It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 27, 2022

Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant

Lepas breakfast kat Lain Hati Cafe, kitorang terus ke Bentong.
Sekolah Leen buat jamuan akhir tahun (Hi-tea) kat Tanah Aina Fareena.
So Leen sponsored kitorang untuk memeriahkan suasana majlis. Gituu ayat nya 😂

Majlis start pukul 2 petang, so kitorang sampai dalam pukul 1 petang lebih.
Sampai awal so ada banyak masa nak ootd kat situ.
Dari parking ambil masa dalam 5 minit berjalan melintas karak highway lalu bawah jambatan.
Sepanjang sungai tu memang cantik laluan ke restaurant.

Landmark masuk ke kawasan restaurant.
Tanah Aina ni ada banyak cawangan.
Tanah Aina Fareena ni cuma cafe & restaurant saja.
Kalau nak tidur boleh check in kat Tanah Aina Soraya.

Laluan sepanjang tepi sungai untuk ke restaurant.
Cantik ambience kat sini.




Aku tak tahu ape yang Memey cuba buat.
Dia suruh aku posing kat langsir ni, aku ikut je la.
Nah, ini hasilnya 😂


Dah sampai cafe. Memang cantik.
Nature vibes gitu.

















Restaurant ni agak luas.
Dan agak panas sebab cuma ada kipas sahaja.
Kalau pihak restaurant pasang air cooler or aircond much better la aku rasa.
Walaupun konsep nature dan open air restaurant, tapi sekarang musim panas memang tak jalan la kalau pasang kipas semata.

Dan kat sini line internet sangat slow!
Ada sesetengah tempat je dapat 1-2 bars line internet.
Itupun kena pandai cari port yang laju sikit
Dah la cuaca panas, dalam cafe panas, line internet slow tu lagi buat badan naik panas.

Kat sini ada konsep buffet (untuk majlis) dan ala-carte untuk walk in.
Harga menu ala-carte aku tak pasti, tapi kitorang ada order fresh juice harga RM13 segelas.
Harga cake per slice dalam RM15 macam tu.


Fruits and desserts section.
Tempat hidang makanan ada 2 bahagian.
So tak kalut nak beratur panjang or bersesak-sesak.


Pulut dan pengat durian


Main course section. Seksyen ni pun ada 2 bahagian.
Restaurant luas kan? So wajar la nak buat kawasan buffet banyak-banyak.
Guest pun boleh makan dengan selesa. Anak-anak siap boleh main lari-lari.


Happy birthday Ustaz.


Sambil makan ada lucky draw.
Yes, aku menang Lexis Hibiscus staycation 😂😂😂
Bukan kaleng-kaleng cikgu dapat sponsor hadiah mahal.
Next time nak join lagi majlis cikgu-cikgu ni hahahahahaa


Tema dress code : MERAH
Odah aka Memey macam biasa perangai gila dia mana nak ikut rules 😂




Swing ni antara port yang cantik untuk ootd.
Kitorang pakai kasut & socks so malas nak off shoes dan berbasah masuk sungai.
Tapi kalau korang datang sini, tempat ni wajib ootd okay!
Line kat sini jugak yang agak laju dari dalam cafe.
So nak update FB / IG or Whatsapp status memang kena berkampung kat tepi sungai ni.


Musolla. Besar dan bersih.
Ada kat tingkat atas restaurant.

Ni gambar dari pihak Tanah Aina Fareena.
Harga yang pihak sekolah dapat RM35 per pax.
Tapi untuk walk in kena RM55 per pax.

Makanan dia sedap cuma pilhan menu macam tak berapa mengena.
Semua makanan jenis spicy.
Nasi beriyani rempah rasa kuat. Ayam masak merah pedas.
Kari daging pun rempah kuat dan pedas.
Dalam menu kata beef black pepper tapi hari tu kari daging.
Kalau dia buat daging masak kicap pun ok. At least ada menu savory sikit.
Mee goreng dia sedap.
Overall aku boleh rate 3.5/5 untuk harga dan menu yang disediakan.
RM35 untuk variety dan rasa yang boleh diterima tekak, harga ni sangat berbaloi.
Cuma pilihan menu tu aku rasa boleh diperbaiki.










Kat tepi kawasan ni boleh mandi sungai.
Tapi sungai cetek sangat. Untuk kanak-kanak sesuai la.
Untuk hantu galah macam aku, nak celup kaki pun aku segan sebab air paras buku lali je.


Sambil makan boleh usha anak-anak mandi kat bawah.
Ada kawasan yang air laju/dalam sikit tapi aku tak pasti boleh mandi kat situ atau tak.
Tak nampak pulak orang mandi kat situ.
Semua pakat berkumpul mandi kat sini je.






Bilik VIP


Bilik VIP with airconditioner


Thanks Teacher Leen belanja kami makan kat sini.
Semoga murah rezeki boleh belanja kami lagi 😂







No comments :