HELLO EVERYBODYYYY!
Hai koranggg.. Lama gila aku tak bersiaran.
Mesti korang ingat aku dah meninggal kan? 😂
Mesti korang ingat aku dah meninggal kan? 😂
Hidup aku sekarang ala2 beruang kutub.
Sebab aku berhibernasi lama sangat mengalahkan beruang polar kutub utara tu.
Bertahun jugak aku tak berblogging.
Jangankan nak menaip, nak membaca blog orang pun aku tak lalu.
Sebabnya sekarang aku banyak buang masa baca forum je.
Macam sangat berilmiah je dengar ayat "baca forum".
Apa kau ingat aku baca Forum Perdana Hal Ehwal Islam ke??
Nehiiii..
Ni CARI Forum - tempat makhluk suka membawang dan bergosip bagaikan tiada hari esok.
So bila dah banyak masa berkuntum kat forum, bila masa pulak aku nak berblogging kan?
Maka aku biarkan je la blog ni bersarang.
Aku ada banyakkkkkk benda nak cerita kat sini.
Hal jalan-jalan, makan-makan, gaduh-gaduh, kebun-kebun.
Tapi sebab aku kerap update kat FB dan IG aku, so aku simpan je la gambar dan video tu dalam folder.
Insya Allah kalau aku sempat (read: rajin) aku try backlog untuk post semua tu kat sini.
Simpan buat kenangan semua aktiviti dan luahan hati aku. Aagituhhh!
Untuk permulaan, aku nak review pasal cafe dan restoran yang aku pergi baru-baru ni.
Eh sebelum tu, nak tanya KORANG APA KHABAR?
Takpe, korang jawab je dalam hati. Jawab kuat-kuat bukan aku dengar pun 😆
Hari tu aku, Leen & Memey breakfast kat KLCG Confectionery & Bakery.
Cafe ni terletak di Kuala Lumpur City Gallery di Dataran Merdeka.
Sebelah dengan KL Library.
Cafe buka jam 9am, pukul 8am kitorang gerak dari Gombak.
Aku dah lama ajak Memey & Leen makan situ.
Bila aku share IG cafe ni, sekali Memey bersungguh ajak pegi sini lepas aku balik dari bercuti.
Sebabnya dia excited nak bergambar kat landmark KLCG tu.
So Sabtu tu kitorang bertiga drive ke Dataran Merdeka.
Kitorang parking kat Lebuh Ampang (bayaran RM30) dan kitorang jalan kaki feeling-feeling tourist di tengah-tengah bandaraya KL.
Dari parking area ambil masa dalam 10-15minit je jalan kaki.
Tapi sebab 3 makhluk Tuhan paling cantik ni gila ber-OOTD so perjalanan ambil masa 45minit!
Satu spot area je berhenti sampai 10minit pastu posing sampai 60 keping gambar.
Dalam pukul 9am lebih kitorang berjaya berdiri depan pintu masuk KLCG tu.
Masa tu cafe tak berapa ramai pelanggan. Tak sampai 30 orang kalau tak silap.
Cafe agak luas dan susunatur meja agak teratur.
Dalam KLCG ni ada pameran galeri pasal sejarah Kuala Lumpur.
Sebab kitorang lapar so kitorang tak kuasa la nak tengok pameran tu.
Ek eleh, bukan sebab lapar pun. Tapi dah memang kau tak minat history.
Entrance Kuala Lumpur City Gallery, Dataran Merdeka
The cafe. Ruang luas dan selesa.
Best kalau duduk kat tengah-tengah cafe ni.
Tapi masa ni dah penuh.
Kitorang ordered pastries je. Sebab tengahari tu nak lunch kat cafe lain pulak.
Aku tak ingat sangat menu dia, ada pasta jugak tapi kitorang tak order.
Makhluk cuma 3 ketul tapi makanan dan minuman macam untuk 6 orang.
Ni pun ada 1 air belum sampai.
Ni harga bagi sesetengah pastries kat sini.
Paling murah dalam RM8 kot.
Laman ni terletak di depan toilet. Ala-ala zaman British kat sini.
Makanan dan minuman yang kitorang order tu jumlah harga RM110.
Untuk pastries, aku bagi 4/10.
Rate ni bukan tak sedap ya, tapi terlalu BIASA.
Macam takde keistimewaan pastry kat situ.
Leen & Memey ada ordered Mushrooms & Asparagus Danish.
Tu je aku rasa menu yang lain dari cafe lain.
Tapi rasanya so-so je pada tekak aku.
Dan yang paling tak best pasal pastries diorang ni, semua pastries macam overbaked.
Danish tu rentung, warna agak gelap dan too dry.
Aku nak snap pictures pastries terpaksa naikkan brightness camera.
Kalau tak, korang akan nampak pinggan hitam kosong semata.
Tapi air kat situ aku boleh bagi rate 7/10.
Ada satu air yang Leen order (cold drink) sedap.
Tapi aku tak ingat apa nama air tu. Ala-ala mojito kot.
And the coffee, not bad. Air Merdeka ape tah nama dia, tu campuran kopi & milo agak sedap.
Personally aku rasa Dataran Merdeka memang cantik-cantik untuk OOTD.
Dengan cuaca yang tak berapa terik so boleh enjoy bergambar.
Korang yang mana belum pernah bergambar kat Dataran Merdeka, please datang sini.
SUMPAH LAWA WEHHHH!
Ni scenery yang lawa. Bukan aku yang lawa 😝
Kat Masjid Jamek Kuala Lumpur ada kawasan ni macam di Madinah.
Eh ye ke Madinah? Aku tak pernah sampai sana. So aku tak tau 😂
Dan ada pokok kurma boleh feeling-feeling duduk kat Tanah Suci.
Takpun ala-ala tengah sunbathing kat Dubai. Mampu?
River of Life.
Baru ada gambar bertiga. Buat ganti DP group Telegram.
Masa ni kitorang on the way ke Kleptokrat Cafe.
Stop kejap kat LRT Masjid Jamek.
Ada banyak gambar/tugu kartun majalah GILA-GILA ni.
So singgah sini kejap nak membawang dengan makcik ni.
Lepas melantak breakfast kat KLCG tu, kitorang sambung jalan kaki terus menghala ke Kleptokrat Cafe.
Walaupun baru je melantak benda manis yang tinggi kalori, hajat nak makan kat Kleptokrat masih diteruskan.
Anggap jela aktiviti jalan kaki tu sambil-sambil membakar kalori dalam badan.
Hahahahahah ayat nak coverline rasa bersalah sebab kuat mentekedarah
Bye.
No comments :
Post a Comment