdar buat offer, tapi harammmm En Zul tak nak beli.
Balik rumah, semata-mata beli tudung kaler purple.
Tahun ni Mak Jemah kaler purple noksss..
Ramai rupanya orang pilih kaler purple.
En Zul sorang je yang sesat pakai kaler hijau (baju raya tahun lepas). Lantak kau la banggg...
(KENAPA LA AKU BOLEH LUPA NAK SNAP GAMBAR HARI RAYA?)
Raya tahun ni tak banyak beza pun dengan raya tahun lepas.
Menu kitorang sama je. Gulai daging, serunding ayam, ketupat pulut, kuih-muih dan yong tau foo.
Rasanya yong tau foo ni dah jadi menu utama pulak setiap tahun selepas En Zul kawin dengan aku.
Ye la, beli bahan dan kuah terus dari kilang kat area umah Maklang, so harga kilang memang murah la, berbondong-bondong kitorang beli.
Yong tau foo yang di beli dengan harga RM80++ boleh di makan sampai hari raya kedua. Banyak kan??
Cuma tahun ni lemang adik ipar aku masak kat rumah mertua dia. Kalau tahun lepas En Zul bakar sendiri lemang. Serba boleh laki aku ni. Lebih-lebih lagi kalau nak menyakitkan hati aku. Lagiiiii expert!
Sebelum pergi shopping kat Alor Star, kitorang singgah kat pasar kat Pokok Sena.
Nak beli daging la konon-kononnya...
Sekali terbeli daging KERBAU. Mana pernah kitorang makan daging kerbau.
Tapi sebab dah beli, maka kami bawa la daging tu dengan hati terpaksa...
Hm, rasanya ok je. Cuma daging tu pejal sikit. Biasa la, kerbau kan banyak otot :)
Masa pagi raya, biasa la... Mesti ada scene-scene sedih kan?
Salam tak semenggah. Tapi nangis je yang lebih. Nampak sangat aku banyak dosa dengan laki sendiri kan?
Masa tengahari, aku dan En Zul ada kat dapur. Nak siapkan juadah untuk tetamu.
Ada dua kumpulan yang datang bertandang masa tu.
Tengah tetamu sedap-sedap melantak yong tau foo, tetiba terdengar bunyi "Banngggggg!!!!"
Semua tetamu berlari ke luar.
Aku dan En Zul yang kat dapur ni pun berlari jugak. Api kat dapur pun di biarkan je.
Rupa-rupanya ada kemalangan betul-betul kat depan umah mertua aku.
Kemalangan antara kereta dan motor.
Dengar cerita, kereta tu nak mengelak dari motor yang keluar dari simpang secara tiba-tiba.
Penumpang dalam kereta seramai 5 orang, penunggang motor pulak 2 orang.
Nasib baik tiada yang meninggal. Cuma penunggang motor tu je yang cedera sikit, calar kat muka sebab terseret kat jalan raya.
Motor ni tercampak masuk dalam semak.
Mangsa selamat. Pemandu berjaya mengeluarkan adik-beradiknya sendiri.
Mangsa dah selamat sampai hospital, tapi orang ramai masih duk kerumun kat kereta tu.
Motif bersesak-sesak kat situ?
Hanya sekadar membuatkan traffik jalan raya sesak!
Tetamu yang datang umah aku, semua dah hilang.
Tinggal geng-geng adik ipar aku je yang balik sambung makan yong tau foo untuk second round.
Aku tak berani nak keluar rumah lama-lama.
Kang tak pasal-pasal rumah aku pulak terbakar or masuk pencuri sebab duk ralit tengok mangsa kemalangan.
Tak ke naya je??
Seperti biasa, En Zul memang tak boleh renggang dengan game dia.
Kusyuk bebenauuuu.. Si Darwish pun menjadi jugakkkk...
Tengahari tu makan nasi dan bihun sup kat rumah adik ipar.
Petang tu pulak singgah rumah Pakcik aku kat Kuala Nerang jugak.
Malam tak buat apa-apa, sekadar tengok tv cerita Mael Lambong.
Tak mencabar langsung aktiviti raya aku kan?
Hahahahaaaaa!!!!!
Masuk raya ketiga, masing-masing dah tak pakai baju raya.
Aku pakai t-shirt dan kain batik je
(kain batik kauuuu.. kalau kat rumah sendiri pakai short je. Takpun bogel je aku. Kahhhhh).
Yang En Zul dah selamat ke belakang rumah pergi panjat pokok petai.
Kau mampu??
Ni baru round pertama. Siap bawak ke Pekan Kuala Nerang untuk dijual.
Tapi bila sampai sana, tengok orang lain jual lagi cantik petai nya. Terus jadi segan, langsung tak berjual petai tu. Kahhhhhh!!!
Bawak petai balik rumah, then aku masak untuk lunch.
Lauk simple-simple je. Ayam bakar, sambal petai, ayam masak kicap.
Lauk ayam bakar lupa nak snap gambar. Mertua dan adik-adik ipar aku puji cakap ayam tu sedap.
Padahal memang sempoi gila aku buat kuah perap tu.
Kalau ada gambar, boleh buat entri untuk From My Kitchen. Hehehe...
Lepas lunch aku, En Zul dan Leen plan nak ke Padang Besar.
Shopping la, itu je aktiviti yang paling best time-time raya gini.
Leen pukul 8am terus datang dari KL. Sampai rumah mertua aku dalam pukul 12tgh.
Pertama kali beraya dengan Alisya.
Kitorang sampai Padang Besar dalam pukul 4pm lebih.
Punya la ramai orang. Mana la datang manusia-manusia ni semua haaaa??
Buat apa datang sini? Tak pergi beraya ke?
Eh, cakap orang pulak.. Sendiri pun tak pergi beraya, lagi nak komplen pasal orang.
Puiiiiiiiii...
First time aku datang sini. Best weiiiii.. Siap bawak pasport, mana la tahu nak lajak sampai ke siam kan??
Tapi sebab dah datang lewat, maka terbatal la dengan sendiri niat nak masuk Siam tu...
Kesian Leennnnnnnn... (hahahaha...)
Punya la ramai orang, nak parking kereta pun susah!
Ramai penduduk Siam lebih selesa pakai skuter. Comel...
Kebanyakkan kedai menjual barang-barang perhiasan, barang-barang household, pakaian, beg, kasut dan makanan. Padang Besar ni kat Perlis, maka urusan jual beli dalam Ringgit Malaysia, ye Puan-Puan....
Jual barang-barang biasa je kan? Macam tak menarik kan?
Baju-baju. Still rasa tak best??
Takpe.. Takpe... Sabar ye, nanti aku tunjuk gambar lain.
Beg. Tak menarik jugak? Ok...
(barang bukan original ye. So harga pun biasa-biasa je..)
Dah empat gambar aku taruk, still rasa macam tak best?
Takpe.... Nah, tengok gambar ni!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
This is what we call ----> HEAVEN!
Amacam? Datang sawan tak?
Aku sawan.
Ni baru sikit je dik nonnnnn... Ada 3 blok semuanya.
Memang tak larat nak pusing semua kedai.
Sawan aku pun boleh reda dengan sendirinya bila dapat sambar barang yang aku mengidam.
En Zul pantang kalau nampak kedai ni. Sebelum dia masuk, baik aku tarik tangan dia pergi tempat lain.
Sape-sape yang kaki bola, boleh la singgah kedai ni.
Leen yang kaki bola (kaki la sangatttttt) boleh sindrom down bila nampak kedai ni.
Wanita dan handbag. Memang tak boleh dipisahkan.
Punya la aku panggil En Zul, dia boleh buat-buat tak nampak, buat-buat pekak.
Langsung tak pandang ke arah kedai. KEDEKUT!
Haaaa... Ni la faveret aku.
Apa agak-agaknya?
Tadaaaa! Fridge magnet!!!
3 untuk RM10. Murah kan?
So sambar la 3 ketul.
Leen dan handbag untuk Maklang.
Sila peratikan betul-betul. Bukan fokus pada no plat, tapi pada logo Liverpool ye.
Pernah tak makan buah limau barli merah ni? En Zul cakap ni namanya Limau Gangsa, adik beradik limau barli jugak. Sedappppp... Manis je. RM10 dapat 3 biji.
(bila sampai KL, terus kopek buah limau ni. Sekali ni yang aku dapat!)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Merah la sangattttttt!!!
(tapi rasanya tetap manis. Phewww.. Nasib baik! Kalau tak memang kena maki la kakak tu..)
Pastu beli BB cream kat FB, dapat sabun ni free. Assistant aku cakap dia beli sabun ni RM5 seketul.
Bapak gila mahalllllll... (aku ingat memang harga dia macam tu)
Sekali beli kat Padang Besar, 12 ketul ni dapat harga RM10 je!
Sah, selama ni kena tipu.
Fikir positive, peniaga nak amik untungggggg....
Huhuhuuu..
Yang pencuci muka ni lagiiiiiii aku sakit hati.
Aku beli online harga RM30 termasuk postage ok? Budget berkualiti la barang ni kan?
Sekali kat sana harga RM9 je. Brand yang sama, kuantiti yang sama!
Sialpalissssss.
Kat Padang besar aku beli :
- kuali cap buaya saiz 8' (RM8)
*Kuali ni En Zul tekan mintak diskaun sampai kakak tu cuma dapat untung RM0.50 je. Hahaha...
- kuali cap buaya saiz 19' (RM28)
- Periuk 5 set dengan penutup kaca (RM60)
- kuali leper untuk bakar ikan saiz besar (RM18)
- senduk bulat (RM11)
- water dispenser 27 litre (RM38)
- hot water flask 1.1 litre (RM30)
- mangkuk 5 tingkat (tak ingat harga-bawah RM30 kot..)
- 3 biji botol untuk simpan air dalam esbok (RM4)
- pes tomyam 900g (RM12) - kat KL murah RM0.20 kot, tapi brand lagi. Kuantiti je sama banyak.
- Gajus goreng / bakar 500g (RM19)
- Pistachio 500g (RM15)
- manicure & pedicure set (RM12)
- tomato scrub (RM5)
*memang seronok la kakak kat kedai ni. Semua barang aku & Leen beli kat kedai dia je... Aku nasihatkan sape-sape nak pegi sana, sila berani tekan harga untuk tawar-menawar. Kalau tak berani nak tawar-menawar, sila shopping kat KL je, harga lebih kurang je pun. Tapi kalau pandai main harga macam aku, memang puas hati....
Sumpah aku cakap, memang berbaloi-baloiiiiiiiii...
Semua barang simpan dalam kereta Leen. Sebab kete aku dah penuh.
Balik KL baru kitorang amik balik barang-barang tu kat rumah Maklang.
Balik dari Padang Besar, kitorang ikut jalan Chuping.
Lalu kat padang tebu terbesar kat Malaysia ni
(teringat cerita KL Menjerit lakonan Rosyam Noor dan Lisdawati)
Nice scenery
3 tones of color.
En Zul seorang suami yang memahami isterinya.
Sanggup berhenti kereta semata-mata untuk aku snap pic yang ntah apa-apa ni...
Thanks Sayangggg!
Sekali kereta kat depan siap amik angin ikut tingkap atas kereta.
Terbakar la aku kan? Sebab tak boleh tiru aksi macam ni..
Sumpah seronok menikmati permandangan senja ni weiiiii..
Signboard ni betul-betul berada kat tengah-tengah roundabout.
En Zul sanggup buat 3 kali pusingan semata-mata nak bagi chance aku snap pic.
3 kali pusingan, beb!
(Aku suruh dia benti tepi jalan, tapi En Zul malu... Kahhh!)
Sampai rumah pukul 10 malam.
Ya, memang letih shopping hari ni. Tapi SERONOK.
Itu la terapi jiwa bagi wanita.
Kan, Leen kan?
Malam tu jugak aku & En Zul mengerjakan kacang Pistachio dengan gajus tu.
Kenyang kami melantak sama-sama laki bini.
Hehehe...
Hari raya ke empat, aku dan En Zul nak balik KL.
Pukul 10am lebih gerak dari umah mertua.
Lepas peluk cium dengan mak mertua aku, kitorang terus bergerak.
(tak sangka aku ni menantu kesayangan, sebab mak mertua siap peluk cium aku. Menantu perempuan lain ada? Nan hadooooo!!!)
Cadang nak singgah kenduri kawin 2 orang ofismates aku.
Rozaini (Sg Petani) dan Nurul Akmal (Bandar Baharu).
Mula-mula beli hadiah kawin kat Sg Petani (lupa nak beli hadiah kawin kat Padang Besar. Orang dah seronok membeli belah, mana nak ingat benda lain dah. En Zul ingat, tapi langsung tak ingatkan kat aku.)
Elok je lepas kitorang lalu exit Sg Petani (utara), kami hampir-hampir nak kemalangan.
Biasalah, kereta banyak. Nasib baik En Zul bawak slow. Kalau tak, memang tak sempat brek dan hentam kereta depan. Orang belakang pun sempat elak ke kiri sebab En Zul meluncur ke kanan.
Sumpah aku rasa fobia!
Kemalangan antara Myvi, BMW dan Audi.
Nasib baik Vios tak terlibat. Alhamdulillah.... Syukur pada Allah.
Sebelum masuk Sg Petani (selatan) ada eksiden.
Selepas keluar Sg Petani (selatan) ada eksiden.
Nasib baik sempat sampai ke kenduri Rozaini. Sori dear, akak tak sempat nak amik gambar.
Awak dah busy nak pergi akad nikah. Tapi memang sedap lauk daging masak hitam tu.
2 kali aku menambah lauk. (lauk yeeee.. bukan nasi. Hahaha)
Lepas ke kenduri, kami singgah rumah pakcik En Zul. Dekat je dengan rumah Rozaini. Singgah sekejap basahkan tekak je. Then chow ke kenduri Nurul Akmal pulak kat Bandar Baharu.
Sampai rumah Nurul dah pukul 3.30pm. Orang pun dah lengang kat rumah Nurul.
Takpe, janji sempat jumpa pengantin. Maaf la sebab lambat. Jalan jammed, hujan pulak tu.
Tak boleh nak drive laju-laju.
Anyway, nasi kat kenduri Nurul pun sedap. Again, tak sompek nak amik gambar, sebab kelam kabut nak balik sebab hujan dah turun balik. Huhuhuhuuuuu....
Baru keluar dari RnR Gunung Semanggul nak isi minyak dan touch n go.
Can u see the difference of the weather?
Belakang aku hujan lebat. Lepas 2 km cuaca cerah.. Hehehe...
It's raining day all the way....
Sebahagian jajan aku sepanjang perjalanan. SEBAHAGIAN.
Yang selebihnya dah masuk perut. Makin gemuk la aku jawabnya!
(bag biru sebelah kiri tu pemberian Nurul, yang sebelah kanan pemberian Rozaini. Thanks ye)
Sampai KL pukul 10.30pm.
Total perjalanan adalah 12 jam!
Termasuk singgah kenduri, rumah pakcik, jammed, RnR dan hujan.
Sampai rumah terus layan cerita Hindustan RA One.
Hari Jumaat kami beraya ke Gombak pulak.
Beraya kat rumag Maklang.
Makan nasi dan ketupat rendang.
Bab makan nasi tu yang sedap sesangat tuuuuuuu..
Lepas setel beraya kat rumah mak sendiri, aku beraya kat rumah Makteh aku.
Depan rumah Maklang je.
Tak lama kat rumah Makteh, sebab kitorang nak konvoi ke rumah Kak Ta, Kak Noni, Makndak dan Abang Man.
Konvoi ramai-ramai memang seronok. Tapi aku kena drivekan untuk Maklang. Paklang, Paknjang dan Maknjang naik kete dengan En Zul. Maka aku kena jadi driver untuk Maklang. Jalan nak ke Ampang jammed noksss...
Lenguh kaki nak pijak peddal minyak dan clutch.
Uwaaaaa....
Maklang seronok betul naik menatang ni. Makndak pulak sukarela jadi consultation untuk Maklang.
Selesai 4 buah rumah, aku dan En Zul hantar Maklang, Paklang dan paknjang laki bini balik rumah Maklang.
Then singgah NSK Selayang nak beli barang untuk open house rumah aku pada keesokkannya..
(open house ni khas untuk family members je. Kawan-kawan lain jangan kecik hati sebab aku tak jemput. Kalau nak datang beraya, datang je. Tapi call dulu sebelum datang. Boleh aku sedia kan apa-apa yang patut. Kalau tak call, minum air sirap je la yeeee...)
Menu open house pada hari Sabtu :
- Nasi daging
- Daging rebus
- Kuah asam
- Ayam goreng
- Acar jelatah
- Gulai dalca
- tembikai
- air sirap oren
Aku lupa nak snap gambar sebelum majlis, maka hanya saki baki makanan je la yang sompek aku snap. Hahahaha...
Eh, lupa nak snap menu paling utama.
Nasi Daging aku.
Tak sangka nasi aku ni mendapat pujian dari tetamu (biasa la nak jaga hati tuan rumah kan??)
Hehehe.. Abang ipar aku sampai panggil nasi daging aku tu sebagai nasi bukhari.
Wahhhhh.. Hebat nya aku memasak!!!
Hahahahaha.. Sila la muntah ramai-ramai..
Ni pinggan En Zul untuk 2nd round. Masa tetamu datang, dia makan sikit je.
Malu katanya. Elok tetamu balikkkkkk, kebuluran dia mula terserlah.
Hahahaha...
Selamat Hari Raya semua.
Nanti aku buat open house untuk semua kawan-kawan kat rumah baru aku.
Tapi tunggu raya haji la. Raya puasa ni dah tak sempat. Hahahaa...
Love,
No comments :
Post a Comment