Mentang-mentang anak-anak cuti sekolah, mak nye pun sama lenjan bercuti jugak.
Kalau amik cuti gi jalan-jalan sedap jugak la kan. Ni duk mengangkang kat rumah sambil layan movie je. Jadah sangat membazir cuti tahunan.
Selama bercuti pun bukan buat apa sangat pun. Juz gi makan kenduri kawin, mandi sungai, tangkap udang, makan-makan, layan Running Man, layan kartun, tido.
Mana tak makin gemok? Haihhh.
Eh, ni nak bagitahu ni. Pokok tembikai aku dah berbuah. Sekarang dah ada 2 biji. Best!! Tak sabar nak rasa buah nya. Harap-harap manis lah.
Sebelum ni aku penah post gambar pokok tembikai ni, tapi kawan-kawan yang komen semua fokus kat kaki batu sungai aku tu. Nampak sangat pokok tembikai kau ni tak menarik lansung!
Comel kan buah tembikai aku?
Harap-harap membesar menjadi tembikai yang cantik, putih, tinggi lampai, gojesss...
Eh? Kau ingat ni anak kau??
Sepanjang cuti sekolah, aku memang tak ada update langsung apa-apa entry kat blog. Menu-menu pun aku hold dulu. Ada beberapa resepi aku nak share. Sedap ke, tak sedap ke, tu belakang cerita. Lantak la kan. Janji blog puaka aku ni tak hilang puakanya.. Gituuuu..
Sebelum cuti sekolah, Leen dah belanja kitorang anak beranak pegi KidZania. Tu nanti aku update. Gambar-gambar dah upload, tapi tak de mood nak cerita. Kahkahkah.. So cuti sekolah lepas aku bawak budak-budak tempat yang rural. Bawak ke sungai la weh.. Jimat duit (konon-konon larrrr). Kau ingat pegi mandi sungai cikai-cikai tak keluar duit ke? Masuk hutan lipur tu memang la murah, setakat singgit untuk dewasa, 50sen untuk kanak, dan 80sen untuk remaja jelita macam aku ni (sila muntah). Tapi nak ke sana kena bawak bekal. Dah satu hal nak membeli makanan macam-macam. Aku dah masak bihun dan sandwhich pun masih nak beli nugget la, hotdog la, kepok lekor laa.. Hah, kauuu.. Tak ke terbang melayang duit mak bapak semata-semata nak bagi anak-anak happy??
Sayangilah ibu bapa anda.. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh pihak penaja blog ChempakaMerah.
Sebenarnya yang nak makan sangat tu bukan la anak-anak, tapi mak bapak nya jugak.
Dah anak-anak dan En Zul sibuk berkubang dalam sungai sambil cari udang, sape lagi yang tukang perabihkan makanan? Sape? Sapeeeee???
*touch up muka dengan bedak kompak sambil jeling-jeling kiri kanan*
Cari udang.. Banyak gila hasil tangkapan diorang.
......dan banyak jugak nugget yang aku bedal.
Kahkahkahh..
Makan je budak demok ni.
Hish..hish..hishhh...
Selain dari aktiviti mandi sungai, kitorang gi memancing ikan kat Dengkil. Dekat-dekat dengan rumah orang asli. Tak tahu la apa ke nama tempat tu. Tapi sebab musim hujan, air sungai keroh sikit. Belasah la, janji ada aktiviti nak buat dengan bebudak ni.
Anggap je la tak nampak apa-apa ye...
Besar kan ikan En Zul? Kira ok la saiz tu...
Kau tengok gaya ranggi Aleeya.
Memang susah nak repair gaya budak ni.
Ni hasil tangkapan hari ke dua.
Oh lupa. Kitorang gi cari udang 2 hari.
Hehehe.. Tak puas weh setakat sehari je...
So duit melayang pun double lah!
Ni saiz udang yang kecik. Boleh buat udang geragau.
Ada yang lagiiii kecik. Tapi tak boleh nak keluarkan dari balang.
Ni saiz yang dianggap besar untuk hari ni.
Kau tengok sepit dia. Jangan main-main ye.
Kang dia sepit!
Ok, next!
Apa lagi ye aktiviti kitorang?
Hah, ingat dah. Kitorang picnic depan rumah.
Kira aktiviti la jugak....
Bukan selalu kitorang buat keje gila macam ni.
Aleeya ikat 2 ponnytail yang konon-konon ayu gituuuu.
Tapi tetap nampak keras kejung. Kahkahhh...
Ni semua Ika punya idea nak makan kat luar. Aku pun layan kan je la.
Aku hantar gambar kitorang kat En Zul, terus pakcik tu rasa 'jelly'..
Hahaha..
Selain dari buat keje ngarut-ngarut ni, kitorang buat eskrem Malaysia.
Pagi buat 20 batang, malam tinggal 2 batang.
Tak menyempat nak keras dah kena balun dengan budak-budak ni.
Buat perisa sirap, oren, milo, mangga. Buat pulak rasa manis. Memang lagi suka budak-budak ni.
Semua kena ngappp tak sampai seminggu dah habis.
Esok-esok ada yang kena potong kaki, nasib la yeeee....
Ni eskrem 1st batch.
Kitorang buat 1, 2, 3, 4, 5 batch..
Aku pun dah lupa berapa kali kitorang repeat buat eskrem ni.
Minggu lepas En Zul pegi Kedah atas urusan kerja. Dia bawak sekali anak-anak ikut dia ke sana. Sebab dia nak terus balik ke kampung. So boleh anak-anak jumpa tok nenek diorang. En Zul balik KL hari Ahad. Pagi Isnin tu budak-budak skip sekolah. Sebab 4 hari budak-budak tu tak jumpa aku, si Kakak jadi manja sangat! Nak makan dengan aku, nak tidur kena aku ada kat sebelah.
Bayangkan la, ni dah seminggu aku & En Zul tidur kat depan. Anak-anak sekarang memang tak nak tidur dalam bilik diorang. Tapi kalau dalam bilik aku memang diorang pantang diajak. So malam Isnin tu Ika dah mula merengek-rengek mintak aku tidur kat depan dengan dia. So aku layankan. Ingatkan untuk semalam dua boleh la. Sebab aku tidur kat depan, so En Zul ikut join sekali. Dah kitorang anak beranak semua bergelimpangan tidur kat depan.
Sampai malam rabu, En Zul dah sound-sound Ika. Sebabnya En Zul pun nak tidur sebelah aku. Dah berperang diorang anak beranak berebut nak tidur dengan aku. Si Ika siap sorok kepala dia bawah ketiak aku, peluk aku kuat-kuat. En Zul pulak dukung Ika letak dia kat tepi. Lantak korang la.. Lepas tu Ika merengek-rengek. Sebab si ayah hati lembut so ngalah jugak. Dapat la Ika tidur sebelah aku. Siap peluk ketat-ketat & sengih-sengih masa nak tidur.
Malam tadi diorang perang lagi. En Zul dah siap-siap parking bontot baring sebelah aku, datang si Ika merengek-rengek nak tido sebelah aku. Masalah nya bila Aleeya taknak tidur sebelah hujung. Kalau aku tengah-tengah, Ika & En Zul duduk kiri dan kanan aku, Aleeya terpaksa tidur hujung. So budak tu pulak merengek-rengek. Tambah pulak sekarang dia tengah demam, so memang akan dilayan lebih manja laa.. Tu yang Ika & En Zul makin galak nak berperang.
Malam tadi lepas En Zul mengalah dengan Ika (again!), so kitorang tidur la anak-beranak. Elok dah tengah malam, aku rasa macam tempat tidur aku tu makin sempit. Ingatkan Ika menghimpit aku. Rupanya En Zul dalam senyap-senyap tukar tempat tidur menyelit sebelah kanan aku.
Aku bangun mamai-mamai, terus jerkah satu rumah.
Hoihhhh!! Sempit lah!!!
Terus semua orang terjaga & tidur balik kat tempat masing-masing.
Awat la diorang ni? Nak tidur pun lagi nak buat isu gaduh. Diorang ni memang suka sangat ke cium ketiak aku? Aku sendiri tak terhingin nak bau ketiak sendiri. Ni siap menyelit letak muka bawah ketiak yang buat aku tak paham ni!
Malam ni sebelum tidur aku nak sapu kapur barus kat ketiak aku.
Ni jangan kan Ika & En Zul, nyamuk pun tak berani nak datang dekat kat aku!
Ok la, nanti aku sambung sembang lagi.
Macam-macam nak sembang, tapi kemain liat nak update blog noks!
Letihhhhh...
Oh lupa. Lusa raya haji kan?
Selamat Hari Raya Aidiladha la korang ye....
Love,
No comments :
Post a Comment