It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 17, 2014

KidZania KL

Lama gila entri ni terperam dalam tong draft.
Sebab entri ni akan cover the whole day long punya cerita, so biar la dia jadi pekasam dulu.
Agak-agak dah nak padam dari ingatan, cepat-cepat la update.
Jangan sampai dah nyanyuk baru terhegeh-hegeh nak update. Masa tu dah berkarat kepala otak nak buat ayat, sampai lupa apa yang berlaku pada hari kejadian.

Aritu anak aku ajak Auntie Leen dia pegi Giant Batu Caves.
Bukan buat apa, just nak jalan-jalan makan eskrem harga RM0.99 sambil window shopping.
Kerlas kau nakkkk.. Kecik-kecik dah pandai nak berwindow shopping.

Sebab Auntie Leen malas nak layan, maka Auntie Leen buat perjanjian berani mati.
Hari ni tak payah pegi Giant, tapi nanti Auntie Leen bawak pegi KidZania.

Ok settttt - jerit anak-anak.

Lantak kau la Leen. Kau yang janji, aku tak tahu yeeee...

Maka setiap minggu la anak-anak roger Auntie Leen dia, nak ajak pegi KidZania.
So terpaksa la Auntie Leen bawak diorang ke sana.
Tapi, jangan menyesal. Kalau anak aku kira pakej.
Kalau berjanji dengan Kakak, si adik kena bawak sekali.
Kalau dah kakak & adik ikut, diorang kena bawak aku sekali.
Kang diorang nak makan, nak minum, nak berak, nak nenen... eh. Silap-silap!
Nak mengada-ngada... So aku kena ada sekali.
Bila aku pegi, kena angkut laki aku sekali.
Kang aku nak makan, nak minum, nak berak, nak manja-manja, mesti la kena ada laki aku.
Kau rela ke nak bermanja dengan aku, Leen? Tak nak kannnnn... Kahkahkahhh...

So kiranya pakej kena bawak satu keluarga sekali.
Lepas ni jangan menyesal nak berjanji sakan dengan anak aku. Memang habis bulu satu badan diorang cukur. Hahaha...

Tapi En Zul kena standby keje kat emergency, so aku je la yang teman anak-anak pegi Kid-day-out dengan Auntie Leen dia.
So pagi hari kejadian aku keluar dengan anak-anak balik ke Gombak, parked kereta dan naik siput Leen untuk ke KidZania.



Layankan je la..
Gemuk macam mummy ehhhh... Siap kau!
*rembat dari Facebook Leen*



Sampai KidZania dalam pukul 10am.
Masa tu agak ramai orang que kat kaunter.
Untuk warganegara dapat harga murah sikit dari foreigner.
Tapi dengan syarat kena tunjuk IC anak-anak dan IC mak bapak sekali.
Masa tu aku dah mula gelabah. Sebab tak bawak IC anak-anak.
Terus sepantas kilat aku wasap boifren aku tu mintak hantar gambar IC anak-anak.
Doa dalam hati bior la pakcik tu ada simpan salinan dalam loker ofis dia.

Elok sampai kat kaunter, aku mula la buat aksi-aksi manja (read:gedik) kat staff kaunter tu.

"Errr... Dik..." (harus la panggil adik. Nak pancing hati dia kannn.. Kalau panggil kakak kang ada yang kena maki hamun dek staff kanggg)

"Dikkkk... Akak terlupa bawak IC anak la. Kalau akak tunjuk gambar IC anak boleyyy??" (sambil kebil-kebil mata)

"Kakkkk.... Actually kita nak tengok IC parents je..."

"Oo yeke... Well, akak memang Malaysian, walaupun muka akak kokesen sikit... hihihii.." ayat hujung tu kena bisik-bisik yer..



Danggg... Satu tamparan buaya singgah ke muka.
Caucasion? Muka jawa ada hati nak kokesen. Puiii.




Auntie Leen belanja masuk KidZania.
Tenkiu Auntie Leen....

Nampak tak jam kat tangan Ika? Tu bukan jam.
Tu adalah tagging untuk kenalpasti anak tu ikut rombongan mana.
Kalau hijau - anak datang bersama parents.
Merah - anak datang bersama rombongan sekolah
Biru - anak datang bersama parents, tapi parents tak tunggu & jaga anak (rasanya laaa..)



Masuk KidZania konsep macam pergi melancong.
Tiket dia adalah tiket AirAsia.
So kat sini company AirAsia yang incharge.
Hari pegi dapat voucher untuk Legoland.
Terus Ika sound aku, "Lepas ni kita pergi Legoland pulak. Yeayyy!!"

"Banyak cantik?!! Tak boleh!!"
Jerkah suara sang ibu yang cantik lagi menawan....



Untuk tiket RM50, anak-anak akan dapat tiket masuk (boarding pass) dan wang untuk spending dalam KidZania.
Untuk RM50 anak-anak akan mendapat 50Kizzo.
So kena draw kat CIMB. Kena la belajar-belajar macamana nak draw duit sendiri kan.

Tak pe la nak.. Belajar la slow-slow.
Insya Allah kau biasakan diri & boleh independence in future.



Muka orang kaya dapat duit sendiri.
Ok, let's start the party!



Cop-chopp... Sebelum tu kita bergambar dulu kat ruang legar ni.



Oh, lupa nak bagitahu.
Kat KidZania ni konsep dia Work & Spend your money.
Maksudnya, kalau anak-anak kena bekerja dan mendapat gaji.
Then duit gaji tu boleh belanja kat mana-mana outlet (company).
Kalau duit dah habis or tak cukup, sila pegi keje.
Begitu la seterusnya.



Ok, first kita serbu di Jabatan Bomba dulu.
Everyone.... Ki~~ (pronunciation : Kai)

Dictionary :
Ki = Hello/Hi.
Zank You = Thank you
Zelcome = Welcome

Lain-lain aku lupa.



Sesi pakai uniform firefighters.




Apesal muka kau dikkkk..
Macam tengah menahan kentut je Mummy tengok.
Kahkahkahh.



Setiap sesi dan lokasi agencies akan dapat amik gambar.
Lepas dia snap pic, dia akan scan jam tangan anak-anak.
So sebelum balik kita boleh pilih & beli mana-mana gambar yang kita suka.
Ulang suara. BELI.
Sebab mummy kau ni sengkek, so mummy curi-curi amik gambar guna henpon norkiah 3310 ni dari luar. Kerlasss kau!




Sebelum memulakan task, harus la dengar taklimat dulu.
Taklimat semua dalam English. Malangnya anak-anak mummy semua lahir kat Zimbabwe.
Kira tak boleh nak faham sangat bahasa Inggeris ni. Huhuhuu...




Ok, kids. Are u ready for our task...???

Yeahhhh!!!!

Jom naik kereta bomba. Ada kebakaran yang perlu dipadamkan.




Sampai kat tempat kebakaran, adik-adik polis sudah pun bersedia untuk mengawal situasi.




Anak-anak boleh experience sendiri cara-cara memadamkan kebakaran.
Simulasi kebakaran ni memang best. Siap bunyi audio bunyi api dan macam-macam.
Memang rasa macam real fire la kat situ.




Semangat aku suruh diorang duduk sebelah menyebelah,
Senang aku nak snap gambar korang.




Comel kan budak-budak kecik ni jadi polis.
Seeeee... Bukan aku sorang je yang sengkek tak nak beli gambar kat KidZania.
Ramai lagi mak bapak yang menjadi photographer secara haram. Hihihii..




Soooo kiut la you!




Tapi abam guard ni lagi kiut.. Jambu uols...




Lepas siap padam kebakaran, dapat la gaji.
Dalam 10Kizzo kot.





Aleeya : Mummy, adik sorang je yang padam kat situ. Orang lain semua padam kat tempat lain.
Lama sangat adik pancut air ke situ tapi api tak padam punnnn...

Alahai anak.. Tak penah dengar perkataan "simulasi" eh?




Next, bekerja di Sushi King.
Kena bayar dalam 15Kizzo, then dapat belajar cara-cara buat sushi.




Susah benar budak-budak ni nak maniskan muka.




Ready for sushi class.




Lepas siap, budak-budak tak dapat gaji.
Tapi boleh bawak balik sushi yang diorang buat tu.
Apa lagi, mak-mak kat luar ni la yang rembat dulu.
Anak-anak tak minat nak makan benda-benda ni semua.
Diorang tengah semangat nak main je tu. Jadi kitorang je la yang belasah semua tu.
Lepas ni kalau lapar boleh suruh budak-budak ni pegi kerja sushi lagi.




Asyik gambar anak-anak & Leen je.
Nah, gambar aku.
Half of me. Hahaha...


Tak puas tengok kecantikkan aku?




Terus 360!
Motip nak hilangkan jerawat. Kahhhh!!




Lepas tu kitorang ke Sony.
Dah kat sini je yang tak ramai orang dan tak perlu beratur.
Maka sila bekerja menjadi photographer.
Diorang diberi kamera sebenar untuk siapkan tugasan.
Nanti diorang bagi list tempat yang perlu diambil gambar.
So kena siapkan dan boleh dapat gaji.




Snap for each other.




Ada gaya takkkk?
Hehehee... Nanti boleh buat pakej kawin.
Tapi guna kamera henpom norkiah 3310 mummy je lah!




Terus menyiapkan tugasan. Ikutkan diorang lepaskan anak-anak tanpa staff.
Sebab tak ada kanak-kanak yang datang ke Sony selain anak-anak aku, so staff ni iring sekali anak aku.




Sambil-sambil tunggu anak aku balik dari amik gambar, aku tengok la budak ni betulkan mentol lampu kat tiang sebelah aku ni.




Next kitorang ke Marrybrown.
Kat sini konsep macam kat Sushi King. Anak-anak bukan nak masuk sini.
Tapi sebab kitorang masih lapar, kitorang suruh jugak diorang masuk belajar how to make burger.




PPE jangan dilupakan. Penting tu!




Staff : Adik nak berapa beger? 2 cukup??


Aleeya : Nak 5. Mummy nak makan. 


Cisss...




Burger in the making.




Wahhhh.. Sedapnya burger kakak & adik.
Auntie Leen makan satu, mummy makan satu.

Korang mesti tak nak makan kan?? Sebab korang lebih teruja nak pergi bekerja.




Eh, ni beger kakak. Kakak punya lah!

Auntie Leen & Mummy tak boleh makan!
Fineeeee.




Nampak tak apa yang aku suruh Aleeya beli?



Nah, fries dan nugget.
Mesti Ika jeles. Kahkahkahhh...




Tetiba ada pulak orang menari-nari kat tengah-tengah ni.
Semua staff yang ada kat situ menari bila slot tarian ni start.
Yang depan sekali ni jaga pawagam. Tu yang beriya pakai baju Hercules ni.




Bila duit anak-anak dah banyak hasil dari kerja yang dilakukan,
maka cheti haram ni mula main ugut-ugut.




Nah, kakak amik 10 kizzo je. Yang lain-lain bak sini bagi Auntie,




Naik tingkat atas, terus ke Oreo. Sebab tak ada orang menunggu.
Kat sebelah ada Cadbury. Tapi... Errrr.. Kita tak payah masuk la ye.
Mummy masih ragu-ragu. Haha...








Dengar taklimat staff.




Wokeyyy, adeyy. Yinni barang-barang yang perlu adde wuntuk buwat ini owreooo.




Aku tengok staff ni yang bersungguh-sungguh buat kukis ni.
Anak-anak aku macam tak berselera je. Hihiii...








Lepas bakar, dapat kukis oreo.
Jangan risau, tu kukis yang ready made from factory.
Bukan yang anak-anak aku buat. Kalau diorang buat, aku tak nak makan.
*jangan tanya kenapa*




Ni oreo dari kilang yeeee...




Kiiiii...

Ni kat Lifebuoy.. Belajar cara-cara cuci tangan dengan betul.




Ok, you.. Do you know how to clean up your hand?



Aleeya : Hmmmm... Acik ni macam tak puas hati je dengan aku.




Ok kids... follow me....

1...2...3.... again... 1...2....3...

Lepas cuci tangan, diorang belajar buat sabun pulak.
Main sikit-sikit chemical. So dapat la gaji untuk kerja buat sabun Lifebuoy.




Ni kat KPJ. Ada beberapa room untuk belajar.
Nursing, surgery, dental dan apa lagi ek?
Lupa.


Ni anak aku masuk yang nursing untuk jaga baby.
Lama kot nak tunggu untuk jadi surgeon.



Sambil tunggu anak, mak-mak boleh masuk sini.




Ni kat Vitagen. Ni pun ramai budak waiting.
Punya lama sampai habis bateri aku. So pinjam hp Leen.
Leen pulak dah penat tunggu, so dia duduk kat depan TV3.

*KidZania patut fikirkan keselesaan untuk parents semasa menunggu anak. Lama kot untuk habiskan satu sesi. Bench pulak tak banyak. Ramai parents sampai melepak kat lantai menunggu anak. Termasuk la aku. Nasib la aku jenis muka tak malu. Ikut hati nak baring je terus kat situ. Aku bayar tiket mahal kot.. So pengurusan KidZania perlu fikirkan keselesaan parents, terutama parents yang membawa toddler. Kesian kat diorang nak susukan anak.*




Staff ni pun nampak letih. Macam tak berapa fokus bagi explaination.
Ye la, dia kerja dari pagi sampai ke petang nak treat budak-budak ni.
Tak tahu la kalau dia ni baru masuk keje shift petang, tapi memang jenis slow-slow buat keje macam tak fokus.





Diorang kena check mata untuk buat satu kerja ni.
Aleeya ni ada rabun sikit. Kesiannnn.. Huhuhu...




Mata Ika masih Ok. Bagus-bagus!




Lepas check mata, diorang kena mendaftar untuk insurans.
Insurans untuk apa ye??? Ada laaa...



Kad insurans dah siap. Mata pun dua-dua ok. Jom pergi ke tempat seterusnya.




Mendaftar lesen memandu di Honda.
Yep, diorang nak belajar memandu.




Mula-mula kena la pergi kelas memandu dulu.
Kita test skill dulu ye....




Tadaaaaa..

Berjaya mendapat lesen memandu!! Yeayyyy....


Jom pergi trek memandu.




Duit tak cukup 10Kizzo. So terpaksa bekerja untuk dapat duit.

Haaaa... Baru kau tahu erti kehidupan nakkkk..
Bukan senang nak dapat semua benda. Kena kerja. Baru kau tahu susah payah mak ayah nak cari duit sara korang adik beradik...

*Motivation mode is on. Hahaa*




Konon-konon isi petrol.
Alaaa.. Bumper car je. Jadah sangat nak isi fuel betul-betul.


Dah siap keje jadi minah bangla kat petrol pump, dapat gaji terus que kat tempat driving plak.

*gambar seterusnya mengguna hp Ika. Camera memang jenis haprak. Maaf sebab gambar pun jadi haprak. Hahahaa*



Let's drive!!





Jangan over speeding ye anak-anak....



Si Aleeya ni nampak sama besar dengan kereta dia.
Hahaha...




Ika masuk petrol pump sebab ada boys nak kumpul duit.
Bersungguh-sungguh diorang tukar. Ika malu tauuuuu...






Sabar ye dikkk..
Lepas ni boleh race dengan kakak.


Lepas drive, anak aku nak masuk kedai pearl. Nak buat pandora sendiri.
Tapi duit tak cukup, so kena keje la kan....




Kerja pos paling mudah.
Aku sound-sound kat staff situ, "dik, bagi tempat kurier yang dekat-dekat ye.. Akak malas nak tunggu lama-lama."

Kau mampu??




Hantar ke CSI.
Setel. Dapat gaji terus ke kedai pandora.
Tapi diorang dah tak terima sebab KidZania nak tutup.

Alahaiiiiii... Sian anak aku.


Ni antara tempat best yang anak aku tak sempat masuk :

Stesen radio Hitz FM
Budak-budak boleh jadi deejay. Dan suara diorang akan dengar satu KidZania.



Stesen Media Prima
Diorang akan menjadi pembaca berita - REAL!


Ada beberapa tempat yang best, tapi camera hazab ni pun dah nak habis bateri.
*sedeyyy*



Muka letih, tapi masih happy...
Mummy gojesss bersama banker. Yuhuuuu!!


Sebelum balik, harus buat keje gila.
Leen, jangan marah yeee...




Dalam penjara.




Do you want see magic?




1...2...3.....

Isk.. iskk.. iskkkkkk....




Yeayyyy!!!

I tetap selim uolssss!!






Love,


No comments :