It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 20, 2014

Share petua dan cara mengurut

Dulu teringat kawan aku cakap, kalau jam tangan masuk air (or maybe lebih tepat dipanggil wap air), tu maknanya jam tangan kita terkena perfume. Means masa kita spray perfume then terkena jam kita. Jam tangan aku ni beli couple set dengan jam En Zul. Aku punya kaler pink, dia punya kaler maroon. Kalau ikut belakang jam ni tulis waterproof. So it should be better than water resistant, rite?

Aku basuh pinggan ke, amik wudhu' ke, dalam hujan ke, alhamdulillah jam ni masih ok. Cuma ada sekali tu aku pakai jam sebelum pakai perfume.. Selalunya aku pakai jam selepas sembur perfume. So esoknya aku tengok jam aku dah berwap! Uwaaaaa... Degil sangat! Masa sembur perfume tu memang dah terdetik dalam otak aku, "eh, kena bukak dulu jam. Nanti berwap kalau kena perfume ni. Ah.. Lantak lah!"

Now, padan muka sendiri. Y_Y




Wap dalam jam.
Tak nampak? Tengok gambar bawah.




See..?
Banyak kan wap air tu? Tensi.
Huhuuuu...


Jadi, teringat pesan kawan yang lain. Kalau henfon masuk air, cuba simpan dalam bekas beras. Insya Allah elok. So aku saja nak apply petua tu kat jam aku ni. Harap-harap menjadi la. Aku pergi tengok bekas beras, masih ada sikit beras. Maklum la, kat rumah ni beras 10kg sekejap je dah setel. Ni kira beras beli masa gaji aritu, masih tinggal sikit. Jadi la nak buat tutup jam aku yang ciput ni.


Aku simpan jam pada 14/10 - petang (selepas masak untuk dinner).

Then pada 17/10 - pagi (sebelum pegi keje) jam aku dah ok! Yeayyyy...

Alhamdulillah, tak perlu beli jam baru. Hehehehe...



Jam dah ok!
Sila abaikan jarum untuk Day tu ye.. Patutnya hari jumaat, bukan sabtu.
Dia memang senget sikit.
Senget macam tuan dia gak. Hahahah..




Setakat sikit-sikit wap yang masih tinggal tu kira halal la..
Lepas tu aku pakai jam macam biasa, wap tu kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang.
Kira masih belum kering sepenuhnya la.
But today, 20/10 wap air tu totally gone.
Alhamdulillah. Sabar itu penting.



So lepas ni boleh apply petua ni ye =)


Oh, lupa nak bagitau. Kat ofis ni ada banyak perkhidmatan tidak berbayar. Semua ada. Yang penting free. Kalau kat luar kena bayar mahal. Sejak dua menjak minyak naik harga ni, semua benda kena cari yang free. Kalau tak ada baru la cari yang berbayar. Khennn?!!

Haa, kat ofis ni perkhidmatan yang paling dicari adalah perkhidmatan urut. Jangan tak tahu, kat sini semua orang walaupun tak reti mengurut, tapi selepas beberapa bulan insya Allah semua orang akan jadi pandai mengurut. Malah lepas pencen ada yang berangan-angan nak bukak premis mengurut. Waktu siang mengurut kat umah je. Malam-malam gi mengurut kaki kat downtown. Kerlasss angan-angan kau!

Angan-angan aku la tu. Tapi jauh lagi masa aku nak pencen. Kasi chance la kat makcik-makcik ni pencen dulu. Bior diorang je yang bukak premis mengurut dulu. Then aku follow la. Hahahaha...

Tadi cerita pasal petua kan? Meh sini aku nak cerita cara-cara mengurut pulak. Benda-benda baik apa salahnya kita share sama-sama. Tak perlu ada minyak angin pun. Yang penting nafsu mengurut tu harus ada. Hati bior ikhlassss... Hihiiii...

Ok, boleh kita mulakan kelas mengurut kita? Yang kat belakang tu, dah ready kertas dan pen? Kalau terlambat boleh scroll up balik ye... Ok, jom kita mulakan

(maaf, gambar seperti ada sexual harassment sikit.)


Step 1 :
Perlu ada tukang urut. Selain tu, perlu ada mangsa yang bakal diurut.
Dalam contoh gambar ni, yang tukang urut adalah sebelah kiri gambar.
Mangsa adalah yang tengah-tengah. Yang pura-pura koma tu.
Yang sebelah kanan tu pulak... Errrr... Ntah la, tak tahu pulak sapo dio?
Tetiba ada dalam ini cerita. Hahaha... (ampun, Wani!)




Step 2 :
Pastikan mangsa duduk dalam keadaan selesa. Tak perlu bukak baju ye.. Kang ada yang pengsan.
Dengan tukang urut pengsan sekali. Hahahah..

Ok, dengan lafaz Basmallah, mulakan sesi mengurut dengan tenang.
Ambil tapak tangan anda, tampar-tampar dengan semaksima pada seluruh belakang mangsa.
Selagi mangsa tak menjerit kesakitan, selagi tu teruskan mengurut.

Agak-agak mangsa masih cool and steady, tu tandanya jin dalam badan mangsa memang kebal.
Oleh itu, sila tukar kaedah mengurut. Tukarkan tapak tangan anda dengan tapak kaki.

Pijak-pijak belakang mangsa dengan kekuatan maksima.
Insya Allah menjerit la mangsa anda tu.
.....dengan jin-jin aprit semua lari keluar.




Step 3 :
Selepas mangsa sedar dari koma, sila minum air kopi tanpa gula dan semburkan ke muka mangsa.
Insya Allah mangsa akan merasa lega dan boleh terus menyiapkan kerja ofis yang pending tu.

Amaran!!
Jika mangsa melebihi umur 50 tahun, sila dapatkan pandangan doktor bertauliah.
Takut-takut mangsa koma, lepas kena urut mangsa terus 'jalan'.



Cerita lain pulak.
Hari tu ada yang tanya, aku ni garang ke?
Yes, aku memang garang. Kalau aku naik hangin, anak-anak aku cepat je standby kertas A4 dan color nak buat card ucapan kat aku. Ye la, tu je cara-cara nak pujuk aku kan. Nak belikan Rafflesia memang tak mampu lerr...

Tapi segarang-garang aku, dengan aku jugak En Zul & anak-anak nak bermanja. Sehari tak dapat bau ketiak aku, memang tak sah. Lebih-lebih En Zul dan Ika. Aleeya kurang sikit. Dia lebih suka bau ketiak En Zul. Kahkahkahhhh..

Hari tu En Zul pergi Langkawi. Then balik dari Langkawi, dia nak manja-manja la dengan aku. Sambil aku baring-baring tengok tv kat living room, En Zul datang baring sekali sebelah aku. Nampak dek Ika, terus dia berdesuppppp masuk menyelit antara aku & En Zul. Hoihhhhh!! Jeles betul. Puas aku tolak-tolak budak tu. Tak jalannnnn... Lagi kuat dia peluk aku adalah!

Maka, boifren aku terpaksa mengalah dengan anak.
Huh, dengki.



Gigih menyelit kat sebelah aku & En Zul.
Mentang-mentang awak kurus, tak kira celah mana pun masuk.
Celah ketiak aku pun jadik.





No comments :