Kat ofis aku sekarang ada 2 orang pelajar praktikal dari Universiti RajaBhat, Yala. Tahu Yala kek mano? Haa.. Yala kat Thailand. Student RajaBhat yang datang UKM ada seramai 30 orang dan dipecah-pecahkan kumpulan ke Fakulti dan Pusat di UKM ni. Dan kat sini kitorang menerima 2 kuntum bunga yang comel-comel.
Nama diorang Rokiah dan Leha. Haipppp, jangan nak gelak ye. Itu memang nama betul diorang. Nampak macam country gitu, tapi unik okkkkk... Setakat nama Natasha Qaireena Salsabila Umaira binti Dol, orang dah tak pandang ye! Pada aku nama diorang unik dan klasik. Klasik dan jelita ala-ala nama perempuan macam Melur, Mawar, Chempaka... Nampak ayu gituuuu. Eh?
Rokiah dan Leha ni kena praktikal kat sini selama 3 bulan dan kena berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Jadi kitorang kena bercakap sembang-sembang dengan diorang dalam Bahasa Melayu dengan betul. Aku rasa task ni agak susah untuk orang gila macam aku ni. Ye la, sedangkan sendiri yang berbangsa Melayu ni pun cakap terabur tunggang langgang, lagi ada hati nak ajar orang yang bukan Melayu bercakap bahasa ibunda? Aku rasa mau mati kejung budak-budak ni nak memahamkan ayat aku.
Diorang ni pandai la sikit-sikit cakap melayu. Even kat kampung diorang pun diorang berkomunikasi dalam bahasa Kelantan. Haaa.. nak royak guano pun boleh. Kecek hok yang mudah-mudah je la. Tapi masih lagi menjadi masalah sebab kitorang pulak tak reti nak cakap kelantan. Jenuh aihhhh!! Bila kitorang tanya, lain yang dia jawab. Bila dia tanya kitorang, kitorang pulak yang mati kutuk tak paham apa yang dia tanya. Dah memang sejibik macam ayam dengan itik bersembang. Tapi aku comel sikit laaa. Aku swan gituuuu.. Kahkahkahhhhh..
Ni swan. Comel putih gebu.
Haa.. Aku comel macam swan la.
*sila muntah hijo*
Kat ofis ni aku jadi swan sebab aku cantik, comel dan besar macam swan.
Orang lain amik watak itik sudah la. So ibarat swan yang jelita dikelilingi itik nila.. Kahkahhkahhh!!
*ok, sila sambung muntah berjemaah*
Budak Rokiah dan Leha ni rajin. Selalu tolong kitorang tanpa perlu disuruh-suruh. Sampai aku jadi letih tak tahu nak bagi kerja apa kat budak ni. Ye la, nak suruh berkomunikasi pun macam-macam masalah pulak yang datang. So kitorang suruh dia duduk diam-diam kat kaunter. Kalau ada orang datang, masa tu korang pandai-pandai la nak praktikal komunikasi BM kat situ. Tapi kalau foreigner yang datang, jawabnya kena speaking la korang.
Selain dari rajin, diorang ni kategori anak dara berbudi bahasa jugak la. Pagi-pagi datang keje siap salam cium tangan dengan semua staf perempuan kat ofis ni. Petang masa nak balik ada satu round lagi sesi salam cium tangan. Siap nak salam sembah ratu lagi kauuu! Punya la bagus budi bahasa budak-budak ni. Abang Fizi pun ada hati nak sambut salam awek-awek Yala ni. Ye laaaa... Mana tau raya tahun depan Abang Fizi boleh balik beraya kat rumah mertua kat Thailand. Puuiiii!
Elsa & Anna
Tadi lepas kemas stor, budak-budak ni tak tahu nak buat kerja apa, so dia datang ke meja aku.
Kak, ada kerja? Kami puah (aku dengar dia sebut 'puas').
Puas? Apa yang puas?
Kami puah....
Ah sudahhhh.. Apa yang puas ni??? Sekali Kak Pah tolong translate kan kat aku.
Ti... Puas tu bosanggg....... (maaf ye, ni bahasa ganu)
Lerrrrr.. Bosan ke?? Mati-mati aku ingat dia puas dikerjakan dek Abang Fizi & Abang Naje tu. Kahkahkahhhhh... (jangan marah Abang Fizi & Abang Naje....)
Then aku ajak diorang sembang-sembang kat meja aku. Ye la, praktikal komunikasi kan?? Harus la bercakap dan bersembang. Kalau berkomunikasi tapi tak bersembang, tu namanya cacat pertuturan. Pastu harus la keluar soalan-soalan general sebelum aku masuk ke soalan-soalan yang lebih spesifik seperti sudah bertunang? Lakinya orang mana? Nanti nak honeymoon kat mana? Jadi, sebelum budak-budak ni sawan dengan soalan cepu cemas aku, baik aku warm up dulu dengan soalan-soalan general.
Belajar amik ape? Diploma? Ijazah? Sarjana? Phd?
Belajar amik course apa?
Dah tahun keberapa?
Tapi masing-masing geleng kepala. Aku ulang balik soalan dengan perlahan-lahan. Ok, dah ada jawapan. Tapi jawapannya sekejap amik master, sekejap amik Phd, sekejap amik Bahasa Melayu. Jenuh aku nak paham. Diorang tak paham maksud peringkat yang aku tanya tu. Even aku sebut Bachelor, degree, master pun diorang tak paham. Aku nak guna bahasa apa lagi?? Kang aku keluar bahasa Urdu kang, nanti aku sendiri yang tak paham apa yang aku cakap.
Hujung-hujung aku suruh diorang tunjuk kad matrik diorang. Mana tau kot-kot ada info kat kad matrik tu. Boleh la selesaikan soalan kuiz aku tadi. Tapi bila dia tunjuk kad dia, aku rasa nak bunuh diri tengok kad matrik dia.........
Bahasa kat kad matrik ni, jangan kan itik & ayam. Tapi tenuk pun tak paham wehhh...
Menyesal minta diorang tunjuk kad matriks.
Menangis aku nak memahamkannya.....
*nyorok nangis bawah meja*
No comments :
Post a Comment