It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 24, 2014

DIY

Sekarang ni semua benda kat umah aku ditukang sendiri oleh boifren aku tu.
Aku tak tahu la setan apa yang merasuk En Zul tu, sampai semua benda yang aku mintak belikan, mesti dia nak buat sendiri.
Konon-konon macam Macgyver la kekdahnya.

Hari tu masa tengah sibuk-sibuk buat kebun, banyak tanaman aku tak menjadi.
Sebab dulu ayam liar suka masuk kacau pokok cili aku.
Pastu En Zul bawa balik pinewood. Kata nak buat pagar. 
Hishhh.. Macam-macam la akal orang tua ni.
Aku diam kan je la.
Malas nak fikir. Tapi dalam hati aku berkata, "orang tua ni kalau buat keje mesti separuh jalan je..."
Hahaha.. Keji kan perangai bini?



Tu haaa.. Pagar pokok aku.
Eh, terus mengaku pagar sendiri!
Lalalalalaaa...

Pada mata aku, kira cantik la pagar tu. Tak perlu keluar duit.
Cuma kalau di gosok dengan kertas pasir kasi licin & varnish, lagi cantik.



Semakin hari En Zul makin menggila nak bertukang.
Dibuatnya pulak meja jepun.
Kata senang untuk aku main masak-masak dengan anak-anak.

Eh, gila ke aku nak main masak-masak?
Tak cukup ke kudrat aku dah masak siang malam, sampai nak main masak-masak pulak dengan anak-anak?
Baik aku membuta. Boleh syok dapat mimpi jumpa Alex O'Loughlin sambil main kejar-kejar.
Kahkahkah...




Meja jepun untuk anak-anak.
Nasib baik kira praktikal juga meja ni.
Kalau tak, aku humban ke lombong. Buat semak je simpan kat rumah.

Ok, boleh buat lepak-lepak kat luar rumah.


Then kegilaan bertukang En Zul semakin kemuncak.
Sekarang ni semua orang dalam bahagian masing-masing.
Hari-hari En Zul rembat pinewood kat ofis dia.
Punya la bersemangat orang tua ni nak ber'DIY macam kena rasuk setan.
Tak pe la.. Dah dia suka, bagi je la dia buat.
Daripada dia pergi keluar buat kerja bukan-bukan, adalah lebih baik dia duduk kat rumah buat kerja yang dia suka.
Aku pun tak de la susah hati memikior kan mana pegi laki aku ni.

(ciri-ciri bini mithali ni. Hahaha)




Nah, jangan pengsan tengok anak aku.
Yang sorang tu serabut selekeh macam tak mandi 5 hari.
Yang lagi sorang tu memang suka buat perangai pelik-pelik.
Mahapkan la deme yeee...

Ni En Zul dalam pembuatan rak fail aku untuk letak kat ofis.
Maklum la, fail keje makin menimbun. Ruang ofis makin kecik.
Aku dalam proses nak beli rak yang sesuai untuk semua staff, tapi masih tak jumpa yang praktikal.
So terpaksa la suruh En Zul buat rak ni untuk sementara (untuk aku je laa).
Kiranya nak membakar semangat bertukang laki aku la ni.


Dan hasilnya :

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaa---

Luas sikit meja aku.
Kalau boleh dengan printer tu sekali aku nak letak kat bawah.
Ni kira banyak lagi barang yang aku kena buang tu.
Tapi masih belum berkesempatan nak kemas meja ni.
Tunggu la esok lusa aku buat. Biar kurang 'sampah', maka besar la ruang meja aku.

(kawan-kawan ofis jangan jeles yeee.. Muahhahaha!!)



Ok, aku dah dapat 1 rak untuk ofis.
Kat rumah pun aku dapat rak jugak.
Sebelum ni aku bising-bising nak beli rak kat Ikea, sebab barang banyak sangat.
Maklum la, dapur aku belum fully renovated. Tak pasang kitchen cabinet lagi.
So harus la back up dengan rak or almari untuk simpan semua khazanah dapur tu.



Rak Ikea.
Rak ni la yang aku suruh En Zul beli lagi. Nak simpan barang-barang lain.
Tapi pakcik tu nak buat sendiri, so aku relakan jiwa je laaaa...

*maaf sebab bersepah. Jangan keji aku ah!*




Selepas beberapa hari..........


Rak ala-ala Ikea.
Bukan memanjang, tapi melebar.
Tak pe la bangggg... Janji ada rak.

Anak-anak aku pun dapat rak masing-masing.
Kira bapak soleh la ni.
So anak-anak tak perlu risau la, insya Allah pembahagian harta pusaka adalah adil dan saksama.

Cuma bahagian Mummy lebih banyak laaa..
Tak caya? Tengok dari rak mummy pun dah boleh tau.
Sebab rak korang kecik sikit dari rak Mummy.
Jadi untuk pembahagian harta pusaka, harusla Mummy dapat lebih sikit.
Hahahaa..



Rak Ika.
Ada 3 tingkat. Tapi tingkat bawah Mummy letak buku Mummy.
Ika dapat 2 tingkat je.



Rak Aleeya.
Punnnn ada 3 tingkat.
Tapi tingkat bawah aku letak buku aku.


Dah la rak aku paling besar, sampaikan rak budak-budak tu pun aku rembat gak.
Hahaha.. 





Nah, burung pun ada barang DIY jugak.
Semalam burung duduk dalam sangkar kecik kaler pink. Beli RM10 je.
Sebab En Zul dah janji dengan Ika nak buat sangkar lebih besar untuk burung ni mudah terbang,
so Ika akan tuntut sampai dapat.
Jangan main-main dengan Ika. Once kau dah janji, sampai ke bila-bila dia akan tuntut.

Tahniah Ika. Pandai kau paksa ayah buat sangkar!
Dalam masa sehari je burung kau dah dapat sangkar yang jauhhhhhhh lebih besar dari semalam.


Seeee... Burung pun dapat bahagian dia.
Dasat kan kegilaan DIY En Zul?



2 comments :

iZi Vio said...

Hee.. sama ngan ayah sy.. skrg hari2 bertukang buat kerusi.. :)

http://iZiVio.com

Chempaka Merah said...

Boleh la En Zul join dgn ayah En Zam =)