It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 21, 2014

From My Kitchen : Bihun Sup Utara

Kali ni nak share resepi bihun sup utara,
Mulanya tekak teringin nak makan bihun - apa-apa bihun lah.
Lepas scroll gambar-gambar bihun, terus pasang niat nak buat bihun sup.
Terbayang-bayang sambal kicap. Perghhh...
Kompem makan berasap telinga menahan pedas.

Tapiiiiii...

Teringat pulak boifren aku tu suka bihun sup utara.
Terus kansel sambal kicap, tukar plan masak bihun sup utara.
Apa beza bihun sup utara dan bihun sup biasa?
Jawapannya adalah sambalnya.

Bihun sup biasa = sambal kicap
Bihun sup utara = sambal merah.

Lepas blogwalking beberapa kawasan, maka aku buat bihun sup ikut bahan-bahan yang ada kat rumah aku. Ada yang kurang, ada yang aku tambah. Kiranya nama khas untuk bihun aku ni adalah --> Bihun sup utara main belasah bahan.

Rujukan aku : bihun sup utara


Nah, kasi jamu mata dulu.
Sila tengok aman-aman ye.


Bihun sup utagha (sebutan gha tu kasi tebal sikit)


Memandangkan aku lupa nak snap gambar-gambar penyediaan, so aku letak gambar bihun semangkuk tu je la ye.


Bahan-bahan :
  • Bihun (ikut la nak banyak mana - aku pakai sepeket)
  • Tauhu (goreng & potong nipis)
  • Limau kasturi
  • Lobak asin
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Bawang goreng


Bahan sup :
  • Daging (aku guna sekilo - potong besar)
  • *bawang merah (4 ulas)
  • *bawang putih (4ulas)
  • *halia (1 inci)
  • *serbuk sup Adabi (1 paket)
  • *air untuk blend bahan (1 cawan)
  • *biji ketumbar (1/2 s.m)
  • *jintan manis (1/2 s.m)
  • *lada hitam (1/2 s.m)
  • #Kulit kayu manis (1 batang)
  • #Bunga lawang (2 biji)
  • #Buah pelaga (3 biji)
  • #Bunga cengkih (3 biji)
  • #Daun pandan (1 helai)
  • #Serai (1 batang)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam

Bahan cili :
  • *bawang merah (1 ulas)
  • *bawang putih (2 ulas)
  • *serbuk cili babas (1 cawan)
  • *air (1 cawan)
  • Gula merah (2 s.m)
  • Air asam jawa (2 s.m)
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara buat bihun :
  • Rendam bihun dengan serbuk kunyit (anggaran 2 s.m kunyit)
  • Setelah bihun lembut, buang air kunyit - tos kan bihun.
  • Masak air sampai mendidih. Tuang air dalam bekas bihun. Celur bihun lebih kurang 15 minit.
  • Toskan bihun.
  • Boleh dihidang dengan bahan-bahan yang lain.


Cara buat sup :
  • Cuci daging bersih-bersih. Potong besar (aku potong dalam 6 bahagian)
  • Blend bahan bertanda *
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda # sehingga naik bau.
  • Tumis bahan * sampai pecah minyak.
  • Masukkan air dan daging. Rebus sampai daging empuk (anggaran masa 2 1/2 jam, aku rebus sejam je. Malas nak tunggu lama-lama. Kalau nak cepat guna je pressure cooker. Hilang pressure nak tunggu daging empuk. Haha!)
  • Agak-agak daging dah empuk, masukkan garam dan perasa.
  • Angkat daging (toskan) dan hiris nipis-nipis. So dalam periuk cuma ada kuah sup je. Nak tinggalkan daging sikit pun boleh. Nak tambah bebola ikan ke, bebola daging ke, terpulanglaaa... Lagi sedap kalau rebus dengan tulang lembu. Memang sedap!!
**kalau tak nak tumis, boleh reneh je sup tu. Campur semua bahan dan rebus sampai daging empuk.



Cara buat cili :
  • Blend semua bahan *
  • Panaskan minyak dan tumis bahan *
  • Masukkan gula merah, asam dan garam.
  • Masak sampai kering. Pandai-pandai la budget rasa manis-masam-masin tu.

Penyediaan :
  • Masuk bihun dan bahan-bahan aksesori yang lain (wahhh.. aksesori kau!!)
  • Masukkan cili dan daging.
  • Curah kuah sup.
  • Nikmati semasa panas.


Alhamdulillah boifren & anak-anak aku suka makan.
Kemain lagi diorang memuji bihun aku.
Sebab kan diorang suka & puji bihun aku, maka esok, lusa, minggu depan, bulan depan... Hari-hari aku masak bihun ni. Hahahaha!!!

Nasib korang la. Sape suruh puji melambung-lambung.
Lalalalaaaa~~





Makan kat depan tv.
Sroooottttttttt.....
Kemain kembung pipi Aleeya hirup bihun sup utagha aku.
Muncung tu yang penting hokeyyyy!




Mangkuk bihun Aleeya.
Penuh kan? Berselera budak ni makan.
Ni mangkuk ke ompek tau!
Ompek!

Maksudnya, dah 4 kali menambah.
Hebat tak anak aku mentekedarah?
Ikut perangai aku kan.
Hahahahaa...

Sambil dia tambah, sambil mulut dia cakap,
"sedap daging ni.. sedap bihun ni.. sedap sup ni..."

Bila dah puji aku melambung-lambung, kurang la rasa bersalah budak ni.
Boleh makan puas-puas tanpa rasa bersalah diri bakal gemok.





No comments :