It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 9, 2014

Sesaiz

Ni entry seperti membunuh semangat dan keyakinan diri aku.
Jangan main-main dengan semangat aku.
Kalau tok batin orang asli nengok semangat aku, dia pun tak percaya.
Sebab semangat aku lebih kental dari semangat puaka niyang rapik.

Konon-kononnya larrrrr.....



*put a crying emotion here*


Tapi sekarang ada satu benda yang sedang membunuh semangat waja aku.
Serangan datang bertubi-tubi. Sumpah aku memang down.
Sedeh hokeyyy...
Tambah lagi bila berlaku depan mata sendiri. Cissss...

Sejak bulan puasa lepas badan Aleeya makin berkembang dengan jayanya.
Bagai di pam-pam badan budak motek ni.
Selera makan macam orang membela hantu raya.
Sentiasa berselera budak ni.
Tak kira siang malam asyik lapar. Kadang-kadang sebelum masuk tidur pun boleh ngadu lapar.
Eh, macam la aku tak masak.
Tambah-tambah bila dia aktif, lari sini, lari sana... Lagiiiii la cepat lapar.
So aku kena standby benda kunyah-kunyah like fries, kopok ikan, nugget, roti telur or whatever lah.
Janji ada benda nak diisi dalam tembolok budak ni.

Aku suka je tengok Aleeya ni membesar dengan jaya.
Terbukti aku masak sedap. Hahahaha... (ok, sila keji aku)
Tapi yang buat aku seriau bila Aleeya asyik la mengadu baju dia ketat.

*sigh*

Nampak gaya kena beli baju baru la gamaknya.
Tapi lojik la kan. Budak nak makin membesar memang la asyik kena beli baju baru.
Dia pun dah umur 10 tahun. Takkan nak pakai baju yang umur 8-9 tahun je.
Masalahnya, yang aku jadi down sangat bila Aleeya yang umur 10 tahun ni dah muat pakai baju aku masa kurus-kurus dulu!

Whattttttttttt...?!!
(letak muka mata jegil macam pelakon indon sinetron tu)

Yes, dia memang muat pakai baju aku.
Sebelum ni dia rembat spender aku.
Haaaa, jangan main-main. Ni spender yang kasi asap-asap tu.
Kalau hidu kompem tergila-gila kat aku siang malam.
Kahkahkahkahhhhhh...

Dulu masa kurus aku memang suka beli spender banyak-banyak.
Banyak yang fancy-fancy, corak bunga-bunga, buah-buah, kotak-kotak.
Siap yang beriben-riben. Cuma gstring je aku tak beli.
Sebab aku tak suka ada benda tersepit kat alur pantat aku. Hahaha...

Ada spender aku yang pakai 2-3 kali, ada yang langsung tak penah pakai.
Tagging pun tak bukak lagi. Temanya saja nak membuang duit beli spender.
So sejak Aleeya umur 8 tahun dia memang dah mula pakai spender aku yang masa kurus dulu.
Aku macam segan jugak tengok dia pakai spender aku, sebab dia aku kutuk aku kaw-kaw.
"Eeee... Spender mummy ada riben macam orang mandi kat laut tu laa.."
Kadang-kadang aku rasa nak sumbat je spender tu ke mulut dia.
Ewah-ewahhhh.. Ngata spender aku pulak.
Awak nak ngendeng spender orang, lagi nak kutuk macam-macam. Podah!


.....dan sekarang Aleeya dah mula rembat baju-baju aku pulak.


Gila seram hokey sebab budak tu muat pakai baju aku.
Aku ni dulu kurus sangat ke? Sampai budak umur 10 tahun muat pakai baju aku?
Ke, Aleeya tu yang besar sangat? Serius ke kitorang ni sama saiz??
Tapi takkan la dia muat pakai baju orang dewasa?

Nampak sangat aku ni pernah jugak melalui zaman-zaman jahiliah.
Pakai baju sendat-sendat nampak lemak tersentil-sentil, free hair, clubbing... Eh??
Hishhhh... Mana ada clubbing. Baju pulak mana ada sendat. Baju aku semua longgar-longgar.
Ala-ala muslimah sejati gituuuu.. Kahhhh!




Ni baju pertama yang berjaya Aleeya rembat sejak awal tahun 2014.





Yes, blouse aku pun dah jadik milik dia.
Walaupun fesyen macam makcik-makcik untuk Aleeya,
tapi aku pakai tetap nampak suwittt.
Hahahaha!!




Ni antara baju yang aku nampak slim gitu...
*arghhh.. It's killing me inside!!*




Baju ni masa aku dah gained weight balik. Tapi masih muat untuk Aleeya.
Pasrah la anak oiii.. Kena posing untuk mummy ni.
Hihihih...




Ehem..Ehemmm...
Ni baju hadiah dari scandal aku.
Dulu masa free hair, selalu gak pakai la baju ni.
Sekarang baju ni selayaknya jadi kain buruk je.
Tapi dah anak aku nak baju mickey ni, nah hambikk la!




Ni baju aku untuk lepak-lepak tengok abam-abam hensem main volleyball.
So kira baju untuk main sport la.
Padahal kau duduk tepuk-tepuk tangan tepi court je. Puiiii!




Aku suka kain baju ni. Tebal dan selesa pakai.
Sebab tebal jadi baju ni buat badan aku nampak fit.
Tak la nampak lemak gelebeh sana sini.
Padahal lemak aku punya la selambak tersentil-sentil.
Terima kasih la baju sebab berjaya buat badan aku nampak selimmmmm...





Baju coklat ni sama macam baju kuning New York tu.
Cuma baju ni pendek so nampak senteng sikit bila aku pakai.
Kalau angkat tangan kompem nampak tatoo & pusat bertindik. Opsss...
Ok tu aku tipu.

Aleeya pakai pun paras bontot dia je.
Dah macam jantan anak aku pakai baju ni.




Aku yang dulu bukan lah yang sekarangggg...
Dulu ku M, sekarang ku XXXXXXL.
Hoiiiii~

(nyanyi lagu Tegar sambil petik ukelele)



Meratab-ratib aku tengok baju aku telah berpindah milik ke Aleeya.
Bila la nak kurus ni oiiiii!!
Makan pulak tak henti-henti. Macam kebulur je gayanya.
Huhuuuu...


Ok, sebab tertekan tengok gambar baju sendiri,
Meh sini nak belanja gambar comel-comel & hepi-hepi.
Sejak akhir-akhir ni anak-anak aku suka mandi kat luar.
Tapi bukan mandi guna kolam plastik tu, just mandi siram-siram guna paip getah je.
Bila tengok diorang hepi-hepi mandi kat luar, terubat sikit stress aku.
Kononnya larrr...




Terpaksa mosaic kan bontot Ika.
Seksi yuuuu...




Sila fokuskan pandangan anda pada perut Aleeya.
Booolaatttt kan??
Dagu pun double triple layer.. Hahaha..





Ika : Ahhhhhh.. Bahagianya mandi..
Aleeya : Kakak... Cepat, nak air!! Mata adik pedih..
(kena bersabun & bersyampu dalam longkang.. Kang mati plak rumput karpet aku)



....tapi bila tengok gambar ni, nampak Ika yang selim tu buat aku lagiiiii nak meroyan!
Arghhhh!! Nak kurus!!!



No comments :