Actually, bukan tu intention dia. Sebenarnya dia lebih kepada keselamatan siber untuk pengguna. Dah alang-alang cerita, baik bagi je semua ilmu tu kan? Hehehe... Nanti aku nak aplikasikan segala ilmu yang dia share, lebih-lebih lagi berkenaan software steganography. Pasal stegano ni, nanti aku update kekdahnya bila aku dah berjaya buat dengan Ain.
Speaker jugak ada highlightkan mengenai Akta Hasutan. Kepada pengguna laman sosial tegar dan blogger-blogger, anda perlu tahu mengenai Akat Hasutan 1984 ini. Anda boleh membicarakan / bergaduh / mempertikaikan apa sahaja isu, KECUALI isu-isu di dalam Akta Hasutan tersebut. Nak tahu? Cari la sendiri. Berbaik-baik la dengan Mr Google tu. Semua ada kat dalam sana tu. Senang cita, Akta Hasutan ni tak melibatkan sebarang aktiviti MULUT PUAKA, LAHAR-MELAHAR ataupun CACI MENCACI! Maka dengan itu aku semakin bebas untuk mencarut sesuka hati aku. Cuma kat akhirat nanti, nasib kau la nak menjawab dengan Tuhan kan??
Padan muka aku. Huhuhu.......

No comments :
Post a Comment